-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240809

Pendekatan 115: Apabila Allah SWT menguji maka terserahlah kepada Allah SWT untuk berbuat sekehendakNYA. Seharusnya terasa ringan.

Seharusnya terasa ringan dengan kepedihan bala yang menimpa engkau sebab engkau tahu Allah yang menguji engkau. Maka Allah menimpakan engkau takdirnya itu. Allah pula yang telah biasa beri engkau sebaik-baik apa yang dipilihkan untuk engkau. DIAlah yang jadikan engkau merasa sebaik-baik pemberianNYA. 


Abu Ali Al-Daqqaq berkata : 

Suatu tanda bahawa 

seorang itu dapat taufiq kurnia Allah, 

ialah terpelihara iman (tauhid) 

di waktu hadapi bala ujian bencana. 


Ramai yang tidak suka ketentuan Allah

tetapi itulah yang baik untuk mereka.


Abu Thalib Al-Makki berkata : 

Manusia tidak suka 

miskin, hina dan penyakit, 

sedangkan itu semua mungkin baik baginya 

untuk bekal di akhirat, 

sebaliknya ia suka 

kaya, sehat dan ternama / terkenal 

sedangkan semua itu bahaya 

di sisi Allah, dan buruk akibatnya. 


Al-Junaid berkata : 

Ketika saya tidur 

di tempat As Sariyu Saqathy, 

tiba-tiba saya dibangunkan, 

lalu ia berkata : 

Ya Junaid, 

saya telah bermimpi 

seolah-olah berhadapan dengan Allah, 


Lalu Allah berkata kepadaku:

ketika AKU jadikan makhluk 

maka semua akui cinta kepada  KU, 

kemudian AKU wujudkan dunia, 

maka lari daripada  KU 90% 

dan tinggal hanya 10%, 

kemudian AKU buat surga, 

maka lari daripada  KU 90% dari baki itu, 

kemudian AKU buat neraka, 

maka lari daripada KU 90% dari baki itu, 

kemudian AKU turunkan bala 

maka lari daripada  KU 90% dari baki yang tinggal. 


Maka AKU berkata 

kepada baki yang tinggal itu : 

Dunia kamu tidak mau. 

surga juga kamu tidak suka, 

neraka kamu tidak takut, 

dari bala musibat 

juga kamu tidak lari, 

maka apakah keinginanmu? 


Jawab hamba : 

ENGKAU telah mengetahui keinginan kami. 


AKU berkata : 

AKU akan menuangkan kepadamu 

bala yang tidak engkau sanggup menanggungnya 

yang sebesar bukit yang besar. 

Sabarkah kamu ? 


Jawab mereka : 

Apabila ENGKAU yang menguji, 

maka terserahlah kepada MU 

(berbuatlah sekehendak MU), 

maka mereka itulah 

hamba KU yang sebenarnya.

1 comment:

Anonymous said...

salamun,
kias,

kalau kerbau dipegang pada talinya.dan
manusia???

kalau...... kencing berdiri, .....kencing berlari.

jangan lah tegakkan benang basah;ini akhir zaman.

tegakkan benang basah,itu satu dari salah laku dan fitnah.

jangan merugikan diri dan orang yang ramai.

inshaallah.