PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20190813

Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

assalammualaikum, sy ucapkan kpada semua keturunan pagaruyung. sy ingin meminta maaf dulu sebelum bicara. keturunan kita besar. memang benar keturunan kita ada di merata. sy nak lebih lanjut berkenaan saudara yg asal dr sultan yg lari ke malaysia . kemungkinan kita saudara yg dekat. asal usul sy dr sultan yg sama. cuma sy d minta rahsiakan kerana sebab-sebab tertentu. sy adalah cicit. arwah nenek sy pula ada 3 org abg yg sy tak pernah jumpa ada d indonesia. tp slepas arwah nenek sy meninggal ada seorang utusan dr indonesia mencari arwah nenek sy. setahu sy abg nenek sy d sn, seorang pemerentah, seorang saudagar dan seorang lg sy tak tahu. sy ceritakan sedikit tentang moyang sy. moyang sy memerintah sebagai sultan selama 25 tahun. lari ke melaysia kerana…… maaf rahsia. d sini kami hidup sebagai rakyat biasa. sy tahu kenapa bentuk atap istana kt tiga segi. sy juga tahu knapa tiang istana ada 99 batang yg berdiri tegak. dan sy minta jgn sebut berkenaan harimau. sebab klu kt sebut namanya mungkin dia akan berdiri d sebelah kita. sy sgt bersedih istana kita terbakar. sy juga teringin berjumpa sanak saudara yg berkaitan. sy juga teringin melawat istana kita d sana.
09:28

Besar kemungkinan yang dihapus itu adalah silsilah dari keturunan sultan Abdullah anak bungsu dari Sultan Abdul Hadis yang berhubungan dengan Sultan Muhammad Tongga, namanya Sultan Muhammad Saher yang merupakan ayah dari Abdul Hadis Mangkudum Sakti (Ladih).

Ladih memiliki seorang putri yang memiliki nama silsilah Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma yang juga keturunan dari Kusaimah. Kusaimah sendiri juga merupakan keturunan dari Sultan Muhammad Tongga yang dimakamkan dibelakang rumah kediaman ibu Kusaimah sendiri.

sedangkan makam-makam yang lain seperti makam Raja Iskandar,Raja Alif (Datuk Baselo),Perpatih Nansabatang dan Bundo Kanduang(Dara Jingga),Dara Petak, Indo Dewa,Indo Juita(nenek berkuku besi) dimakamkan di Lunang. Sultan Muhammad Yakub dan Yafas dimakamkan didusun Malepang, Sei Rumbai Tapan.

Sedangkan Abdul Hadis Sumanik dimakamkan di Alarambah, Tapan. Wassalam
09:35

selamat semuanya.. minta maaf mengganggu.. paling akhir saya dengar.. keturunan dari pagaruyung mencari keturunan saudara di sekitar melaka.. saya tidak pasti keturunan asal arwah datuk saya.. nama moyang saya haji idris dan datuk saya abdul hadi..(keturunan dri para ulama) izinkan saya menceritakan dari awal.. datuk dan nenek saya asalnya indonesia.. datuk dari minang.. nenek dari bugis.. dikurniakan 7 orang anak.. setelah membesar.. anak2 merantau termasuk datuk.. datuk menetap di malaysia.. di melaka.. nenek masih di indonesia bersama anak yang lain.. manakala 3 lagi anak menetap di melaka dan ibu saya menetap di seremban.. seingat saya.. semasa datuk meninggal dunia di pulau rupat/indonesia.. saya diziarahi saudara mara yang mengatakan saya mempunyai keturunan yang dirahsia kan.. saya tidak pasti.. kerana arwah datuk memang seorang yang berahsia.. semasa hidupnya dia di melaka.. dia selalu berada di masjid kampung ulu.. ramai yang pernah cuba memberitahu yang datuk asalnya dari keturunan dari minang.. tidak pasti samada diraja atau tidak..
09:37

Sebelum perang padri pecah pada tahun 1668 telah terjadi perjanjian antara Ahmadsyah dan belanda.

kalau seandainya belanda bisa mengalahkan kaum padri maka sebagian tanah minangkabau termasuk istana akan diberikan pada belanda dgn kejadian itu mangkudum sumanik mengosongkan istana benda” purbakala peniggalan raja minangkabau dibawa ke lunang tapan indra pura.

sementara harta benda seperti emas dititipkan kepada Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I yg berkedudukan di kelantan pada tahun 1773 terjadi hal yg sangat buruk di istana, semua orang yg ada di istana dibunuh dibukit biru dibelakang istana.

untung saja mangkudum sumaik bergerak cepat sehingga berhasil menyelamatkan anak dan cucung dari tuanku gadih gapuak ke lunang melalui lorong rahasia didalam istana.

TTD Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

-Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma
09:45

SUMBER
lamanpahang.blogspot.com/2014/01/salasilah-keturunan-raja-alam-pagaruyung

Bukannya tak bijak

selamat; makanya; 

orang bangsa melayu ni,
bijak bukannya tak bijak,
dan sebab terlalu bijaklah yang menyebabkan mereka menyalahgunakan kebijakkan diri 
dan kebijakkan orang lain. 

sampaikan mereka sendiri tak tahu sejarah mereka sendiri,
sejarah orang lain apatah lagi.[pandai sebut je]. 

makanya; sebutan arab dan ajam;

mereka sebutkan setiap hari sebagai sebutan al sunnah,
dan apa ke bendanya,

rasa-rasanya mereka sendiri tak tahu maksud kepada sebutan itu.
[tiada kelebihan atas orang arab dari orang ajam,melainkan takwa]

lebih kuranglah maksudnya. 
makanya; 
yang dimaksudkan itu,
bukannya suruh tiru,
suruh tahu serta faham,
sapa pulok suruk ikut dan tiru macam orang arab tu
[jenis otak meraban je tak tentu pasai,
itu lah sebabnya].
orang bermarhaban[berselawat].
[tahu apa meraban tu,
meraban tu adalah otak dan hati yang kacau bilau]. 

orang ajak bertabli[berdakwah],
mereka jadikan diri tebelit[bercelaru]. 

makanya; kamus terjemahan banyak dalam pasaran,bacalah
[macam-macam jenis],
tak reti baca,tanyalah

20190708

Setelah 1400 tahun oleh Neguai

al sunnah: nabi muhammad saw menyabutkan:
aku di utuskan bagi menyempurnakan akhlak.

makanya;
setelah 1400 tahun hijrah,
akhlak yang telah disempurnakan
oleh rasulullah saw itu
telah di palitkan dengan fitnah.
dan akhlak manusia telah merosak
dari egonya hati manusia itu sendiri.

mereka bukannya mengikut akhlak
yang di tunjukkan oleh rasulullah saw,
sebaliknya meniru semata,
dari itu mereka hanya mengambik
apa yang mereka suka semata,
dan membuang akhlak yang tidak mereka sukai.
[mereka ambik setengah,
dan buang setengah dari akhlak itu]

[ makanya,
ramai dari mereka bercakap pedooh
pada orang yang ramai
dan kepada diri mereka sendiri,
kerana untuk menjaga perut mereka]

dengan itu,
peraturan,
adat,
adab kepada ilmu akhlak
yang disempurnakn
oleh rasulullah dahulu,
telah di bolak balikkan oleh manusia
zaman selepas dari ketiadaan rasulullah saw
dan para sahabatnya.

sebagai contohnya:
dalam bab khawin ramai atau poligami;

betul dibolehkan khawin ramai,
dipegang 4 orang isteri serentak,
tetapi peraturan pertama
yang manusia zaman ini langgar adalah;

rasulullah tidak berkhawin ramai
semasa isterinya siti khatijah hidup[bini pertama],
rasulullah berkhawin semula
dan ramai dan berpologami,
setelah isteri pertamanya mati,
beberapa tahun kemudian.

bacakan keseluruhan sunnah rasulullah saw itu,
barulah tahu duduknya
cerita yang sebenar.
jangan dok dengar al sunnah atau al hadis
yang tak habis dibacakan orang,
itu disebutkan sebagai;
tak senonoh namanya.
dalam bahasa kasarnya
disebutkan sebagai: pemalas.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190701

Buat apa melapah gajah oleh Neguai

seorang sahabat bertanyakan
hal mimpinya:

dia melapah gajah.

dan kami berikan kiasnya mimpi itu:
[sebagai kias jawapannya]

buat apa dia melapah gajah tu,
kan ke gajah tak boleh dimakan.
apa tujuannya dia melapah gajah?

[ianya dikejutkan oleh suara
kepada sahabat yang sedang tidur]

makanya dibacakan kepada
Ayat 105 dan 106 dari Surah ke 6
dalam Al Quraan.

[tegurannya kepada sahabat yang dibacakan
oleh suara ghaib sebelum subuh].

lalu disebutkan oleh suara ghaib itu:
mandilah sebelum subuh,
dan jangan mandi selepas azan subuh,
barulah sihat tubuh badan].

jawapannya kias itu,
telah jelas dalam ayat yang tersebut.
makanya renungkan dengan akal
yang telah disempurnakan
oleh Allah kepada manusia.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190624

Ibarat anjing dengan orang tamak oleh Neguai

Ibarat anjing dengan bayang-bayang
atau orang tamak selalu rugi.

makanya tiada seorang pun
dari kalangan tuanpuan
yang melepasi urusan
pada ramadhan tahun ini.

ibadah yang tidak lengkap
dan tidak sempurna,
termasuklah kepada mereka-mereka itu
yang bertazkirah,
sama aje[dua kali lima,lima kali dua].
nampak macam betul.

bacanya betul,
dan buatnya betul,
sebaliknya tak sempurna,
maka,
urusan tuanpuan itu di bekukan
sehingga tuanpuan lengkapkan
dan sempurnakan hak yang tidak lengkap
dan tidak sempurna itu.

maka,
disebutkan kiasnya;
apabila terbitnya fajar
dari sebelah barat,
tiada lagi diterima taubat mereka.

ibadah tidak boleh dok main tiru-tiru,
ianya
kena ada ilmu
kena tahu dan faham,
apa yang kita buat,
dan apa yang dibuat.

membazir dan buang kederat aje
puasa dan bersolat teraweh bilang malam,
jadi macam burung pungguk
rindukan bulan,
beragan je lah.

kalau tuanpuan dan mereka-mereka itu
tak percaya
dengan apa yang kami bentangkan ini;
tuanpuan dan mereka-mereka
[yang memberi tazkirah]
itu boleh tanyakan sendiri
kepada rasulullah saw dan kepada allah.

macammana nak dapat lailatulqadar?,
kalau ibadah ramadhan pun
tak lengkap dan tak sempurna.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190617

Melayu serta Jawi oleh Neguai

melayu serta jawi:

jangan bertelagah dalam isu ini
[melayu serta jawi].

dalam al quraan serta al sunnah,
memang dah ada menyebutkan hal ini,
bergaduh buat apa,
carilah duduk perkaranya dalam kias apa,
cerita keduanya bukannya diceritakan lurus.

siapa dianya atau
nama gelaran batang tubuh siapa,
keturunannya,
sejarahnya,
tinggal dianya dimana,
siapa isterinya
dan anaknya berapa orang,
dan lain-lain hal berkenaan dengannya;
semuanya ada di kiaskan
dalam al quraan serta al sunnah.

buat malu aje,
kelahi dalam kesamaran.

dan kisah atau apa sebab
tanah malaysia ini dahulunya dipanggil
tanah melayu dan tanah jawi,
juga ada kiasnya
dalam al quraan.
carilah elok-elok.

tak payah pakai kajian sains-sains lah
dan tak payah sampai
nak pecah kepala lah
dok buat kajian,
dalam al quraan serta al sunnah,
dah sebut dengan tepat dah kiasnya lah.

sebab itulah disuruh
berlajar ilmu adab dan ilmu adat
dan ilmu fekah;
[dalam kata lainnya ilmu tasawuh]
atau pun
[tertip serta tertil berilmu,
atau mendapatkan ilmu
atau mengambil ilmu].
[jangan menyeleweng].

bergitu juga dengan
halnya hang tuah.

inshaallah;
moga di pertunjukkan jalan yang lurus
kepada tuanpuan.
dari izin kebenaran allah.
inshaallah.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190610

TOK GAJAH: RAKAN SEPERJUANGAN DAN ILMU PERSILATAN

Seawal zaman madrasahnya di Budu, Khatib Rasu dan rakan-rakan sebayanya mendapat bimbingan ayahandanya, Tok Shahrom dalam hal pencak silat Minangkabau. Apabila mencapai umur remaja, beliau terus diasuh bermain senjata seperti
-selundang,
-lembing,
-siwar/sewar,
-tumbuk lada,
-pedang
dengan berentap secara berdepan dengan musuh dan secara jauh.

Antara rakan kelompok sebaya Rasu ialah
-Yaman b. Sutan Mas,
-Jembang b. Hussein,
-Fakeh Garang,
-Mahmat Kelubi(@Hitam),
-Ahmad Burok Shaikh Khodim,
-Yusof,
-Samat dan lain-lain.

Imam Rasu dan adiknya Amin dan Arif sering berulang-alik ke pekan Lipis dan Penjom menjual hasilan hutan dan emas mentah kepada peraih Cina. Sebahagian emas mentah ditempa tukang emas di Lipis untuk dijadikan gelang tangan dan kaki, rantai dan kerongsang ibu dan keluarganya. Semasa ke Lipis ini juga, Imam Rasu berkawan rapat dengan
-Wan Daud dan
-Wan Embong anak
-Tok Raja Wan Idris.

Mereka sering berkongsi pendapat malah berbincang tentang perang Paderi dan perjuangan Iman Bonjol yang menentang Belanda di Sumatera.

Adakalanya mereka berlatih silat 'Sending Minangkabau' di bangsal silat di Lipis atau ke Kota Raja, Bukit Betong.

Semasa bermastautin di Pulau Tawar, Khatib Rasu yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu oleh Bendahara Wan Ahmad, ada mengundang
-Pendekar Mat Aris dan
-Pendekar Sutan Juan
dari tanah Minangkabau, Sumatera untuk melatih anak-anak dan keluarganya ilmu pencak silat secara tertutup.

Pendekar Sutan Kari dan Bintang Terus
adalah antara pendekar–pendekar yang melatih
-Pendekar Endol bin Imam Nong,
-Pendekar Ahmad bin Tok Muda Abdullah
di Pulau Tawar, sebelum kemasukan British.

Mat Kilau, antara anaknya yang belajar ilmu pencak silat dari Dato’ Bahaman dan bapanya Tok Gajah.

Beliau juga belajar
-ilmu kebal,
-ilmu halimunan dan
-ilmu berjalan atas air.
Namun akibat peperangan dengan British meletus, ilmu berjalan atas air tidak sempat disempurnakan.

SUMBER
wzwh.blogspot.com

Apa Yang Terjadi oleh Neguai

Jangan lah jadi ibarat kata:
[si burung puchung
memohon kepada raja sulaiman
untuk mendapatkan];hajatnya[hati]
nak makan tujuh kali sehari,

dan apa yang terkeluar
dari mulutnya;
tuanku patik nak makan
tujuh hari sekali.

atau,kisah burung gagak,
yang berhajat menjadi cantik
seperti burung merak,
makanya apa yang terjadi kepada nya;
renungkan dan fikirkan.

atau, kisah sejarahnya azazil;
apa yang terjadi kepadanya.

atau,kisah sejarahnya abu lahab
dan isterinya;
apa yang terjadi kepada mereka.

atau,kisah sejarahnya kepada empat puluh orang
pemanah perang uhud;
apa yang terjadi kepada mereka.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190425

Penulis Pahang sempena Bengkel Puisi Anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang

Berikut adalah senarai Penulis Pahang dari senarai peserta Bengkel Puisi Anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang.

1. Hashim Zabidi (Lipis)
2. Kelompen Koe (Temerloh)

3. A Rafar Mohd
4. Mohd Arif

5. Fatinilam Sari Novelis
6. Antasya Balkis (Kuantan)

7. CT Nurza (Jerantut)
8. Mariatul Zaihan

9. Mestika Pancadelima
10. Mel Melankolia

11. Rahim Aly
12. Pelita Di Dalam Kaca

13. Ifa CM
14. Dr A Halim Ali

15. Dr Mohd Mansor Abdullah
16. Rahman Haji Yusof

17. Hashim Ismail
18. Haji Nordin Salleh

19. Asmui Mustapa
20. Che Norsiah

21. Azam Abd Rahman
22. Wan Thuwaibah

23. Rosni Malaysia
24. Noor Lela Md Taib

25. Hasnah Yusoff
26. Saedah Md Shariff


Tarikh:
1 - 3hb April 2016

Pembimbing:
Datuk Prof Rahman Shaari.

Setiap peserta bengkel diminta menyediakan 3 buah puisi dan hantar kepada e-mel Dato Mohd Mansor Abdullah sebelum Isnin 28.3.2016 ~ (pmansor@hotmail.com)

Puisi-puisi itu akan disemak terlebih dahulu oleh pembimbing dan dibincangkan semasa bengkel, seterusnya dimuatkan dalam sebuah antologi puisi kelak.

SUMBER:
dewanpersuratanmelayupahang.blogspot

20190330

Aku Bangun Dalam Sakitku

Redha

Kelmarin hatiku terusik
terluka
melihat dirimu
bisu
dalam kelukaan
terlantar sepi
merangkul kamu dalam
kesakitan

senja ini aku tersenyum
biarpun masih terluka
hatiku meronta
membelai resahku
merawat luka
mimpi kelmarin
kerana ada sesuatu
menyapaku menguat kembali
semangat pudarku

terima kasih
senyummu
matamu
bibirmu
seraut wajahmu

membuat aku bangun
dalam sakitku....

Penaluka Kersani is feeling motivated at Dalam Hatiku.