PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20180430

Nakhoda Klang bin Panglima Hitam

Salam 
saya ingin membantu 
pak cik saya 
menyelidik keluarga 
Nakhoda Klang bin panglima Hitam

mohon jika anda punya sumber 

emailkan kepada saya via 
hafizanasriah@gmail.com 

on H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI
by hafiza nasriah
on 4/26/18

20180422

10 Sanggang ke Pulau Dedari dan Batu Sawar

10
Dari Sanggang ke Pulau Dedari,
Singgah menjala di Batu Sawar;
Sungai Pahang yang terpanjang sekali,
Ialah juga yang terbesar.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180415

9 Serli ke Tanjung Jati dan Benta

9
Dari Serli ke Tanjung Jati,
Singgah sebentar di pekan Benta;
Sebagai negeri terbesar sekali,
Di dalamnya terdapat serbaneka.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180408

8 Budu ke Lubuk Sengarat dan Jambu Rias

8
Dari Budu ke Lubuk Sengarat,
Berhenti penat di Jambu Rias;
Nesan batu yang bersurat,
Menyatakan awal kurun sebelas.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180402

Duhai Waris Kuseru Tiap Patah Namamu

Malam

Malam terusik
oleh buih kesiangan
dan gemalai
tapak tangan
bersilang urat
ada tafsiran
tiap satu ceritera
alur naungan

dan mencari
belum ketemui
rahsia tersurat
tersirat
dipagar tiap
pertanyaan

bersimpuhlah
terduduk lagi
rahsia-rahsia
yang dicerita
tiap celahan
dahan yang merimpun

duhai waris
kuseru tiap patah
namamu
agar aku
tidak longlai
bertongkat sendi
biarlah bersambung
kenal erti insani
dibalik rumpun
megah berdiri

terbanglah kersani
terus mencari
terus berdiri
menggengam kukuh
ukiran seni......

Kotasas 2 April 18
Penaluka Kersani is feeling motivated at Gelanggang Seni.

20180401

7 Letak Kelibat dan Permatang Pasir

7
Singgah makan di Letak Kelibat,
Lepas makan terus berjalan;
Sepasang nesan yang bersurat,
Di Permatang Pasir, mukim Pekan.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180325

6 Dari Dumba ke Tanjung Bayan

6
Dari Dumba ke Tanjung Bayan,
Singgah makan di Letak Kelibat;
Perkara yang nyata dapat dikesan,
Sepasang nesan yang bersurat.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180318

5 Dari Lebu ke Bukit Kota

5
Dari Lebu ke Bukit Kota,
Singgah sebentar di pekan Benta;
Perkakas batu banyak terjumpa.
Alamat penghuni dah lama ada.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180313

Mendengar Lunak Suaramu Keluh Resahmu

Selamat Hari Lahir Bondaku

Riak wajahmu
tetap manis
tersenyum
walau bertahun
berlindung
dalam liku-liku
membesarkan aku
dan anak-anakmu yang lain

syukur padaNya
memberi lagi aku kesempatan
membelai tiap jemarimu
mencium tanganmu
melihat seraut wajahmu
bisa berbual
mendengar lunak suaramu
mendengar keluh resahmu
mendengar cerita dahulu
seawal kehidupan keanakanmu
mendengar cerita suka duka
dibalik tirai kehidupanmu

Ya Allah
kau panjangkan umur Bondaku
agar dapat lagi aku
sentiasa ada
sentiasa ada
disisinya

aku tahu
sampai waktu
masa tidak pernah
lewat menjemputku
pintaku biarlah aku dapat
mencium membelai
setiap saat ada disisimu

Selamat Hari Lahir Bondaku
aku aksarakan puisi
diharijadimu
moga diberikan kesihatan yang baik
panjang umurmu
sihat selalu
termakmul doa dan impianmu

aku sayang kamu Bondaku
kaulah cinta pertamaku. ..

Al-fatihah buat ayahandaku...

Penaluka Kersani is feeling loved at KOTASAS.
March 13Kuantan

20180311

4 Dari Kelola ke Sungai Mat Dulang

4
Dari Kelola ke Sungai Mat Dulang,
Hilir singgah di Sungai Duri;
Bilakah Pahang diterokai orang,
Tuhan sahaja Yang Mengetahui.

Rujuk:
Yaakob Isa