INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160520

Waris-waris tua ramai yang sakit dan meninggal dunia

salamun...tuan@puan ahli bait@ahliwaris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

waris@kerabat... hari ini,,,
seorang waris perempuan di baling kedah telah meninggal dunia.
[waris tokku paloh] ,,,

seorang waris lelaki dikelantan meninggal dikubang kerian.waris tok putih] ,,,

seorang waris perempuan disetiu,terengganu sakit tenat.[warisputeri saadon) ,,,

seorang waris disempadan tanah merah/siam, sakit tenat.[waris sulu]

dan masih ramai yang masih menyembunyikan diri masing-masing.
ada dan apa faedahnya kepada ahli waris.
mati tak mengenal waris dan
 mati mereka tidak dikenali oleh waris serta kerabat yang lain.

kami hanya boleh menghantar al-fatihah sahaja.
itupun berita kematian@sakit tenat diberitahu dan
dapat dikesah kedudukan dan waris susur keturunannya.

Anonymous
on 3/5/15

8 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya;

maaf kata;


al quraan@hadisnya bersekali; sesungguhnyaallah,hanya pada sisi nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan dia lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apayang ada dalam rahim, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dibumi manakah dia akan mati.sesungguhnya allah maha mengetahui lagi maha mengenal.

al quraan@hadisnya bersekali; tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampunan bagi orang-orang musyrik,walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat,sesudah jelas bagi mereka,bahawasanya orang-orang musyrik itu,adalah penghuni neraka jahanam.

al quraan@hadisnya bersekali; sesungguhnya,kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki nya, dan allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.


kata hamba allah; apabila kamu sabar melayani ilmu maka kamu diberi kepintaran hati dan cahaya batin.

serahkanlah segera urusan kepada allah kerana dia lebihmengetahui kepadamu daripada kamu.nantikanlah kelapangan nya kerana dari saat kesaat itu terdapat kelapangan..

layanilah allah danmohonlah untuk dibukakan pintu nya, dan tutuplah pintu-pintu makhluk kerana sungguh dia akan memperlihatkan kepadamu keajaiban-keajaiban yang tidak dalam perhitunganmu.

jika allah berkehendakanuntuk memberi kemanfaatan kepadamu atas tangan makhluk maka dia memberi kemanfaatan kepadamu.dan jika berkehendakan untuk memudaratkan kamu atas tangan mereka maka dia lah yang menundukkan,melunakkan dan mengeraskan hati mereka.

dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan yang memberi dan yang mencegah. dia lah yang memuliakan dan yang merenddahkan. dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin. seluruhnya itu dia bukan lain nya.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya;

maaf kata;


zakat,baitulmaal dan infak atau sedekah.dan ketiga-tiganya perlu dilaksanakan oleh setiap orang;

zakat adalah hak kepada harta(atau hak dalam rukun islam).;ia perlu dikeluarkan dari harta yang telah cukup dan berlebihan dari pemberian allah kepada manusia.

baitul maal hak kepada orang atau masyarakat.;ia perlu dikeluarkan kerana dalam setiap harta yang manusia perolehi,ada hak orang lain@masyarakat. yang allah salurkan bahagian mereka melalui seseorang yang lain.

infak atau sedekah hak kepada diri sendiri.ia perlu di keluarkan dari selain dari yang dua bahagian yang diatas bagi melihat akan kesyukuran manusia diatas pemberian allah kepada mereka.

ketiga-tiga perkara itu, adalah bertujuan bagi melihatkan kepada manusia itu, adakah sanggup dan akan merasa redha dengan perpisahan diantara diri mereka dengan harta yang dikurniakan oleh allah kepada mereka.dan ianya juga adalah sebagai dugaan dari allah kepada umat manusia.

kerana dalam harta itu, akan disertakan bersekali dengan sifat tamak,ego,kedekut,dengki,dendam dan lain sifat yang memudaratkan diri manusia jika mereka tidak mengeluarkan bahagian hak yang sepatut dikeluarkan dari harta mereka.

dan ketiga-tiga perkara ini akan dapat mengurangkan atau melepaskan hukuman kifarah keatas diri masing-masing dari dikenakan penyakit,dengan izin allah.


bagi mengeluarkan hak zakat dan hak baitulmaal,ada peraturan yang tercatat dalam al quraan. dan jumlahnya, tidak banyak dari jumlah keseluruhan harta yang ada. sebaliknya sedekah atau infak pula adalah pemberian yang boleh diberi mengikut kemahuan dan kemampuan seseorang dan bila-bila masa sahaja.

perkara ini perlu di baca dengan teliti dan difahami dengan jelas(kena berlajar dan kena ada ilmu),dan jangan hanya semata-mata mendengar dan mengikut cakap-cakap orang.

keyakinan itu adalah atas diri sendiri,tak ada orang yang boleh paksa.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya;

maaf kata;


hadisnya; semasa rasulullah saw sedang duduk didalam masjid dengan beberapa sahabatnya,tiga orang datang menemuinya.dua dari mereka duduk didepan rasulullah dan orang yang ketiga pergi begitu saja.
dua orang itu tetap berdiri dihadapan rasulullah sehingga salah seorang darinya menemukan tempat ditengah-tengah lingkaran dan duduk di sana,sedangkan kawannya duduk dibeakang mereka,dan orang ketiga pergi bergitu saja. setelah rasulullah selesai khubahnya,ia berkata,,'mahukah kuceritakan padamu tentang tiga orang ini?,
yang pertama pergimenemui allah,maka allah membawa dia kedalam kasih dan sayang nya.
yang kedua merasa malukepada allah,maka allah menempatkan dia di dalam kemurahan nya.
sedangkan orang ketiga memalingkan wajahnya dari nya maka allah memalingkan wajah nya dari dia.


kata hamba allah; janganlah kamu memimpikan dan mengakalkan kepada orang yang lebih berakal daripada kamu..

pertama bingung,kedua ilmu,ketiga sampai kepada beberapa pengetahuan. tujuan dulu kemudian sampai kepada sesuatu yang dikehendaki.

bertaubatlah danihklaskan taubatmu sebelum dia membinasakanmu dengan selemah-lemah makhluk nya sebagaimana raja namrud dan raja-raja lain dibunasakan. ketika mereka sombong kepada nya maka dia merendahkan mereka setelah mulia.

Anonymous said...

salam sejahtera,shahihnya;

maaf kata;


umar al-khattab pernah merotan qudamah bin maz'un sebanyak 80 rotan sebab minum arak dan ditambah 30 rotan lagi kerana takwilnya yang salah pada ayat al quraan.

tidak ada dosa orang-orang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu,apabila mereka bertaqwa serta beriman,dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh,kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman.dan allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

inilah dia takwil bagi kitab allah atas bukan takwilnya.

engkau telah salah takwil hai qudamah!,apabila anda bertakwa kepada allah,tentulah anda menjauhi apa yang telah diharamkan allah atasmu.


hadisnya; barangsiapa yang memberi zakat kerana mengharapkan pahala,maka baginya pahala,dan barangsiapa yang tidak mahu memberinya,maka kita akan mengembilnya beserta dengan separuh hartanya sebagai satu kepastian dari kepastian-kepastian tuhan kami.


umar al-khatab merampas harta benda pegawai-pegawainya yang diperolehi kerana kedudukannya.oleh kerana itu beliau telah merampas sebahagian harta amr bin ash yang menjadi gebenor di mesir,kerana didapati kekayaan amr bin ash melimpah ruah setelah ia menjadi gabenor itu.


rasulullah telah mengenakan hukuman kepada tiga orang sahabat dari golongan anshar yang tidak ikut dalam peperangan tabuk.mereka ialah kaab bin malik,mararah bin ar-rabi al amiri dan hilal bin umayyah al-wafiqi. ceritamereka sangat terkenal dalam sejarah islam dan juga dalam kitab tafsir, surah at-taubah. merekadihukum selama 50 hari 50 malam sehingga turunlah ayat 117,118 dan 119 dari surah at-taubah yang menyetakan penerimaan taubat mereka oleh allah.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya

maaf kata;

al quraan; dan sesungguhnya inilah dia jalan yang lurus,,maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikkuti jalan-jalan yang lain nanti kamu akan menyimpang dari jalan nya.demikianlah perintah allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa.


al quraan;; wahai manusia! sesungguhnya telah datang kepada kamu dari tuhan kamu keterangan, dan telah kami turunkan kepada kamu chaya yang terang benderang.adapun orang-orang yang beriman dengan allah dan berpagang dengan al quraan nescaya akan dimasukkan nya kedalam rahmat dan kurnia nya, dan akan ditunjukkan nya mereka kejalan yang lurus.


al quraan; dan apa-apa yang diberikan rasul kepadakamu, maka hendaklah kamu mengambilnya, dan apa-apa yang dilarang kamu mengerjakannya,maka hendaklah kamu menjauhkannya.


al quraan; dan ikutilah semua yang diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu, dan janganlah kamu ikuti pemimpin-pemimpin selain daripada nya, tetapi amat sedikit di antara kamu yang ingat.


al quraan; dan hendaklah kamu ikuti sebaik-baiknya apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu sebelum datang kepada kamu seksa secara mendadak padahal kamu sekalian tidak sedar.


al quraan; maka barangsiapa mengikut ku,ia tidak akan menjadi sesat dan celaka.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya

maaf kata;


tangan-tangan kecil menadah ke langit, datang mohon bantuan dari kawasan tengah tanah yang tandus, akan menempuh ramadhan dan musim salji yang sejuk,kebuluran dan tiada perlindungan yang cukup dari mereka yang mengaku dewasa. mereka yang dewasa menyibukkan diri dengan peluru dan darah semata. yang yatim dan yang uzur tiada haluan untuk mendapatkan bantuan makanan dan pertolongan kerana kawasan tengah itu tidak dilepasi oleh orang dari luar kerana bergolaknya manusia yang tidak berakal.

bekalan dan bantuan yang dihantar telah dimakan ulat-ulat dan ular-ular yang dari pandangan mata mereka seperti unta-unta yang memikul bekalan dan bantuan. maka kaldai-kaldai yang lain turut lari dan tidak melintas di kawasan tanah tandus itu.

tiada lagi yang dewasa dan tiada lagi yang tua dari lelaki dan wanita yang berkuasa dan bersuara,selain dari air mata dan tangan-tangan kecil itu sahaja yang tinggal dan dengan itu sahaja mereka melepasi tujuh petala langit bagi memohon pertolongan dari allah agar mereka yang diluar mendengar dan menyelamatkan mereka,dengan izin allah. inshaallah.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya;

maaf kata;


seekor singa jantan yang garang lagi ganas,apabila telah memenangi dan menjadi ketua kumpulan,hanya akan membunuh anak singa baka @zuriat yang bukan darinya(dari zuriat@baka singa jantan yang kalah),dan sebaliknya seekor kucing jantan yang nampak baik dan lembut akan memakan anak kucing baka@zuriat dari kucing jantan yang lain,walau dimana sekalipun dia menjumpainya.



maaf kata;


kemarin perlis(kangar dilanda ribut(sebagai peringatan dan amaran fekah,adat,adab), apa yang terjadi kepada pertugas-pertugas di sana,maka fitnah apa dan tak faham apa yang melanda mereka?

di mana tuan,syed ibrahim jamalulaai.

Anonymous said...

salam sejahtera'shahihnya;

maaf kata;

al quraan; segala puji bagi allah, tuhan alam semesta.

al quraan; tidak adasesuatu yang serupadengan dia dan dia lah yang maha mendengar lagi maha melihat.


hadisnya; kamu tidak akan masuksurga hingga kamu beriman, dankamu tidak akan beriman hingga kamu saling mencintai; maukah aku tunjukkan kepadamu, apabila kamu mengerjakannya, kamu akan saling mencintai? iaitu sebarkanlah salam diantara kamu.(maksudnya menyambung siratulrahim dan memperkukuhkan siratul rahim) dan( bukannya setakat ucapan salam dimulut apabila jumpa atau kirim salam pada yang jauh.)



kata hamba allah; mantauhidkan allah itu fardhu,mencari ilmu yang pasti harus ia ketahui itu fardhu,mencari yang halal itu fardhu,ikhlas dalam beramal itu fardhu.

wajib atas kamu untuk mengawasi diri. kamu dalam perwakilan allah. apa yang disisimu itu berita.jadilah orang yang berakal.buka mata hatimu.

dan jangan bertanya tentang sesuatu yang tidak berguna.

siapakah kamu hai anak adam?