INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140117

Lebai Shariff anak Tok Lebai Ali (Rawa Tanah Seberang)

 Pihak kami telah menerima pertanyaan berikut. Mohon jasa baik waris-waris Tok Lebai Ali atau pihak yang ada cerita, sudi membantu.
----------
Saya dari kuala kangsar.  
Kebetulan saya terbaca lamanpahang ini dan saya dapati banyak data berkisar kepada sejarah orang rawa yang berhijrah ke tanah melayu. 

Diwaktu yang sama keluarga saya kini cenderung untuk mengetahui salasilah yang tidak tahu punca apa tah lagi galurnya. Jika lamanpahang dapat membantu saya huraikan sedikit maklumat di sini.  Saya difahamkan dari keturunan lebai shariff di sebelah opah. mengikut catatan yang ada lebai shariff adalah anak kepada tok lebai 'ali dari tanah seberang (rawa). Lebai shariff dengan beberapa orang saudaranya telah meninggalkan tanah seberang atas konflik dalaman dan berhijrah ke tanah melayu. Di tanah melayu mereka telah berpecah merantau ke Selangor, Perak dan Pahang.  Jika ahli lamanpahang mempunyai maklumat mohon memberi petunjuk kapada saya.
 
Terima kasih, bantuan dan kerjasama sangat saya hargai.
 
Salam
---------- 
Mohon juga kepada yang bertanya supaya bercerita tentang latar belakang dan kisah-kisah dongeng yang berkaitan dengan   Lebai Shariff anak Tok Lebai Ali. Pihak kami bimbang ada seorang lagi Shariff bin Ali tetapi tidak memakai gelaran Lebai.

4 comments:

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,
waris lebai sharif bin tok lebai ali[kuala kangsar]

cuba tuan bermula mitos kerajaan bilah panai atau pergi ke istana bilah di papan,perak.
ke 2.cuba tuan berrusul dengan waris dato maharaja lela perak.
ke 3.yang disebut rawa berpindah dari seberang ke tanah melayu hanya kumpulan yang berpindah bersama tok mengkarak sahaja dan selepas dari itu.tanah seberang di gelar minangkabau dan sebahagian lagi dipanggil jambi.rawa telah luput selepas pertandingan lawan laga kerbau ditanah seberang[sumatra] dan yang ada rao.

lp said...

Terima kasih Tuan NG atas jawapan ini.

Harap ada pihak lain yang dapat menambah.

Anonymous said...

Tak perlu pergi ke istana raja bilah di papan, Perak. Bermulalah di daerah raub, Pahang. Kemudian pergi ke pekan kampar, gopeng dan tapah di Perak. Anda hanya menemukan sejarah orang mandailing sahaja di istana bilah meskipun memang mandailing, rawaa & talu pernah berkajang di neegeri2 Pahang, Perak & Selangor. Mungkin ada cerita serba sedikit mengenai sejarah rawa di istana Raja Bilah.

Logiknya, lebih baik mencari susur galur tuanku rao dr tok mengkarak. Mungkin saja tok mengkarak lebih cenderung kepada pagaruyung (singkarak di padang) berbanding Tuanku rao yg memang berasal dr daerah rao.

Orang jambi, kerinci, deli, rawa, mandailing, talu, bengkulu selayang dll di semenanjung tak pernah luput hanya slpas peristiwa laga kerbau.

Wallahualam.

InsyaAllah dimudahkan pencarian anda.

lp said...

Terima kasih kerana berkongsi cerita.