-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20210625

Pendekatan 32: Dunia adalah kerisauan dan dukacita

Jangan hairan atas terjadinya 

kesukaran semasa didunia

sebab itulah tujuannya.


Dunia adalah kerisauan dan dukacita

apabila diberi kesenangan

itulah laba dari pemberianNYA.


Alam ini diliputi oleh bencana

maka kita akan dihadapkan dengan

kesukaran dan kerisauan

apabila datang kesenangan

maka itulah kurnia.


Jika dapat beramal 

dengan rela dan yakin

maka lakukan.

Jika tidak dapat

maka sabalah.

Kerana sabar menghadapi kesukaran

adalah suatu keuntungan yang besar.


Jika kita sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka dapat pahala.

Jika kita tidak sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka kita dapat dosa.


9 comments:

Anonymous said...

salam;


ini versinya:[kisah ulama,dua beradik].



mereka dari tanah jawa[bersama rombongan pengikut dan keluarga] keluar berlayar ke melaka,menyinggah di johor dan bermukim di sana untuk beberapa waktu,selepas dari itu mereka dipanggil ke melaka.

dalam perjalanan berlayar kemelaka, kapal mereka di lambung ribut yang menyebabkan pecah dan karam di perairan johor.

makanya ramai yang mati termasuklah salahseorang ulama itu[adiknya] mati lemas.

yang terselamat telah dibawa balik ke melaka oleh tentera melaka,selepas mendapat berita kepada sultan melaka,pada masa itu sultan mansor shah.

dan kepada mereka yang mati dalam tragedi itu,tentera melaka dan kumpulan yang hidup meletakkan satu monomen peringatan di pengkalan kempas linggi jelebu.

sebaliknya ulama yang seorang lagi[abangnya],tidak ikut serta ke melaka,malah mengemmbara sendirian membawa diri kedalam pahang dan bermukim disana sehingga akhir hayatnya.

[versi ini terpecah pecah ceritanya;ini adalah keseluruhan versi kedua, versi yang dicantumkan;bahagian kedua dari tiga bahagian kesemuanya;bhg pertamanya ditanah jawa,dan bhg ketiganya ditanah melaka[negeri melaka].


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


ini versinya:[tok siamang gagap].


selepas kematian yam tuan negerisembilan pertama[raja hitam atau tengku hitam],makanya telah dihantar maklum ke minangkabau akan hal yang tersebut itu berserta mohon mendapatkan penggantinya untuk ditabalkan yam tuan yang kedua bagi negeri sembilan.

dalam masa itu lah tarjadinya krisis tragedi perang yang disebut perang serimenanti.[krisis itu tak perlu di ceritakan] maaf.

makanya tok siamang gagap itulah salah seorangnya yang telibat dalam penyelesaian krisis perang itu.

dan disebalik selesainya krisis pertama,timbul pulok krisis kedua lanjutan dari krisis pertama.[melantik atau pelantikan yam tuan kedua oleh orang besar negari sembilan dengan kumpulan yang dihantar dari minangkabau].

dalam krisis yang kedua ini juga, tok siamang gagap juga lah yang merumuskan penyelesaiannya.[setelah bermuafakat dengan orang besar negeri sembilan dan kumpulan rombongan yang didatangkan dari minangkabau].

makanya; tok siamang gagap,selepas tercapai persetujuan menamatkan krisis kedua itu; telah keluar mengiringi menghantar rombongan mingangkabau beredar dari seri menanti,kesuatu penempatan dalam negeri sembilan dan ketua rombongan kumpulan minangkabau itu beserta keluarga raja hitam telah masuk ke pahang bermukim disana.[kumpulan rombongan minangkabau tidak kembali ke negeri minangkabau].[kumpulan itulah digelar orang 40 seri menanti atau 40 mingangkabau atau 40 pagar ruyung].

tok siamang gagap,selepas dari itu[krisis itu],tidak kembali lagi ke seri menanti lagi[atau ke negeri sembilan].

[itu adalah sebahagian versinya tok siamang gagap;versi yang ditengahnya; versi pangkal dan hujungnya;panjang lagi].maaf.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


ini versinya:[tengku labuh;???].


asalnya dari sumatra,yang didatangkan oleh kerajaan minangkabau ketanah melayu;bersekali dengan rombongannya[dalam kalangan orang 40 minangkabau] ke negeri sembilan.

selepas dari krisis di seri menanti itu;dia dan rombongannya beredar,dan mendapatkan penempatan,lalu meninggalkan rombongannya bersekali dengan isteri dan anaknya di tempat penempatan itu.

dia dan yang lain beredar kepahang,membuka penempatan bagi keluarga raja hitam.kemudian dia beredar pulok dari pahang menuju ke kelantan.

dikelantan,dia bermukim sehingga akhir hayatnya dengan nama lain gelaran lain.[maaf].


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


direnungkan je:


apabila 4 buah kenderaan yang menghampiri simpang tiga sebelah kiri.dan kenderaan dihadapan sekali hendak masuk ke persimpangan kiri itu;makanya; kenderaan mana yang wajib menyalakan lampu iysarat keluar dari laluan?

kenderaan hadapan sekali,kenderaan dibelakangnya,kenderaan ketiga atau kenderaan keempat[kenderaan dibelakang sekali].


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


direnungkan je:[pokok ubi kayu].



pucuknya digelar;gucuk ubi kayu
batangnya digelar batang ubi kayu
tangkainya digelar pelepah
daunnya digelar daun ubi kayu
pangkalnya akar mengeluarkan isi digelar ubi kayu yang jika tak berambik akan menjadi kayu.
ubi kayu pulok,berkulit kayu,isinya putih gebu dan ditengahnya akar berurat seperti tulang putih.


inshallah.



Anonymous said...

salam;


ini versinya:[seri menanti].


nama gelarannya seri

dia adalah anak perempuan kepada raja hitam@tengku hitam[yam dipertuan pertama negeri sembilan]

dia adalah bini kepada tengku putih

istana itu diberinama istana seri menanti,dengan semperna namanya.

selepas dari krisis itu, dia mengikuti rombongan keluarga raja hitam meninggalkan negeri sembilan menuju ke pahang,bermukim disana bersama keluarganya dan kerabatnya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


ini versinya:[hulubalang bertiga beradik]

mereka dari satu kerajaan disumatra bernama kerajaan daik [zaman itu,sekarang tak pasti ditukar kenama apa].

selepas dari kekalahan hulubalang kerajaan daik beradu kekuatan dengan panglima dari pahang[di negeri daik][dalam masa raja pahang menuntut kembali pahang dari dikuasai daik].

beberapa puluh tahun selepas dari kejadian itu,tiga orang hulubalang kerajaan daik[ketiganya anak raja daik],telah sepakat untuk cuba mengambik kembali tanah melayu.

mereka telah keluar dengan kumpulan tentera masing-masing.menuju ketanah melayu.

satu masuk melalui selangor negeri sembilan.

satu masuk melalui johor.

satu masuk melalui pahang.

kesemua mereka tidak dapat menguasai atau mengambik alih dengan kaedah perang.[mereka kalah,serangan mereka tidak dialu alukan oleh orang tanah melayu].

makanya;dari itu mereka telah berdamai,dengan sepakat;[kata-katanya mereka:jikalau tak dapat,daripada bermusuh,lebih baik berkawan].

ketiga mereka,tidak kembali ke daik,mereka terus menetap berkhawin bermungkim di tanah melayu. menggunakan nama dan gelaran baru.

ramai kalangan anak cucu mereka yang berhikmat bertugas dengan istana selepas dari itu.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


ini versinya:[bahtin saridun].


dia adalah cicit kepada pemerintah dinegeri kedah tua dahulunya.

datuknya adalah ulama yang datang berhijrah dari tanah arab.

ayahnya serta bapa saudaranya adalah ulama yang berdakwah di luar tanah melayu.

selepas dari krisis di kedah tua,kesemua mereka telah keluar dari kedah tua.

bapa saudaranya berdakwah ke tanah jawa;ayahnya bersuluk dan berdakwah disebelah pantai timur[sekarang pattani kelantan terengganu].

makanya; dia berpisah atau berpecah dengan keluarga ayah ibunya,lalu meresap kedalam pahang,bersuluh dalam pahang semasa dari melaka di tubuhkan menjadi kerajaan baru.

dia telah bergabung dengan seluruh kerabat nusatara di pagar ruyung[di negara samudra pasai]termasuklah kerabat kerajaan pahang tua.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


kiasnya bercerita:[pawang dan pawang diraja].[yang bermaksud imam,amir,khalifah,firaun,namrud,raja,sultan,ketua,penghulu].



nabi sulaiman;dengan nya ada dua penasihat.

tugas mereka,mentadbir bagi pihak allah kepada alam bumi nyata dan alambumi ghaib[bersekali][makhluk nyata dan makhluk ghaib].

mereka diberikan ilmu;keistimewaan yang sama,dan kalangan mereka bertiga itu seorang ketua yang dideri gelaran sultan atau raja; mereka bertiga itu lah pawangnya atau imamnya zaman itu.

setiap aduan dari makhluk nyata dari kalangan manusia atau haiwan atau tumbuhan dan juga aduan dari makhluk ghaib dari kalangan jin atau hamba allah yang ghaib lainnya,wajib mereka berikan perhatian dan mengadili dengan tertip,tertil serta seadilnya.

mereka diberikan satu dewan timbangtara sebagai tempat pengadilan dan menjatuhkan hukuman[bermaksud;istana,rumah besar,rumah gadang,balairum] dan pengadilan serta hukuman yang mereka buat,tidak boleh berat sebelah atau pilih kasih,dan dijalankan dengan budibicara fekah adat adab serta ilmu kurniaan allah.

mereka tidak boleh zalim terhadap kawan,lawan,kerabat atau keluarga dan diri sendiri. dan tidak boleh menyalahi ilmu serta amanah kurniaan allah kepada mereka.



inshaallah.