-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240823

Pendekatan 117: Jalan untuk menuju kepada ALLAH SWT sudah jelas

Tidak dibimbangkan kamu kelirunya jalan, tetapi yang dibimbangkan atas kamu ialah menangnya hawa nafsu kamu atas akal dan imam kamu. 


Jalan untuk menuju 

kepada ALLAH SWT sudah jelas, 

cukup tuntutannya

dalam kitab Allah SWT 

atau sunnah Rasulullah SAW. 


Baik ketika berbuat taat 

atau maksiat 

atau mendapat nikmat 

atau bala.


Jika berbuat taat 

hendaklah merasa itu 

sebagai kurnia Allah

jika melakukan dosa 

segera ucap istighfar dan bertobat

jika menerima nikmat harus syukur 

jika menderita bala harus sabar. 


Tetapi yang dibimbangkan pada kamu 

ialah bermaharajalela hawa nafsu

hingga lupa terhadap Allah SWT dan 

tidak kenal tuntunan/jalan Allah SWT

4 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,

semua kalangan manusia islam telah menunai[tunaikan] rukun islam[sebab ianya adalah wajib ditunaikan;[betullah tu].

tunaikan rukun2,solat;tunaikan rukun3,puasa sebulan dalam bulan ramahdan;rukun4,zakat;rukun5,haji di baitulharam mekah.

rukun 1,dah tunaikan ke?,mengucap dua kalimah syahadah.
[seperti tajuk 117 tulah menyebutkannya].

kalau tidak kenapa sebahagian besar manusia islam berkeceramok perangainya dan hatinya.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

mereka berkata; dosa pahala,masig-masing punya,dan buat baik berpada-pada;buat jahat jangan sekali-kali.

dosa pahala,adalah perkara ghaib,yang tidak kelihatan oleh mata kasar,hanya disandarkan kepada perbuatan yang baik seperti sedekah,solat,tolong orang;dan dosa disandar kepada perbuatan seperti mencuri,bunuh dan mengfitnah.

makanya;pada zaman ini,kebanyakan manusia terutamanya orang melayu,telah melakukan kedua-duanya bersekali tanpa sedar diri dan tanpa disengajakan,dari sebab,tak tahu apa ilmu yang mereka pelajarikan sebagai pedoman perjalanan dalam hidup diri mereka.

yang mana diakhir percakapan mereka,disandarkan kepada ayat yang mereka sebut sebagai;[dalam maksud terjemah]hanya allah dan rasulnya yang mengetahui.kita kembali kepada al quraan.[dan mereka sebenarnya tidak pernah kembali kepada al quraan].

manusia yang benar kembali kepada al quraan,pastinya akan mendapat pedoman ilmu yang mana mereka tidak tahu dan tidak faham,apabila mereka benar-benar berhajat kepada pertolongan untuk kembali kepada al qurran;dan mereka tidak terkapai-kapai dalam pencarian ilmu yang mereka kelirukan.

apa yang mereka lebihkan dalam permohonan mereka adalah untuk tidak sakit,tidak lapar,tidak miskin,tidak mati cepat;agar mereka dapat mencari laba dunia untuk diri mereka dan anak cucu mereka[sebagai pesaka dari diri mereka kepada anak cucu]

mereka meminta kebaikan jasad semata;dan tidak meminta kebaikan bagi roh mereka,sedangkan jasad itu akan di tinggalkan didalam tanah sebagai makanan cacing;dan yang akan kembali mengadap allah adalah roh.

inshaallah.



Anonymous said...

salamun,
kias,

disebutkan; wahai nafsu yang tenang,kembalilah ke..........
maka amankan lah nafsu tuanpuan yang bergelora tu, pun nak kena pakai ilmu untuk menenangkan nafsu.

ilmu tu duduk dalam al quraan, ulama silam keluarkan menjadi kannya ringkas supaya mudah diingat,walaupun huraiannya panjang[hanya disebut rukun islam 5 perkara dan rukun iman 6 perkara].

sebaliknya manusia zaman ini lebih cenderung kepada fadilat dan pahala semata-mata. dan lain dari itu dianggap syirik.

dalam hati berkata lain,dan mulut mengeluarkan sebutan lain[hati kata ya,mulut kata tidak;sebaliknya juga bergitu,hati kata tidak,mulut kata ya]

boleh dipersalahkan orang dewasa semasa diri masih kanak-kanak yang belum mumayih atau belum balir;
sebalknya selepas cukup akal;telah balir;bodoh lagi bangang lah kalau masih menyalahkan orang lain[mak ayah,tok nenek atau orang lain]

namanya lagi cukup akal [kalau kanak-kanak,mereka disebut budak yang belum cukup akal],sebaliknya orang yang cukup akal[itu dinamakan orang tak berakal atau tak menggunakan akal untuk menyelamatkan diri dari ditipu oleh syaitan dan iblis.

disebut hantu kepada kanak-kanak,bagi menakutkan mereka supaya jangan degil atau jangan buat nakal.
bila orang cukup akal takut bila disebut hantu,memang mereka itu.......jawab sendiri lah.[dengan allah tak takut,dengan hantu yang jadi takut].

belajar ilmu agama tinggi-tinggi sampai martabat.......,hantu dijadikan musuh;kelabu mata ke apa. atau pekak badak atau mata juling.

kain yang putih bersih dah jadi sampai hitam legam;dari nama yang sedap dah bertukar dipanggil hantu raya.

mereka itu hamba allah yang muflis,yang terhukum dari salah laku mereka semasa hidup,dan di penjara bila mati.[ orang yang dihukum dengan dibakar dengan api azap kubur,memang lah hitam legam]

yang peliknya kepada mereka itu tijadikan hamba abdi dan disuruh buat kerja kotor oleh manusia hidup,;dahlah mereka tersiksa,lagi diseksa oleh manusia hidup,terutamanya oleh cucu cicit mereka sendiri.

berlagu je yang pandai; buai tinggi-tinggi sampai cucuk atap,belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.
[kitab apa yang tuanpuan baca] sampai tunggang langgan diri sendiri.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

manusia mempuanyai roh serta jasad,dan diantara roh dan jasad,yang menjadi pengikat kepada keduanya adalah nyawa;sebab itu lah ada rukun islam dan rukun iman.

apabila keduanya dipisahkan dengan di cabut nyawa,maka,tidak lagi di panggil manusia;macam senikata lagu nasyit selimut putih yang popular tahun awal 70an dulu tu.

inshaallah.