-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230811

Pendekatan 81: Tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin

81) Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, 

sebab dunia ini tidak cukup untuk tempat apa yang akan diberikan kepada mereka, 

juga karena Allah sayang akan memberikan balasan pahala mereka di tempat yang tidak kekal. 


Rasulullah saw bersabda : 

Sesungguhnya tempat pecut kuda di dalam surga lebih berharga (baik) dari dunia seisinya. 


Rasulullah saw. menceritakan apa yang disabdakan oleh Allah ta’ala : 

Aku telah sediakan untuk hambaKu yang solihin, apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, atau didengar oleh telingan, atau 

tergerak dalam hati manusia. 


16 comments:

Anonymous said...

neguai,
salam;


pesan tok yusof kepada cucu cicitnya zaman ni,dalam kiasnya[bercerita];


zaman dahulu,ditepi sungai pahang,tinggalnya seorang lelaki seorang diri jauh sikit dari perkampungan[berumah di tepi sungai];

pekerjaannya sehari hari[kerja kampung lah]kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

hari hari dia mencari telur dedari,telor tuntong,telor kura-kura untuk dimakannya sebagai makanan.

suatu hari,hari kejadian;setelah penat berkerja,merayau dia menyusuri tebing sungai mencari sarang binatang tersebut untuk mendapatkan telor.

dari tengahhari sehingga ke petang dan dah masuk senja,tak dijumpainya;senja nak bawak kemalam[samar samar hari]dia menjumpai satu sarang yang banyak telor didalamnya.

dari sebab hari sudah hampair gelap dan tak berapa jelas;dan perut lapar bercampur letih;di makannya kesemua telor yang ada pada sarang tersebut tanpa usul periksa,telor itu telor haiwan apa.

perut sudah kenyang dan badan sudah letih,lalu balik dia kerumah tidur;dalam tidurnya dia merasa haus, badannya menjadi panas,dan semakin panas,lalu bangun kedapur minum air.

minum air,tak juga hilang haus dan tidak juga hilang panas badan,habis air atas rumah di tegoknya.

disebabkan terlalu panas badannya dan haus, turun dia ke sungai,berendam didalam sungai dan meneguk air sungai.mula nya di tepi aje berendamnya, tak terperasan dia yang dia lama kelamaan bergerak ketengah sikit sehingga berada dia ditengah sungai,disebabkan tiada apa yang dia pegang dan berpapah,hanyut dia mengikut arus air sungai.

maka;tak diketahui hidup matinya dia;tersangkut di julai kayu mana atau hanyut kelaut atau lemas menjadi benda lain.




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

kisah atau cerita yang aib atau mengaibkan manusia zaman dahulu;jangan di bentang dengan terang-terang atau berterus tarang.

pakai kias lah;tak ada adab namanya.[kurang ajar lah namanya]

walaupun mereka telah mati dah lama;hormat lah sikit;kut-kut yang di ceritakan oleh tuanpuan akan aibnya itu ,kena atas batang hidung sendiri[moyang sendiri].[fitnah lah sebut dik orang,namanya]

baru padan muka sendiri.




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kebanyakan orang melayu zman ini suka sangat meletakkan diri mereka dalam keadaan digantung tak bertali,dalam semua keadaan.

sebab itu salah faham dan salah tahu,tertanam segar dalam sanubari orang melayu zaman ini.

apa tujuan mereka dan tuanpuan berbuat bergitu???

gantung tak bertali bermaksud kelangit tak terangkat,kebumi tak berpijak.diawang-awangan.

kenapa tak lepaskan diri dari belengu keadaan tersebut[keluar dari kepongpong tersebut.

kenapa menjadikan tangan sendiri sebagai alat membelengu[memasong] tengkok dan akal sendiri.

kenapa kebijakan atau kebijasanaan di kurung atau di penjarakan oleh bodoh diri sendiri.

kenapa keberanian bersimpan dalam perut,dan apabila perut lapar,baru suara berani terkeluar dari mulut.

sedangkan tok yusof,dahulunya seorang tuan guru yang mempunyai pondok dengannya yang beratus-ratus dan adakalanya melebihi ribu.

ayahnya tok yusof juga adalah seorang tuanguru,yang ramai bilangan muridnya dinusantara.

dan datuknya kepada tok yusof,juga sama seperti anak dan cucunya,menjadi tuanguru dengan murid yang ramai dinusantara.

sebaliknya cucu cicit mereka itu lintang pukang,walaupun ada yang ilmunya tinggi melangit,sehinggakan ada kalangan waris mereka sendiri yang sakit tenat disebabkan salah tahu dan salah faham fekah adat adab,tidak tertolong sesama mereka zaman ini. apa tah lagi untuk menolong manusia lain.

ada seorang waris mereka dalam tahun ini telah terkena penyakit dsn[kami tak tahu apa nama penyakit[melibatkan saraf genetik].berumur belum setahun.yang kami jumpa dalam akhbar[rawatannya rm9 juta untuk satu suntikan jarum ubat][mengikut kaedah pendapat perubatan moden zaman ini].

kalangan warisnya ramai yang boleh dalam perubatah melayu dan perubatan islam.[bantu lah,jangan buat bodo].

kalau dah penyakit pelik macam tu;dan perubatan moden dah berpendapat macam yang tersebut;apa gunanya diri yang dianugerahkan allah, kebolehan dan kepandaian khas tu.

jangan gunakan ilmu khas anugerah allah kepada jalan salah atau untuk mencari laba diri semata-mata.[itu yang disebut sebagai;salah guna kuasa, yang sebenarnya].

[kuasa khas di berikan allah di gunakan untuk menzalimi manusia dan makhluk.bukan untuk membantu memperbetulkan salah faham dan salah tahu manusia dan makhluk].

beberapa tahun dahulu;kanak-kanak[dari waris yang sama, terkena penyakit kulit kronik[seluruh kulitnya bagai terbakar.[apa pekerjaan tuanpuan yang mengaku cerdikpandai dan ulamak,sebagai waris keturunan kepada tok yusof].

seperti yang tuanpuan belajar; nabi adam duduknya dilangit ketujuh,memerhatikan cucu cicitmanusianya dimuka bumi;pandang kekanan,tersenyum dia,dan pandang kekiri,menangis dia melihat kelakuan cucu cicitnya manusia keturunannya.
[sama lah keadaannya kepada tok yusof,walaupun duduknya dia dialam barzah;senyuman dan tangisannya sama tak ubah sepertimana nabi adam akan keadaannya].

kalau tuanpuan boleh berhubung dengan tok yusof[moyang tuanpuan]itu,berhubunglah;tanyalah dia sendiri;jangan berkata itu syirik,ini syirik.

dengan nabi muhammad tuanpuan boleh bertemu,apakehalnya dengan moyang sendiri tak boleh pulok.




inshaallah.





Anonymous said...

neguai,
salam;


nak sebutkan sikit;jangan sampai taksub sangat bercakap;

kalau tak tahu apa sebenarnya islam,dimana duduknya sebutan nya dalam al quraan;jangan andaikan dengan bercerita yang mengelirukan masyarakat.

al quraan dah jelaskan dengn tepat dimana dan apa sebenarnya islam.
[dalam khilaf kias]

jangan mengada-ngada,nak membelitkan lidah.

nabi muhammad pun telah jelaskan dengan tepat,sebenar islam yang dimaksudkan.
[dalam khilaf kias]

kalau tak belajar ilmu mantik dan ilmu bayan;18 kali kiamat pun tuanpuan tak akan jumpa.[maksud dan kisah islam].

ilmu mantik dan ilmu bayan;keduanya termasuk dalam tasawuf[merangkumi fekah adat adab,asasnya tasawuf].[bukan tasawuf tinggi pun].akal serta iman bersekali;[bukan akal dan nafsu bersekali,itu salah].

sebab tu,jangan main cedok-cedok dari kitab orang.

pembentangan dibuat atas bersandarnya hanya kepada dua tempat;[bersekali,dan tidak boleh berasingan]

1]al quraan serta al sunnah
2]diri sendiri[akal serta iman]

kitab orang dan ulama silam;hanya sebagai rujukan pemahaman ilmunya sahaja bukan dibuat sebagai sadaran tongkat penegak diri.

kalau menyandarkan pembentangan kepada kitab orang dan ulama silam;[itu lah yang dinamakan cedok ilmu orang,atau menyalin hak orang atau orang zaman sekarang ni sebut, tiru @ foto copy][kalau betul,takapa lah;kalau salah,sesat ilmu yang di cedok]

maka;disebut oleh orang yang jauhare;tak berakal dan tak beriman[pendek akal serta pendek iman], kepada oarang yang bergitu[yang mengfotocopy kerja orang lain] kerana tak bersandar[menyandarkan] kepada al quraan serta al sunnah akan keterangan mereka membentang urusan.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kenapa orang melayu sibuk sangat dengan fadilat;

bila diberikan sesebuah amalan,dok tanya apa kelebihan fadilat amalannya.

bila diberikan ayat untuk di baca,dok tanya apa kebaikan fadilatnya.

bila diberikan zikir atau solat,dok sibuk nak fadilat;kalau tak diberi tahu fadilatnya atau kelebihannya;pakat tak buat,sebab tak ada kepentingan diri kepada amalan yang di ajar.

orang yang berikan[yang mengajar] pun satu hal juga;kalau tak ada fadilat tak diajarkan,sebab tak berguna kot.

kalau surah al fatihah tu tak wajib dalam solat,tak dibaca agaknya dalam waktu solat.[nasib baik lah disebutkan al fatihah itu wajib,kalau tak baca,solat tak sah].

nak baca ayat dari dalam al quraan dengan dari dalam al sunnah;pun nak kena ada fadilat ke???[kalau tak ada fadilat, tak payah baca lah ya,cantik punya muka tuanpuan].

kalau selawat keatas nabi tu tak disebut sebagai;allah balas 10 kali ganda,bila dibaca sekali oleh manusia;maka tak dibaca gamaknya.

betulkan akal dan iman tuanpuan tu;jangan jadi kanak-kanak yang tak cukup umur sepanjang hayat;dan jangan jadikan diri seolah-olah orang yang tak s.....;[semuanya tak melepaskan diri tuanpuan dari hukuman salah faham serta hukuman salah tahu]

kalau diberitahu nasi tu tak ada fadilat bila di makan;tuanpuan nak berenti makan nasi ke????[atau macammana fikiran tuanpuan][itu makanan rugi orang malaysia][nak tukar ke makanan lain ke sebagai makanan rugi]???




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


berani kerana benar,takut kerana salah; dah tak berapa terpakai zaman ni.

berani dan takut kerana terdesak[sebab dah tersepit];gajah dengan gajah berjuang,pelanduk tersepit ditengah;yang pelanduk punya cerdik,pakai dok tengah-tengah gajah tengah naik minyak tu buat amendanya.

beberapa sebab bila gajah naik minyak;

1]berebutkan betina
2]berebutkan kawasan
3]berebutkan makanan
4]disakat oleh orang


beberapa sebab pelanduk tersepit ditengah;

1]nak tunjuk berani
2]nak jadi pengadil
3]tak tahu tak faham
4]pelanduk tu sawan


berjalanlah kamu diatas muka bumi dengan menundukkan wajah[diri] dan perhatikan kebesaran allah. yang pakai dok terkepong bawah tempurong tu kenapa???

memanglah kena pijak dik gajah[gajah tengah kemarok].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


orang kata,bukan kami kata;[kata orang lah]

langkah atau jarak manusia dengan neraka hanya satu langkah;dan jarak manusia dengan surga hanya tiga langkah;langkah kedua itu taubat.

jadi;ambik lah langkah kedua tu;jangan berenti pada langkah yang satu,dengan selangkah itu lah yang menyebabkan manusia zaman ini membuat kerja dosa.
[jangan berenti pada jarak satu langkah]
[terus melangkah kelangkah kedua]

jarak langkah kedua itu terlebih baik dari jarak satu langkah pertama sebelumnya.

maka;dari jarak langkah kedua,dengan aman kita akan melangkah ke jarak langkah ketiga tanpa takut tersandung akar atau bendul pintu.
[tak gitu akan kaedahnya]




inshaalah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


Sampai bila Nak bergelumang dalam pekong.

Sendiri punya salahlaku,tak payah orang lain Nak bagi tahu,tak Kan sendiri tak tahu.

Taubat lah,susah ke Nak buat.



Inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


Pada mereka yang minta bantu;(nyata atau ghab); kena terima lah kenyataan.
Jangan lah tegakkan benang basah,kalau tidak macammana Nak tolong.tuanpuan Ada sekatan fekah adat adab.

Inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

mereka yang minta dibantu,[inshaallah];


kiasnya; pelangi itu disebut tujuh warnanya,dan tidak berubah dari sejak kejadiannya;hanya terbentang apabila air dan cahaya matahari bertemu,maka ia nampak cantik dan berseri menyelah. kaki nya dibumi,lalu melingkong keudara langit.

maka; berpijaklah dibumi,dan junjunglah yang seharus dijunjung.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


Kiasnya;asas kepada kemakmuran adalah kemudahan.

Kurang bercakap,berakal baik,beriman ikhlas,redo.



Inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kami membawa salam tok aminah serta anak lelakinya,untuk disampaikan kepada cucu cicitnya,diseluruh malaysia,terutamanya yang dipahang.

asalaamualaikum;[....].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kiasnya;kepada cucu cicitnya;

yang melahirkan tuanpuan; perempuan.

kenapa di susun pewarisan sebelah ayah sahaja.[terpingir perempuan dari berketurunan]

syurga tuanpuan[anak] berada dibawah tapak kaki ibu,beringat sikit.syurga isteri di bawah kaki suami.

susu yang di minum mengalir dari darah daging perempuan;hatta susu lembu, dari lembu betina juga.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


tok aminah itu anak tok kuning[di mengkarak].

dia bini kedua tok dollah pahang[bukan sultan pahang].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


moyang tuanpuan dari tanah arabparsi berkirim salam;

kepada cucucicit nya diseluruh nusatara mukabumi.

asalaamualaikum;


putri saodah dan ayahnya[maharaja];
[siapa mereka??;siasatlah siapa mereka kepada tuanpuan sekalian].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

pesan putri saodah dan ayahnya;


kiasnya; pinang dengan pinang raja;sama aje pokoknya,sebaliknya pinang boleh dimakan[makan dengan sireh kapur,dan dipanggil sekapur sirih],dan pinang raja hanya di buat hiasan.



inshaallah.