-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210604

Pendekatan 28: suara hakikat

Tidak perlukan semangat orang salih

untuk berhenti 

ketika terbuka baginya 

sebahagian yang ghaib

melainkan segera diperingatkan 

oleh suara hakikat.


Bukan itu tujuan

dan teruskan berjalan ke depan.


Demikian juga

tidak nampak baginya

keindahan alam

melainkan diperingatkan 

oleh hakikatnya.


Bahawa kami semata-mata ujian

maka janganlah tertipu hingga kafir.

3 comments:

Anonymous said...

salam;


renungan;


gambar-gambar bagunan kayu yang rosak yang dipaparkan itu adalah bangunan masjid yang yang terbiar ditinggalkan penduduk kampong dari sebab telah memperolehi bangunan masjid batu yang baru.

makanya; tinggal tak diperdulikan orang dan cucu cicit, hilang sejarahnya,hilang seni binanya,hilang ilmunya,hilang kebaikannya,hilang jasanya,hilang wakafnya.

satu dari beribu nasib masjid lama dalam malaysia yang ditimpa nasib malang.

inshaallah.

Anonymous said...


salam;


renungan;


dahulunya dari situ[dari dalamnya masjid itu],bergemanya azan, zikir,bacaan mengaji al quraan, suara riuh kanak-kanak,suara orang tua bertasbih;[itu zamannya]; sebaliknya kini hanya ditinggal sepi dengan iringan zikir nyamok dan agas sahaja dan kekadang zikir kelirik cengkerik,dan katak;dan sesekali diratipkan[tahlil] oleh bunyi deruan pohon yang di tiup angin dan pengembara [haiwan] yang singgah.

sungguh mengaibkan nasib masjid-masjib yang terbiar.


inshaallah.

Unknown said...

Salam,

Adakala kena faham sendiri, bukan buat-buat tak tahu. Omongan hati dan telinga, ada lagi yang memang terlindung, tak sikit rahsia itu dapat ditapis oleh apa, siapa dan bagaimana sekalipun kecuali empunya diri juga diri sendiri.

InsyaAllah.