-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110121

Sejarah Islam Pahang 1750 hingga 2000

Banyak cerita sejarah ulamak Pahang telah diusahakan penerbitannya oleh Zainal Lebai Hassan dan Tuan Imam Wahid Ghafar bin Haji Ibrahin Al-Hafiz dan Encik Suhaimi bin Lebai Said dalam buku"Sejarah Islam Pahang 1750-2000". Buku ini dicetak oleh Syamercom Enterprise yang beralamat di Jalan Cheras Kuala Lumpur. Tetapi buku ini tak ada tahun penerbitan. Buku "Sejarah Islam Pahang 1750-2000" dipinjamkan kepada saya oleh Tok Penghulu Abd Manap bin Talib bekas Penghulu Luit yang pernah bertugas sebagai Penghulu Chenor.

Turut ditulis dalam buku tersebut adalah salasilah Imam Perang Sanggang (1810-1900) yang berjurus hingga ke Penghulu Sanggang 1 ( Noah), Penghulu Sanggang 2 (Mat) dan Penghulu Sanggang 3 (Hamdan Yusoh).

Isi kandungan buku ini adalah:
1. Sejarah Islam Pahang Secara Ringkas (1200-2000M)
2. Asal Usul (Salasilah Pahang menurut Tuk Shahbudin 1500-1770M)
3. Tokoh Ulama:
-- Tuk Shahbudin bin Zainal Abidin (1650-1700)
-- Tuan Teh bin Shahbudin
-- Imam Perang Sanggang
--Kadi Ibrahim bin Abu Hurairah
--Kadi Ahmad bin Mohd Pilus
Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohammad
4. Sejarah Ringkas Kampung Berhala Gantang
--Senarai Ketua-ketua kampung
--Senari Imam dan Tuan Guru
5. Salasilah Suji Bilang & Panglima Bagus
6. Lampiran
--Syair Tuk Shahbudin
--Al Faedaat wa Muhimmat


Selain dalam bentuk buku, maklumat tentang kandungan buku ini juga telah adal dalam internet.
Memang banyak maklumat dalam buku "Sejarah Islam Pahang 1750-2000" telah disalin dalam laman blog http://sejarahislampahang.blogspot.com/. kalau tak dapat cari buku ni pergilah ke laman blog 'Sejarah Islam Pahang'.

Antara petikan blog Sejarah Islam Pahang:
"Assalamualaikum kepada semua pelawat .....kami memaparkan serba sedikit sejarah berkaitan dengan perkembangan Islam dinegeri Pahang khususnya disekitarkan Temerloh ,Bera dan Chenor...dan segala maklumat mengenai sejarah Islam di negeri Pahang untuk dikongsikan bersama boleh di emailkan kepada sejislamphg@yahoo.com........dan kami akan paparkan untuk sajian semua......"

Antara kandungan blog Sejarah Islam Pahang:
1.Tuk Shahibudin Bin Zainal Abidin (1708/28-1800)
Syair A’shikin
Syair Al Ghafilah
Syair Sifat Duapuluh
Syair Kayu
Syair Sifa
2.Tuan Teh Keramat
(Mohammad Bin Shahibudin 1750-1810)
Keratan Kitab Raudatul Jinan Halaman 1:
3. Kadi Jaafar Bin Tuk Shahibudin
4. Lebai Endak
5. Imam Cu Ahmad
6. Kadi Ismail
7. Kadi Ibrahim Bin Abu Hurairah
A.Kitab Syifa Al Abdan 3 Jilid
B.Kitab Hidayatul Al Wildan
C.Tafsir Surah Ikhlas
D.Al Faaidaat Wal Al Muhaimmat.
Beberapa Petikan Dari Kitab Syifa Al Abdan
Petikan Dari Halaman 4:
8. Haji Ali Bin Haji Ahmad (1876-1948)
9.Kadi Ahmad Bin Mohd Pilus 1860-1928
-Petikan Kitab Hidayatul Wildan
-Tokoh Ulamak Pahang 1988 Anugerah Dari Kdymm Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhun Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazzam Shah.Tuan Guru Haji Hasanuddin Bin Mohammad(1914-2005): Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Sumbangan, Keistimewaan Dan Kenangan Manis:
-Tuk Kaya Keturunan Mengkarak 1700-1880 Sejarah Mufti- Mufti Pahang 1700-1900
1) Tuk Mengkassar (1690)
2) Tuk Mengkarak1 (Imam Dzu Bayan) (1730)
3) Tuk Mengkarak 11 (Imam Nur Qadim(1750)
4) Mutif Mukhsin Bin Habib Abdul Rahman (1800)
5 .Mufti Haji A Shukur Bin Hi Abd Kadir (-1830an)
6.Mufti H Mokhsin Bin Haji Abd Shukur (1850an)
7.Mufti Habib Mohamad Amin 1865
8.Mufti Haji Osman Bin Senik (1900)
9. Mufti Haji Abbas Bin Taha (1939 -1950)
10. Mufti Tuan Shiekh Abdul Rahim Samanuddi.
11. Mufti Haji Abu Bakar Bin Mohd Yassin
Salsilah Ulamak Dari Kg Berhala Gantang Temeroh Pahang.

Sejarah Mufti- Mufti Pahang 1700-1900

Untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. [http://sejarahislampahang.blogspot.com/]

4 comments:

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Anda telah betul ketinggalan ,sila baca buku saya yang telah diterbitkan iaitu :-

1.Kajian Lembah Bama Sebagai Pusat perdagangan Asia tenggara yang terawal dan Datok Linggi ,Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor diKg Relong,Kuala Lipis,diterbitkan tahun 2009.

2.Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai naskhah Tertua diNusantara yang ditulis oleh orang Lembah Bama,Kuala Lipis, diterbitkan tahun 2011.
3.Memoir Seorang PTD dan Anekdotku diRelong serta nama-nama Kampung diKuantan dan Temerloh Memperolehi Namanya, 2011.
4. Rona-rona Pengembaraan Pahang dari 1889-1952, 2012.

. said...

Saya akan maklumkan kepada Tok Penghulu Abd Manap bin Talib bekas Penghulu Luit bahawa 'Anda telah betul ketinggalan' kerana memberikan buku 'Sejarah Islam Pahang 1750 hingga 2000' kepada saya.

Sesiapa yang tidak mahu dianggap 'Anda telah betul ketinggalan' supaya jangan membaca atau merujuk buku 'Sejarah Islam Pahang 1750 hingga 2000'.

Baca buku Dr. Aminudin Abdul Karim dan anda telah betul kedepan.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan, saya berminat untuk mendapatkan buku Sejarah Islam di Pahang 1750-2000 karangan Zainal Abidin bin Hasanuddin tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Diharap tuan dapat membantu saya dalam hal ini. Sekian terima kasih

Nor Hamiah Abdul Hamid said...

Assalamualaikum Tuan, saya ingin memperbetulkan berkaitan Penghulu Sanggang Ketiga, kisahnye begini:-Mukim Sanggang mempunyai dua orang penghulu kerana mukim yang luas ia itu Penghulu 1 dan Penghulu 2,

Semasa Penghulu Mat sebagai Penghulu 1, Abdul Hamid Bin Awang Noh (anak kepada Penghulu yang di sebut Noah, nama sebenar beliau adalah Awang Noh bin Imam Perang Teh) menjadi Penghulu 2 Sanggang,

Setelah Penghulu Mat bersara, Abdul Hamid telah menjadi Penghulu sanggang barulah di ikut Hamdan Yusuf dan seterusnya.

Kami anak-anak Penghulu Abdul Hamid sangat-sangat berharap dapat kiranya tuan memperbetulkan maklumat sejarah tersebut. Sekian Terima kasih.

Daripada
Yang benar
Nor hamiah Abdul Hamid