-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20241018

Pendekatan 125: Kenapa ada kerisauan dalam hati ahli ibadat dan ahli zahid

Sesungguhnya yang menyebabkan kerisauan hati ahli ibadat dan ahli zahid dari segala sesuatu itu, disebabkan mereka masih terhijab/tidak melihat Allah dalam apa yang mereka lihat itu, tetapi andaikan mereka telah melihat Allah dalam tiap sesuatu, pasti tidak akan risau dari segala sesuatu. 

Ahli ibadat ialah mereka yang bertaqarrub (melakukan yang wajib dan sunat) kepada Allah dengan berbagai amal ibadat. 


Ahli zahid ialah orang yang bertaqarrub kepada Allah dengan jalan tawakkal (menyerah). Kedua-dua golongan ini selalu ingin menjauh dari sesama makhluk, disebabkan mereka merasa bahwa makhluk itu hanya sebagai penghalang, sehingga tidak dapat khusyuk dan tetap bertaqarrun kepada Allah. 


Tetapi sekiranya mereka lebih mendalam ma'rifat (hati nuraninya merasakan Allah S.W.T sentiasa mengawasinya) terhadap Allah, tentu mereka tidak terhalang oleh sesuatu apapun. Sebab Allah sentiasa berada pada segala sesuatu maka tidak ada sesuatu yang terlepas dari Allah, bahkan sebaliknya sentiasa ingatkan kebesaran kekuasaan Allah Ta’ala. 

No comments: