KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20111213

Kebakaran Tunas Manja Bera dan Sakan Bera

BERA, Kerayong/Triang, Pahang - Penduduk Daerah Bera telah dikejutkan dengan kebakaran mengejut deretan kedai Tunas Manja Bera. Asmawi dari Asmawi Construction ketika ditemui di tempat kejadian berkata inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera. Kebanyakan penduduk bercerita betapa terkejutnya mereka dengan kebakaran Tunas Manja Bera ini. Bagi penduduk daerah Bera, Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Sakan Bera dan Pasaraya Aktif Bera adalah tempat yang membekal pelbagai barangan keperluan kepada penduduk daerah Bera. Malah ada yang menganggap Tunas Manja Bera adalah sebagai mercu tanda daerah Bera. Daerah Bera memiliki Tunas Manja lebih awal dari Daerah Temerloh.
 1. Berikut adalah senarai lokasi Tunas Manja: 
-Air Putih: 25300 Kuantan, Pahang.
-Indera Mahkota: Taman Pasdec Aman, 25300 Kuantan, Pahang.
-Bukit Setongkol: Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang
-Pekan: Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan, Pahang.
-Taman Tas: Pandan Damai, KM11, Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
-Transit Point: Jalan Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang.
-Sungai Isap: Pusat Komersial Batu 3, Jalan Sungai Isap, 25150 Kuantan, Pahang
-Rompin: Depan Bandar Baru, 26800 Kuala Rompin, Pahang
-Beserah: Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
-Bera: Mukim Triang, 28300 Bera, Pahang
-Kemaman: Mukim Cukai, 24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman
-Mersing: Taman Bandar Baru Mersing, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
-Batu 11: Lrg Seri Mahkota Permai 1, Perkampungan Seri Mahkota Permai, Jln Ktn-Gambang, 26070 Kuantan Pahang
-Maran: Bandar Baru Maran, 26500 Maran Pahang Darul Makmur Malaysia
-Tanjung Gemuk: Taman Tanjung Gemuk 1, 26820, Rompin, Pahang.
-Raub: Mukim Gali, 26720 Raub, Pahang, Malaysia
-Muadzam Shah: Mukim Bebar, Muadzam Shah, Pahang.
-Paka: Mukim Kuala Paka, Kg. Cacar Baru, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu,
-Temerloh: Kg Haji Ali Temerloh.
 2. Pada 11hb Disember 2011, deretan bangunan Tunas Manja Bera telah terbakar hangus sehingga tidak benda yang terselamat melainkan air minuman dan roti yang berada di luar bangunan. Turut terbakar adalah Pasaraya Sakan (bumiputra), Kedai muzik cakera padat, Kedai pakaian, Kedai Makan (bumiputra) dan Gelanggang Futsal (bumiputra).
 3. Ada macam-macam cerita dan andaian yang dibuat oleh penduduk daerah Bera tentang macam mana Tunas Manja dan Sakan Bera boleh terbakar. Ada yang yakin ianya berpunca dari tempat orang menjual wafer depan Tunas Manja Bera. Kerana tempatnya ada gas untuk memasak wafer. Kalau itulah tempat puncanya kenapa tempat itu tidak hangus kesemuanya ?
 4. Ada pula yang berkata kedai makan yang menjadi punca kebakaran. Kerana dalam kedai makan memang ada tong gas untuk memasak. Persoalannya kedai makan tersebut bersebelahan dengan gelanggang Futsal, kenapa kawasan gelanggang futsal tidak musnah teruk berbanding kawasan lain?
 5. Timbul juga persolan kemana pergi jaga Tunas Manja Bera. Adakah Tunas Manja Bera telah tiada jaga. Kalau ada jaga tentulah dialah orang yang pertama menyedari kebakaran ini sebelum api merebak. Kalau tiada jaga, kenapa Tunas Manja Bera memilih untuk tidak mahukan perkhidmatan jaga? Orang kata keuntungan bersih Tunas Manja Pahang mencecah RM60,000 sehari. Malah Tunas Manja Bera adalah tunas manja yang paling menguntungkan antara banyak-banyak tunas manja. Kenapa tiada jaga?
 6. Ada juga yang tinbulkan persoalan kenapa orang sekitar tidak sedar kejadian ini. Kenapa orang yang lalu lalang tidak sedar. Kenapa jaga Sekolah Bandar Kerayong tidak sedar. Kenapa pelanggan Ar-Robah 24jam tidak sedar? Kenapa pelanggan 7 Eleven tidak perasan. Apakan gerai di Pantagoon Inn tiada orang pada masa itu?
 7. Persoalan utama sekarang adalah PERTAMA pukul berapa kebakaran bermula. KEDUA dimana tempat mula-mula terbakar. KETIGA kenapa tiada api menjulang tinggi. KEEMPAT kenapa pokok dan rumput belakang deretan kedai tidak terjejas. KELIMA kenapa lambat sangat melapurkan kepada bomba.
8. Untuk menjawab persoalan tersebut kita rujuk kepada seorang saksi iaitu Atan pekerja pusat karoake yang sempat merakamkan kejadian kebakaran Tunas Manja Bera ini. Kata Atan, dia dan kawan-kawannya sedang minum di Kedai Makan Bera Pantagon Inn dalam jam 2.00 pagi. Kemudian dia dan kawan-kawan pergi ke 7 Eleven. Dari 7 Eleven beliau dengan bunyi letupan dan macam ada kebakaran di bangunan Tunas Manja Bera.
 9. Bila hati dah rasa tak sedap beliau terus ke bangunan Tunas Manja Bera dan dia nampak api telah mula memakan banguna Tunas Manja Bera. Terdapat litar pintas di belakang Tunas Manja Bera. Mungkin ada satu kabel letrik yang telah tercabut dan terjatuh atas kotak dan membakar kotak tersebut.
 10. Beliau terus merakamkan kejadian tersebut dengan handphone. Masa rakaman menunjukkan jam 2.15 pagi. Dalam masa yang saya beliau menyedari jaga tiada di tempat bertugas. Seorang kawannya telah diarahkan mencari jaga Tunas Manja Bera di Restoran 24jam Ar-Robah. Jaga tersebut dimaklumkan kejadian tentang kebakaran di tempat bertugasnya. Jaga tersebut terus meminta bantuan bantuan. pada masa ini rakaman menunjukkan jam 2.35 pagi.
 11. Atan terus merakam kejadian kebakaran tersebut. Api telah semakin marak. Mungkin berpuluh letupan telah berlaku. Antara punca letupan adalah alat-alat pemadam api dan arak minuman keras yang banyak dijual di Tunas Manja Bera.
 12. Atan masih terus merakam kejadian. Jam 2.55 pagi kereta peronda polis yang pertama telah sampai. Diikuti 5 minit kemudian iaitu 3.00 kereta bomba yang pertama tiba di tempat kejadian. Berselang 5 minit lagi sampai pula jentera bomba yang kedua.
 13. Ahli bomba dari jentera kedua terus mengoyakkan dua pintu pada Pasaraya Sakan. Tidakan ini perlu dilakukan segera kerana kabakaran Tunas Manja Bera adalah kebakaran dalam bangunan. Bukan Kebakaran terbuka. Jika kebakaran terbuka, ramai orang akan perasan kerana api akan menjulang tinggi dengan asap yang berkepul-kepul.
 14. Deretan kedai Tunas Mnaja Bera adalah bangunan yang tertutup. Kebakaran dalam bangunan yang tertutup lebih bahaya dari kebakaran pada bangunan yang terbuka. Api hanya marak dalam bangunan sahaja. Hanya ada sedikit sahaja ruang untuk asap keluar. Bahagian dalam menjadi ruang ketuhar yang amat panas. Besi pun boleh cair.
 15. Jika terdapat sedikit sahaja oksigen yang menderu masuk dalam bangunan tersebut maka bangunan tersebut akan meletup keseluruhannya. Jika berlaku letupan tersebut, nyawa anggota bomba dan anggota polis yang bertugas berhampiran tempat kejadian akan terkorban. Malah hasil dari letupan tersebut akan memercikkan bunga-bunga api ke kawasan sekitar. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan kawasan berhampiran pula terbakar. Kesudahannya kebakaran merebak ke bangunan lain.
16. Nasib baik tindakan pantas salah seorang anggota bomba memecahkan pintu Pasaraya Sakan telah menyebabkan asap boleh keluar dan tekanan dalam bangunan serta merta berkurangan. Kejadian letupan besar boleh dielakkan.

 17. Menurut Atan lagi, api yang berpunca dari belakang bangunan Tunas Manja Bera telah membakar kesemua bahagian belakang deretan bangunan Tunas Manja Bera. Setelah semua bahagian belakan terbakar barulah api tersebut mara kebahagian hadapan.
 18. Sampai satu peringkat semua rangka bahagian tengah bangunan telah hancur. Keadaan ini menyebabkan bumbung bahagian tengah runtuh. Akibatnya runtuhan bumbung tersebut menyebabkan tiang penyokong rangka tercabut dari tanah. Seterusnya menyebabkan dinding simen bahagian belakang bangunan telah pecah dan retak.
 19. Pihak saya datang merakamkan gambar kejadian bermula jam 8.48 pagi hingga 9.19 pagi.
 20. Semasa merakamkan gambar saya ditegur oleh polis supaya jangan melepasi garisan yang ditetapkan. Katanya lagi " .. nak buat apa ambil gambar, benda dan terbakar." Saya hanya diam sahaja, malas nak berhujan. Saya hanya memikirkan bagaimana nak rakamkan gambar api yang masih menyala sedang menghabiskan sisa-sisa bangunan Tunas Manja Bera dan rakan-rakannya.
 21. Setelah ditegur begitu saya terus ke kawasan Sekolah Bandar Kerayong untuk merakam kerja memadam api sebelah belakang bangunan. Kelihatan lima orang anggota bomba sedang memadamkan saki-baki api. Keadaan nampak tidak terkawal.
 22. Apabila saya kembali semula ke depan bangunan Tunas Manja Bera, orang dah makin ramai. Saya ditegur pula oleh bekas Guru Besar yang berbangsa cina. Kata cikgu tersebut, "Ambil gambar banyak-banyak, ini sejarah". Terus saya teringat kata Asmawi pemilik Asmawi Construction kata beliau "Inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera.". Terus terasa bersemangat merakamkan sejarah kejadian ini supaya ada gambar-gambar kenangan untuk menjadi peringatan kepada masyarakat kita pada masa depan. (Kejadian lama: Rumah Terbakar)
 23. Pada lewat petangnya pula jentera berat dibawa masuk ke kawasan kejadian. Semua orang ingat kerja membersihkan kawasan akan dilakukan segera. Pantas sungguh Tunas Manja bertindak untuk membangunkan semula bangunan mereka yang baru sahaja terbakar. Cepat sungguh kerja siasatan. Rupanya jentera berat tersebut digunakan untuk membawa keluar dua buah peti besi yang besar. Dengan tiga kali hentak oleh backhoe peti besi tersebut terbuka. Enam bag dikeluarkan dalam keadaan selamat. Yang hangus hanyalah duit hari esok sebanyak RM300 yang ada dalam mesin wang di setiap kaunter.
24.Cerita orang: "Anak sedara kata, kalau nak beli kasut sekolah hitam yang murah segeralah ke Tunas Manja Bera. Maka sampailah kawan disini"
 25. Cerita orang; "Istimewa hari ini, di Tunas Manja Bera ada menjual ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar dan ketam bakar. Segera ke Tunas Manja"
 26. Cerita orang: "Malam tadi koi bermimpi. Lepas habis periksa STPM ini koi dapat kerja di Tunas Manja Bera. Laaaa! Hari ini datang tengok Tunas Manja dan terbakar. Tak dapat la koi kerja."
27. Cerita orang: "Lepas periksa STPM ni koi cadang nak kerja semula di kedai jual CD kat sebelah Tunas Manja Bera. Laaa! terbakar pulak. Kat mana lak koi nak keja?"

LINKS:
1. renex89.blogspot.com (tunas-manja-bera-musnah) - Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
2. sinarharian.com.my (tunas-manja-kerayong-terbakar) - Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi.
3. mohandin.blogspot.com (tak-ada-letrik-tunas-manja-bera-terbakar)
4. batutepijalan.blogspot.com (kebakaran-di-tunas-manja-bera)
5. adamfikri.com (aset-rm1-juta-hangus-pasaraya-pekan-kerayong)
6. aku-masihdisini.blogspot.com (terbakarnya-tunas-yang-manja)
7. miss-nadya.blogspot.com (selamat-sampai-dari-melaka)
8. sajanakcerita.blogspot.com (tunas-manja-kerayong-terbakar)

Cerita diatas telah diolah mengikut kreativiti Laman Pahang. Tak boleh nak kata cerita disini betul dan cerita disana tak tepat. Kita tak tahu perkara yang sebenar. Laman Pahang bukan penyiasat tetapi pengumpul cerita orang sahaja. Jadi yang ditulis disini adalah pandangan seseorang.

20111212

Usik Ular di Teluk Cempedak

 1. Jika anda berkunjung ke Telok Cempedak Kuantan Pahang pada sebelah malamnya, anda mungkin berpeluang bertemu dengan kumpulan pemelihara ular. Mereka akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menyentuh dan bergambar dengan ular-ular mereka.
 2. Ular-ular tersebut mereka bela sebagai hobi sahaja. Tiada pihak yang menaja atau membayar mereka untuk aktiviti ini. Namun begitu, jika ada pihak yang ingin menjemput mereka membuat pertunjukan mereka tidak keberatan menerima undangan. Kumpulan pemelihara ular dari pelabuhan ini tidak menetapkan bayaran untuk sesi pertunjukan ular mereka. Terserah kepada penganjur untuk menetapkan bayaran berdasarkan persetujuan bersama.
 3. Wang bayaran hasil pertunjukan ular tersebut akan digunakan untuk membeli makanan untuk ular-ular mereka. kebiasaannya mereka menggunakan wang dari pendapatan tetap masing-masing untuk menyara ular-ular mereka.
 4. Ular-ular yang dibela oleh mereka adalah ular yang tidak berbisa.
 5. Orang perempuan berani usik ular.
 6. Kanak-kanak juga tidak takut usik ular.
 7. Mula-mula memang ada rasa takut.
 8. Pelancung luar negara juga berani usik ular.
 9. Selain dari ular, ada juga antara kumpulan ini yang memelihara arnab.
10. Baby juga tidak takut usik ular. Anda bagaimana?

Link:

Amaran Hujan Lebat -Peringkat Jingga - 12 Disember 2011

Dikeluarkan pada: 07:14am pada 12 Disember 2011

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA)

(I) Dikeluarkan pada : 4:30 petang 10 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Terengganu (Daerah Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Isnin, 12 Disember 2011.

(II) Dikemaskini pada : 06:45 petang 11 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Rabu, 14 Disember 2011.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

(I) Dikemaskini pada : 11:13 malam 10 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas) dan Terengganu (Daerah Besut, Kuala Terengganu dan Marang) dijangka berterusan sehingga Isnin, 12 Disember 2011.

(II) Dikemaskini pada : 06:45 petang 11 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga Rabu, 14 Disember 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

20111208

Cerita Koi (1)


SATU: Cikgu Mail Songsang

Cikgu Mail Kampung Raja Songsang adalah guru Silat Sendeng di Songsang. Pada suatu malam, Cikgu Mail telefon koi dan minta koi datang segera ke rumah. Koi ingatkan Cikgu Mail sakit tenat.

Dengan berkain pelaikat dan berbaju T, koi terus start kereta dan menuju kerumah Cikgu Mail. Masuk kat kawasan rumah Cikgu Mail koi nampak Cikgu Mail dah ada depan pagar rumah.

Belum sempat kereta berhenti Cikgu Mail menunjukkan arah diluar pagar supaya parking kereta disitu. Berhenti aja kereta Cikgu Mail terus masuk dalam kereta. Kata Cikgu Mail, "Kita borok dalam kereta, senang tak ada orang dengar".

Selepas diam seketika, Cikgu Mail terus kata, "Ayah nak tanya awak betul-betul. Dah berapa lama awok jadi anak angkat ayah.?" Mata Cikgu Mail dah mula merah, nampak macam nak menangis dan nak marah.

Hairan juga koi dengan pertanyaan tu, koi jawab , "Dah 30 tahun ayah"

Cikgu Mail terus bertegas, "Dah 30 tahun, kenapa awak tak bagi tau ayah."

"Bagi tau apa ayah ?" tanya koi semula.

Cikgu Mail terus marah, "Tak yah la nak buat-buat tak tau"

"Majid, awak ingat betul-betul. Kalau ada orang jemput awak ... jangan ikut. Kalau orang tu datang dengan kapalterbang sekalipun, jangan naik. Kalau nak naik juga kita naik sama-sama. Kalau perlu dukung ayah, dukunglah. Biar kita mati sama-sama"


DUA: Kedai makan

Koi ni niaga kedai makan. Satu hari tu datang seseorang yang lain macam. Nampak macam orang besar. Beliau masuk dengan tertib dan terus menuju ke koi yang sedang buat air. Dia tanya "Ini Pak Ngah ke?". Koi Jawab "Ya, sila duduk, saya ada kerja, tengah buat air."

Orang tu duduk dan memerhati sekeliling. Ada seorang budak kecil dibayanya. budak kecil tu, memanjat atas kaunter untuk bermain. koi masi tak sempat nak layan orang tu, kerana oder air masih banyak.

Orang tu tegur budak kecil tu " ... jangan buat macam tu. Ini bukan rumah kita". Isteri koi jawab "Tak apalah ... budak".

Koi sendiri tak tau orang tu datang dengan kereta sebesar mana. Tapi oleh kerana melihat koi masih perlu menyiapkan oder air, maka orang tu berjumpa semula dengan koi dan mintak diri nak balik. Koi mintak maaf kerana tak sempat nak layan. Tak pula koi bertanya apa urusannya.

Orang tu masuk ke kereta. Keretanya berpusing dan lalu semula depan kedai koi nak ke jalan besar. Tiba-tiba anak koi ternampak loga depan kereta bersr tersebut. Terus anak koi beritahu koi dalam keadaan terkejut, "Ayah! ayah! orang tu, orang besar kerajaan. Ada logo kerajaan kat depan kereta dia".

Koi rasa tak sedap hati, terus koi cari Tok Penghulu Jazam. Koi ceritakankan pada Tok Penghulu Jazam hal yang telah berlaku. Tok Penghulu jawab dengan selamba, "Orang dari negeri datang nengok awok, tak yah susah hati, buka nak jadi apa-apa."

TIGA: Pindah kubur

Pada suatu hari anak sedara koi ni telefon mintak koi balik kampung. Kampung asal koi adalah Kampung Empau di Budu, Lipis. Dalam telefon anak sedara ni sampai menangis-nangis mintak sangat koi balik Kampung Ampau di Budu. Ada benda dia nak bercerita. Isteri koi kata "Baliklah, orang dah beria ajak". Koi pun setuju balik.

Di Kampung Empau di Budu, anak saudara koi ini ada tanah di sebelah depan tanah koi. Tanah tu dia buat kem motivasi. Sebelah belakang tanah koi pula ada tanah perkuburan. Ayah koi dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. Kawasannya atas bukit.

Sampai atas kawasan tanah perkuburan dia mula buka cerita. Katanya "Pak Ngah kena balik ke sini, ini tanah Pak Ngah. Tanah pusaka dan tanah keturunan kita." Beria-ia sungguh dia meminta koi balik ke Kampung Empau di Budu. Dia dah dapatkan duit sebanyak RM20 ribu untuk membuat rumah untuk koi. Terkejut juga koi, sampai situ nekad dia nak bawa balik koi ke Kampung Empau di Budu ni.

Koi kata tak boleh, kena bincang dengan yang lain. Tapi dia beria-ia nak juga koi balik berumah di Kampung Empau. Akhirnya koi tanya dia, "Apa ke hel sebenornya yang koi kena balik kampung"

Kata dia, "Kubur yang ada ini ada dua bahagian. Bahagian ini kubur orang biasa dan bahagian satu lagi adalah kubur pejuang-pejuang. Kubur ayah Pak Ngah telah tersalah tanam dan perlu dipindahkan ke kawasan kubur pejuang."

Koi jawab, 'Eh! kerja memindah kubur bukan kerja main-main, banyak perkara perlu diuruskan." Dia jawab "Koi tau, semua tu koi akan uruskan." Melihat kesungguhan dia dalam usaha nak memindah kubur ayahnda koi maka koi jawab, "Boleh, tapi Pak Ngah mesti ada masa kerja-kerja memindah."

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, koi tanya dia, "Apa cerita sebenarnya sampai terdesak sangat nak pindahkan kubur ?"

Setelah menarik nafas dia bercerita ... ceritanya dia penah buat doa selamat di kem motivasi. Sebaik sahaja selesai doa, tiba-tiba ada tujuh orang berjubah putih mengeliling orang yang baru sudah berdoa. Salah seorang dari orang bertujuh yang berjubah tersebut memberitahu supaya memindahkan kubur ayah Pak Ngah ke kawasan kubur pejuang.

Maksudnya, ayah Pak Ngah adalah pejuang. Maksudnya juga, Pak Ngah adalah keturunan pejuang. Katanya lagi Pak Ngah tau pejuang yang dimaksudkan tersebut siapa. Tak perlu berpura-berpura tak tau.

Koi tau apa yang dia dah tau.

EMPAT: Pesan ayah

Ayah koi pernah berpesan pada koi. Masa tu umur koi 13 tahun. Kata arwah ayah, "Kita adalah keturunan pejuang, engkau pergi kemana-mana pun orang akan tau. Tapi berhati-hatilah".

Nama ayah koi adalah Akob bin Idros. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama besar dalam perjuangan orang Melayu atau nama yang sensitif dalam perjuangan orang Melayu. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama yang mempunyai kaitan dengan perjuangan Tok Bahaman atau Tok Gajah atau Mat Kilau.

Dalam usia 13 tahun mungkin koi tak mampu atau tak perlu untuk menghuraikan kaitan yang sedemikian. Semenjak mendengar pesanan ayahnda Akob bin Idros, koi 'rasa lain'. Mungkin 'rasa lain' tersebut akan semakin jelas bila koi dan tua. Mungkinkah 'rasa lain' tersebut adalah rasa yang sedang koi rasa sekarang.

Bukan rasa nak berperang atau rasa nak marah. Tetapi rasa nak luahkan sesuatu. Rasa nak betulkan sesuatu.

Ditakdirkan oleh Allah SWT, koi ni dilahirkan untuk sesuatu yang koi tak tau nak bagi tau macam mana. Malah koi tak tau nak bagi tau apa, kenapa, siapa, berapa, bila dan bagaimana. Dengan izin Allah SWT koi harap koi akan jumpa anak kuncinya dan ibu kuncinya.

Nak sangat koi tau apakah yang terkunci selama ini.

LIMA: Mesyuarat Muzium

Koi pernah ikut orang pergi mesyuarat Lembaga Pengarah Muzium. Satu ketika lepas mesyuarat, pengerusi mesyuarat keluar terlebih dahulu. Maka diajaknya koi jalan dahulu ketempat makan. Maka berjalanlah koi beriringan dengan pengerusi. Tidak lama kumpulan mesyuarat pun keluar dan mereka semua mengikut kami di belakang.

Tiba-tiba, Abah Sahamad Malaya berteriak kepada pengerusi " ... tau ke  yang sebelah tu sapa (maksudnya koi ni sapa)." Pengerus diam aja, terus berjalan. Tetapi beberapa kali lagi pengerusi diteriak dengan ayat yang sama. Cukup tiga kali koi paling kebelakang tunjuk penumbuk dan mintak Abah diam. Orang lain ketawa aja lihat gelagat koi dan Abah.

Sampai di meja makan, koi dan pengerusi duduk semeja. Tidak lama naik anak sedara koi. Dia menegur perkara yang sama. Masa itulah barulah pengerusi perasan. Dia terus basuh tangan dan mintak izin untuk meninggalkan majlis, tanpa sempat menghabiskan makanannya.

ENAM: Teater Tun Teja

Ada satu ketika dulu, Temerloh yang aktif dengan kebudayaan dan teater telah bercadang nak buat satu persembahan teater yang besar. Teater Tun Teja.

Sebagai orang yang tahu serba sedikit dan menyimpan cerita-cerita sejarah perjuangan orang Melayu ... koi amat tidak setuju dan amat menentang cadangan untuk membuat persembahan Teater Tun Teja.

Sebagai orang jati Pahang. Orang yang sayangkan Negeri Pahang. Orang yang berdarah pejuang. Koi amat-amat menentang hasrat membuat Teater Tun Teja.

Kenapa?

Tun Teja adalah lipatan cerita sejarah yang memalukan Negeri Pahang. seorang puteri Negeri Pahang telah diculik dan dibawa lari ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka bagi dijadikan Permaisuri.

Kenapa ada yang sanggup menculik ? Kenapa tak ada anak-anak Pahang yang pendekar dan pandai silat dapat mempertahankan Puteri Tun Teja dari diculik. Penakutkah pahlawan Pahang ?

Koi tulis surat membantah perancangan untuk mempersembahkan Teater Tun Teja yang akan memalukan Negeri Pahang dan rakyat Pahang. Koi tulis surat kepada semua orang-orang besar dan berpengaruh.

Koi dengar persembahan Teater Tun Teja ini telah mendapat peruntukan yang besar. Makin besarlah marah koi pada orang-orang yang terlibat. Kenapa nak persembahkan suatu cerita yang menunjukkan kita tidak mampu menjaga seorang Puteri Pahang. Tak malu ke mereka ni nak tunjukkan cerita sebegini kepada masyarakat Pahang.

Kalau koi rasa malu dan tak boleh terima, tentu ada orang lain yang rasa macam koi. Kalau orang-orang tu takun nak berbunyi, biar koi yang bersuara. Koi tulis surat kepada Sultan Pahang sebagai jalan terakhir. Siap bubuh nama penuh dan alamat penuh rumah koi.

Tak lama, koi dapat panggilan telefon. Suara tu berkata, "Awak tau betul cerita Tun Teja? " Koi jawab dengan tegas, "Tau sangat, sebab tu tak nak orang buat main-main dengan cerita Tun Teja".

Akhirnya koi ditunjukkan surat pembatalan peruntukan bagi mengadakan persembahan Teater Tun Teja.

(Mengikut cerita Orang Asli Semelai di Tasik Bera, Hang Tuah telah masuk melalui kawasan mereka dalam usaha hendak menculik Puteri Tun Teja. Hang Tuah telah menyamar sebagai pendakwah untuk menyusup masuk ke Negeri Pahang. Kononnya Hang Tuah telah berjaya mengislamkan mungkin sebahagian Orang Asli Semelai Tasik Bera. Untuk masuk Islam kena bersunat, maka ramailah Orang Asli Semelai Tasik Bera bersunat. Akhirnya bersunat telah menjadi salah satu adat bagi Orang Asli Semelai Tasik Bera.


Setelah berada selama 3 bulan di perkampungan Orang Asli Semelai Tasik Bera maka Hang Tuah bergerak pula ke tempat lain. Dengan keadah yang sama iaitu meresap masuk secara halus dalam masyarakat tempatan di Pahang. Setelah diterima maka Hang Tuah akan bergerak ke kampung lain pula.


Setelah sampai ke Lipis, Hang Tuah telah mempunyai raputasi yang baik dan dengan mudah juga diterima oleh orang Lipis. Tiada siapa sedar tujuan sebenar Hang Tuah adalah untuk menculik Tun Teja)

(Ada cerita pula mengatakan kononnya, Pahang telah menubuhkan satu pasukan bagi menculik semula Tun Teja dari Sultan Melaka untuk di bawa balik semula ke Pahang. Kononnya setelah berjaya diculik semula, Tun Teja telah dibawa ke negeri lain bukan ke Pahang.)

(Sekarang dan ada pula orang yang dikatakan keturunan Tun Teja)

TUJUH: Keturunan Ketujuh Mat Kilau

Pada satu petang anak sedara koi, Atan (Roslizan Ahmad Mahidin), telefon minta koi datang ke sebuah hotel di Sungai Rabit. Katanya Kelab Tun Teja ada membuat sedikit acara di Temerloh. Majlis akan diadakan di Hotel Isis atas Restoran Pallani. Kedatangan koi amat bermakna katanya. Koi pun datang atas ajakan anak sedara. Setelah sampai koi koi di sambut oleh Tuan Seri Ning Buah. Rupanya di Hotel Isis ini ada dewan kecil. Baru ini koi tau.

Masuk dalam dewan tersebut, koi dipersilakan duduk. Baris depan hujung sekali. Orang yang dalam dewan tersebut semuanya koi tak kenal. Mereka sedang menunggu VIP mereka iaitu Pengerusi Kelab Tun Teja . Setelah VIP masuk mereka masih lagi bercakap sesama sendiri. Kelihatannya acara tidak akan bermula lagi kerana masih menunggu sesuatu.

Pada skrin terpapar gambar Pejuang Mat Kilau. Darah koi berderau. bula roma dah mula tegak. Hati dah mula rasa tak sedap hati. Rasa menyesal datang pun mula timbul. Tapi walau apa-apa pun koi kena terus tunggu nak tau apa sebenarnya semua ini.

Tidak lama kemudian Atan anak sedara koi masuk. Rupanya beliau adalah juruaca majlis pada hari ini.

Dalam ucapannya dia berkata, " ... kita sungguh bertuah pada hari ini kerana Keturunan Ketujuh Mat Kilau dan Keturunan Kelapan Mat Kilau ada bersama-sama kita pada hari ini."

Tersirap darah koi, merah padam muka koi, memang jelas orang boleh nampak yang koi sedang marah. Dalam hati koi berkata, "Sampai hati Atan awak buat kat pok sedara macam ni." Hati koi terus meraung dalam diam, "Berani sungguh Atan awok cakap macam tu, perkara ini boleh melibatkan hidup dan mati kita." Koi terus bermonolog sendirian, "Ngapa la awok tak bincang dulu dengan koi sebelum umumkan rahsia keluarga kita." Atan tau koi marah sepanjang majlis tersebut.

Lama selepas tu barulah koi terfikir. Sampai bila nak simpan cerita ini. Sekarang makin banyak orang bercerita. Cerita ini dan tak boleh nak simpan-simpan lagi. Sebab tu pada hari ini (28 November 2011) koi ceritakan cerita ini pada Laman Pahang. Nak berbangga diri mengaku tidak. Nak disanjung koi tak nak. Sekadar nak bercerita, cukuplah sekadar dikedai kopi. Ada cerita yang menjadi hak masyarakat. Biar masyarakat yang tentukan.


>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.<

20111206

Buku: Ariya Di Kota Silsila




Ariya Di Kota Silsila
Mersik Romoyu
RM 14.00
ISBN: 978-967-0184-56-2
~240 hlm
Bahasa Melayu

Keriangan Ariya untuk pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah terhenti apabila mendengar berita datuknya telah hilang. Keajaiban berlaku apabila pencarian datuknya itu telah mencampakkan dia ke satu dimensi dunia yang berbeza. Lebih mengejutkan lagi dunia yang asing itu adalah sama seperti cerita-cerita fantasi yang pernah diceritakan oleh datuknya sewaktu dia masih kecil.
Pertemuan Ariya dengan Pak Awara telah merungkaikan persoalan kehilangan datuknya di kampung. Kini dia baru mengetahui bahawa datuknya terperangkap di dunia fantasi itu kerana menjadi tahanan Raja Kota Silsila yang baru.
Hasil pertemuan rahsia Ariya dan datuknya di penjara istana, telah membawa kepada satu perancangan pemberontakan di mana Ariya diberi amanah untuk membawa bantuan daripada Hungga, Kaum Yug-yug dan Judai. Namun perancangan ini telah diketahui oleh ahli sihir Raja Silsila iaitu Karona.
Dapatkah Ariya melaksanakan amanah itu hingga berjaya? Mampukah dia mengekang ancaman-ancaman daripada ahli sihir Raja Silsila yang terkenal dengan kezalimannya itu? Satu pertempuran dahsyat bakal berlaku di Kota Silsila...


Link:
mersik.blogspot.com (ariya-di-kota-silsila)

20111205

27 Kembara Bukit Mat Daling - Perjalanan balik


 1. Jambatan gantung dalam hutan
 2. Rumah rakit dan jeti kayu
 3. Rumah rakit kayu
 4. Rumah rakit kayu dan bot kayu
 5. Selamat sampai semula ke Kuala Tahan
 6. Gembira rasanya kerana selamta menempuh pelbagai jeram-jeram
 7. Sepanjang masa ada saha bot yang singgah
 8. Perut terasa lapar keti melihat gerai terapung
 9. kereta dan van rusa telah siap menunggu
 10. Seronok pelajar sekolah bermain air
11. Nikmat bermain percikan air.

Senarai Kubur Bersejarah Orang Pahang

Berikut adalah senarai kubur-kubur lama Orang Pahang yang diusahakan oleh Neguai. Senarai ini masih tidak lengkap dan kerja kemaskini senarai ini akan terus dilakukan jika terdapat maklumat baru. Senarai ini dibuat berdasarkan sumber lisan dan tulisan. Masih terdapat banyak perkara yang boleh dikaji dan dibahas. Usaha yang dilakukan oleh Neguai hanyalah pada peringkat menyenaraikan apa yang orang kata dan tulis sahaja. Sama-samalah kita mengali kebenaran cerita setiap kubur tersebut.

Semoga ada yang berminat menjaganya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua ahli kubur, ibubapa kita dan tok nenek keturunan kita, Al-Fatihah.

A. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH BERA
klik DISINI.

B. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH TEMERLOH
klik DISINI.

C. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH BENTONG
1. Bentong: Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib.

D. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH JERANTUT
1. Kg Pulau Tawar: Malim Yunus] Dikawasan Kubur Kg Masji@Kg Kedongdong, Tiga Kubur (Perempuan, Isteri Kepada Sultan Muhammad Atau Sultan Ahmad)}Dikawasan Telok.
LINK [Moyang Mualim Yunus - yang mana kubur beliau ditandai dengan pokok besar berhampiran makam mat kilau]




2. Kg Pulau Tawar: lamanpahang.blogspot.com. Kawasan Tanah Perkuburan Besar Pulau Tawar. Bersebelehan kubur ibunya Teh Mahada.

3. Kg. Pulau Tawar: Teh Mahada (Ibu Mat Kilau). Bersebelahan kubur anaknya Mat Kilau.

4. Kg. Ulu Cheka. Kubur Pawang Nong. Dalam kawasan masjid Ulu Cheka. Sebelah kanan berhampiran pintu masuk.(07052012)

5.  Makam Ketapi, Kg Chebong Tembeling Temgah-Ini makam Tun Abdullah ibni Tun Da ( Tun Tusuf Pedah ) ibni Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid (04.04.2013-WZWH)

6. Makam Bukit Hangus Kg Bantal Ulu Tembeling-Ini makam Engku Khatib ( Wan Endut ) bin Tun Abdullah dan Puteri Daing Khadijah dari Brunei yang berkahwin dengan Che Wan Ahmad bin Engku Khatib. ( 04.04.2013 - WHWZ)

E. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH RAUB
1. Kg Kuala Temau: Tok Sharom} Dikawasan Kuala Temau, Dekat Ajai.

F. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH LIPIS
1. Bukit Betong: Pendekar Endol}Dikawasan (   )Bukit Betong

2. Tanjung Rambai: Pahlawan Pahang bergelar Maharaja Setia Raja Hj. Wan Daud bin Wan Pahang atau lebih di kenali sebagai Orang Kaya Haji Lipis. Kawasan kubur ini dari simpang masuk ke Kg. Binjai lebih kurang 5km. Terletak di kawasan tinggi berbukit, menghadap sungai Lipis. Sumber: marisma.multiply.com.

3.  Kg Relong: kubur Datok Linggi. Makamnya bawah Kundang Kuala Relong. Baca:toklinggi-zulkarnain.blogspot. Lihat: makam-datuk-linggi.

kemaskini:26.4.2012
G. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH MARAN/CHENOR
1. Kg Bukit Segumpal: Tok Panglima Taidin, Imam Sahadan@Tok Batin Sungkai (Pupu Tok Mengkarak 2), Panglima Abdullah@Dollah Kancil@Pertada Kepada Sultan Abu Bakar}Dikawasan Kubur Lama Bukit Segumpal (Tepi Sg Pahang).

2. Seri Jaya: Raja Budu@Batin Budu Yang Dikalahkan Oleh Sultan Ahmad}Dikawasan Tongkiat.

3. Maran: Adik Beradik Tok Ngah Bera} Dikawasan Kg (    )Maran.

4. Pengkalan Balai, Chenor kubur pahlawan Tok Parit dan Tok Tunggal. Mereka adalah panglima yang mengiringi Raja Pahang ke Daik. (Sumber Tuan Jamaluddin)

5. Makam Tok Kaya Kandis (Kampung Kandis, Chenor, Maran)

kemaskini:2.11.2018

H. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH KUANTAN
1. 

I. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH ROMPIN
1. Kuala Rompin: Panglima Ahmad}Dikawasan Kg(    )

J. KUBUR BERSEJARAH DI DAERAH PEKAN


1. Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah

K. KUBUR BERSEJARAH DI LUAR PAHANG
1. Kelantan, Ulu Lebir: Saudagar Ming@Katib Ming Bin Tok Sharom(Ayah Saudara Mat Kilau}Dikawasan Kg Ulu Lebir

2. Kedah, Kubang Pasu: Tok Malek (Susur Dari Bendahara Petani 3@Puak Orang Perba Jelai), Seri Bulan@Seri Pagi Binti Tok Kebayan@Tok Mengkarak I}Dikawasan Kubang Pasu.

3. Perak: Tok Biah (Pupu Tok Mengkarak 2)}Dikawasan (    )Negeri Perak.

4. Johor: Tok Ju (Adik-Beradik Tok Biah) Dikawasan (    )Negeri Johor.

5. Selangor: Tengku Kudin(Anak Alam Shah@Pupu 40 Serimenanti)}Dikawasan(    )

6. Terengganu: Tok Gajah} Dikawasan Kuala Berang.

7. Negeri Sembilan, Jelebu. Kubur Nakhoda Zainal (Jenal) yang mati diracun. (24022012)

8. Terdapat peninggalan kg.lama dan kubur kuala arin kuala kerai dipercayai anak cucu pelarian peperangan mat kilau di ulu lebir  (04.04.2013 -Syapul)

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) 05 Disember 2011

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada: 06:31am pada 05 Disember 2011

NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 11:35pm pada 04 Disember 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di negeri Kelantan (Daerah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Maran) dijangka berterusan sehingga malam Isnin, 5 Disember 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Heavy Rain Advisory (Yellow Stage)
Issued at : 06:31AM, 05 December 2011

HEAVY RAIN ADVISORY (YELLOW STAGE)
Issued at : 11:35pm on 04 December 2011

Intermittent rain occasionally moderate occurring over states of Kelantan (Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh and Machang Districts), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu and Dungun Districts) and Pahang (Kuantan, Pekan and Maran Districts) are expected to persist until Monday night, 5 December 2011.

This condition may cause floods over low-lying areas.

Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation

05 December 2011

Program Rasmi Pahang - Disember 2011

3 Dis 2011
   
Cameron Highlands    
Program Hari Diabetis Sedunia Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

4 Dis 2011
   
Temerloh    
Gotong Royong Perdana Komuniti 1Malaysia Mukim Lebak
= Komuniti 1Malaysia Mukim Lebak akan menganjurkan aktiviti Gotong Royong Perdana Maal Hijrah 1433H di Kg.Tanjung Kerayong, Kg.Tanjung Belengu, Kg.Pengkalan Jaya dan Kg.Lebak Seberang pada 4 Disember 2011 jam 8.00pagi hingga 1.00 tengahari. YB.Ahli Parlimen Temerloh, Dato'' Haji Saifuddin bin Haji Abdullah akan menyempurnakan majlis perasmian di Balai Penghulu Mukim Lebak, Jalan Triang serta menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar pada jam 12.00 tengahari.

5 Dis 2011
   
Kuantan    
Persidangan Yang Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke 12
= Persidangan Yang Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke 12 di Wisma Sri Pahang Kuantan pada 5, 6, 7, 8, 12 dan 13 Disember 2011 mulai jam 10.00 pagi.

7 Dis 2011
   
Lipis    
Majlis Ceramah Maal Hijrah 1433H.
= Majlis ceramah Maal Hijrah 1433H anjuran Majlis Daerah Lipis & Pejabat Agama Islam Daerah Lipis akan diadakan pada 7 Disember 2011 (Rabu) jam 9.00 malam bertempat di Dataran Residen, Kuala Lipis. Penceramah undangan ialah YBhg. Dato'' Abu Hassan Din Al-Hafiz.  Tajuk ceramah " Berhijrah Bahagiakan Keluarga". Muslimin muslimat dijemput hadir bersama keluarga.

8 Dis 2011
   
Cameron Highlands    
Program Ziarah Mahabbah Pesakit Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
= Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands akan mengadakan Program Ziarah Mahabbah Pesakit Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands pada 8 Disember 2011 ( Khamis) bermula jam 2.15 petang. Agensi dan juga orang ramai yang berminat menyediakan sumbangan hamper atau wang tunai untuk pesakit dialu-alukan.

   
Cameron Highlands    
Program Kempen Bersepadu Amalan Pertanian Baik Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Cameron Highlands
= Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands akan menganjurkan Kempen Bersepadu Amalan Pertanian Baik Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar Cameron Highlands pada 8 Disember 2011 ( Khamis ) bertempat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands bermula jam 8.30 pagi. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato'' S.K. Devamany ( Timbalan Menteri di JPM merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands.

 10 Dis 2011
  
    Majlis Penyempurnaan Program Seranta Serancangan Bersama Media Edisi Mendakap Keberkatan Oleh YB Ahli Parlimen Bera
  
    Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah bagi Masyarakat Orang Asli Daerah Bera Oleh YB Ahli Parlimen Bera
  
    Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah bagi Masyarakat India Daerah Bera Oleh YB Ahli Parlimen Bera
  
    Program Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia (SPM) Bersama YB Ahli Parlimen Bera

    Majlis Perasmian Jelajah Futsal Generasi Muda 2011 1Komuniti 1Juara Oleh YB Ahli Parlimen Bera

  
Maran   
Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar - Program Bicara Ilmu
=Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar - Program Bicara Ilmu anjuran Pejabat RISDA Daerah Maran akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau At Taqwa Taman Maran Jaya, Maran
Perasmian Oleh : YB. Dato Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Ahli Parlimen Maran

  
Maran
    Majlis Perasmian Program Francais Komuniti Maran 2011
=Majlis Perasmian Program Francais Komuniti Maran 2011 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Kejat, Felda Jengka 3, Maran
Tokoh Perasmi : YB Dato Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji Ishak, Exco Kerajaan Pahang
  
Lipis
    Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Asli Akhir Anjuran Muzium Warisan Lipis.
=Pertandingan karaoke lagu-lagu asli akhir anjuran Muzium Warisan Lipis akan diadakan pada 10 Disember 2011 (Sabtu) jam 9.00 malam bertempat di Dataran Residen, K.Lipis.
  
Bera
    Majlis Perasmian Penutup Seminar Khariah Masjid Daerah Bera Oleh YB Ahli Parlimen Bera

Pekan
PROGRAM KONVENSYEN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PERINGKAT LUAR BANDAR
=Program Konvensyen Pembangunan Modal Insan Peringkat Luar Bandar, anjuran JKKK Kg Pulau Jawa. Program akan diadakan pada 10 Disember 2011 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Al-Ehsan, Kg Pulau Jawa, Pekan. jam 8.00 pagi
Tetemu Jemputan,
YH Dato' Fazli Bin Mohd Kenali, Pegawai Daerah Pekan
YB. Encik Khairuddin Bin Mahmud, ADUN Kawasan Pulau Manis
  
Pekan
    MAJLIS PELANCARAN PROJEK INFOSTI @ MOSTI

11 Dis 2011
  
Bera
    Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah JKM Daerah Bera Oleh YB Ahli Parlimen Bera
  
Bera
    Program Gotong-Royong Perdana Di Taman Kampung Limau Bersama YB Ahli Parlimen Bera
  
Kuantan
    Majlis Perasmian Penutup Program Team Building Kakitangan Penjara Penor Kuantan Oleh YB Dato' Hj. Shafik Fauzan bin Sharif, EXCO Kerajaan Negeri Pahang
=YB Dato'' Hj. Shafik Fauzan bin Sharif, EXCO Kerajaan Negeri Pahang, merangkap ADUN Kawasan Inderapura akan menyempurnakan Majlis Penutup Program Team Building Kakitangan Penjara Kuantan bertempat Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pada 11 Disember 2011 (Ahad), jam 2.00 petang.
  
Maran
    Majlis Perasmian Penutup Minggu Perpaduan KRT Taman Maran Jaya, Maran
  
Rompin
    Majlis Menandatangani MOU Diantara Majlis Daerah Rompin Dengan UDA Holdings Berhad Bagi Pembangunan Kedai Desa Dan MOU Diantara Teras Dara Konsortium Snd Bhd Dengan UDA Holdings Bagi Pembangunan Bandar Muadzam Shah
=Yb. TYT. Dato'' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin dan YB. Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed Pengerusi UDA Holdings Bhd akan menyaksikan MOU Diantara Majlis Daerah Rompin Dengan UDA Holdings Berhad Bagi Pembangunan Kedai Desa Dan MOU Diantara Teras Dara Konsortium Snd Bhd Dengan UDA Holdings Bagi Pembangunan Bandar Muadzam Shah di Ballroom Lanjut Golden Beach & Golf Resort Kuala Rompin pada 11 DISEMBER 2011 jam 11.15pagi
  
Bera
    Program Ziarah Pesakit Kronik Masyarakat India.
  
Pekan
PROGRAM SKUAD 1MALAYSIA SEMPENA KOMUNITI BEBAS DADAH

12 Dis 2011
  
Kuantan
Majlis Perasmian Program Jalinan Kasih Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysi Negeri Pahang

14 Dis 2011
   
Pekan    
PROGRAM HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT DAERAH PEKAN
   
Kuantan    
Majlis Pelancaran Lagu, Logo, Maskot dan Laman Web Rasmi Sukan Malaysia SUKMA XV Pahang 2012
=Majlis Pelancaran Lagu, Logo, Maskot dan Laman Web Rasmi Sukan Malaysia SUKMA XV Pahang 2012 oleh YAB Menteri Besar Pahang di Zenith Hotel Kuantan pada 14 Disember 2011 jam 8.30 malam.
   
Kuantan    
Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkorporatan Di Antara Kerajaan Negeri Pahang Dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP Berhad)

15 Dis 2011
   
Pekan    
Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Ulu Gumum Bersama YB Kawasan
   
Rompin    
Majlis Perasmian Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Rompin
   
Maran    
Festival Memasak Bubur Asyura Dan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Maran Tahun 1433H / 2011

16 Dis 2011
   
Temerloh    
Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Kemiskinan Tahun 2011 DUN Jenderak
   
Rompin    
Program Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja Peringkat DUN Muadzam Shah

17 Dis 2011
    Pekan    

    PROGRAM SEHARI BERSAMA KOMUNITI 'POS WITH YOU' PAHANG

    Bera    

    Program Sukan Mesra Rakyat Bersama Ahli Parlimen Bera Dengan Penduduk FELDA Plantations.

    Pekan    

    PROGRAM CERAMAH KEMAHIRAN DAN PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG PERHOTELAN SERTA DEMO MASAKAN DARIPADA CHEF

    Bera    

    Majlis Sambutan Christmas Dan Jamuan Bersama YB Ahli Parlimen Bera

    Lipis    

    Program Ramah Mesra YB Tim. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bersama RELA Dengan Masyarakat Orang Asli.

    Lipis    

    Majlis Pelancaran Kempen Penurunan Harga Barang Pasaraya Aktif.

    Jerantut    

    Program Tahunan Persatuan Cina Muslim Daerah Jerantut Tahun 1433H/2012M

18 Dis 2011
    Temerloh    

    Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Kemiskinan Tahun 2011 DUN Kerdau

    Temerloh    

    Majlis Perasmian Penutup Karnival Lanchang Tahun 2011

    Bera    

    Program Jelajah Francais 1Malaysia Bersama YB Ahli Parlimen Bera

    Bera    

    Perasmian Kedai Rakyat 1Malaysia Daerah Bera Oleh YB Ahli Parlimen Bera
= YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Bera akan merasmikan Majlis Perasmian Kedai 1Malaysia Daerah Bera pada 18 disember 2011 (Ahad), jam 3.00 petang bertempat di Kedai Rakyat 1Malaysia.

20 Dis 2011
    Lipis    

    Festival Asyura Peringkat Negeri Pahang Tahun 1433H/2011M.= anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang akan diadakan pada 20 Disember 2011 (Selasa) mulai jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Lipis. Program akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

21 Dis 2011
    Maran    

    Majlis Penyerahan Van Jenazah, Majlis Penutup Kem Asas Fardhu Ain Dan Mencintai Al Quran

    Maran    

    Majlis Ramah Mesra RT Sri Jaya Bersama YB Ahli Parlimen Maran

22 Dis 2011
   
Bera    
Program Seminar Penerangan Undang-Undang Keluarga Islam Peringkat Daerah Bera.

Lipis    
Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Pahang.

Pekan    
Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur

Maran    
Program Jejak Perpaduan 1Malaysia

23 Dis 2011
   
Maran    
Majlis Pelancaran Modul Literasi Maklumat 1Malaysia
Tarikh : 23 Disember 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, Maran
Tokoh : YB Senator Datuk Maglin Dennis D''Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Malaysia

24 Dis 2011
   
Bera    
Majlis Pelepasan Peserta Program Jejak Perpaduan 1Malaysia