KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20160314

Gambar Acara Memutus Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang

 Berikut adalah maklumat yang dipetik dari buku aturcara majlis.

Jawatankuasa
Penaung:YM Tengku Dato Shaifuddin b Tengku Dato Jamaluddin
Pengerusi Penyelaras: Mohd Zaki b Mat Lias
Timbalan Pengerusi: Abd Wahab b Ali (Guru Utama Sendeng Asli Pahang)
Persiapan Bangsal: Mohd Mazlan Ghazali dan Nordin Taha
Penasihat Agama: Ahmad Khadri b Dahan
Persiapan Kanopi: Ahmad Saiful Bahari dan Mohd Zamri (Kelab Belia Warisan Sanggang)
Alat Siaraya: Hamidin dan Jabatan Penerangan Temerloh
Wakil Tuan Rumah: Kidam b Long
Keselamatan: Abdul Majid b Hashim dan Momamad b Ismail
Hiasan Bangsal: Mohd Shahrul Nizam
Jamuan: Abu Bakar, Saparuddin dan Jefri Rosnin
Jurufoto: Mohd Kusmardi

8.00 malam
Ketibaan jemputan

8.30 malam
VIP diarak dengan paliuan Gendang Pahang

8.35 malam
Jamuan makan malam

9.00 malam
Bacaan doa oleh Ust. Hj Ahmad Khadri b Dahan (Pengerusi Surau Kg Kuala Sanggang)

9.05 malam
Penceritaan Asal usul Seni Silat Sendeng Asli Pahang oleh Tn Hj Kidam b Hj Long (Anak kepada Pendekar Long)

9.20 malam
Ucapan YDP DSSM Cawangan Pahang

9.30 malam
Ucapan Pegawai Penerangan Daerah Temerloh

9.40 malam
Ucapan YB Dato Sri Haji Mohd Shakar b Hj Shamsudin (Pengerusi Kebudayaan dan Kesenian Pahang)

Persembahan silat dari pelajar baru:
-persembahan berlebat
-Persembahan silat berpasang

10.00 malam
Perasmian oleh YM Tuanku Dato' Dzulkarnai Bin Tuanku Dato' Ismail (Dato Setia Jaya Pahang)

10.20 malam
Persembahan silat Perguruan silat di Negeri Pahang dibawah Gabungan Pertubuhan Dunia Seni Silat Melayu Cawangan Pahang.

12.30 malam
Sesi Bergambar dan Bersurai

PENGHARGAAN
YM Tuanku Dato Dzulkarnai b Tuanku Dato Ismail
YB Dato Sri Haji Mohd Shakar b Haji Shamsudin
YM Tengku Dato Shaifuddin b Tengku Dato Jamaluddin
Penghulu Mukim Sanggang 1
Jabatan Penerangan Daerah Temerloh
Majlis Belia Daerah Temerloh
Dunia Seni Silat Melayu Cawangan Pahang
JKKK Kg Kuala Sanggang
Kelab Belia Warisan Sanggang

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.
 01. Bismillah itu permulaan
Pekerjaan yang baik disunatkan
Alhamdulliah puji sekalian
Selawat dan salam,rahmat dan imam
 02. Kemudian itu ayuhai ikhwan
Syair Ashikin satu minuman
Di dalamnya banyak rempah ratusan
Nikmat limpah sekalian badan
 03. Minumlah handai pagi dan petang
Kendil Siraj hendaklah pasang
Musalli rida’ hendaklah bentang
Raqib al Dhamir bagi ku pandang
 04. Beberapa pesanan hendaklah jaga
Dari nabi wali yang mulia
Wa’du dan Wa’id,laba dan bahaya
Kemudian itu inilah pula
 05. Ilmu Makrifat wajib pertama
Imam dan Islam,keduanya sama
Mentauhidkan zat,sifat dan asma
Keempatnya itu bernama agama
 06. Makrifat Allah hendaklah nyata
Taklid disana menjadi lata
Dalilkan zahir kepada  mata
Alwi dan Supli,alam semesta
 07. Segala rasul menyampaikan Firman
kepada mukalllaf,jin dan insan
Hukum syarak itulah jalan
Sampai kepada Tsa’ib dan Saiban
 08. Hadas dan najis hendaklah suci
Rukun dan syarat wajib diketahui
Azab dan murka wajib takuti
Kubur dan Mahsyar hadir menanti
 09. Akal berfikir hendaklah tajam
Hidup di dunia sehari semalam
Simpang pun bulan sebelum kelam
Kandil terpasang sebelum  padam
 10. Matahari lagi bercahaya
Bulan dan bintang lagi cuaca
Pintu taubat lagi terbuka
Bumi pun tetap belum bergempa
 11. Tuntutlah ilmu jalan agama
Jangan dibuang umur yang lama
Sucikan hatimu dari dunia
Lawan berperang nafsu dan hawa
 12. Diharuskan Allah mencari harta
Gunanya itu akan belanja
Tidak disuruhkan laba dan tama’
Dengarlah kisah sekalian anbia
 13. Tuntutlah ilmu jalan makrifat
Supaya sempurna jalan syariat
Penuhi hati dengan ibarat
Sertai badan dengan ibadat
 14. Segala tanggungan hendaklah jaga
Daripada jalan dosa dan pahala
Jauhkan rugi banyakkan laba
Dulukan sesal tunaikan bahaya
 15. Tuntutlah ilmu jalan ibadat
Kerjakan amal fardhu dan sunat
Antara syariat dan hakikat
Di sanalah maqam Saidul Kaainat
 16. Berbuat ibadat janganlah segan
Sungguhpun titah perolehan badan
Hawa dan nafsu iblis dan syaitan
Sudah tentu itulah lawan
  17. Jalan syairat bil hidayat
Jalan tarekat bil inayat
Jalan hakikat bil riyaat
Sekaliannya itu maal bidayat
 18. Imam dan Islam bi hidayatullah
Zuhud dan wara bi inayatullah
Fana dan suhud bi riyatulllah
Maqam al Khawas Khalisullah
 19. Riayaah dan Inayaah  serta hidayah
Ketiganya itu fadluminallah
Inilah kurnia yang amat limpah
Perbezaan hamba awam dan khas’sah
 20. Erti iman petunjuk Allah
Menjauhi haram ditolong Allah
Meninggalkan haram dipelihara Allah
Sekalian nya itu selawat dan sedekah
 21. Sekaliannya itu hendaklah tahu
Selidik-selidik perkataan guru
Lafaznya samar selalu lalu
Inilah wajib menuntut ilmu
 22. Syariat itu pekerjaan Islam
Tarekat itu yakin dan jazam
Hakikat itu sekaliannya kiram
Hanyalah Allah bersifat Qidam
 23. Adapun jalan Ahli Tarekat
Mengikut nabi taqrib dan taubat
Adapun jalan Ahli Syariat
Mengikut nabi sekalian ibadat
 24. Adapun  jalan Ahli Hakikat
Mengikut nabi tawaddu dan hasanat
Di dalam hatinya hanyalah Ahad
Sekaliannya fana dari kaainat
 25. Jalan hakikat di dalam Hikam
Laut bahrullah terlalu dalam
Jikalau sekadar pelayaran awam
Di susur pantai perahu tenggelam
 26. Gelombangnya besar arus pun deras
Ombak berpalu angin menganas
Sekadar juragan kapal menderas
Satu gelombang haram tak lepas
 27. Inilah pelayaran segala anbia
Kemudiannya itu segala aulia
Sekadarkan juragan jemu dan malas
Mencium bau pun hampir tiada
 28. Demikian itu jalan ikhtiar
Kepada pendapat terlalu sukar
Hendak mencuba jikalau gemar
Sakit dan rugi cubalah sabar
 29. Jangan mengaduh jangan mengerang
Jangan mengadu kepada orang
Maniskan muka tatkala berpandang
Jikalau didapat baru secarang
 30. Demikian lagi Ahli Syariat
Disuruh bunuh zina yang khasanat
Segala yang asi disuruh taubat
Segala yang sakit disuruh berubat
 31. Kepada jalan ahli tarekat
Segala jumlah dari kainaat
Lalai dan leka keelokan zat
Kepada dirinya hanyalah jahat
 32. Sekaliannya itu maqam makrifat
Perkataan tauhid di dalam syahadat
Cubalah tuntut cermat-cermat
Sezarah pun tidak ada yang limpat
 33. Erti syariat hukmulllah
Jumlahnya tujuh di dalam fiqh
Disampaikan rasul dengan wasitah
Menjunjungkan firman daripada Allah
 34. Erti hakikat sebenarnya Allah
Tanzih dan tasbih itulah firman
“Laisa ka mislihi saiun” di dalam Quraan
Lainnya itu tiadalah jalan
 35. Janganlah lagi was dan sangka
Tiada di mana tiada betapa
Lampau sedikit jadi celaka
Bukanlah jalan segala anbia
 36. Sehabis putus mengenal Allah
Tiada terkata kelulah lidah
Alamatnya nyata fikir tertegah
Sekaliannya habis muhadasah hanyalah
 37. Allah dan rasul tiada didapat
Hanyalah tanda dengan mukjizat
Yakin dan Jazam maqam makrifat
Lazim dan Malzum syariat hakikat
 38. Kata ini di dalam Usul
Perkataan lazim terlalu betul
Syahadat tauhid Saddaqarasul
Percayakan Allah membenarkan rasul
 39. Lafaz Arab banyak bahasa
Jenis al Makqul banyak perkara
Tambahan jawi tidak biasa
Faham sedikit banyak diraba
 40. Jikalau percaya kepada hati
Allah itu tuhan yang sejati
Kebenaran rasul sudah pasti
Azab dan rahmat hadir menanti
 41. Hendaklah fikir kepada diri
Harimau dan gajah kita takuti
Bisa dan pedih tidak berani
Api neraka mengapa tak ngeri
 42. Maut itu akan makanan
Kapan selapis akan pakaian
Armas kubur akan hamparan
Mangkuk azab akan minuman
 43. Keempatnya itu jangan alpa
Tak dapat tidak akan dirasa
Apakah sangat suka tertawa
Harta dicari orang yang punya
 44. Lagipun hidup sebelum mati
Hukum dan denda terkadang curi
Terkadang air terkadang api
Barang dimakan menjadi tahi
 45. Jadilah sampah yang dipakai
Kemudian badanmu menjadi bangkai
Dikatakan kasih sahabat dan handai
Busuk sedikit tidak tercapai
 46. Menghantar kita ke dalam lubang
Malu bermalu maka terpegang
Sudah kambus kembali pulang
Sebulan sekali haram tak datang
47. Tinggallah kita seorang diri
Kiri dan kanan hanyalah bumi
Semata-mata perintah ilahi
Rahmat dan azab ke mana nak lari?


Untuk Dijual: Siling Keluaran Khas Bank Negara Malaysia 1971, 1976, 1977 dan 1986

Bila disebut wang lama, mungkin ada masyarakat yang berpendapat ia tidak bernilai. Tetapi bagi mereka yang terpesona dengan syiling dan wang kertas lama mahupun surat pajak gadai tentunya mempunyai pandangan yang amat berbeza.
01.  Satu ringgit Malaysia 1971.
Minat mendalam terhadap koleksi keluaran khas syiling lama Bank Negara Malaysia membuatkan golongan peminat seronok mengumpul hingga mencecah ratusan koleksi.
 02. Satu ringgit Malaysia PATA 1986.

Kadang-kadang difikirkan tidak masuk akal apabila ada peminat mata wang lama ini sanggup menghabiskan ribuan ringgit, malah mencecah sehingga jutaan ringgit semata-mata mahu mendapatkan koleksi yang dicari.
03. Jika dilihat dari sudut lainnya, peminat atau pengumpul wang lama adalah penyimpan atau pemelihara koleksi sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kita tidak boleh meletakkan tugas ini kepada kerajaan sahaja. Rakyat juga perlu mencari dan mengumpul koleksi khazanah negara yang semakin berkurangan.
04. Kini, pengumpul koleksi matawang lama masih ramai dan dilihat kian bertambah bilangan mereka berikutan hobi ini dikatakan memberi kepuasan atas kejayaan mengesan dan memilikinya.
05. Salah seorang daripada mereka adalah Encik Azmi Hj Ahmad yang bertugas dengan Perbadanan Perpustakaan Perpustakaan Awam Pahang. Kepada yang berminat dengan koleksi yang ditunjukkan diatas, bolehlah berhubung dengan beliau.

Bank Negara Malaysia telah menetakkan gambar yang perlu diletakkan pada duit-duit siling Malaysia. Antara icon yang digunakan adalah keris, wau, tepak sirih, papan congkak, gasing, rebana ubi dan bunga raya.

Keris yang digunakan pada duit siling seringgit merupakan sejenis senjata tradisional Melayu. Dahulu ianya merupakan senjata tetapi kini ianya lambang kekuasaan dan kekuatan.

Wau yang digunakan pada duit siling 50 sen merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Kini Wau menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

Tepak Sirih yang digunakan pada duit siling 20 sen dan diukir cantik. Tepak Sirih digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu.

Papan Congkak yang digunakan pada duit siling 10 sen adalah permainan tradisional masa lapang. Dimainkan oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Congkak diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang.

Permainan Gasing yang digunakan pada duit siling 5 sen merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Gasing popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan.

Rebana Ubi yang digunakan pada duit siling 1 sen adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal. Berlilitkan rotan di bahagian tepi dan kayu tebak di bahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Di bahagian belakang keenam-enam duit siling ini mempunyai rekabentuk yang sama dan menggambarkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya terletak pada bahagian tengah atas duit-duit berkenaan dengan angka nilai di bawahnya.

Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' terdapat di sepanjang lilitan sebelah atas duit syiling tersebut manakala tahun yang menunjukkan duit syiling tersebut ditempa, terletak di bahagian bawah.

rujukan:
minatduit78.blogspot.my

20160313

Pameran sempena Majlis Memutus Bangsal Sendeng Kuala Sanggang

Bersempena dengan Majlis Memutus Bangsal Sendeng bagi murid Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang telah diadakan pameran barang-barang tradisional Melayu.

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

Antara barang yang dipamirkan adalah senjata Melayu, gendang dan gong, tanjak dan gasing.

Pukul gendang tiup serunai
raja berangkat dari seberang
Putih mata si burung punai
anak masuk ditunggu helang
01. Pukul gendang kulit kerbau
dalam majlis tari menari
kami ini dagang merantau
mengharap belas orang disini
02. Pukul gendang kulit biawak
Sedikit tidak berdentum lagi
dimana badan hendak ku bawa
sedikit tidak beruntung lagi
03. Apa guna memakai tanjak
Kalau tidak dengan kerisnya
Apa guna bersuami kacak
Muka masam tiada cahaya
04. Pakaian mengkilat si baju kurung
baju disebut hai teluk belanga
memakai tanjak sampai keujung
lagak seperti seorang laksamana
05. kalau budak memakai tanjak
mencari burung di pekan Muar
dapat Serindit baru menetas
kalau hendak di kata bijak
bila terkurung duduk di luar
bila terhimpit duduk di atas
06. Sekali perahu lalu
Serentak kiambang terkuak
sekali gendang dipalu
serentak penyokong bersorak
07. paluan gendang telah bermula
gendang dipalu sianak muda
langkah pencak sudah bermula
marilah pukul ku tahan dada
08. Budak-budak bermain gasing
Berbaju melayu teluk belanga
Hati patah badan runsing
Bagaikan bunga tidak berbunga
09. Ada sebuah roda pedati
Berbentuk bulat dari kayu dan besi
Bila bermain diikat sekuat-kuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
10. Budak-budak bermain gasing,
Bermain gasing disenja hari
Jangan kita terlalu garang
Nanti kawan-kawan semua lari
11. Budak-budak bermain gasing
Bermain gasing bersama Pak Endut
Dahulunya muda kurus dan langsing
Sekarang tua terketar dan berkedut
12. Puting keris berikat benang,
Benang berikat khadam penunggu,
Jangan bermandi di air tenang,
Entahkan buaya sedia menunggu.
13. Keris berdarjat 13 lok,
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.
14. Keris disanding bersama tombak,
Diasap setanggi bunga teratai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.
15. Keris lok 3 amat bisa,
Keris lok 9 jangan dicabar,
Bila bicara sudah dikata,
Tidak berundur walau dibakar.
sumber pantun keris: hafez-akuseorangmelayu.blogspot.my

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (A)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

Tok Tangguk, Tok Shahrom, Teuku Ali, Tengku Aceh

Tok Tangguk /
Tok Shahrom /
Teuku Ali
adakah orang yang sama?

Kalau ya
kenapa sejarah ni
kena delete?

oleh
Anonymous
1/15/16

20160312

Susur Galur Sutan Kemala dalam Waris-waris Pahang

Bolehkah tuan bantu saya
untuk mengenal
siapakah Sutan Kamala
dalam waris waris Pahang.

oleh
Mohd Tharmizi Mohamed Som
1/18/16

salam tuan,
Tuan ada menyebut
pahlawan pahlawan pahang
yang terlibat
dalam peperangan saudara
di Pahang,
antara Sutan Kemala.

Boleh ke tuan
perjelaskan susur galur
pahlawan ini.

oleh   
Mohd Tharmizi Mohamed Som
1/18/16

20160311

Penyelamat empang pecah

adakah dia;
yang menyelamatkan empangan
dari pecah,
kemudian ghaib?

oleh   
kain songket
1/19/16