Maklumat disini adalah dari pelbagai sumber, ada yang betul pada sesetengah orang dan ada yang tidak betul. Sama-samalah kita betulkan setakat termampu.
SENARAI NAMA ORANG YANG ADA KAITAN DENGAN MAT KILAU:
Imam Perang Rasu (Tok Gajah) - ayah Mat Kilau
Khatib Rasu Abdul Salam (Tok Gajah) - ayah Mat Kilau
Bahaman (Tok) - rakan seperjuangan
Mat Dahan - nama samaran
Mat Dadu - nama samaran
Mat Siam - nama samaran
Mohamed bin Ibrahim - nama dalam kad pengenalan (K/P 2044778)
Abu Bakar Awang, 80, - anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. Beliau juga Ketua Kampung Batu 5. Pernah tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun. [bernama.com-Mat Kilau Turut Laung Merdeka Pada 31 Ogos 1957]
Aminah binti Mohamed, 80 - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.
Sabariah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.
Abdul Rahman - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.
Salamah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.
Razali - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.
Zaleha - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan. Adalah anak bongsu Mat Kilau yang berkahwin dengan anak angkat Mat Kilau iaitu Abu Bakar Awang. Zaleha meninggal pada tahun 1978.
Ajrah Bakar - Isteri Mat Kilau di Kampung Batu 5 Kuantan. Bersama isteri ini Mat Kilau mendapat anak bernama Sabariah, Abdul Rahman, Salamah, Razali dan Zaleha.
Alhamadi bin Abu Bakar, 40 - cucu Mat Kilau. Anak Abu Bakar Awang yang juga anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. [bernama.com.my- cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40]
Yang Chik binti Imam Daud - Isteri Mat Kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik ketika Mat Kilau berumur 20 tahun. Mendapat 3 orang anak.
Botok bin Osman (AL-Allamah Haji Botok bin Osman) - guru agama Mat Kilau. Merupakan Pawang Di Raja Kelantan setelah berselisih faham dengan Raja Kelantan beliau berpindah ke Pulai Tawar, Pahang. Pernah menjadi Mufti Negeri Pahang. Beliau mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat, Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Haji Merah). Pernah belajar Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti dengan ulama Patani yang mashur iaitu Tok Bendang Daya Tua. Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke Kelantan kerana perang Siam-Melayu Patani. (Rujuk Tok Botak) [puterakeris.multiply.com] [pdtjerantut.pahang.gov.my] [muhibmahbub.blogspot.com] [pekan.my]
Tok Botok (Al-Allamah Hj.Usman Bin Senik) - Pernah menjadi pawang diraja Kelantan dan Mufti Pahang pertama di zaman Sultan Wan Ahmad, Tok Botok membuka pondok di Pulau Tawar Pahang. Di samping mengajarkan kitab dan ilmu agama beliau mengajarkan ilmu hikmat, persilatan, juga ilmu perubatan Islam kepada Mat Kilau. Tok botak adalah anak murid kepada Tok Bendang Daya I, Panglima Perang Patani. (Rujuk Botok bin Osman) [berandamadina.wordpress.com]
Mat Wahid (Haji) - rakan seperjuangan yang juga anak Datuk Bahaman.
Mat Lela - rakan seperjuangan yang juga anak Datuk Bahaman.
Awang Nong - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kila yang juga adik Mat Kilau
Teh Ibrahim - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau yang juga adik Mat Kilau
Mat Kelubi - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Mati ditembak oleh orang Panglima Yu.Ga yang kononnya menerima upah dari Inggeris. Mat kelubi ditembak ketika berperahu bersama tiga sahabatnya. Kepala mat kelubi telah dibawa ke Lipis untuk ditunjukkan kepada Inggeris sebagai bukti telah dibunuh. Badan tanpa kepala yang dipercayai Mat Kelubi telah dijumpai di Pulau Dedari berhampiran Jerantut Feri. Badan Mat Kelubi dikatakan ditanam di Masjid Kampung Pedah. Beberapa orang cucu Mat Kelubi dan berpuluh cicitnya masih hidup pada masa ini. Kelihatannya waris ini tiada dendam terhadap waris yang diupah kerana masing-masing tahu itulah ketentuanNYA. Senjata dan alatan Mat Kelubi disimpan oleh waris lain di Benta.
Mat Ali (Khatib) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Awang (Imam) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Mat Tahir - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.
Tok Demali (Pendekar) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.
Raja Ibrahim (Pak Him) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.
Mat Kelantan - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.
Omar bin Mat Kilau - Anak Mat Kilau dengan Yang Chik di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Beliau telah berusaha membawa balik Mat Kilau ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar bagi membuat perisytiharan bersejarah pada hari Jumaat 26 Disember 1969.
Yang Chik binti Imam Daud - Isteri mat kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar. Ketika usia 20 tahun Mat Kilau telah berkahwin Yang Chik. Dari hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Ali, Omar, Khalid dan Khadijah.
Ibrahim bin Umar - Omar Bin Mat Kilau iaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Yang Chik. Satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" pada 12 hb. Disember 2011, maka berakhirlah sudah riwayat salasilah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Tetapi masih ada keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara.
Teh Mahda - anak Tok Kaut Burau adalah ibu Mat Kilau yang berkahwin dengan ayahnya Tok Gajah. = Teh Mahda; susurnya adalah campuran darah Kesultanan Melaka, Seri Menanti dan Kelantan [sama dengan Tok Dina juga,,,mereka berdua waris anak beranak, pangkat lain-lain. seorang pangkat nenek sedara, seorang pangkat cucu sedara.. = ,Teh Mahada adalah adik kepada Panglima Perang Pahang Khatib Baharain orang Tembeling. mereka adalah anak Tok Kaut Burau yang berkahwin dengan anak perempuan Tok Muda Bujal.Tok Muda Bujal berkahwin dengan Tun Noriah anak kepada Tun Pedah Yusuf @ Tun Da adik kepada Tun Koris datuk kepada Sultan Ahmad Pahang Yang Pertama. Jadinya Mat Kilau adalah warislah juga kepada Bendahara Habib Abdul Majid Padang Saujana bendahara semasa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. KEMASKINI 2.3.2016.
mereka adalah anak tok kaut burau yang berkahwin dengan anak perempuan tok muda bujal.tok muda bujal berkahwin dengan tun noriah anak kepada tun pedah yusuf@tun da adik kepada tun koris datuk kepada sultan ahmad pahang yang pertama.
jadi mat kilau adalah warislah juga kepada bendahara habib abdul majid padang saujana bendahara semasa pemerintahan sultan mahmud mangkat dijulang.
waris mereka ada diseluruh nusatara.
yang kerasnya ,tuan dan puan cari lah diraub, lipis,jerantut dan dichenor serta pekan pun ada juga.
Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan) - pada masa pemerintahaan baginda penjajah telah melancarkan propaganda secara psikologi kononnya Mat Kilau adalah pengkhianat, pemberontak dan menderhakai Sultan.
Mak Besar Rompin - isteri Mat Kilau semasa beliau menetap di Rompin.
Abdul Aziz Ahmad - ketua jawatankuasa penyiasat kemunculan mat kilau.
Yahya Mohd Seth (Tan Sri Haji ) - Menteri Besar Pahang yang membuat peristiharan yang mengesahkan Mat Kilau.
Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom) - nama penuh Mat Kilau.
Tengku Ali (Tok Sharom) - Toki Mat Kilau ini adalah pemerintah Kerajaan Bilah Paning, Sumatera. Menyerahkan tahta Bilah Paning kepada adindanya dan membuang gelaran raja. Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak iaitu Ranting Mas, Maimunah, Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif.
Osman (Haji) / Muntuk (Haji) - Tempat mat kilau nelajar agama. Haji Osman /Haji Muntuk kemudiannya berpindah ke Pekan dan menjadi Mufti Pertama Negeri Pahang. Nama penuh beliau adalah Hj.Uthman bin Senik.
Tekah - adik perempuan mat kilau paling bongsu.
Ibrahim Omar - cucu mat kilau yang menetap di Pulau Tawar hingga akhir hayatnya. [dupahang.wordpress.com -cucu-mat-kilau-meninggal-dunia]
LINK
kemaskini: 3.1.2012
75 comments:
sy salah seorg keturunan Tok Sindang iaitu adik beradik Tok Tanggok iaitu ayah Tok Gajah....utk lebih mendalam boleh cari di facebook...jejak mahira (mahira adalah sepupu tok gajah)...
Terima kasih Juju kerana berkongsi maklumat ini.
juju : kita dari susur yang sama. saya cucu cicit mahira,susur galur khatib mail,cicit imam don. kita bersaudara!
assalam...
LP,
kirenye boleh tuan kisahkan sedikit mengenai keturunan Teh Mahda iaitu ibu Mat Kilau,dimanekah warisnye?
Apekah benar warisnye ade di Chenor?
Terima kasih, atas cadangan Saudara Mazru. Pihak kami akan cuba terbitkan kisah Teh Mahda.
terima kasih atas respon dari LP
saya terjumpe satu blog yang mengaitkan Tok tangguk dengan Mat Kilau,iaitu tok tangguk itu adelah datuk mat kilau atau ayah kepada tok gajah...LP ade penjelasan mengenai statemnt itu?
Saya perlu rujuk kepada Neguai bagi menentukan apa jawapan yang saya boleh tulis. Harap menunggu. (kadang-kadang Neguai akan jawab, dulu dah bagi tau ... takkan tak ingat?)
ye ke..sama ade sy ketinggalan posting blog dari LP atau sy benar2 terlupe...
mungkin saudara LP maksudkan itu adelah tok tanjung?krn mmg neguai dah bg jawapan mengenai kemusykilan tu,..tK LP sy akan menunggu jika ade jwpan dari neguai.. :)
Sampai masa dengan izin Allah SWT kita akan mendapat ilmu tersebut. Harap ianya adalah ilmu yang bermanafaat. Saya sendiri, banyak sangat yang tak tahu.
insyaAllah...
As'salam..
saya adalah seorang keturunan Tok Tanggok.. Dimana saya boleh mencari rujukan atau sejarah Tok Tanggok, Tok Sindang dan Tok Gajah..
saya juge menunggu jawapan dari admin blog ini...
kalau boleh bertanye,asal dari mane?
Kepada Tuan MOHD GHADZALI mahfodz dan Tuan mazru.
Apa yang kami boleh kata adalah .. apa yang ada dalam Laman Pahang ini adalah apa yang kami boleh kata.
Apa yang tuan/puan semua dapat dalam Laman Pahang tuan perlu dapatkan orang tua untuk sahkan.
Begitulah cara kami di Laman Pahang. (1) Kutip (2) Kesan (3) Cari (4) Jumpa (5) Semak (6) Sahkan (7) Sebar - jika dapat kebenaran.
Tuan berdua ada cara tuan. Kami hanya mengerakkan waris-waris yang masih 'tidur'. Kalau dan jaga/sedar teruskan mencari. Perlu tempuh sendiri semuanya, supaya bersedia. Bersedia untuk .........
Sekian.
=saya adalah seorang keturunan Tok Tanggok.. Dimana saya boleh mencari rujukan atau sejarah Tok Tanggok, Tok Sindang dan Tok Gajah..=
kepada Tuan MOHD GHADZALI mahfodz.
Tuk gajah ada tiga orang.
Top Gajah Imam Rasul
Tok Gajah Tunggal
Tok Gajah Sultan Ahmad Pagar Ruyung.
Tuan maksudkan Tok Gajah yang mana?
segelintir waris tok tangguk ada bermukim di kg lebu bentong
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini; 'segelintir waris tok tangguk ada bermukim di kg lebu bentong'.
mazru;...mat kilau perginya kepada tok sharom dan tok tanggok perginya kepada zainal abidin.sorang dari utara dan sorang dari timur, mereka sedia dah berwaris dari susur sebelah atas dan menjadi waris rapat semula dikawasan tengah-tengah[kena baca ikut susur perempuan lah pula, persemendaan mereka].
utk makluman ,,,mazru dan waris lain...
tok dina; susurnya adalah campuran darah kesultanan melaka,seri menanti dan kelantan yang disatukan di pahang.[raub].
teh mahda; susurnya adalah campuran darah kesultanan melaka, seri menanti dan kelantan [sama dengan tok dinalah juga,,,dia berdua ni waris anak beranak,, pangkat je lain-lain. sorang pangkat nenek sedara, sorang pangkat cucu sedara.
waris mereka ada diseluruh nusatara.
yang kerasnya ,tuan dan puan cari lah diraub, lipis,jerantut dan dichenor serta pekan pun ada juga.
alfatihah buat para pahlawan pahang....al fatihah buat nenda moyang kami tok cik mat diah dan moyang saudara kami tuan guru tok merah...al fatihah buat nenda moyang saudara tok botok guru para pahlawan....
saudara mazru,
setahu saya seperti yang di ceritakan kepada saya oleh datuk saya,teh mahada adalah adik kepada panglima perang pahang khatib baharain orang tembeling.
mereka adalah anak tok kaut burau yang berkahwin dengan anak perempuan tok muda bujal.tok muda bujal berkahwin dengan tun noriah anak kepada tun pedah yusuf@tun da adik kepada tun koris datuk kepada sultan ahmad pahang yang pertama.
jadi mat kilau adalah warislah juga kepada bendahara habib abdul majid padang saujana bendahara semasa pemerintahan sultan mahmud mangkat dijulang.
begitulah adanya cerita datuk saya.
Terima kasih kepada semua yang berkongsi maklumat disini.
Sembah salam dari saya cicit teh ibrahim...
Kalian ada semasa pihak muzium negara bentangkan sanskrip tunggal peningalan arwah mat kilau?
Yang penting kita semua bersaudara....TAKBIR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
moyang saya bernama ngah mat aseh. Bapa moyang saya ngah mat arif berasal dari chenor pahang. Bapa moyang saya buka kampung ara panjang di kuala kangsar perak.
Assalamualaikum . sy cicit kpd Imam Don . atok sy Mat Tahir & Rokiah. seronok bila baca salasilah keturunan mahira ni :)
Kalau x silap Tok tanggok adalah keturunan Tok adi kaya pagar ruuyung Keturunan inilah yang membuka mukim Sabai Tp Tok tanggok x menetap di Sabai, sebaliknya ke jerantut.
Sy cicit met lela ank kpd datuk bahaman..agak luar biase..dan sunguh mistik...sdang sy seorng wnita brusia 22thn..genap thun 2014 sy bru mngenali n ptot brbangga
Sy cicit met lela ank kpd datuk bahaman..agak luar biase..dan sunguh mistik...sdang sy seorng wnita brusia 22thn..genap thun 2014 sy bru mngenali n ptot brbangga
assalamualaikum, saya seorang pelajar yang ingin mengkaji berkaitan perjuangan Mat Kilau. Oleh itu saya ingin menembubual waris mat kilau bagi melengkapkan tugasan . Mohon waris mat kilau yang terdekat...ada atau tidak waris mat kilau yang tinggal di sekitar bandar Raub, pahang?
salamun..tuan@puan ahli bait@ahli waris nuasatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
cicit met lela anak kepada dato bahaman,,,
mat lela ada dua orang;
sorang anak bahaman dan sorang lagi anak saudara bahaman, dan tuan maksudkan yang mana satu.
kedua-dua mereka tidak pernah dibuka kisah mereka. dan masih disimpan.
waris mat kilau ni ramai sangat,diraub memang ada,tak tahulah mereka ni nak bercerita dengan tuan, cubalah kalau ada rezeki.inshaallah.
nur hasanah : kita dari moyang yang sama. nenek awak wanteh kiah tu adik atok mamat saya. kita dua pupu lah kan :)
Assalamualaikum Wmt Wkt semua, sy terbaca Mat Lela anak Dato' Bahaman berkahwin dengan salah seorang anak Tok Gajah, betul ke?
saya diberitahu bahawa atuk saya adalah dua pupu kepada mat kilau, tapi saya tidak pasti ibu bapa atuk saya siapa..
kalau boleh admin buat salasilah keluarga keturunan anak Pahang. saya teringin nak tahu asal usul saya.
Asalamualaikum saya inginkankan kepastian mengenai asal usul keluarga sebelah wan bapa wan bernama majid bin endut/Gendut berasal dari jerantut kalau tak salah kuburnya di pulau tawar,kampung sokti atau kelola saya pun tak pasti.majid adalah anak kepada pendekar gendut@endut.katanya mat kilau adalah bapa saudara pupunya.tapi bila saya lihat di salasilah keluarga mat kilau tiada pun orabg yg bernama endut/gendut ni.kalau ada sesiapa disini tau atau ada maklumat mengenai orang bernama gendut/endut ni tlg inform.untuk pengetahuan keluarga kami masih ada menyimpan sebilah keris milik endut/gendut yg dikatakan pernah membunuh panglima garang
Asalamualaikum..saya ingin mencari salasiah keluarga sebelah arwah wan kata arwah wan nama bapanya majid seorang pendekar asal dari pulau tawar.majid adalah anak kepada pendekar gendut/endut.menurutnya lagi mat kilau adalah bapa saudara pupunya...saya ingin bertanya disini jika ada sesiapa tahu mengenai org yg bernama endut/gendut ni.keluarga saya juga ada sebilah keris milik endut/gendut ini yg digunakan masa dia membunuh panglima garang.
arwah atuk saya anak saudara kepada pawang nong boleh carikan..
As salam wbt
Ada sesiapa tahu tentang adik beradik mat kilau...atau org yg bernama mat kudin?
AWANG ( IMAM ) PENGIKUT MAT KILAU.
Mohon pencerahan admin, adakah awang@imam ni individu sama dengan haji ahmad bin bilal lumus/raja hussein.
Dalam manuskrip sejarah gendang pahang, haji ahmad disebut sebagai imam ahmad. Pusara beliau di bandar Maran.
Terima kasih.
Admin kita sedia tahu mat lela anak kepada dato bahaman,ada kah mat lela dn mat taha org yg sama,cuma nk cari kepastian
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya berkenaan rakan rapat mat kilau yg bernama Awang.
Saya difahamkan,Awang sangunp sehidup semati bersama mat kilau.
Awang dikurniakan anak lelaki bernama Abdullah Bin Awang yang tinggal di kg gerai jertih besut terengganu.
Oleh yg demikian,adakah Awang yang dimaksudkan itu adalah bapa kepada Abdullah bin Awang.
Harap mendapat maklumat berkenaan soalan saya ini.
Sekian,terima kasih.
salam,
tuanpuan.
(MAAF):penbetulan kepada maklumat pembentangan tok tangok:
tok tangok ini adalah;bersusur kepada sejarah raja dipahang tua[kg lamir],dan bukan kepada raja di kuala pahang[zainal abidin];[dalam ahmad @ abdullah pahang tua dan ahmad @ abdullah kuala pahang];harap maklum dengan kekeliruan yang terjadi.
salam tuanpuan,
awang diah yang dimaksudkan oleh tuan tu, mat diah di kuala kaung ke, atau awang diah dimengkarak@kuala triang?
salam,tuanpuan.
toki mat kilau tu bukan pemerintah kerajaan atau sultan di bilah paning,tak ada serah kuasa pun kepada adiknya,kalau betul ada penyarahan kuasa kepada adiknya,buat apa anak saudaranya merantau mencari dia merata dunia nusatara ni,lebih baik anak saudaranya itu keluarkan perintah mencari atau menangkap bapa saudaranya kalau jumpa,lagi baik,tak letih.[ini bukan bilah paning sebaliknya dah jadi berita pening].
yang keluar dari bilah paning tu orang lain,dan memang dia rajanya pemerintahnya,dan diberikan tanah kawasan di dalam tanah melayu ni.warisnya ramai,takkan sorang pun tak dapat kesan sejarah moyangnya yang sebenar dari bilah paning tu.tapi bukan tengku ali atau tok sharom. maaf.
mat kilau itu nama cembongnya lah,nama sebenarnya muhammad.[macammana waris sendiri tak tahu nama sebanar moyangnya atau warisnya.disanjung bagaikan nak rak sebaliknya namanya sebenar tak betul sebut.
mintak admin dptkn..sejarah 7 bersahabat yg slh seorg yer adalah mat kilau..dan ramai lg mengikut2yer dibwh..dan sy adalah dr susur galuryer..utk mndpt kepastian..dr telekan org2 yg celik..sy dr susur galur mat kilau...ataupon dr salah seorg 7 bersahabat tu.
mintak admin dptkn..sejarah 7 bersahabat yg slh seorg yer adalah mat kilau..dan ramai lg mengikut2yer dibwh..dan sy adalah dr susur galuryer..utk mndpt kepastian..dr telekan org2 yg celik..sy dr susur galur mat kilau...ataupon dr salah seorg 7 bersahabat tu.
mintak admin dptkn..sejarah 7 bersahabat yg slh seorg yer adalah mat kilau..dan ramai lg mengikut2yer dibwh..dan sy adalah dr susur galuryer..utk mndpt kepastian..dr telekan org2 yg celik..sy dr susur galur mat kilau...ataupon dr salah seorg 7 bersahabat tu.
Muhammad bin Ibrahim@Muhammad Bin Ismail..nama sbnr dlm kad pengenalan..Adakah mat kilau??? ade sesiapa boleh bg jwpn...
Saya ada simpan gambar MARHUM MAT KILAU bersama sahabat seperjuangannya MARHUM DATO' BAHAMAN...pada anak cucu cicit MARHUM jika ingin lihat gambar tersebut boleh hubungi sy 0173398436
Assalamualaikum..saya ingin bertya..adakah Tok Tangguk,ayah kpd Tok Gajah itu org yg sama dgn Tok Tangguk Bingkal Tembaga,adik beradik Tok Kota Chenor?
As salam admin...moyang saya adalah tok yek(membuka kg ulu sembah bentong).apakah petalian diantara tok yek dan tok tangguk(ramai waris di lebu)...adakah orang yang sama..dapat kiranya admin membuka salahsilah tok yek...tiada lg tempat untuk rujukan..terima kasih admin..
assalam.sya mohd fairuz dari seremban.mencari sala silah sy dari salah seorang dari 7sahabat perang tu.MAT ALI(KHATIB).saya generasi ke 6 beliau.klu ada info dari keluarga pahang sy ucapkan terima kasih.keluarga dari n9 ramai sy jumpa.cuma tergerak hati nk cari belah Pahang.arwah atok sy ade mention..taha kg nya di Padang Tuanku.mat ali-taha-fatimah-hashim-halilah-fairuz-sofia.info dari keluarga n9,taha bin ali berhijrah ke N9.Klu keluarga belah pahang ada terbaca mohon hubungi saya.0126733228. saya akhiri dengan ucapan terima kasih.
Ada tu..cari fb sehati tok gajah
Salam semua, ada sesiapa yang tahu lokasi Kerajaan Bilah Paning di Sumatera di mana? Adakah ia terletak di Lansek Kadok, Rao Selatan atau Pagar Ruyung?
Famili sy berasal dr kampung Chat, Benta...waktu kecik² dulu time skolah
org kampung selalu gelo sy cicit tok gajah. Nak kepastian tiada saluran mana mmg tak tahu. Nak rujuk kan mana pun tak pasti.
Assalamualaikum...
Ada yang tahu kisah teh ibrahim tak?
assalamualaikum..ada kisah tentang adik beradik mat kilau iaitu hj .muda x?mgkin nama yang xdidendang semasa perang klang dan byk lagi jasanya.
Salam. Saya diberitahu oleh arwah ayah saya bahawa kami waris tok merah. Arwah datuk saya ialah anak kepada tok merah. Namanya yunus. Kalau di kelantan, mgkn nama panggilannya lain. Ibu saya pernah maklumkan bahawa arwah ayah saya pernah jumpa dengan tok mat diah. Mgkn orang yang diceritakan adalah orang yang sama.
slmt..ad thu x psl ank spupu mat kilau yg nmenye tok gunjik?
Sy adalah cicit mat kilau.. Cucu kepada anak sulung mat kilau,aminah bt mat yg menetap di kampung batu5 kuantan pahang.
Assalamualaikum,saya ingin bertanya mengenai keturunan pendekar lembek. Ada sape2 yang tau mengenai keturunan beiau? Tq
Salam Tuan, sy sedang mengkaji dakwaan pertalian antara ibu Mat Kilau dengan Habib Padang Saujana, sebab ada dakwaan yang mengatakan Teh Mahada adalah adik kepada Panglima Perang Pahang Khatib Baharain orang Tembeling. mereka adalah anak Tok Kaut Burau yang berkahwin dengan anak perempuan Tok Muda Bujal.Tok Muda Bujal berkahwin dengan Tun Noriah anak kepada Tun Pedah Yusuf @ Tun Da adik kepada Tun Koris datuk kepada Sultan Ahmad Pahang Yang Pertama. Jadinya Mat Kilau adalah warislah juga kepada Bendahara Habib Abdul Majid Padang Saujana bendahara semasa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Assalamualaikum
Penghulu ismail khati bakar kelola ada kena mengena ke dengan mat kilau?
salam;
makanya; mat kilau itu tiga beradik seayah seibu;
sulung perempuan;yang kedua lelaki;dan mat kilau.
inshaallah.
Assalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang mat Ali (khatib). Jika ada dikalangan Tuan2 yang tahu sejarah atau ada kaitan dengan mat Ali khatib harap bole membantu saya.
Assallammualaikum. Boleh saya tahu Mat kilau ada adik beradik perempuan brp org. Siapa di antaranya.
Assalamualiakum...sy pon dpt taw ada darah keturunan mat kilau. tp x pasti dr sape (sy berada di johor). slps m cik paling rapat (dia la yg byk taw sbb rajin mencari) meninggal stop cite smpai situ jer. baru2 ni m cik sy bukak blk cite...sy akan cuba cari n gali lg
Kenapa tidak disebut Nama adik Omar bernama Khatijah. Beliau anak Mat Kilau bersama Yang Chik Bin Imam Daud. Beliau Sakai semasa Mat Kilau sefang berjuang bukan anak isteri lain semasa persembunyian. Mat Lela anak datuk Bahaman. Mat Lela adalah adik ipar Mat Kilau atau menantu Tok Gajah.Hasilperkahwinan ini Lahir Mohidin juga dikenali Mat Midin Yang menjadi penghulu Semantan sekitar tahun 1930an Dan dihukum bunuh oleh penjajah Jepun sebagai Pejuang Yang menentang Jepun. Saya adalah cicit Mat Lela anak Dato Bahaman. Bapa saya dijodohkan dengan ibu saya anak kepada Khatijah binti Mat Kilau. Oleh itu saya adalah keturunan dari Mat Lela Dan Mat Kilau. Banyak kisah perjuangan mereka saya dengar semasa saya dibangku sekolah dari datuk saudara saya Yang merupakan anak Mat Kilau Dan juga dari nenek saya Khatijah binti Mat Kilau selain kisah perjuangan moyang Dan datuk saya sebelah Bahaman dari Arwah Bapa saya. Ibu saya masih hidup berumur 90 tahun. Banyak kisah insya Allah saya Ada pengetahuan sedikit sebantak.
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang Allahyarhamah Yang Chik iaitu isteri pertama Allahyarham Mat Kilau. Saya minta respon dari cucu atau cicit Allahyarhamah. sila emel saya di ramlahrashid13@gmail.com atau fb Ramlah Rashid Novelis atau IG Ramlah Rashid Novelis
8/7/2022
Assalamualaikum semua saya bukan sesiapa cuma ingin bercerita sedikit cerita yg diceritakan oleh nyang saya kepada cucunya iatu mak saya.Katanya mat kilau pernah datang beberapa kali kerumahnya dikampung seberang pintasan Dungun Terengganu.Beliau ada meninggalkan sebuah kitab dan 2 bilah keris kepada nyang saya ketika itu,,tapi sayangnya tiada diketahui dimiliki oleh siapa ketika ini.Nyang saya kami panggil tokki jambul meninggal dunia sekitar tahur 1989/1990 ketika berumur 113 tahun.
Maksudnya betul lah Wan Tekah adik bongsu Mat Kilau? Wan Tekah, salah seorang anaknya Wan Timah, iaitu nenek kepada mak saya. Nasariah Binti Bilal Bakar ibu kepada mak saya. Jika betul Wan Tekah itu adik bongsu Mat Kilau, maksudnya masih waris Tok Gajah ke kami ni? sebab macam dah terlalu jauh.
Assalamualaikum,
mohon bertanya ada sesiapa mengenali tok ipin..?
Salam admin.. Boleh sy dapatkan info tentang Imam Daud iaitu bapa kepada isteri mat kilau Yang Chik.. kerana sy dari susur galur Imam Daud
Pendekar lembek tu awang lembek kan? Pernah menjadi penghulu mukim Cheka sekitar tahun 20an.. rumahnya di seberang jelai menjadi kubu Dan tempat persembunyian mat kilau Dan bahaman.. juga merupakan orang yang telah membunuh pendekar dari Indonesia yg di upah British untuk menangkap bahaman.. makam pendekar upahan British tu Masih ada di seberang jelai.. di ceritakan oleh orang tua2, pendekar awang atau awang lembek ni membunuh pendekar Indonesia yang di kata mampu menepis hujan menggunakan pedang sehingga x setitik pn air hujan membasahi baju dengan hanya sebilah lembing.. pendekar awang juga dikata pernah menewaskan pendekar sutan muaakkat.. Dan pendekar awang juga mempunya pertalian darah dengan pendekar minangkabau itu sutan muaakkat,sutan budiman Dan sutan menorah..selain itu,pendekar awang juga merupakan sepupu dengan sutan mangkhudom yang merupakan tokoh silat di lipis suatu ketika dulu..pendekar awang juga mewariskan ilmu bisa tangan kepada anaknya arwah aki derasik Dan anak saudara juga menantunya chu dollah..
Salam. Saya adalah keturunan Tok Gajah. Moyang saya adalah adik beradik kepada Tok Gajah. Moyang saya bernama Dato Paduka Tengku Mahmud, beliau merupakan sepupu kepada Mat Kilau. Di Chenor pernah menjadi Pahlawan Chenor. dan sebagai Dato Shah Bandar di Pekan, Pahang. Paling terakhir ialah beliau menjadi Hulubalang kepada Sultan Muhamad Mulut Merah. Jika sesiapa ada info waris2 terdekat saya, boleh email saya kepada teraahmad@gmail.com.. TQ
Post a Comment