-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240830

Pendekatan 118: Allah SWT tutup keistimewaan setiap Wali (Orang Arif)

Maha Suci Allah  SWT yang telah menutup rahsia-rahsia keistimewaan seorang wali (Orang Arif) dengan menampakkan sifat-sifat yang umum pada manusia. Dan nyata terlihat kebesaran Allah  SWT dengan ditunjukkan kepada manusia sifat-sifat kehambaan dan kerendahan makhluknya. 

Rahsia-rahsia kebesaran ilmu ma'rifat yang diberikan oleh Allah  SWT kepada para Wali Yang Arif ditutupi oleh Allah  SWT dengan nampak sifat dan keadaan yang biasa dan umum kepada semua manusia.

Sebaliknya Allah  SWT telah perlihatkan sejelas-jelasnya kebesaran Allah SWT dengan menunjukkan sifat-sifat kelemahan dan keperluan seorang hamba kepadaNya.

18 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,


salah yang dikenakan kifarah;

dari sebab membuat salahlaku[fekah,adat,adab,serta ilmu]

dari sebab tak ambik tahu dan tak ambik faham,wajib kepada diri[manusia]

dari sebab hidup untuk makan,dan bukannya makan untuk hidup

dari sebab mematahkan amanah yang dipegang dan di tanggungjawabkan atas diri[tegakkan benang basah]

dari sebab culas dan mamai pada diri sendiri,keluarga serta manusia

dari sebab mungkar kepada allah serta rasulullah

dari sebab bangga dengan pahala yang dicari dan dikumpulkan.

dari sebab bangga dengan dosa yang terkumpul dalam diri

dari sebab......bla bla bla bla,[tanya dan jawab lah sendiri]

semuanya kena berilmu,baru lah tak dikenakan kifarah oleh allah.

inshaallah.



Anonymous said...

salamun,
kias,

apabila bin dan binti ditukar ,kononnya untuk apa-apa sebab sekalipun, walau nampak baik dan cantik;ia berkemungkinan dilaknat oleh seluruh makhluk serta malaikat.

itu berbuatan mungkar dalam islam.

nabi muhammad sendiri pun ditegur oleh allah.

macammana umat nabi muhammad[yang mengaku diri mereka umat nabi muhammad] sendiri pun melakukan hal mungkar tu.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

silat adalah ilmu yang sesiapa yang memperlajari akannya zahir dan bathin persilatan,dan melakukan ingkar dan mungkar kepada janjinya untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar,dan menyalahgunakan ilmunya kepada yang menyamai perbuatan syirik;akan di kenakan kifarah.

bukan disebabkan derhaka kepada guru,sebaliknya derhaka kepada ilmunya allah.[merosakkan ilmu allah].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

nabi muhammad,walaupun dia tu nabi lagi rasul;sebaliknya dia tidak menarik barang @ harta @ duit alam ghaib.

dia mengikat perutnya dengan batu semasa perutnya kelaparan disebabkan ketiadaan makanan untuk dimakan dan semasa tiada wang untuk di belikan makanan.

bergitu juga para sahabatnya yang bersama dengannya,mereka berlapar dan mengikat perut mereka dengan batu.

sebaliknya manusia zaman ini,pantang ada ilmu sikit,tak ada kerja lain;tarik duit dan harta dari alam ghaib.

tamaknya lebih dari si qorun lagi,sombongnya lebih dari si firaun zaman nabi musa lagi,bongkaknya lebih dari si hamman lagi.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

zaman kewalian dah tamat,yang ada hanyalah tugas persis kewalian sahaja,menegakkan amar makruf nahi mungkar.

kalau mereka zaman ini yang bertugas, tidak dapat menegakannya dalam masyarakat;mereka akan menegakkan dalam diri mereka sendiri agar tidak terjerumus ke lembah mungkar.

maka,mereka akan menyisihkan[mengenepikan] diri dari lingkungan masyarakat dari berkata-kata dan berdiam diri,tapi mereka tidak akan sesekali melarikan diri.

jika mereka melarikan diri,itu bermaksud,mereka meninggalkan medan perang[lari dari perang].mereka akan dilaknat oleh seluruh makhluk bumi dan langgit.dari sebab mereka telah membuat mungkar kepada allah dan rasulullah.

tiada yang pelik atas diri mereka itu zaman ini;ilmu dan kifarah beriringan dengan diri mereka,mereka tahu jika mereka menyalah gunakan ilmu allah,mereka akan di kifarah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

jangan marah bila disebut;orang melayu bodoh;

bodohnya orang melayu sebab mereka bodoh[memperbodohkan diri sendiri] dan[menjadi pak dan mak turut kepada orang yang mengambik kesempatan keatas diri mereka.

selalunya kesedarannya hanya sampai dihujung-hujung nyawa,masa dah dekat terlambat atau memang dah lambat pun,untuk diperbetulkan oleh mereka yang bodoh lagi sombong dari sebab bodoh ilmu.

apa yang syiriknya
apa yang kapirnya
apa yang derhakanya

ada al quraan,tak dibaca;hanya di sebut dan didengar ikut orang lain sebut.[tak reti bahasa arab;baca lah terjemahannya][tak faham terjemahannya,tanya lah kepada manusia yang mengetahui][jangan ditanya kepada orang yang tak reti,nanti mereka ambik kesempatan atas diri orang yang bertanya]

tak ada kalfiatnya[faedah] kalau buta dan pekak ilmu yang boleh menyebabkkan dada kosong;[akan muflis kalau taknak belajar dan mengkaji al quraan serta al sunnah]

papakedana jadinya masa dalam kubur nanti[pahala kemana;sedekah kemana;anak yang soleh kemana]baru betul diri jadi sebatang karang][karang yang kena racun]
fikir lah, selagi ada hayat dalam diri.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

dalam solat,ada rukun solat sebanyak 13[disebut rukun 13]; ianya adalah hal peraturan atau diseplin atau tata kelakuan manusia dalam solat[tertip dan tertil].

macam mana siap solat atau lepas solat boleh jadi derhaka dan melakukan perbuatan mungkar,sedangkan baru lepas melakukan rukun 13 dalam solat.

dan adakalanya,masih dalam solat itu sendiripun dah tak ikut hl rukun 13. hati dan akal dok ingat makan,dan berkhayal perkara keduniaan.

sedangkan rukun 13 itu tatatertip atau sivik kepada anggota tubuh manusia termasuklah sebutan bacaannya.

orangtua-tua kata lain di hati lain dimulut,orang zaman ni kata,kononnya;tak fokus.

yang sebenarnya tak fahampun untuk tujuan apa rukun 13 itu kepada diri dan hati. pakai ikut buta tuli aje.

manusia yang benar turut rukun 13 dalam solat,mereka akan mengfaedahkannya[rukun 13] dalam kehidupan mereka .tak payah nak pergi belajar berkawat pun;atau pergi belajar sekologi.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
kias,

solat fardu jumlahnya 17 rakaat[lima waktu sehari semalam]

nabi muhammad di anugerahkan 50 waktu oleh allah semasa kali pertama mengadap,dan kali terakhir mengadap,lalu di kurangkan jumlahnya menjadi hanya lima waktu[dan di jadikan fardu]

kalau 5 waktu solat fardu, berjumlah 17 rakaat, agak-agak nya yang terbentak dalam otak tuanpuan;berapa jumlahnya rakaat, kalau nabi tak merayu mengurangkan jumlah waktu yang 50 tu.

5 waktu bersamaan 17 rakaat.
maka 50 waktu darab dengan 17 ke? berjumlah........

salah tu tuanpuan.

sejarahnya lain-lain dan tak sama

50 waktu ada cerita sejarahnya sendiri

dan 17 rakaat ada cerita sejarahnya sendiri[17 tetap 17,tak berubah walau 50 waktu sekalipun]

kedua-duanya di satukan atau digabungkan didalam solat dan di ikat keduanya dengan rukun 13.

sebab itu,jangan terlalu ghairah berilmu,sebaliknya teliti dalam berilmu.

ghairah akan merosakkan ilmu dan diri.[orang tua kata belajar main tangkap muat].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

beberapa tahun yang lepas[lebih kurang 7 ke 8 tahun lah],kami ada berborak dengan seorang pemegang amanah[dia dah arwah],selepas 1 tahun dia bercerita berkenaan amanah yang dia pegang atau simpan.

ceritanya bergini; [dia gelar diri dia kepada kami;abang].

abang;abang dah jumpa pokok lubnan.
kami; kat mana?
abang;tengah-tengah padang pasir.
kami;negara mana?
abang;negara lubnan.

dalam kepala kami;mengatakan,padanlah negara lubnan tu guna lambang pokok pada bendera dia;rupanya ada pokoknya.

kami;abang pergi sana bila dan dengan siapa?
abang; abang pergi sorang,kumpul duit tanpa bantuan orang.

kami;memang sahaja nakk cari atau sambil?
abang;memang dicari.


inshaallah.


Anonymous said...

salamun,
kias,

jejak pokok lubnan[sambungan];

katanya lagi;

abang; abang sampai kat sana,sewa unta dan pemandu arah.berjalan beberapa hari;bla bla bla,katanya lagi bercerita.
di akhir ceritanya; alhamdulillah, abang dah selesaikan tugas abang.

menung panjang kami dibuatnya;kisah yang diceritakan tu nak di sandarkan ke surah mana dalam al quraan.

kami telah menyimpan beberapa tahun kisahnya itu[tanpa memaklumkan kepada sesiapapun walaupun kepada pemegang amanah sekalipun,sehinggalah kami mendapatkan kias cerita lain dalam surah mariam. lalu kami bertanyakan kepada pemegang amanah,berkenaan kias tersebut dan menceritakan kisah berkenaan penjejakan pokok lubnan kepada nya pemegang amanah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

jejak pokok lubnan;[sambungan].

hamba allah[abang] yang bercerita kepada kami tentang pencarian jejak pokok lubnan di tengah-tengah padang pasir di negara lubnan itu;tidak pernah menceritakan kepada orang lain,dan apa tujuannya dia membuat pencarian itu.

dan apa kisah sebenar disebalik pencariannya itu atau pokok lubnan ditenngah padang pasir ,tidak pernah di buka kepada kami sehingga dia mati[kias sebenar akan sejarah pokok lubnan]

apa yang dia buka hanyalah; alhamdulillah abang dah jumpa pokok lubnan.

dalam al quraan[surah mariam] tidak disebut hal pokok lubnan atau mana-mana sejarah sekalipun.

kami dapat jumpa jawapannya;sebaliknya apa yang kami akan beri kepada tuanpuan; kalau kami tahu sekalipun,kami akan tutup rahsia sejarahnya pokok lubnan di tengan padang pasir.[sebab itu rahsia sejarah dalam al quraan]

hanya beliau sahaja yang dapat menghurainya kerana dia menghayati serta baca kaji akannya,maka dia bertemu satu dari beribu jawapan yang terpendam dari dalam al quraan.[itu adalah hak beliau,dan kami akan melindungi hak beliau]

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

kisah; salahlaku yang membawa mudarat,dan anak yang menyelamatkan ibubapa[anak yang soleh lah mudah cakap;tapi dalam versi kartun jepun.

ada satu cerita kartun jepun ,beberapa tahun dulu;kisahnya berkenaan dengan satu kelarga[tiga beranak;ayah,ibu,serta seorang anak perempuan] yang tersesat laluan dalam perjalanan balik rumah dari bandar atau lawatan,tak berapa ingat].

kereta yang mereka naiki kehabisan minyak di satu kawasan perkampungan.

mereka masuk kedalam perkampungan itu untuk minta tolong dan berteduh kerana hari sudah hendak masuk senja.

dalam perkampungan itu tidak ada sesiapa yang ada,sebaliknya kawasannya bersih dan pasarnya penuh gerai yang dipenuhi barang jualan dan makan[macam pesta,sebaliknya tiada berpenghuni]

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

tali,kelikir,kerbau;
kerbau dipegang pada talinya;dan manusia dipegang pada janjinya[amanah].

tali tak di ikat pada leher kerbau,sebaliknya tali diikat pada kelikir,dan kelikir di ikat pada hidung kerbau.

inshaallah

Anonymous said...

salamun,
kias,

tali,kelikir,kerbau[sambungan];

manusia memegang tali yang diikat pada kelikir,dan kelikir yang memegang hidung kerbau.

barulah kerbau mengikut kata manusia,kalau tali di ikat pada leher kerbau, kena terajang manusia tu dek kerbau sudahnya.

barulah manusia itu disebut ahlinya atau mahir dengan kelakuan kerbau yang dia ternak.

sebaliknya jangan dijadikan diri seperti kerbau tu, dikelikir hidung.tak berguna manusia yang macam tu.[itu yang dimaksud pak turut membuta tuli]

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

anak yang soleh versi jepun;[sambungan]

keluarga tersebut telah memasuki perkampungan hantu itu,mereka berkeliling perkampung pesta,untuk mendapatkan bantuan,sebaliknya tiada sesiapa yang ditemukan,melainkan makan yang sedap-seddddap di seluruh gerai perkampungan itu.

dari sebab lapar,dan tiada sesiapa yang hendak di minta,atau dibeli;ayah dan ibu telah mengambik makanan di atas gerai-gerai yang terhidang.

hidangan yang terhidang sangan menyelerakan ayah dan ibu,dan dimakan dengan gelojoh.

disebabkan terlalu seronok memakan makanan yang banyak,mereka biarkan aje anak mereka berjalan-jalan seorang dalam bandar itu.

sianak merayap berkeliling bandar sehingga kembali ketempat ayahibunya tadi,dan sianak dapati ayahibunya telah hilang,tiada di situ.
hari semakin kelam dan malam;barulah beransur-ansur bandar yang siang tadinya kosong,mula di penuhi makhluk seperti manusia.

sianak telah menyuruk apabila makhluk-makhluk mula memenuhi bandar,dan dari celah tempat dia menyuruk itu lah,dia melihat lembaga-lembaga hantu mua berpesta dalam bandar tersebut.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

suatu masa beberapa tahun dulu,kami telah bertanyakan kepada seorang kawan seorang bangsa india,berkenaan kitab veda.

kami panggil dia kawan;

kami; boleh cerita sikit pasal kitab veda
kawan;apa pasal?
kami;kenapa pulok kami kena susun kitab ni?
kawan;boleh;apa mahu tahu?
kami;ramayana dan sita devi,akhir sekali habis kat mana sejarahnya?

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

baca dan rujuk[terjemahan] kepada surah al nisa,ayat 36 sehingga ayat 46.

kalau faham le;kalau tak faham,nasib tuanpuan lah.
fikir le sendiri.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

surah al nisa;[sambungan].

dah baca 10 ayat tu ke?
bacakan ikut turutan ini pulak;

ayat 38,ayat 37,dan ayat 46,sahaja.

ada sejarah di belakangnya.baca le.

inshaallah.


inshaallah