INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20121018

Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau

Ada banyak nama-nama yang mempunyai kaitan dengan nama Mat Kilau. Senarai ini masil belum sempurna dan banyak yang akan diperbetulkan setelah ada maklumat baru. Senarai ini akan disusun mengikut abjad huruf dan tajuk perkara setelah hampir siap.

Maklumat disini adalah dari pelbagai sumber, ada yang betul pada sesetengah orang dan ada yang tidak betul. Sama-samalah kita betulkan setakat termampu.
SENARAI NAMA ORANG YANG ADA KAITAN DENGAN MAT KILAU:

Imam Perang Rasu (Tok Gajah) - ayah Mat Kilau

Bahaman (Tok) - rakan seperjuangan



Mat Dahan - nama samaran

Mat Dadu - nama samaran

Mat Siam - nama samaran

Mohamed bin Ibrahim - nama dalam kad pengenalan (K/P 2044778)

Abu Bakar Awang, 80, - anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. Beliau juga Ketua Kampung Batu 5. Pernah tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun. [bernama.com-Mat Kilau Turut Laung Merdeka Pada 31 Ogos 1957]

Aminah binti Mohamed, 80 - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Sabariah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Abdul Rahman - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Salamah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Razali - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Zaleha - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan. Adalah anak bongsu Mat Kilau yang berkahwin dengan anak angkat Mat Kilau iaitu Abu Bakar Awang. Zaleha meninggal pada tahun 1978.

Ajrah Bakar - Isteri Mat Kilau di Kampung Batu 5 Kuantan. Bersama isteri ini Mat Kilau mendapat anak bernama Sabariah, Abdul Rahman, Salamah, Razali dan Zaleha.

Alhamadi bin Abu Bakar, 40 - cucu Mat Kilau. Anak Abu Bakar Awang yang juga anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. [bernama.com.my- cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40]

Yang Chik binti Imam Daud - Isteri Mat Kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik ketika Mat Kilau berumur 20 tahun. Mendapat 3 orang anak.

Botok bin Osman (AL-Allamah Haji Botok bin Osman) - guru agama Mat Kilau. Merupakan Pawang Di Raja Kelantan setelah berselisih faham dengan Raja Kelantan beliau berpindah ke Pulai Tawar, Pahang. Pernah menjadi Mufti Negeri Pahang. Beliau mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat, Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Haji Merah). Pernah belajar Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti dengan ulama Patani yang mashur iaitu Tok Bendang Daya Tua. Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke Kelantan kerana perang Siam-Melayu Patani. (Rujuk Tok Botak) [puterakeris.multiply.com] [pdtjerantut.pahang.gov.my] [muhibmahbub.blogspot.com] [pekan.my]

Tok Botok (Al-Allamah Hj.Usman Bin Senik) - Pernah menjadi pawang diraja Kelantan dan Mufti Pahang pertama di zaman Sultan Wan Ahmad, Tok Botok membuka pondok di Pulau Tawar Pahang. Di samping mengajarkan kitab dan ilmu agama beliau mengajarkan ilmu hikmat, persilatan, juga ilmu perubatan Islam kepada Mat Kilau. Tok botak adalah anak murid kepada Tok Bendang Daya I, Panglima Perang Patani. (Rujuk Botok bin Osman) [berandamadina.wordpress.com]


Mat Wahid (Haji) - rakan seperjuangan yang juga anak Datuk Bahaman.

Mat Lela - rakan seperjuangan  yang juga anak Datuk Bahaman.

Awang Nong - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kila yang juga adik Mat Kilau

Teh Ibrahim - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau yang juga adik Mat Kilau

Mat Kelubi - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Mati ditembak oleh orang Panglima Yu.Ga yang kononnya menerima upah dari Inggeris. Mat kelubi ditembak ketika berperahu bersama tiga sahabatnya. Kepala mat kelubi telah dibawa ke Lipis untuk ditunjukkan kepada Inggeris sebagai bukti telah dibunuh. Badan tanpa kepala yang dipercayai Mat Kelubi telah dijumpai di Pulau Dedari berhampiran Jerantut Feri. Badan Mat Kelubi dikatakan ditanam di Masjid Kampung Pedah. Beberapa orang cucu Mat Kelubi dan berpuluh cicitnya masih hidup pada masa ini. Kelihatannya waris ini tiada dendam terhadap waris yang diupah kerana masing-masing tahu itulah ketentuanNYA. Senjata dan alatan Mat Kelubi disimpan oleh waris lain di Benta.

Mat Ali (Khatib) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Awang (Imam) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mat Tahir - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Tok Demali (Pendekar) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Raja Ibrahim (Pak Him) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Mat Kelantan - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Omar bin Mat Kilau - Anak Mat Kilau dengan Yang Chik di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Beliau telah berusaha membawa balik Mat Kilau ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar bagi membuat perisytiharan bersejarah pada hari Jumaat 26 Disember 1969.

Yang Chik binti Imam Daud - Isteri mat kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar. Ketika usia 20 tahun Mat Kilau telah berkahwin Yang Chik. Dari hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Ali, Omar, Khalid dan Khadijah.

Ibrahim bin Umar - Omar Bin Mat Kilau iaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Yang Chik. Satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" pada 12 hb. Disember 2011, maka berakhirlah sudah riwayat salasilah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Tetapi masih ada keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara.

Teh Mahda - anak Tok Kaut Burau adalah ibu Mat Kilau yang berkahwin dengan ayahnya Tok Gajah. = Teh Mahda; susurnya adalah campuran darah Kesultanan Melaka, Seri Menanti dan Kelantan [sama dengan Tok Dina juga,,,mereka berdua  waris anak beranak, pangkat lain-lain. seorang pangkat nenek sedara, seorang pangkat cucu sedara.. = ,Teh Mahada adalah adik kepada Panglima Perang Pahang Khatib Baharain orang Tembeling. mereka adalah anak Tok Kaut Burau yang berkahwin dengan anak perempuan Tok Muda Bujal.Tok Muda Bujal berkahwin dengan Tun Noriah anak kepada Tun Pedah Yusuf @ Tun Da adik kepada Tun Koris datuk kepada Sultan Ahmad Pahang Yang Pertama. Jadinya Mat Kilau adalah warislah juga kepada Bendahara Habib Abdul Majid Padang Saujana bendahara semasa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. KEMASKINI 2.3.2016.

mereka adalah anak tok kaut burau yang berkahwin dengan anak perempuan tok muda bujal.tok muda bujal berkahwin dengan tun noriah anak kepada tun pedah yusuf@tun da adik kepada tun koris datuk kepada sultan ahmad pahang yang pertama.

jadi mat kilau adalah warislah juga kepada bendahara habib abdul majid padang saujana bendahara semasa pemerintahan sultan mahmud mangkat dijulang.

waris mereka ada diseluruh nusatara.
yang kerasnya ,tuan dan puan cari lah diraub, lipis,jerantut dan dichenor serta pekan pun ada juga.

Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan) - pada masa pemerintahaan  baginda penjajah telah melancarkan propaganda secara psikologi kononnya Mat Kilau adalah pengkhianat, pemberontak dan menderhakai Sultan.

Mak Besar Rompin - isteri Mat Kilau semasa beliau menetap di Rompin.

Abdul Aziz Ahmad - ketua jawatankuasa penyiasat kemunculan mat kilau.

Yahya Mohd Seth (Tan Sri Haji ) - Menteri Besar Pahang yang membuat peristiharan yang mengesahkan Mat Kilau.

Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom) - nama penuh Mat Kilau.

Tengku Ali (Tok Sharom) - Toki Mat Kilau ini adalah pemerintah Kerajaan Bilah Paning, Sumatera. Menyerahkan tahta Bilah Paning kepada adindanya dan membuang gelaran raja. Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak iaitu Ranting Mas, Maimunah, Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif.

Osman (Haji) / Muntuk (Haji) - Tempat mat kilau nelajar agama. Haji Osman /Haji Muntuk kemudiannya berpindah ke Pekan dan menjadi Mufti Pertama Negeri Pahang. Nama penuh beliau adalah Hj.Uthman bin Senik.

Tekah - adik perempuan mat kilau paling bongsu.

Ibrahim Omar - cucu mat kilau yang menetap di Pulau Tawar hingga akhir hayatnya. [dupahang.wordpress.com -cucu-mat-kilau-meninggal-dunia]

LINK
kemaskini: 3.1.2012

36 comments:

juju said...

sy salah seorg keturunan Tok Sindang iaitu adik beradik Tok Tanggok iaitu ayah Tok Gajah....utk lebih mendalam boleh cari di facebook...jejak mahira (mahira adalah sepupu tok gajah)...

Laman Pahang said...

Terima kasih Juju kerana berkongsi maklumat ini.

Farah Kamarudin said...

juju : kita dari susur yang sama. saya cucu cicit mahira,susur galur khatib mail,cicit imam don. kita bersaudara!

mazru said...

assalam...

LP,
kirenye boleh tuan kisahkan sedikit mengenai keturunan Teh Mahda iaitu ibu Mat Kilau,dimanekah warisnye?
Apekah benar warisnye ade di Chenor?

Laman Pahang said...

Terima kasih, atas cadangan Saudara Mazru. Pihak kami akan cuba terbitkan kisah Teh Mahda.

mazru said...

terima kasih atas respon dari LP

saya terjumpe satu blog yang mengaitkan Tok tangguk dengan Mat Kilau,iaitu tok tangguk itu adelah datuk mat kilau atau ayah kepada tok gajah...LP ade penjelasan mengenai statemnt itu?

Laman Pahang said...

Saya perlu rujuk kepada Neguai bagi menentukan apa jawapan yang saya boleh tulis. Harap menunggu. (kadang-kadang Neguai akan jawab, dulu dah bagi tau ... takkan tak ingat?)

mazru said...

ye ke..sama ade sy ketinggalan posting blog dari LP atau sy benar2 terlupe...
mungkin saudara LP maksudkan itu adelah tok tanjung?krn mmg neguai dah bg jawapan mengenai kemusykilan tu,..tK LP sy akan menunggu jika ade jwpan dari neguai.. :)

Laman Pahang said...

Sampai masa dengan izin Allah SWT kita akan mendapat ilmu tersebut. Harap ianya adalah ilmu yang bermanafaat. Saya sendiri, banyak sangat yang tak tahu.

mazru said...

insyaAllah...

MOHD GHADZALI mahfodz said...

As'salam..

saya adalah seorang keturunan Tok Tanggok.. Dimana saya boleh mencari rujukan atau sejarah Tok Tanggok, Tok Sindang dan Tok Gajah..

mazru said...

saya juge menunggu jawapan dari admin blog ini...

kalau boleh bertanye,asal dari mane?

Laman Pahang said...

Kepada Tuan MOHD GHADZALI mahfodz dan Tuan mazru.

Apa yang kami boleh kata adalah .. apa yang ada dalam Laman Pahang ini adalah apa yang kami boleh kata.

Apa yang tuan/puan semua dapat dalam Laman Pahang tuan perlu dapatkan orang tua untuk sahkan.

Begitulah cara kami di Laman Pahang. (1) Kutip (2) Kesan (3) Cari (4) Jumpa (5) Semak (6) Sahkan (7) Sebar - jika dapat kebenaran.

Tuan berdua ada cara tuan. Kami hanya mengerakkan waris-waris yang masih 'tidur'. Kalau dan jaga/sedar teruskan mencari. Perlu tempuh sendiri semuanya, supaya bersedia. Bersedia untuk .........

Sekian.

Anonymous said...

=saya adalah seorang keturunan Tok Tanggok.. Dimana saya boleh mencari rujukan atau sejarah Tok Tanggok, Tok Sindang dan Tok Gajah..=

kepada Tuan MOHD GHADZALI mahfodz.

Tuk gajah ada tiga orang.
Top Gajah Imam Rasul
Tok Gajah Tunggal
Tok Gajah Sultan Ahmad Pagar Ruyung.

Tuan maksudkan Tok Gajah yang mana?

Anonymous said...

segelintir waris tok tangguk ada bermukim di kg lebu bentong

LP said...

Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini; 'segelintir waris tok tangguk ada bermukim di kg lebu bentong'.

Anonymous said...

mazru;...mat kilau perginya kepada tok sharom dan tok tanggok perginya kepada zainal abidin.sorang dari utara dan sorang dari timur, mereka sedia dah berwaris dari susur sebelah atas dan menjadi waris rapat semula dikawasan tengah-tengah[kena baca ikut susur perempuan lah pula, persemendaan mereka].

Anonymous said...

utk makluman ,,,mazru dan waris lain...

tok dina; susurnya adalah campuran darah kesultanan melaka,seri menanti dan kelantan yang disatukan di pahang.[raub].

teh mahda; susurnya adalah campuran darah kesultanan melaka, seri menanti dan kelantan [sama dengan tok dinalah juga,,,dia berdua ni waris anak beranak,, pangkat je lain-lain. sorang pangkat nenek sedara, sorang pangkat cucu sedara.

waris mereka ada diseluruh nusatara.
yang kerasnya ,tuan dan puan cari lah diraub, lipis,jerantut dan dichenor serta pekan pun ada juga.

Baba Syarif Hidayah said...

alfatihah buat para pahlawan pahang....al fatihah buat nenda moyang kami tok cik mat diah dan moyang saudara kami tuan guru tok merah...al fatihah buat nenda moyang saudara tok botok guru para pahlawan....

Kutukan Dewata said...

saudara mazru,

setahu saya seperti yang di ceritakan kepada saya oleh datuk saya,teh mahada adalah adik kepada panglima perang pahang khatib baharain orang tembeling.

mereka adalah anak tok kaut burau yang berkahwin dengan anak perempuan tok muda bujal.tok muda bujal berkahwin dengan tun noriah anak kepada tun pedah yusuf@tun da adik kepada tun koris datuk kepada sultan ahmad pahang yang pertama.

jadi mat kilau adalah warislah juga kepada bendahara habib abdul majid padang saujana bendahara semasa pemerintahan sultan mahmud mangkat dijulang.

begitulah adanya cerita datuk saya.

lamanpahang said...

Terima kasih kepada semua yang berkongsi maklumat disini.

izwan shah mac said...

Sembah salam dari saya cicit teh ibrahim...
Kalian ada semasa pihak muzium negara bentangkan sanskrip tunggal peningalan arwah mat kilau?
Yang penting kita semua bersaudara....TAKBIR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Akmald Deen said...

moyang saya bernama ngah mat aseh. Bapa moyang saya ngah mat arif berasal dari chenor pahang. Bapa moyang saya buka kampung ara panjang di kuala kangsar perak.

nur hasanah said...

Assalamualaikum . sy cicit kpd Imam Don . atok sy Mat Tahir & Rokiah. seronok bila baca salasilah keturunan mahira ni :)

Shamsul Rijal Mohamed Saleh said...

Kalau x silap Tok tanggok adalah keturunan Tok adi kaya pagar ruuyung Keturunan inilah yang membuka mukim Sabai Tp Tok tanggok x menetap di Sabai, sebaliknya ke jerantut.

Elly Suhaili92 said...

Sy cicit met lela ank kpd datuk bahaman..agak luar biase..dan sunguh mistik...sdang sy seorng wnita brusia 22thn..genap thun 2014 sy bru mngenali n ptot brbangga

Elly Suhaili92 said...

Sy cicit met lela ank kpd datuk bahaman..agak luar biase..dan sunguh mistik...sdang sy seorng wnita brusia 22thn..genap thun 2014 sy bru mngenali n ptot brbangga

syarifah hakimah said...

assalamualaikum, saya seorang pelajar yang ingin mengkaji berkaitan perjuangan Mat Kilau. Oleh itu saya ingin menembubual waris mat kilau bagi melengkapkan tugasan . Mohon waris mat kilau yang terdekat...ada atau tidak waris mat kilau yang tinggal di sekitar bandar Raub, pahang?

Anonymous said...

salamun..tuan@puan ahli bait@ahli waris nuasatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

cicit met lela anak kepada dato bahaman,,,

mat lela ada dua orang;

sorang anak bahaman dan sorang lagi anak saudara bahaman, dan tuan maksudkan yang mana satu.

kedua-dua mereka tidak pernah dibuka kisah mereka. dan masih disimpan.


waris mat kilau ni ramai sangat,diraub memang ada,tak tahulah mereka ni nak bercerita dengan tuan, cubalah kalau ada rezeki.inshaallah.

Farah Kamarudin said...

nur hasanah : kita dari moyang yang sama. nenek awak wanteh kiah tu adik atok mamat saya. kita dua pupu lah kan :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Wmt Wkt semua, sy terbaca Mat Lela anak Dato' Bahaman berkahwin dengan salah seorang anak Tok Gajah, betul ke?

MM said...

saya diberitahu bahawa atuk saya adalah dua pupu kepada mat kilau, tapi saya tidak pasti ibu bapa atuk saya siapa..

kalau boleh admin buat salasilah keluarga keturunan anak Pahang. saya teringin nak tahu asal usul saya.

mama misteri said...

Asalamualaikum saya inginkankan kepastian mengenai asal usul keluarga sebelah wan bapa wan bernama majid bin endut/Gendut berasal dari jerantut kalau tak salah kuburnya di pulau tawar,kampung sokti atau kelola saya pun tak pasti.majid adalah anak kepada pendekar gendut@endut.katanya mat kilau adalah bapa saudara pupunya.tapi bila saya lihat di salasilah keluarga mat kilau tiada pun orabg yg bernama endut/gendut ni.kalau ada sesiapa disini tau atau ada maklumat mengenai orang bernama gendut/endut ni tlg inform.untuk pengetahuan keluarga kami masih ada menyimpan sebilah keris milik endut/gendut yg dikatakan pernah membunuh panglima garang

mama misteri said...

Asalamualaikum..saya ingin mencari salasiah keluarga sebelah arwah wan kata arwah wan nama bapanya majid seorang pendekar asal dari pulau tawar.majid adalah anak kepada pendekar gendut/endut.menurutnya lagi mat kilau adalah bapa saudara pupunya...saya ingin bertanya disini jika ada sesiapa tahu mengenai org yg bernama endut/gendut ni.keluarga saya juga ada sebilah keris milik endut/gendut ini yg digunakan masa dia membunuh panglima garang.

azhairee azemi said...

arwah atuk saya anak saudara kepada pawang nong boleh carikan..

Unknown said...

As salam wbt
Ada sesiapa tahu tentang adik beradik mat kilau...atau org yg bernama mat kudin?