PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20180720

17 Kg Lanjut - Kg Kuala Reman - Kg Sediman

17
Dari Lanjut ke Kuala Reman,
Singgah bermalam di Sediman;
Di lautnya pula Pulau Tioman,
Pulau terkenal zaman berzaman.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180715

Hati Sering Berdegup Berkompang Tanpa Disuruh

Alam

Rindu ini
tidak pernah hilang
sering bertambah
tahun demi tahun
yang terbuang

sayang ini
tidak pernah hilang
sering bertambah
hari demi hari
yang bernyawa

hati ini
sering berdebar
berdegup
berkompang sendiri
tanpa disuruh
bila diri ini
melayang sering
terbayang wajahmu

duhai alam yang bisu
kamu pandai meneka
tiap gerak rasa hatiku
pandai memujuk
meredakan keresahanku

duhai alam
doakan aku
aku terlalu rindu
rindu dia
rindu dia
rindu dia
dia jua membisu
sepertimu.......

Lubuk Ujid
Lubuk Yu
15/7/18
Penaluka Kersani

20180713

16 Kg Kelola - Kg Tanjung Selangor - Kg Belangka - Kg Paya Bungur

16
Dari Kelola ke Tanjung Selangor,
Singgah sembahyang di Belangka;
Bera, Cini dan Paya Bungur,
Tasik Cini yang terkemuka.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180712

Melayang Berangan Angau Meracau Keseorangan


Aku dan dia

Jangan biarkan aku
kosong
keseorangan
sepi
keseorangan
terduduk
keseorangan
bercakap
keseorangan
melayang
keseorangan
berangan
keseorangan
angau
keseorangan
gila meracau
keseorangan

pimpinlah aku
bawalah aku
dakaplah aku
bisikkan ditelingaku
nasihatilah aku
kuatkan semangatku

agar aku
tidak terlalu leka
lalai dalam waktu
pergi sebelum waktu
dalam mengingatiMu
dalam mengingatimu....

Penaluka Kersani

20180706

15 Kg Dumba - Kampung Tekek - Kg Tanjung Kelapa

15
Dari Dumba ke Kampung Tekek,
Dari sana ke Tanjung Kelapa;
Terdapat juga tiga buah tasik,
Semuanya terkenal belaka.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180629

14 Kg Mentiga - Kg Tanjung Batu - Kg Teluk Melati

14
Dari Mentiga ke Tanjung Batu,
Mudik singgah di Teluk Melati;
Di antara ketiganya itu,
Cameron Highlands terkenal sekali.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180622

13 Kg Jelam hilir - Kg Tebat - Kg Tanjung Berangan

13
Dari Jelam hilir ke Tebat,
Singgah menjala di Tanjung Berangan;
Di dalamnya ada terdapat,
Tiga buah bukit peranginan.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180615

12 Kuala Bera dan Taman Negara

12
Singgah bermalam di Kuala Bera,
Bila siang mudik semula;
Terletak dalam Taman Negara,
Tempat perlindungan mergastua.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180611

Bagaimana Menjadi Orang Yang Proaktif

Mari kita mengambil beberapa minit untuk menilai diri sendiri adakan kita mampu bertindak proaktif.

TANYA DIRI ANDA

1. Adakah anda bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling anda atau anda mengambil inisiatif untuk mempersiapkan diri, mengambil bahagian dalam dan / atau mengawal kejadian-kejadian tersebut?

2. Adakah anda mengambil peranan aktif atau pasif?

3. Adakah anda berfikir dari segi masa sekarang atau melihat kepada masa depan, menjangkakan kesan dan bersedia untuk akibatnya?

4. Adakah anda membuat keputusan hanya apabila anda perlu, apabila anda terdesak atau apabila anda telah berpendapat selalunya anda boleh?

5. Adakah anda merancang keputusan anda dan membuat persediaan untuk perkara yang lebih besar?

Individu yang paling berharga adalah orang yang proaktif. Secara takrif, ini bermakna mereka mengawal situasi dengan peka terhadap hal-hal yang dan tidak menunggu untuk bertindak balas selepas perkara berlaku. Orang yang proaktif tidak duduk menunggu jawapan yang muncul; mereka meletakkan satu langkah di depan yang lain dalam mencari jawapannya. Mereka tidak menunggu orang lain memberi mereka petunjuk supaya mereka dapat jawapannya.

Orang yang proaktif sentiasa bergerak ke hadapan, memandang masa depan, dan merancang untuk bertindak sebelum sesuatu berlaku. Mereka terlibat secara aktif, bukan pasif. Sebab itu menjadi proaktif bermaksud cara berfikir dan bertindak.

Bagi sesetengan orang, proaktif adalah sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan oleh orang biasa macam mereka.

Tetapi secara mudahnya diterangkan dalam dua situasi begini:

SITUASI 1
Ada orang yang rasa sakit didada macam ada jarum mencucuk dan rasa susah hendak bernafas. Dia berpendapat mungkin perlu membuat pemeriksaan kesihatan jika ada kelapangan waktu.

SITUASI 2
Ada orang tidak mempunyai gejala sakit didada tetapi dia membuat keputusan perlu menjadualkan pemeriksaan kesihatan untuk dirinya dan keluarga. Untuk meneruskan hidup dengan umur yang panjang dan badan yang sihat dia perlu mengawal tabiat makan dan perlu ada jadual senaman.

SITUASI 3
Ada orang terasa putus asa dan amat keciwa setelah terjadinya sesuatu yang amat malang dan menyusahkan dirinya dan keluarga.

SITUASI 4
Ada orang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Melaksanakan apa yang dituntut dan meninggalkan apa yang dilarang. Sentiasa bersedia dengan pelbagai dugaan hidup sebagai hamba Allah di dunia ini.

Oleh itu, situasi manakah yang menunjukkan sikap proaktif?

Sudah tentu, ada kalanya ia sesuai untuk menjadi reaktif. kadang-kadang kita perlu membuat banyak keputusan pada satu masa. Ada kalanya kita perlu fleksibel dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Ada kalanya pelan jangka panjang mesti ditinggalkan sementara waktu untuk memenuhi keperluan terdesak. Dan akan sentiasa ada halangan yang tidak dapat dielakkan sehingga orang paling proaktif di dunia tidak juga dapat meramalkan atau menghindari masalah yang sudah ditakdirkan.

Walau bagaimanapun, kemampuan untuk menjadi proaktif memberikan banyak kelebihan yang jelas diperlukan dalam menjalankan tanggungjawab ditempat kerja dan didalam keluarga.

Lima proses menjadi proaktif.

1. Buat jangkaan

Untuk menjadi proaktif, kita mesti terlebih dahulu memandang ke masa depan.

Orang yang proaktif tidak terkejut kerana boleh menjangka masalah dan peristiwa yang akan berlaku. Kerana mereka memerhati setiap perkara serta memahami bagaimana suatu perkara berfungsi; melihat corak pergerakannya; memahami rutinnya, tahu amalan harian dan kitaran semula jadinya.

Jangan biarkan kita lalai dan leka. Gunakan imaginasi kita untuk menjangkakan kecemerlangan dimasa depan. Jangan hanya mengharapkan jangkaan masa lalu berulang menjadi memberikan kejayaan, gunakan kreativiti dan logik. Adakan pelbagai senario untuk memberi gambaran bagaimana peristiwa mungkin terjadi. Orang yang proaktif sentiasa memerhati dan berfikir.

2. Fikirkan tindakan

Setelah dapat menjangkakan pelbagai halangan seterusnya berpotensi untuk mengerahkan mental dan fizikal mereka untuk mencari cara mengatasinya sebelum halangan tersebut berubah menjadi halangan yang konkrit dan tidak dapat diubah.

Mereka kreatif memikirkan cara menghalang masalah tersebut sedangkan orang lain berpendapat ianya tidak dapat dihalang dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan sikap sambil lewa orang lain. Apabila cabaran datang, segera hadapinya dan kawal situasi supaya tidak menjadi makin melarat.

3. Rancang tindakan

Orang yang proaktif merancang untuk masa depan.

Jangan merancang satu tindakan sahaja bagi sebagai usaha pencegahan. Mesti melihat ke hadapan dan menjangkakan kesan jangka panjang. Bawa situasi masa depan ke masa kini, fikirkan apa yang boleh kita lakukan hari ini untuk memastikan kejayaan hari esok. Jangan mencegah tanpa perancangan jangka panjang. Setiap keputusan adalah rantaian kepada ketutusan lain. Satu keputusan yang membawa kepada satu kesimpulan yang akhir. Untuk membuat keputusan terbaik, anda perlu tahu dari mana anda datang, di mana anda berada, dan kemana anda ingin berakhir.

4. Ada peranan

Orang yang proaktif bukan pemerhati terbiar, mereka adalah peserta aktif.

Untuk menjadi proaktif, anda mesti terlibat. Anda perlu mengambil inisiatif dan menjadi sebahagian daripada tindakan penyelesaian. Kita adalah sebahagian dari keseluruhan tindakan dan akan mempengaruhi dipengaruhi oleh tindakan orang lain. Tidak semestinya memberi reaksi bermaksud terlibat dengan mereka. Tunjukkan sokongan juga sebahagian dari pengelibatan kita.

5. Lakukan tindakan

Menjadi proaktif bermakna mengambil tindakan yang tepat pada masa yang tepat dan dapat kesan yang tepat. Kita mesti mampu bertindak pada masa yang sesuai.

RUJUKAN
eatyourcareer.com

20180608

11 Pasir Mandi ke Kuala Bera

11
Dari Pekan ke Pasir Mandi,
Singgah bermalam di Kuala Bera;
Gunung Tahan tertinggi sekali,
Terletak dalam Taman Negara.

Rujuk:
Yaakob Isa