PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20210309

Pendekatan 8: bukakan bagi aku suatu jalan

 Apabila Tuhan bukakan bagi aku 

suatu jalan

untuk mengenal padaNYA (marifat)

maka tidak dihiraukan soal amalku

yang masih sedikit.


Tidakkah aku tahu

bahawa marifat adalah kurnia Allah kepada aku.

Sedang amal perbuatanku adalah hidayah Allah pada aku.

Marifat itu suatu kurnia pemberian langsung dari Allah.

Ia tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya amal aku.


Dengan segala kelakuan baik

tidak dapat sampai ke tingkat 

yang akan Allah berikan kepada aku.

Dengan dugaanlah aku dapat capai 

tingkat dan kedudukan di sisi Allah.

20210303

Persilatan Tapak Suci Di Indonesia

Bermula sebagai Pencak Silat Banjaran, yang bermula dari Pondok Pesantren Binorong yang seterusnya dikembangkan di Kauman, Yogyakarta. 


Pada tahun 1925 dibuka Perguruan Pencak Silat di Kauman yang dikenali dengan nama Cikauman iaitu Persilatan Cikauman. Dipimpin oleh Pendekar Besar M. Wahib dan Pendekar Besar A. Dimyati.


Melalui persilatan Cikauman maka lahirlah M. Syamsuddin dan diizinkan untuk menerima murid dan mendirikan Perguruan Seranoman. Perguruan ini didirikan di kauman sebelah utara.


Seterusnya melahirkan Pendekar Muda bernama M. Zahid yang melahirkan seorang murid cemerlang dari angkatan ke-6 iaitu Pendekar Moh. Barrie Irsyad.


Pendekar Moh. Barrie Irsyad seterusnya mendirikan Perguruan Kasegu.


Ada cadangan dari murid-murid Perguruan Kasegu supaya Pendekar Moh. Barrie Irsyad untuk mendirikan satu perguruan induk yang gabungkan tiga perguruan iaitu Persilatan Cikauman, Persilatan Seranoman dan Persilatan Kesegu. Maka Persilatan Tapak Suci ditubuhkan pada tahun 1963 di Kauman, Yogyakarta.


Persilatan Tapak Suci dapat sambutan sehingga berjaya membuka cawangan. Persilatan TAPAK SUCI berjaya jadi wadah silaturahmi antara pendekar yang berada di dalam aliran Muhammadiyah.


Pada tahun 1964, ketika dibawah pimpinan KH Ahmad Badawi maka Tapak Suci diterima menjadi sebahagian dari Muhammadiyah. Dikenali dengan nama Perguruan Tapak Suci Putera Muhammadiyah.


Proses ini bermula pada tahun 1960an. Pada tempoh ini Muhamaddiyah Surabaya memerlukan latihan persilatan. Ianya sebagai salah satu aspek penting semasa berhadapan dengan tindakan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI). Bagi melatih Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara telah ditugaskan Agus Tcik. Pembinaan dan latihan dimulakan pada akhir tahun 1961 di Madrasah al Mufidah (Masjid Taqwa).


Awal tahun 1963, Madrasah Al-Mufidah terima kehadiran seorang pelatih bela diri iaitu M. Yazid. Maka dibentuk Organisasi Bela Diri Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara dengan nama TUNAS MELATI.


Pada awal tahun 1966, Pemuda Muhammadiyah Surabaya menganjurkan Pekan Olah Raga dan Seni (PORSENI) dan Pencak Silat termasuk acara yang dipertandingkan. Pemuda Muhammadiyah Surabaya Utara mahu menjuarai acara Pencak Silat.


Chusnan David yang berusia 19 tahun telah berpasangan dengan pemuda dari Pencak Tradisional Jawa iaitu Alimun. Pasangan Chusnan David dan Alimun berhasil menjadi Juara.


Pertengahan tahun 1966 Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur di Surabaya melantik Chusnan David sebagai Jurulatih Beladiri Pemuda Muhammadiyah bagi gantikan M. Yazid.


Maka Tunas Melati telah telah mendirikan Tapak Suci di Surabaya. Chusnan David tidak segan-segan untuk berlatih di Perguruan Tapak Suci di Yogyakarta. Latihan bermula selepas salat Isyak hingga menjelang solat Subuh.


Akhirnya Chusnan David diberikan amanah untuk melengkapkan kurikulum persilatan Tapak Suci. Maka diciptakan Jurus Harimau. Ianya bersifat agresif, mematikan dan tidak berikan kesempatan untuk lawan membalas. Gerakan Jurus Harimau banyak kombinasi Silat, Judo dan Jujitsu.


Petua Chusnan David adalah berlatih ilmu untuk ketajaman gerak balas secara sedar dan tanpa sedar.


Kemampuan seseorang tidak diukur dari berapa lama dia latihan. Tapi berapa berat beban atau intensif dia berlatih.


Semakin tinggi ilmu yang kita miliki semakan banyak yang perlu kita belajar.


Gelar Pendekar tidak perlu dikejar karena gelar pendekar adalah anugrah. Sejatinya pendekar adalah orang yang telah berjasa pada masyarakat".


Pada tahun 1963 gabungkan tiga perguruan iaitu Persilatan Cikauman, Persilatan Seranoman dan Persilatan Kesegu telah menghasilkan nama Tapak Suci. Jurus asal telah ditukar kepada flora dan fauna. Tujuan pertukaran nama adalah untuk mengingat kebesaran Allah yang berkuasa menciptakan segala mahluk.


Jurus khas adalah:

1. Jurus Mawar

2. Jurus Katak

3. Jurus Naga

4. Jurus Ikan

5. Jurus Lembu

6. Jurus Rajawali

7. Jurus Merpati

8. Jurus Harimau


Jurus Serangan Tangan:

Katak Melempar Tubuh

Naga Terbang

Rajawali Mengibas Sayap

Tandukan Lembu Jantan

Pagutan Merpati

Merpati Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Ekor


Jurus Serangan Kaki:

Ikan Menjulang ke Angkasa

Ikan Menggoyang Sirip

Harimau Membuka Jalan

Harimau Menutup Jalan

Benturan Harimau

Kibasan Harimau


Jurus Serangan Jatuhan:

Terkaman Harimau

Guntingan

Bantingan kedalam

Bantingan keluar


Jurus Tangkisan:

Bungan Mawar Mekar

Bunga Mawar Layu

Naga Terbang

Katak Melempar Tubuh

Rajawali Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Sayap

Merpati Mengibas Ekor

Ikan Menerjang Sarang

Benturan Harimau

Kibasan Harimau


Jurus Pola Langkah:

Langkah Paku-Paku

Langkah Segi Tiga

Langkah Segi Empat

Sehingga kini, Tapak Suci, adalah antara 10 perguruan pencak silat yang merupakan ahli gabungan IPSI (Ikatan Pencak Silat Indonesia). Ianya bersumber pada Al Qur'an dan As-Sunnah. Menggunakan cogankata "Dengan Iman dan Akhlak saya menjadi kuat, tanpa Iman dan Akhlak saya menjadi lemah".

LINK: 

[ https://lamanpahang.blogspot.com/2012/10/senarai-silat-di-pahang.html ]

[ http://tapaksucimalaysia.blogspot.com/ ]

[ https://www.facebook.com/PersatuanPutraJerantut/ ]

SUMBER: [https://id.wikipedia.org/wiki/Tapak_Suci_Putera_Muhammadiyah ]



20210301

Pendekatan 7: Bilakah tibanya bantuan Allah?

Jangan sampai kamu ragu-ragu terhadap janji Allah

kerana tidak terlaksana apa yang dijanjikan itu

dalam keadaan telah tentu tiba masanya.

Supaya tidak menyalahi pandangan mata hatimu

atau padamnya nur cahaya hatimu (sirmu)






Bilakah tibanya bantuan Allah?

Ingatlah, sesungguhnya bantuan pertolongan Allah telah hampir tiba (amat dekat).

20210223

Pendekatan 6: mintalah menurut apa yang ditentukan

Janganlah lambatnya pemberian Tuhan kepadamu 

sedang engkau bersungguh-sungguh berdoa 

menyebabkan engkau putus harapan. 

Allah akan menerima semua doa 

dalam apa yang ia kehendaki untukmu, 

bukan menurut kehendakmu 

dan pada waktu yang ditentukanNYA, 

bukan pada waktu yang engkau tentukan.

Abubakar Assiddiq meminta afiyah dan mati kena racun.

Umar bin Khattab meminta afiyah dan mati dibunuh.

Usman bin Affan juga meminta afiyah dan mati ditikam.

Ali bin Abi Thalib meminta afiyah juga mati dibunuh.


Maka bila aku meminta afiyah kepada Allah, mintalah menurut apa yang ditentukan oleh Allah untuk aku. Sebaik-baik hamba ialah mempercayai bahawa yang diberi oleh Allah itulah yang terbaik bagi aku walaupun tidak sesuai dengan hawa nafsu aku.

20210216

Duduk dalam keadaan darurat

 Salam;


Tahu dan faham.


Apabila seronok berseloka atau bermain, makanya; menjadi barang permainan akan perkara ghaib oleh manusia zaman ini.


Bercerita untuk suka-suka katanya mereka; makanya mereka manusia zaman ini diberikan apa yang mereka bersuka-sukaan itu.


Suka berlawak pasal zombi kan, dapatlah zombinya dalam bentuk covid-19; makanya; mengeloh buat apa, yang minta dan bermain-mainnya, tuanpuan sendiri.


Kononnya; ada yang mengaku; boleh tamatkan segera, kacang sahaje perkara zombi ni. Ha, suruhlah kepada mereka yang kata perkara itu kacang, boleh ditamatkan segera.


Memohon perkara atau urusan yang buruk dalam bentuk bermain-main tetap diberikan, sebab ada permintaan dan ada sokongan dalam kalangan manusia yang ramai seluruh dunia.[orang zaman ni kata; cukup coram, cukup nisab dan cukup matangnya atau haurnya].


Makanya; sekarang, siapa yang mengeloh?


Belajarlah dari salahlaku itu. Taubatlah dari kelakuan yang aib itu.


Kaedah taubat tak mahu belajar. Kelakuan aib diri dan manusia sekeliling. Tak mahu belajar macammana nak di bendung.


Makanya; tuanpuan nak duduk dalam keadaan darurat sampai bila. Tegakkanlah amar makruf nahi mungkar, jangan hanya pandang sepi sahaja


Orang tua kata; sebatang lidi, patah kalau; seikat lidi, boleh buat penyampu sampah.


Nak jadi lilin, kena cukup ilmu tahu dan fahamnya. Kalu setakat berangan-angan sahaja, itu buat menghabiskan beras sahaja namanya.


inshaallah.

Pendekatan 5: Kelalaianku terhadap kewajipan adalah butanya mata hatiku

Kerajinanku untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadaku, disamping kelalaianku terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanahkan kepadaku, membuktikan butanya mata hatiku.

Janganlah memaksa diri 

untuk mencapai apa yang telah dijamin 

dan janganlah abaikan apa yang diamanahkan.

"Perintahkan kepada keluargamu supaya sembanyang, 

dan sabarlah dalam melaksanakannya. 

Kami (Allah) tidak menuntut kamu mencari rizki, 

Kami (Allah) yang menjamin rizqimu, 

dan kemenangan bagi orang yang bertaqwa.

(Carilah selebihnya dan kongsikan disini)

Sultan Muhammad Syah tidaklah meninggal awal selepas ditabalkan

 Salam kepada yang melihat, mendengar,bersuara,bergerak

Aku hanya sekadar ingin tahu dan memberitahu,


Sebelum kejadian banjir melanda Pahang,

Aku dipanggil balik untuk menemui ibu dan bapaku,


Sewaktu didalam perjalanan, aku disampaikan untuk ke makam marhum langgar,

Lalu aku teruskan, kerana takdir, makam yang aku sampai yang pertama adalah makam marhum di Pekan,


Selesai itu, aku ke makam marhum langgar iaitu raja pahang yang pertama,

Sesampainya aku disana, aku disambut,

Lalu disini aku ingin memberitahu apa yang diberitahu,


Sultan muhammad syah tidaklah meninggal awal selepas ditabalkan cuma di khabarkan baginda membawa diri disebabkan rasa bersalah terbunuh anak Tun Perak lalu baginda melepaskan takhta dan merantau..


Ini lah yang dikhabarkan, sekiranya ia benar maka perbetulkanlah..

sekiranya ia tidak benar maka beritahu lah..


Takdir membawaku untuk merungkai cerita yang tidak terungkai..

Lalu kemanakah ia pergi selepas turun takhta dan gelaran apakah yang digunakannya semasa ia merantau..


Daripada cerita lalu, jelas lah ia berdarah panas,

Maka yang tahu tolonglah huraikan sekiranya tahu..


Oleh: Tak Ada Nama

Pada: Feb 9, 2021

[https://lamanpahang.blogspot.com/2021/02/pendekatan-3-menembusi-tirai-takdir.html]

Pendekatan 9: disitulah akan terbuka baginya

Beranika warna amal perbuatan

kerana bermacam-macam pula

pemberian kurnia Allah kepada hambaNYA.


Kerana itu tiap orang salih

yang menuju ke suatu maqam (tingkat)

harus mengerti 

dalam ibadat yang mana ia rasakan nikmat ibadat






Maka disitulah

akan terbuka baginya

apakah dalam

sembanyang atau puasa atau lain-lainnya.

20210209

Pendekatan 4: Istirihatkan diriku

Istirihatkan diriku dan fikiranku daripada kerisauan mengatur keperluan hidupku, sebab apa yang sudah dijamin / diselesaikan untuk diriku, tidak usah aku sibuk memikirkannya.

Ragu-ragu terhadap jaminan Allah tanda kurangnya iman.

(Carilah selebihnya dan kongsikan disini)

20210202

Pendekatan 3: menembusi tirai takdir

Kekuatan semangat perjuangan tidak dapat menembusi tirai takdir, kekeramatan atau kejadian luar biasa dari seorang wali, tidak dapat menembusi keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.

"Dan tidaklah kamu berkehendak kecuali apa yang dikehendaki Allah Tuhan yang mengatur seisi alam."

(Carilah selebihnya dan kongsikan disini)