-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210618

Pendekatan 31: Jangan menanti selesai

Jangan menanti selesai

semua halangan

untuk lebih dekat

kepada Allah


Sebab akan memutuskan engkau 

dari kewajipan

menunaikan hak terhadap Allah.


Allah akan menguji hambanya

dengan kejahatan

dengan kebaikan

sebagai ujian

dan kepada Allah tempat kembali.


Sentiasa bersyukur dan bersabar.

13 comments:

Zukri Aksah said...

Assalamualaikum admin, saya membaca beberapa artikel dlm blog ini secara random, kerana saya juga mencari sesuatu dalam sejarah Pahang. Saya menjumpai 2 nama yg agak familiar. Pertama Daeng Mohd Amin, bukankah Daeng Mohd Amin ini Penghulu Kg Pahang di Pulau Tekong, Singapura skrg (Johor Riau dahulunya)? Satu nama lg adalah Aminah bt Katib? Mohd Amin. Adakah Aminah ini anak Daeng Mohd Amin? Adakah Aminah yg sama ibu kepada Nek Dayang? Adakah Aminah yg sama juga menjadi PA kpd Sultanah Pahang pertama? Adakah aminah punya adik-beradik bernama Hitam bin Mohd Amin? Terima kasih admin, moga mendapat jawaban.

Anonymous said...

w.salam.

salam;


inshaallah; kami akan semak dapatkan dari penulis atikel yg tersebut. harap bersabar.


inshaallah.

Zukri Aksah said...

Terima kasih.

Anonymous said...

salam;

utk tuan;Zukri Aksah.


minta tuan berikan maklumat; diatas tajuk apa atikel yang tuan baca atau jumpa dalam blok. atikel tahun ke berapa.

kami masih mengesan nya.

terima kasih.



Anonymous said...

salam;


buata makluman aje;[nak percaya boleh;tak nak percaya pun boleh][sebagai versi];



dalam perang salib merebut baitul maqadis di palastin semasa sultan salehudin al ayubi dahulu itu; 10 ribu daripadanya tentera sultan salehudin al ayubi adalah dari tanah melayu.

makanya; dari 10 ribu tentera tanah melayu itu,yang balik ke tanah melayu hanyalah 8 atau 10 orang sahaja,dan yang lainnya masih bersama sultan salehudin al ayubi.

makanya; jangan menjadi pelek,kalu, orang malaysia;terutamanya orang melayu beangin atau marah bila baitul maqadis diserang lagi atau menjadi perebutan lagi.

bahagian ceritanya yang lain atau sejarahnya; tuanpuan bongkar lah sendiri.[betul atau salah] versi ini.

inshaallah.

Zukri Aksah said...

Admin, ni artikel yg menyebut nama Aminah Mohd Amin

https://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/daeng-tok-bugis-ketua-bugis-dan-raja.html?m=1

Zukri Aksah said...

Admin, nama daeng mohd amin ada disebut dalam salah satu komen dlm artikel sama yg saya berikan di atas.

Unknown said...

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

InsyaAllah.

-AM-

Anonymous said...

salam;

tuan;Zukri Aksah.


terim kasih,memberi maklumat.yang lebin dari 8 tahun itu.


buat makluman tuan;



daeng md amin dgn katib md amin dgn penghulu kg pahang pulau tekong itu adalah orang yang sama.

dan aminah katib md amin itu anaknya,dan ya dia pernah jadi pa sultanah pahang.

anak-anak md amin itu;kami tak menyusunnya,kerana md amin itu ada berkhawin lebih dari seorang. maaf.

dan dia juga pernah menggunakan samaran nama mat kilau. semasa kekecuhan untuk menangkap mat kilau yang sebenar oleh orang putih dahulu.[dan ada beberapa orang lain lagi yang buat penyamaran atas nama mat kilau pada masa itu].

maaf;yang lainnya maklumat,tiada pada kami.


inshaallah.

Zukri Aksah said...

Terima kasih admin. Utk makluman admin, saya dari jurai keturunan itu sebelah ibu saya. Abdul Wahab (datuk saya dipanggil Wok) bin Jumaat bin Hitam bin Mohd Amin. Ada Jalan Wok Jumaat di Mersing (kampung mak saya). Kalau dibaca sejarah persetiaan 7 pendekar Pahang sebelum mereka menghilangkan diri, selain Mat Kilau, ada nama Panglima Hitam. Mengikut cerita ayahanda saudara saya, Panglima Hitam itu adalah moyang saya, Jumaat bin Hitam, dia menggunakan nama ayahnya sebagai nama samaran. Maka ya, ada kaitan dengan sejarah Mat Kilau, tapi Daeng Mohd Amin bukan sezaman dgn Mat Kilau. Apa yang saya cari selama ini adalah tentang Hitam bin Mohd Amin (bunyut saya). Mengikut cerita ayahanda saudara saya lagi, Hitam berkahwin dengan adik Tun Mutahir, dan dalam perang Bendahara Pahang, Hitam adalah orang Tun Mutahir, sama-sama tewas, Tun Mutahir dikebumikan di Bukit Timbalan, Hitam sama ada dikebumikan di Teluk Ramunia atau Pulau Lima (dalam Singapura sekarang). Oh ya... diceritakan Daeng Mohd Amin adalah keturunan Raja Haji.

Anonymous said...

salam;


panglima hitam; itu adalah gelaran yang diberikan kepada mereka;bukan nama mereka.

jawatan panglima hitam itu silih berganti orangnya. gelaran itu ada sejak sebelum melaka ditubuhkan lagi.

semasa zaman sultan abdullah pahang. ada tiga orang diberikan gelaran panglima hitam.serentak menggunakan gelaran itu.



Anonymous said...

salam;

zukri Aksah;


cari dan jumpa anjang adam atau aki anjang adam di kg pematang pauh belakang istana pekan.[jalan lama pekan rompin]. itu pun kalu dia sihat atau masih ada.[guru silat].

atau jumpa dengan ayah ngah rahim dikuala rompin[guru silat lian] atau abangnya.


inshaallah.

Zukri Aksah said...

Terima kasih... Arwah moyang saya (jumaat bin hitam) juga org silat lian, arwah ayah saya belajar dengannya. In shaa Allah ada kesempatan saya cari, Mak Anjang saya duduk di Pekan.