Seorang yang lalai dalam tauhidnya merasakan segala sesuatu itu berjalan menurut ketentuan takdir Allah, diwaktu pagi dia fikirkan apa yang perlu dilakukan.
Sedang seorang yang sempurna akal tauhidnya memikirkan apakah yang akan ditakdirkan oleh Allah baginya hari itu.
Memang pertama yang bergerak dalam hati fikiran setiap orang pada
pagi hari menurut timbangan tauhid/imannya kepada Allah. Maka orang
yang lalai terhadap peraturan Allah dan kebijaksanaanNya, akan bingung mengatur dirinya dan apa yang harus dilakukannya hari itu. Sebaliknya orang yang sehat akal iman tauhidnya kepada Allah, selalu teringat kepada kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, maka ia dengan tenang hati menantikan apa yang akan diberikan Allah kepadanya hari itu.
Umar bin Abdil Aziz berkata : Kini aku tidak merasa kesenangan kecuali dalam ketentuan-ketentuan takdir Allah.
Abu Madyan ra. berkata : Usahakan dengan sungguh sampai dapat, supaya hatimu tiap pagi dan petang akan menyerah bulat-bulat kepada Allah. Semoga Allah melihat kamu dengan pandangan rahmatNya,
niscaya kamu termasuk orang bahagia dunia dan akhirat.
Siapakah yang melihat kepada Allah dan tidak terlihat dirinya sendiri dan siapakah yang melihat pada dirinya sendiri dan tidak terlihat kepada Allah.
Sebab itu jika kamu menghadapi sesuatu perkara, perhatikan hatimu kemana condongnya, jika langsung kepada kekuatanmu, maka terputus dari Allah. Dan jika langsung kepada kekuasaan Allah, berarti engkaulah yang telah sampai kepada Allah, sedang alam ini semuanya dalam genggaman Allah. Dan tiap pagi harus berdoa demikian :
Ya Allah kini aku berada di waktu pagi dengan tiada menguasai diriku untuk kebaikan atau menolak bahaya atau mati atau hidup atau bangkit sesudah mati dan aku tidak dapat mengambil kecuali yang Engkau beri dan tidak dapat menghindari sesuatu kecuali yang Engkau hindarkan.
Ya Allah, pimpinlah aku kepada jalan yang Engkau redoi (restui) baik dalam perkataan atau amal perbuatan di dalam taat kepadaMu, sungguh Engkau yang besar kurniaNya.
Doa Abul-Hasan Asy Syadzily: Ya Allah sungguh segala sesuatu ada di tanganMu dan tertutup daripadaku dan aku tidak mengetahui apa yang harus aku pilih untuk diriku. Maka pilihkanlah apa yang baik bagiku, dan bawalah aku dalam hal yang amat baik serta terpuji akibatnya dalam agama, dunia dan akhirat, sungguh Engkau atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
4 comments:
salamun,
kias,
kaldai dan bahral[kedua haiwan yang digunakan untuk memunggah kitab],keduanya tidak menjadi cerdik dari sebab kitab yang di pikul di belakang mereka.sebab mereka tak membaca kitab yang mereka pikul,mereka hanya di arah atau diperintah pikul semata.
mereka haiwan[memang kegunaan manusia],manusia yang tak mahu membaca seperti yang di perintahkan dari dalam al quraan,nasib mereka sama le macam kedua haiwan tu.
fikir le sendiri.
inshaallah.
salamun,
kias,
bacakan; ayat 9 dari surah al baqarah,juga ayat 8 serta 10 surah yang sama.
inshaallah.
salamun,
kias,
atas mukabumi ni ada dua perlembagaan;
1; perlembagaan islam[allah]
2;perlembagaan manusia bina[buat]
kedua-dua adalah nya perlu,[diperlukan oleh manusia yang hidup atas mukabumi ini.
dan jika keduanya di langgar dan disanggah,porak peranda mukabumi ni dibuatnya.
ada masa budibicara memainkan peranan,dan adakalanya ketegasan bermain peranan.
jangan jadi ibarat yang disebut oleh orang tua-tua;
menggolek luka,kena golek pun luka[durian dan timun]
gajah dengan gajah berjuang,pelanduk ditengah yang.......jawab lah sendiri.
maka,amat-amati kan lah perlembagaan yang kita junjung dan pegang tu. jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran. dan terantuk baru lah nak tergadah.
sebabnya;fekah,adat,adab tak di pegang dengan betul,maka ilmunya hilang macam layang-layang terputus tali[tali tu kena kerat atau tali tu pakai yang tak kukuh].
inshaallah.
CC:
AGONG MALAYSIA AND SULTAN MALAYSIA
ROYAL MALAYSIA POLICE
KABINET MALAYSIA
PARTI POLITIK
MCA MALAYSIA
DAP MALAYSIA
DATUK YIP KUM FOOK dan pasukannya memanggil polis untuk memijak tempat Buddha untuk menghalau sami Buddha dari Kuil, ini adalah satu kesilapan yang besar dalam ajaran Buddha kerana polis beragama Islam dan mengamalkan Islam, kenapa Datuk Yip Kum Fook tidak memahami ajaran Buddha yang mudah dan adakah dia bodoh, adakah dia seorang peguam yang berpendidikan tinggi tetapi mengapa dia melakukan perkara yang bodoh
DATUK YIP KUM FOOK, kembalikan gelaran kepada Sultan Selangor secepat mungkin, tolong jangan pegang gelaran lagi kerana bagi semua Sultan Malaysia, ia akan memalukan dan sangat rendah kualitinya
DATUK YIP KUM FOOK, perlu tutup pejabat guamannya kerana jika masih membuka pejabat guaman, undang-undang Malaysia tiada nilai, sekarang ramai yang takut dengan peguam kerana peguam memberi harga yang tinggi, dan ada peguam yang palsu dan menipu, mungkin Datuk Yip tak sangka, dia seorang peguam, hari ini berbeza dengan dulu
DATUK YIP KUM FOOK, anda perlu berundur dari semua persatuan, kerana persatuan Buddha mesti berundur dahulu kerana ajaran Buddha sangat tinggi dan mengajar perbandingan dengan orang lain, hanya ajaran Buddha tidak kembali ke dunia ini, Buddha bukan anda kawan Datuk Yip!
Simon Low Kok Meng ialah abang ipar kepada Datuk Yip Kum Fook, dia seorang pengintip dan membawa berita kepada Datuk Yip, semua ramai perlu berhati-hati dan keluar darinya secepat mungkin
Dari Simon Lim & Ng Hong Siong, Kuala Lumpur
Post a Comment