-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101109

Kuih Bakar Berempah Orang Melaka

Saya berkesempatan singgah di gerai Pak Ngah Tukang Urut berhampairan dengan Stesyen Bas Daerah Bera. Bas yang singgah disini, membawa penumpang ke Temerloh, Triang, Purun, Kumai dan Mayam. Ada banyak kedai di tempat yang disebut sebagai Kerayong Bera. Selain di Bera di Mentakab ada juga tempat nama Kerayong tetapi disebut Tanjung Kerayong.
10
Berbalik kepada gambar Kuih Bakar Berempah. Resepi Kuih Bakar Berempah ini berasal dari Melaka. Dibawa ke Pahang oleh Encik Ramli Tukang Urut. Diusahakan oleh isteri beliau tetapi dibantu sikit-sikit oleh Encik Ramli.
09
Pada masa gambar Kuih Bakar Berempah ini dirakam, pasaran Kuih Bakar Berempah Encik Ramli Tukang Urut ini telah meluas hingga ke Bera, Mentakab dan Temerloh.
08
Banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dalam usaha membantu memasarkan Kuih Bakar Berempah yang dihasilkan oleh isteri Encik Ramli Tukang Urut. Banyak kali percubaan telah dilakukan untuk mendapat keadah pembungkusan yang benar-benar menjamin kualiti. Banyak juga percubaan telah dilakukan untuk menentukan kualiti dan jenis bahan-bahan mentah yang sesuai digunakan.
07
Ada suatu ketika peniaga tidak pamirkan Kuih Bakar yang dihantar. Bila dihantar, Kuih Bakar Berempah tersebut terus disimpan sahaja. Bila datang mengutip jualan, diceritakan semua Kuih Bakar Berempah yang dihantar tak laku. Orang tak minat.
06
Setelah banyak kali diberitahu Kuih Bakar Berempah tidak laku. Timbul kehairanan yang amat sanggat kerana semua jualah di kedai lain habis. Setelah dibuat intipan rupanya Kuih Bakar Berempah yang dihantar terus disimpan dalam almari sahaja. Sedih juga bila ada orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat bangsa sendiri terlingkup. Bila dan terlingkup barulah boleh kata "Tengok ... orang melayu tak pandai nak niaga"
05
Tetapi lama kelamaan perniagaan maju juga. Hinggakan dapat bantuan kerajaan untuk besarkan lagi perniagaan. Dari Kuih Bakar Berempah berkembang kepada kedai kek.
04
Kepada sesiapa yang nak bermula berniaga, ingatlah, bukan senang nak meniaga. Cabaran-cabaran lain kita sanggup hadapi. Tetapi yang akan merobekkan jantung hati kita adalah apabila bangsa sendiri berusaha untuk menjatuhkan perniagaan kita. Sedangkan perniagaan kita tidak bersaing dengan perniagaan dia.
03
Bila dah dapat bantuan bukan bermakna banyak masalah telah selesai. Tetapi bermula pula masalah lain. Bantuan pelbagai peralatan membuat kek akan dihantar ke kedai kek yang dicadangkan untuk dijadikan pusat operasi membuat kek. Malang sekali lagi, kedai kek yang dipohon telah ditempatkan berhampiran dengan kedai menyembelih dan menjual ayam. Silap-silap buat, semua kek bau ayam. jadilah kek ayam.
02
Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempat Kuih Bakar Berempah Resepi Melaka ini boleh hubungi no telefon 017-941 9313. Tempahan bukan dikhuskan kepada peniaga sahaja, tetapi boleh juga ditempah oleh mereka yang nak mengadakan kenduri kawin.

Selain Kuih Bakar Berempah, terdapat banyak lagi kuih tradisional, untuk menyertai kuiz yang dapat mengesan ilmu makan anda , klik DISINI. Ada 24 soalan yang boleh dijawab.

01
KEPADA MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI NOMBOR: 017-941 9313 (Encik Ramli). Harga sebungkus pada masa ini adalah RM3.50. Kalau nak tempah banyak dan nak mintak kurang harga, kena runding dengan Encik Ramli.

LINKS:
1. http://www.mykitchensnippets.com/2007/12/kueh-bakar.html
2. http://www.saltnturmeric.com/2009/06/kuih-bakar.html
3. http://lilyng2000.blogspot.com/2009/07/kuih-bakar.html
4. http://ovenhaven.wordpress.com/2010/08/23/ramadhan-baking-kuih-bakar/
5. http://almostbourdain.blogspot.com/2009/08/kuih-bakar.html
6. http://sahmsite.info/2009/10/31/kuih-bakar/
7. http://www.myresipi.com/top/detail/2375
8. http://meandmycooking.blogspot.com/2009/06/kuih-bakar.html
9. http://umm.adzka.com/?p=726
10. http://www.emallnetwork.com/product/detail/view/4713

1 comment:

Anonymous said...

Tekstur foto tu licin seakan bingka