PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20101026

Siapa Dato Bahaman (3) Tokoh 1:Noriah Sulung

Pembentang pertama adalah Puan Noriah bt Sulung, beliau membentangkan kajian ilmiah yang dilakukan tentang tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Kata beliau, "Cliford ada anak angkat bernama Mariam yang dibela kerana ibunya telah ditembak oleh askar Sheikh ketika mereka mengejar Dato Bahaman di Kuala Tembeling.
03
Beliau ada juga menyebut nama-nama yang berkaitan dengan keturunan Dato Bahaman iaitu:
- Salahudin
- Nilam Sari
- Raja Hamzah
- Cik Supian Salahuddin
02
Berdasarkan bahan-bahan kajian beliau, Puan Noraini berpendapat Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01

20101024

Siapa Dato Bahaman (2) Ahli Panel

Inilah gambar barisan ahli panel yang membuat pembentangan tentang 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang..
02

-Encik Daeng Ramli Akil
-Puan Noriah bt Sulong
-Dato' Haji Zainuddin b Haji Jumaat
-Encik Zainuddin b Azahari
01
Ketika saya sampai pada jam 10.36 pagi, Puan Noriah bt Sulong sedang membuat pembentangan. Apa yang dibentangkan sebelumnya saya tak sempat nak bertanya kepada orang lain.

20101022

Siapa Dato Bahaman (1) Penonton

Pada 8.7.2010 telah diadakan satu program Pengkisahan Sejarah tentang Dato Bahaman. Tokoh yang dijemput memberikan ceramah sudah tentu orang-orang lama. Manakala penonton yang mendengarnya pula juga orang-orang lama ada yang lebih lama makan garam daripada penceramah. Orang-orang muda yang kelihatan adalah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ini kerana kebetulannya program yang dinamakan 'Jejak Bahaman' ini diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
06
Saya ni, walaupun tak dijemput tetapi amat berminat untuk turut hadir bagi meramaikan penonton. Bukan pasal nak makan. Tak makan pun makanan yang dihidangkan. Tengok pun tidak. Perkara yang paling penting saya nak rakamkan gambar-gambar orang-orang lama yang hadir pada hari ini. Supaya saya boleh kenal. Juga supaya pembaca Laman Pahang boleh kenal. Kerana mereka yang hadir adalah mereka yang berminat dengan cerita Dato Bahaman.
05
Saya datang pun dah lewat. Program dah pun bermula. Seorang penceramah sedang menceritakan pengalaman beliau. Pandang kiri dan pandang kanan, saya nampak seorang dua yang saya kenal. Dengan alasan ada orang yang saya kenal, saya terus masuk dan duduk. Masuk pun ikut pintu belakang dan duduk pun kat belakang.
04
Sebelum menghadiri program ini saya rasa saya mempunyai sedikit sebanyak pengatahuan tentang Datuk Bahaman. Dalam program ini orang-orang lama telah bercerita tentang pelbagai perkara berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Baru sedikit cerita yang saya dengan saya dapat rasakan bahawa 'rupanya banyak sangat yang saya tak tau'.
03
Memang betul ... makin lama saya rasa pengatahuan yang saya ada tentang Dato Bahaman makin kecil dan makin tak berguna untuk orang lain. Semua orang bercerita tentang perkara yang kemungkinan orang lain tak tau. Memang betul sekali lagi ... banyak sangat yang saya tak tau.
02
Jangan kata nak bercerita tentang Jejak Dato Bahaman, malah lebih teruk lagi, saya tak boleh nak ceritakan semula pada orang lain siapa sebenarnya Dato Bahaman. Asal usul Dato Bahaman ada beberapa cerita. Kesudahannya (meninggalnya) pun ada beberapa cerita.
01
Saya tak layak untuk berkata tentang pendapat atau pengatahuan saya tentang Dato Bahaman. Kerana apa yang saya tahu amat amat amat sedikit. Apa yang boleh saya ceritakan adalah cerita-cerita orang lama. Semuanya yakin dengan cerita masing-masing. Bagi saya pula .. saya yakin mereka yakin dengan cerita mereka. Saya dengar ajalah. Jangan pandai-pandai nak beri pendapat.

20101020

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (C)

Selain menanam minat dan rasa suka dan cinta pada pakaian tradisional Melayu, anak-anak yang menyertai Pertunjukan Pakaian Tradisional ini berpeluang untuk melatih diri menjadi model. Mungkin dikalangan peserta ini yang akan menjadi The Next Top Model From Pahang.
08
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa ekor di kepala?
07
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa bertanduk di kaki.
06
Jikalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana, Binatang apa tanduk di mulut
05
Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.
04
Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu.
03
Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung
02
Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.
01

Kalau nak tahu jawapan pantun teka teki sila klik
DISINI
http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

20101019

PENGIBARAN BENDERA NEGERI PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang akan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-80 pada 24 Oktober 2010.

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, bendera Negeri Pahang Darul Makmur dikibarkan di bangunan-bangunan Kerajaan, swasta dan premis-permis perniagaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. Pengibaran bendera Negeri Pahang Darul Makmur bermula pada 23 Oktober 2010 hingga 26 Oktober 2010.

DAULAT TUANKU

Berita Terkini Online

20101018

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (B)

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang turut dimeriahkan dengan Pertunjukan Pakaian Tradisional oleh kanak-kanak. Bila buat acara begini, mungkin boleh menyemaikan minat anak-anak terhadap pakaian tradisional kita. Mungkin ada yang tak tau yang baju Melayu kota ada dua jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Itulah baju yang kina nak anak-anak lelaki kenal dan pakai. Kanak-kanak perempuan pula boleh bergaya dengan baju kurung piping, baju kurung riau, baju kurung pahang, baju kurung pesak gantung dan baju kebaya.

08
Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga.
07
Sangkut terendak dekat beranda, Orang papua anyam tak sudah;
Jika tiada ada berita, Masakan tempua bersarang rendah.
06
Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
05
Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga.
04
Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada.
03
Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang.
02
Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung.
01

Rujukan untuk pantun:
http://klasik.blogmas.com/tag/pantun-tradisional-melayu/

20101015

Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 (A)

Inilah suasana sekitar sambutan Hari Kanak-kanak sedunia yang diadakan di perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 13hb Oktober 2010. Acara dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh kanak-kanak sekolah rendah dan tadika.
08
Turut menyertai program sambutan Hari Kanak-kanak di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang adalah JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Digerai JUPEM ini anda boleh memeriksa harijadi hijrah anda dan melihat rupa bulan ketika anda dilahirkan.
07
06
05
04
03
02
01

Loket Berkalimah Allah dan Ayat Kursi

Loket ni koi dapat masa koi umur lebih kurang 5 tahun. Mula-mula koi ingat duit siling bukan buah rantai. Tapi buah rantai ni tok ki koi letakkan sama-sama dengan duit-duit siling lama yang banyak-banyak. Semuanya diletakkan dalam takar duit siling.
01
Tok Ki koi ni tinggal di Tanjung Pulai, Pulau Manis, Pekan, Pahang, Malaysia. Macam mana buah loket ni boleh berada dalam takar bersama-sama duit lama? ... koi tak tau. Setiap kali koi gi ke rumah tok ki koi, dia berikan takar yang berisi banyak duit siling lama untuk dibuat main. Ada macam-macam duit siling. Ada duit satu sen, duit setengah sen, suku sen dan duit 'kuin' (Queen).
02
Koi tak paham kenapa tok ki koi suruh koi main duit-duit siling lama ni. Apa nak dimainkan dengan duit-duit siling lama ni?

Jadi koi main lah susun-sunun. Macam-macam 'pesen' koi susun, bila dah jemu menyusun koi tinggalkan saja atas lantai. Siapa yang yang kena kutip, atok koi juga yang kena kutip dan menyimpannya. Koi tukang main dan tukang tabur.
03
Sampai satu masa koi terlintas nak ambil satu. Mula-mula koi susun duit-duit siling yang hendak diambil. Bila dan susun, baru senang nak pilih. Akhirnya koi pilih duit siling yang ini semata-mata kerana ada tulisan arab. Tambah menghairan kan lagi adalah ... apabila duit siling ini ada lubang di atasnya. Pelek juga kenapa duit arab ada benjol dan kat benjol tu ada lubang.
04
Bila dah besar baru koi tau, yang disangka duit siling bukan duit siling tetapi buah loket. Tapi manalah bebudak umur 5 tahun terfikirkan benda tu buah loket. Tambah pulak isi dalam takar tu duit siling lama. Kalau koi tau mungkin koi dah pakai gantung kat tengkok. Tentu kagum kekawan tengok koi pakai rantai pusaka macam Hang Tuah. Kalau lumba lari tentu 'menciput' koi lari meninggalkan peserta yang lain. Dan tentu jadi olahragawan MSSM. Mungkin sekarang dah jadi jurulatih olahraga untuk Sukan Komanwel 2010 New Delhi.
05
Bila difikirkan-fikirkan pulak, kalau budak lima tahun pakai tentu 'rata' koi 'redah'. Bukan 'takat' berlari, 'berambat', memanjat, menyakat dan sampai ketandas mau koi bawok sekali. Jahanam jadinya. Pasal kat loket ada ukiran kalimah 'Allah' di depannya dan ada terukir 'Ayat Kursi' dibelakangnya. Ada orang kata loket ini untuk 'Pendinding Diri'. Tapi koi tak pernah pakai. Bini koi pula tentu lagi tak minat.
06
Buah loket ni koi pernah tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama.
Orang tua tu tanya, "Kat mana awak ambil benda ni?"
Koi jawab, "Atok koi punya."
Orang tua kata lagi, "Buah loket ni ada dua"
(Nama orang tua tu Tok Merah/Tok Cik)

Maksudnya ada sepasang.
07
Kalau ada sesiapa yang ada menyimpan satu lagi buah loket ni, nak sangat koi jumpa dengan orang tu. Mungkin banyak yang boleh kita bercerita. Mungkin ada kaitan dengan pahlawan-pahlawan Pahang.
08
Kalau ada sesiapa yang nak mintak loket ni, terus terang koi cakap koi lokek nak beri.

INILAH CERITA YANG DILUAHKAN OLEH ENCIK SAIFUL.
Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di PPAP. Jika sesiapa ingin pengesahan cerita ini, sila berjumpa dengan beliau.

20101011

Header Laman Pahang No.4


Kali ini saya berkesempatan untuk menukar gambar header untuk Laman Pahang. Header ini ditukar bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010.

Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut oleh kita pada 8 Oktober 1959. Stadium Negara Kuala Lumpur telah menjadi tempat pertama kali diadakan sambutan hari kanak-kanak di Malaysia.

Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia

Di dunia ini kau berikan kami pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa semua tidak berbeza

Dipersada kini kau teguhkan kini perpaduan, kedamaian kami tersenyum, kami gembira hilang duka dan derita

Curahkan belaian mesra berikan kami pendidikan mulia ada rasa cinta sesama insan serata dunia berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua dunia pasti aman dengan kasih sayang

Yang Maha Kuasa restuilah hamba ketenangan, keyakinan tabah menjalani perjuangan dengan penuh keazaman

Rujukan:
1. www.jkm.gov.my
2. en.wikipedia.org
3. pmr.penerangan.gov.my