KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20120710

Mendamaikan antara manusia


BAHAWA TUGAS MENDAMAIKAN ANTARA MANUSIA ITU WAJIB, KERANA MENINGGALKAN CAKAP BOHONG JUGA WAJIB. SESUATU HUKUM YANG WAJIB TIDAK AKAN TERLUPUT, MELAINKAN DENGAN HUKUM WAJIB YANG LAIN YANG LEBIH UTAMA ATAU PENTING DARI YANG MULANYA.

Tidak ada satu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa  Allah hampir-hampir akan menimpakan siksanya atas mereka sekalian.

BAHAWA TUGAS AMAR MARUF DAN NAHI MUNKAR ITU MENJADI SEPERKARA YANG WAJIB, DAN KEWAJIBANNYA PULA TIADA TERLUPUT SAMASEKALI, SELAGI ADA KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, KECUALI SUDAH ADA ORANG LAIN YANG MEMENUHI TUGAS ITU.

Adakah tuan puan hanya berharap akan ada orang lain yang akan menjalankan tangungjawab bagi pihak ahli waris, dan ahli waris sendiri hanya menunggu dan lihat sahaja tanpa melibatkan diri. Itu bukan nya bertawakal namanya tetapi penakut, kerana tanpa berusaha dan berpecah belah,kesemua ahli waris tidak akan dapat bersepakat dan keturunan yang berdasarkan ahli waris akan hilang untuk selama-lamanya.  Kisah dan siapa sebenarnya  ahli waris tidak akan diketahui.


TIGA PERKARA YANG PERLU DIINGAT OLEH AHLI WARIS
1.       JANGAN TAMAK
2.       JANGAN KEDEKUT
3.       JANGAN BEREBUT

Perkara tamak,kedekut, berebut ini lah yang memecah-belahkan ahli waris dan berperasangka antara satu sama lain.

SEBAGAI AHLI WARIS PAHANG,TUAN-PUAN ADA DUA PILIHAN;

1.    MENYUSUN WARIS SECARA DAMAI (BERDAMAI) iaitu perlu sabar dan berani walaupun perit.
2.       MENYURUK (SEMBUNYIKAN DIRI HINGGA HARI KIAMAT) dan tiada dakwa- dakwi dikemudian hari.

20120708

Versi susunan


Versi; dari susunan RAJA PANJI {kesultanan panji} > warisnya ada bermukim di Melaka dan Pahang.
(versi ini dikutip di  bera)

Versi ;ANAK DAIK TUJUH BERADIK {anak raja kesultanan daik}

Yang bergelar RAJA BONGSU [nama sebenar ?] dikatakan ada bermukim di Pahang [ ? ] dan yang lainnya tidak dapat diketahui kisah nya kerana tiada maklumat.
(Versi ini dikutip di lanchang)

Versi SUSUNAN dari undang  JOHOL;  warisnya ada bermukim di pahang

Versi  SUSUNAN dari DIPONIGORO [jawa+kelantan]; warisnya ada bermukim di pahang

Versi SUSUNAN dari Panglima berahim (kerdau);

Versi SUSUNAN dari Hulubalang ali;

Versi SUSUNAN dari keluarga sri menanti +(pulau tawar)

Versi SUSUNAN dari Imam Jalaludin (N. Sembilan>Mengkarak)

Versi SUSUNAN dari Kadi Ibrahim (k.lipis+berhala gantang)

Versi SUSUNAN dari Kadi Ahmad( berhala gantang)

Versi SUSUNAN TANAK[dikatakan berasal dari keturunan undang dinegeri Sembilan]> ahmad> yusuf> said> Kadi Ismail +(kalsum)> muhammad(n.sembilan+guai)

Versi SUSUNAN dari Syed Abd Rahman (bersemende kepada Wan Ahmad)>…> Panglima Ahmad>?

Versi SUSUNAN dari Sultan Abd Jalil (aceh/riau)

Versi SUSUNAN dari Orang Kaya Zainal@ Nakhoda Zainal (berhala gantang)

Versi susunan kadi abu bakar>imam perang the(imam perang sanggang)

Versi SUSUNAN dari Nakhoda  ? ( wahab  ) > warisnya bermukim di Selangor[Gombak]
Orang Kampar;  asal mereka ini adalah dari tanah INDERAGIRI di Sumatra.
Tetapi waris dari kesultanan Kampar,adakah mereka juga bermukim di Pahang?.

20120706

Mencapai umur enam puluh


ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA UZUR SESEORANG, 
SESUDAH DIA PANJANGKAN USIANYA 
HINGGA MENCAPAI UMUR ENANPULUH TAHUN

Yakni; 

tidak ada jalan baginya untuk mendakwa, 
bahawa umurnya pendek, 
sesudah tuhan membiarkan hidup 
hingga mencapai umur enam puluh tahun. 

Kalau ia masih belum sedar dari kelalaaiannya 
dan tidak segera kembali kepada Allah, 
maka itu bukan salah Tuhan, tetapi dirinya sendiri.

20120705

Tumbuhnya rambut putih


Rambut putih itu mengingatkan kita akan ketibaan ajal dan menutup semua jalan cita-cita dan angan-angan. 

Ia juga menandakan bahawa masa untuk berangkat sudah hampir dan tidak lama lagi kita akan berpindah.

Alangkah buruknya perbuatan dosa-dosa kecil dari seorang insan, padahal rambut dan janggutnya sudah menampakkan uban.

Sesungguhnya uban itu umpama perbatasan hidup yang tidak dapat disekat dan kerosakannya tidak dapat mengubah zaman. 

Ia laksana cahaya yang mamancar dari suatu jiwa yang sedang tenggelam. 

Yang akan memimpin setiap insan ke tempat longgokan tulamg- belulang. 

Moga-moga kamu sekalian akan dirahmati ALLAH TA’ALA! . lantaran itu, janganlah sampai kamu membakar cahaya uban kamu itu dengan api dosa-dosa kamu pula!.

20120704

Pujangga arab


Jika tujuh puluh tahun 
menjadi penyakit anda
Tiada tabib yang dapat mengubatimu 
kecuali mati saja
Apabila seseorang itu 
telah pun mencapai umur tujuh puluh
Alamat ke danau airlah 
masanya ke situ sudah berhampiran

20120703

Rawa dari Kesultanan Jambi

DARI KESULTANAN JAMBI
TOK JAMBI [menantu kepada tok kebayan]+ SERI KAMPUNG[ anak tok kebayan] > ? >?.warisnya tidak dapat dinyatakan disini

TOK JAMBI +ISTERI  [orang Melaka] > ??. tiada maklumat waris yang ini.

MALIM DERINGGI > MALIM DEWA > MALIM DEMAN > MALIM ISMAIL > MALIM KECIK > MALIM PUTIH > MALIM YUNUS.  > ??.
Satu jalur dari susunan malim yunus> taib>awang atas>awang long&ahmad&saleh>? >?
Susunan di pulau tawar.

TUN SINAR PUTIH > TUN ABD JALIL > TUN ABD RAHMAN > TUN HASSAN > TUN SULAIMAN > {TUN MAMAT ,,TUN AHMAD ,, adik beradik sultan abd jamil@ [abd jalil] }[tok andak kerayong]//> CENDERA PUTIH > TOK MUH > TOK BAUNG. >?
Susunan di pulau tawar.

20120701

Rawa dari susur Chenor


DARI SUSUR DI CHENOR
TOK TANJUNG > ? > ? >?

TOK TANJUNG SEKEBUN BUNGA > ? > ?
Kuburnya dikatakan ada di pekan dan waris nya tiada maklumat

TOK NUBOH ( bersusur/puak di belimbing&pekan ) > ? > ? [waris keturunannya ada di daerah pekan/ pancur.

TOK PUNGGUK [bera]>[versi] (abu> Abdullah)>?

TOK BEDU[ ? ] > ? > ? [warisnya ada didaerah jerantut dan k. lipis ].

TUN MUTAHIR  (anak kepada Tun Ali@mangku Ali)> warisnya ada ramai bermukim di kuala lipis.

*dia adalah adik-beradik seayah dengan wan ahmad.