KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20101209

Larian YAKEB 5km Serentak 1Malaysia

YAYASAN Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB) telah bekerjasama dengan Maybank, Kumpulan NSTP, TV3 dan Kesatuan Olahraga Amatur Kebangsaan (KOAM) bagi menganjurkan ‘Larian Serentak 1Malaysia’ di semua 14 negeri serentak pada 11 Disember 2010. Larian adalah sejauh 5km sahaja.

Bagi peserta larian 1Malaysia di negeri Pahang, semua peserta akan berkumpul di Stadium Darul Makmur. Peserta akan berlepas dari stadium melalui Jalan Bukit Ubi, Jalan Mahkota, Jalan Teluk Sisik, Jalan Beserah, Jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium.
(Peta Larian Satu Malaysia YAKEB Pahang)

Sepanjang larian ini peserta akan berlari dihadapan Pasar Besar, Padang MPK 3, Balai Bomba, Padang MPK 2, Taman Kerang, Masjid Negeri, Telekom Malaysia, Pejabat Pos, Hotel Suraya, Hotel Kosma dan MS Garden Hotel. Peserta juga akan menempun 7 lampu isyarat.

Pelepasan peserta di Dataran Merdeka akan disempurnakan oleh Penaung YAKEB, Datin Seri Rosmah Mansor tepat jam 7.30 pagi. Serentak dengan pelepasan tersebut akan berlepas juga peserta di 14 lokasi di setiap negeri.

1 Pahang - Stadium Darul Makmur, Kuantan [Peta]
2 Melaka - Stadium Bukit Serindit [Peta]
3 Negeri Sembilan - Padang MPS, Seremban [Peta]
4 Selangor - Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya [Peta]
5 Wilayah Persekutuan - Dataran Merdeka, Kuala Lumpur [Peta]
6 Perak - Stadium Indera Mulia, Ipoh [Peta]
7 Kedah - Taman Jubli Perak, Sg Petani [Peta]
8 Pulau Pinang - Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban [Peta]
9 Perlis - Stadium Kangar [Peta]
10 Kelantan - Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu [Peta]
11 Terengganu - Taman Awam Batu Burok, K Terengganu [Peta]
12 Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bharu [Peta]
13 Sarawak - Padang Merdeka, Kuching [Peta]
14 Sabah - Padang Merdeka, Kota Kinabalu [Peta]

Bayaran yang dikenakan adalah RM3 untuk bawah 17 tahun dan RM10 untuk atas 17 tahun. Peserta terbahagi kepada (1) Bawah 17 tahun, (2) 18 hingga 46 tahun dan (3) Atas 47 tahun.

Tiga kategori tersebut menyediakan hadiah pertama RM500, kedua RM300, ketiga RM200. Keempat hingga ke-10 akan menerima RM50 dalam akaun Maybank selain kesemua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

Peserta akan mendapat sehelai t-shirt dengan borang penyertaan yang didapati di semua akhbar kumpulan NSTP hari Rabu dan Ahad ataupun di laman web YAKEB, laman web Maybank2u atau di seluruh cawangan Maybank di seluruh negara.

LINKS:
1. derkeenrunner2009.blogspot.com - larian serentak 1malaysia 2010
2. www.bharian.com.my - Larian Serentak 1Malaysia 11 Disember
3. www.bernama.com - YAKEB Anjur Larian Serentak 1Malaysia Semarak Perpaduan
4. yakeb.org.my - Larian serentak satu Malaysia
5. www.kamb.org.m -
6. chap-ayam-runners09.blogspot.com -

No comments: