salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
cikgu mail sanggang atau gelaran lainnya
[cikgu mail mata merah],,,
itu adalah anak saudara cikgu jantan
dan cucu kepada bahaman.
kilaf@kiasnya kepada
orang@waris bendahara sulu@sabah,,,
waris tuan telah ramai berada di semenangjung tanah melayu ini.
dan mereka sendiri pun tidak kenal susur diri mereka.
bendahara sulu@syekh ini adalah
anak kepada syekh nuruddin
yang menjadi penasihat kepada kerajaan acheh dahulu.
beliau adalah sepupu kepada maulana ibrahim@wali sogo di tanah jawa.
dia diarahkan oleh ayahnya untuk
berdakwah disebelah kepulauan filipina@sulu
dan membantu sepupunya berdakwah di brunai.
Anonymous
on 2/23/15
14 comments:
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; sewaktu rasulullah saw.diisra,kan,perjalanan terakhir beliau adalah disidratul muntaha,kesitulah batas terakhir segala yang naik dari bumi dan kesitulah batas trakhir segala yang turun dari atasnya.lalu beliau membaca,ketika sidratul muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. iaitu kupu-kupu yang terbuat dari emas;lalu rasulullah saw.diberikan tiga macam,iaitu shalat lima waktu,ayat-ayat penghabisan surah al baqarah,dan ampunan bagi umatnya yang tidak menyekutukan allah dengan sesuatu apa pun,iaitu dosa-dosa besar yang dapat menjerumuskannya ke dalam api.
kata hamba allah; fahamilah apa yang dikatakan dan amalkanlah.faham tanpa diamalkan itu tidak berguna sedikitpun.amal tanpa keiklasan itu adalah tamak.
bersungguh-sungguhlah,maka kebaikan datang kepadamu.barang siapa menuntut dan bersungguh-sungguh maka ia mendapatkannya.
barangsiapa yang mengetahui dengan ainul yakin bahawa allah membahagi segala sesuatu maka kamu tidak minta sesuatu kepada nya kerana malu kepada nya. ia sibuk dengan zikir kepada nya daripada menuntut kepada nya.
ia tidak minta disegerakan bahagiannya dan tidak minta diberi bahagian orang lain.kebiasaannya diam,baik kesopanannya dan tidak berpaling.ia tidak mengadu kepada makhluk dalam hal kecil atau besar.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
pada mereka yang kuat serta kukuh fekahnya,maka akan kuat serta kukuh juga pada adatnya dan begitu juga akan kuat serta kukuh pada adabnya. mereka menggunakan budibicara yang lembut serta tegas dan tidak kasar serta keras.maka belajarlah sesuatu dari alam sekeliling dengan penglihatan dan pendengaran sabagai satu ppelajaran ilmu walaupun dari anak-anak yang kecil.
seorang pengebala ternakan tidak akan dapat mendatang kan hasil yang memuaskan jika dia sentiasa mendera haiwan ternakannya dengan pekerjaan yang berat-berat atau merotannya,kerana dia akan sentiasa dimaki dan disumpah oleh haiwan ternakannya dari sebab penderaan keatasnya..
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; tiga perkara yang jika terdapat pada diri seseoran,ia akan mendapatkan kemanisan iman,iaitu mencintai allah dan rasul nya melebihi cintanya kepada yang lain; mencintaioranglain semata-mata kerana allah;benci untuk kembali kufur setelah allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci untuk dilemparkan kedalam api neraka.
kata hamba allah; saya mimpi melihat sufyan ats tsauri .setalah ia meninggal lalu saya bertanya kepadanya.
apakah yang dilakukan oleh allah terhadapnya? lalu ia menjawab;salah satu dari kedua tapak kakiku diletakkan diatas sirat dan yang lain disyurga.
setiap orang yang tiak mengikuti nabi saw dan tidak memegangi syariatnya disatu tangannya dan al quraan yang diturunkan kepada nabi dengan tangannya yang lain dan jalannya ia tidak sampai kepada allah, ia binasa dan binasa.
benarlah apa yang mereka katakan itu;ajal maut rezeki pertemuan adalah ditangan allah(kita tidak boleh bersangka-sangka dan membuat fitnah tanpa ilmu). tatepi mereka lalai dan leka dan juga ingkar mengigati allah semasa atau pada masa mereka berbuat salah,samasa mereka sihat dan senang.dan mereka hanya mengiganti allah apabila terdesak,apabila nyawa di hujung kerongkong.maka masa itu sudah terlambat bagi diri mereka untuk berpatah balik. dan akibatnya mereka- mereka perlu akur menerima kifarah dari allah.
salam sejahtera'shahihnya;
maafkata;
hadisnya; sesungguhnya,allah tidak akan menganiaya orang mukmin;jika dia beramal baik,dia diberi kebaikan di dunia dan dibalas pula dengan kebaikan di akhirat; sedangkan bagi orang kufur,dia diberi makan didunia kerana amal-amal kebaikannya yang dia kerjakan kerana allah,setalah diakhirat nanti,dia tidak akan mendapat pembalasan dari sebuah kebaikannya pun yang pernah dikerjakan didunia.
kata hamba allah; berhati-hati dan baik-baik dalam dunia ini,ingkar ,leka ,serta lalaimenjadikan mereka-mereka itu tergelincir dari jalan yang sebenar. dan hari semalam mereka masih suka dan gembira,hari ini atau esok,belum tentu kesukaan mereka itu masih ada atau kesedihan yang mengawal diri mereka..
salam sejahtera;shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; bilasaja rasulullah memerintahkan kaum muslim untuk mengerjakan sesuatu,ia akan memberikan perintahyang tidak akan memberatkan perintah(sesuai dengan kekuatan dan daya tahan mereka).merekaberkataya rasulullah! kami tidak seperti anda,allah telah memaafkan kesalahan masa lampau dan kesalahan masa depan anda. mendangar perkataan itu rasulullah,sangat marah sehingga kemarahannya itu nampak diwajahnya yang mulia.kemudian rasulullah bersabda,'aku lebih takut kepada dan lebih mengetahui tentang allah azza wa jalla daripada kalian semua.
kata hamba allah; ia dicukupkan dengan melaksanakan fardu-fardu dan dilonggarkan dari sunat-sunat. kerana fardu itu tidak gugur dalam seluruh keadaan dan kedudukan.ini dalam beberapa orang saja,dari hamba-hamba allah dan itu sangat jarang.
tidak seorangpun dari kamu kecualididatangkan pada hari kiamat bersama malaikatnya yang mana mereka diserahi untuk mencatat kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukannya didunia.
bersama mereka sembilan puluh sembilan catatan.setiap cacatan sepanjang pandangan mata,didalamnya tercatat kebaikan dankeburukannya,serta seluruh apa yang timbul dari orang itu.
lalu ia dituntut untuk membaca semuanya.maka iapun membacanyamestipun ketika didunia ia tidak dapat membaca dan menulis,..
al quraan; maka apakah kamu mengira,bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secaramain-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami,[surah al mukminun,ayat 115].
dalam kalangan mereka itu sekarang ini telah mentafsirkan perkara yang ringan menjadi berat dan perkara yang berat menjadi ringan(perkataan dalam perkara dalam fekah).
dan adakah mereka itu tidak faham atau tidak mengerti atau mereka menyuruk akan ilmu itu bagi kepentingan mereka...yang menyebabkan orang ramai menyalah tafsir dan tersalah faham akan hukum.
mereka kerap berkata islam itu mudah dan jangan menyusahkan,,,sebaliknya mereka sendiri yang menterjemahkan perkataan mudah menjadi berat dan susah.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
ini adalah rintitan sejarah yang sedih yang berkisar di pahang:
pada tahun itu keseluruhan pasukan dari pahang telah di letakkan di kelang bagi membantu sultan abd samad,mempertahankan selangor dalam perang saudara selangor. dan yang tinggal tidak beberapa pasukan sahaja bagi menjaga keselamatan pahang dan istana dan sultannya.
kebanyakan dari orang berlapan dan orang enam belas tiada dalam pahang,mereka turut serta dalam perang kelang tersebut.
pada masa yang sama dipahang,pada masa itu istananya adalah terletak di pulau tawar.disitulah pusat pentadbiran pahang selepas perang saudara pahang.
maka telah terjadi satu krisis melibatkan orang dari luar,dan ramai pembesar tiada dalam istana untuk bermuafakat. dan terjadilah keputusan yang diluar jangkaan yang membawa kepada pindahnya pentadbiran dari pulau tawar ke pekan.
kesemua pembesar dan pegawai serta kakitangan istana telah berpindah kehilir dipekan.dan termasuklah istana telah di runcaikan dan dihilirkan kepekan dengan beberapa rakit dan di cantum semula dipekan.
mereka dipecahkan dalam beberapa kumpulan; sebahagiannya menguruskan bagi membawa orang-orang istana,sebahagian bagi membawa perkakas bangunan istana,sebahagian bagi membawa peralatan lain dan sebahagia bagi membawa mengiring sultan mengilir dari pulau tawar ke pekan.
mereka semuanya telah meninggalkan pulau tawar bersama-sama anak isteri masing-masing meninggalkan keluarga lain di pulau tawar.maka habis licin tiada tinggal apa-apa pun disana melainkan dibawa pergi beranyut kehilir.
kumpulan akhir yang berilir hanyut adalah kumpulan yang mengiringi sultan pahang pada masa itu.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
sekembalinya pasukan perang pahang dari kelang selepas selesai perang di selangor, mereka balik ke pulau tawar,walaupun ada dikalangan mereka yang rumah mereka dipertengahan jalan diantara kelang dan pulau tawar.atas sebab adat istiadat semasa itu,mereka perlu mengadap sultan pahang dahulu sebelum kembali kerumah masing-masing.dan ada sebilangan dari pasukan dari pahang yang tinggal dan menetap di kelang dan sebahagian dari daerah selangor bagi melindungi kerajaan sultan abd samad.
maka pasukan yang ramai dari kelang itu telah sampai ke pulau tawar bagi urusan mengadap dan berangkat sembah kepada sultan pahang untuk memberitahu yang mereka telah kembali dan akan bertugas dan setia kepada sultan pahang.
sebaliknya sesampainya mereka ke pulau tawar didapati pulau tawar sunyi sepi seperti tidak pernah dihuni oleh orang. dan tapak istana telah kosong,langsung tiada ditinggalkan bukti yang istana pernah ujud di pulau tawar.(kalau makanan itu ada berbakinya,ditinggalkan untuk orang belakang atau yang kemudian),ini tidak,jangankan baki, sisanya pun tidak ujud langsung,dibawa tiang berserta alas-alas tiang istana sekali.tapak istana dah macam padang jarak padang terkukur jadinya.
maka orang ditinggalkan tidak mengilir ke pekan,lalu menceritakan hal-hal nya apa yang telah terjadi dipulau tawar semasa permegian mereka ke kelang.
maka mereka dengan segera dan serta merta telah mengilir berkejar ke pekan bagi mendapatkan sultan pahang.
sesampai sahaja mereka ke pekan lalu terus masuk istana mohon mengadap sultan. dan mereka mengadap itu bukannya sultan ahmad sebaliknya sultan mahmud anak kepada sultan ahmad. dan mereka diberitakan yang sultan ahmad telah mati dalam perjalanan mengilir kepekan.diserang oleh.....???!!!...,,,
cukuplah setakat itu sejarah sedih ini,ada masa dan ruang lain,kami akan sambungkan lagi kisahnya.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; didatangkan kepadaku buraq,iaitu seekor binatang putih panjang,lebih besar daripada keledai,tetapi lebih kecil daripada baghal.buraq itu melompat sejauh pandangan matanya,sejauh itu pula ia meletakkan kakinya. kemudian setelah aku menungganginya sampai ke baitul maqdis,aku tambatkan buraq itu disamping pintu,tempat tambatan kenderaan nabi-nabi sebelumkku.setelah itu,aku memasuki masjid dan mengerjakan shalat dua rakaat.(sebahagian beritanya)inshaallah.
kata hamba allah; apabila darjat hamba itu meningkat dari islam kepada iman,dari iman kepada keyakinan,dari keyakinan kepada makrifat,dari makrifat kepada ilmu,dari ilmu kepada cinta,dari cinta kepada yang dicintai,dari tuntutan kepada sesuatu yang dituntut.
maka ketika itu,ia sentiasa dijaga selamanya,dan jernih kerana bejana hatinya telah jernih,bahagian dalamnya tampak dari bahgian luarnya.ia mewarisi juga dari nabinya as dimana beliau tidur kedua matanya dan tidak tidur hatinya.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; kemudian aku keluar,jibril asmendatangiku dengan membawa sebuah bejana berisi ara dan sebuah lagi berisi susu,tetapi aku memilih yang berisi susu. kemudian jibril as berkata; engkau telah memilih fitrah. kemudian buraq membawa kami naik ke atas langit.(sebahagian darinya)
kata hamba allah;; tidak berguna bagi mu tauhid lisan dengan syiriknya hati.tidak berguna bagimu suci badan dengan najis hatinya..orang yang bertauhid itu memberatkan syaitannya,orang musyrik diberati oleh syaitannya.
sesungguhnya naluri itu tenteram kepada perkataan yang dihias dan dibuat-buat dan tidak berlandasan seperti adunan yang setengah matang tanpa garam yangmenjadikan perut sakit.
ilmu itu diambil dari mulut orang,bukan dari halaman-halaman buku,iaitu dari orang-orang allah yang bertakwa,yang mewarisi para nabi,yang arif,yang mengamalkan ilmunya dengan ikhlas.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
maka inilah yang terjadi bila urusan sebenar tidak mengikut tatacara adab,tatacara adat dan tatacara fekah,yang akhirnya menjadi bercelaru dan tak tentu arah tujuannya dan akhirnya pecah juga telur tembelang yang bersuruk lama.
dan setiap inci dari kain putih yang telah dilipat dan disimpan didalam gobok,akan di lirai-liraikan untuk melihat adakah kain putih itu sebenarnya putih bersih atau bertahi lalat dan tidak bersih semasa mereka melipatnya dahulu atau ada serangga berumah didalam lipatan kain.
kalau kotor bagaimana nak dijadikan kain kapan pembalut mayat. sebagaimana turunnya kain itu dahulunya putih bersih,maka akan bergitulah perlu dikembalikan putih bersih kepada tuan yang hak. dan kalau ada tahi lalat,kain itu akan di basuh dengan sabun atau akan di sental dengan peluntur kain.bagi memutihkannya semula. dan kalau rosak teruk ianya akan digantikan dengan kain putih yang baru dan yang rosak teruk itu akan dihumban dibakar dalam api.(itu sahaja kaedahnya kepada manusia yang tidak mahu bertaubat,lalai dan ingkar kepada allah)
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; jibril as minta dibukakan pintu.dia ditanya,siapakah kamu? jibril as menjawab,jibril.dia ditanya lagi,bersama siapakah kamu?jibril menjawab, bersamamuhammad. dia ditanya lagi,apakah dia telah diutus? jibril menjawab,ya,dia telah diutus.setelah itu,kami dibukakan pintu,ternyata disana aku bertemu dengan adam,lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku.(sebahagian darinay).
kata hamba allah; sedangkan kita ingin islam yang murni,jangan sampai jatuh kelopak yang sama dua kali.cukuplah pengalaman dahulu mengajar kita agar mengenali siapa intan,siapa kaca.
apabila ada kesalahan yang terjadi pada berita atau cerita yang sebelumnya ini, maka kami akan perbetulkan faktanya dengan beransur-ansur ,setelah maklumat yang sampai pada kami itu disahkan.pada setiap kesalahan yang lepas perlulah di betulkan supaya tidak menjadikan ianya fitnah yang berpanjangan yang boleh merosakkan generasi yang terkemudian,inshaallah kami akan perbetulkan dengan izin dan perintah allah.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; setelah itu,buraq membawa kami naik lagi keatas langit yang kedua,lalu jibril minta dibukakan pintu.jibril ditanya,siapakah kamu?jibril menjawab,jibril.jibril ditanya,bersma siapakah kamu?,jibril menjawab,bersama muhammad.jibril ditanya,apakah dia sudah diutus?,jibril menjawab, ya,dia sudah diutus. lalu kami dibukakan pintu,disana aku bertemu dengan dua orang putra bibiku,iaitu isa bin maryamdan yahya bin zakaria.mereka mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku.
kata hamba allah; pemimpin agama dan pemimpin negara hendaklah berwibawa.berwibawa sebagai pemimpin agama,bukan sebagai pemimpin politik,bukan sebagai pemimpin ekonomi,bukan sebagai pemimpin kesatuan kerja.
pemimpin hendaklah terdiri dari orang yang punya nur iman yang memancar terselah dari dirinya.hukum islam menjadi amalan hariannya.tindak-tanduknya menurut hukum-hukum allah didalam al quraan.
kalau tidak ada itu semua pada diri seseorang,dia bukan pemimpin agama atau pemimpin negara tetapi dia yang berpura-pura menjadi imam.setelah malam semakin tua maka dia mula membuat angkara.
SENARAI PEMEGANG AMANAH PAHANG ASAL(lantikan oleh sultan abd ghafur mohidin shah)
mereka ada lima orang yang dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah mentadbir seluruh pahang.
1] bendahara-dari susur tok rompin,bini ke kedua,anak pertama.
2] indera purba jelai-dari susur tok rompin,bini kedua,anak ketiga.
3] indera senggara-dari susur tok rompin,bini pertama,anak ketiga.
4] indera pahlawan-dari susur tok rompin,bini kelima,anak pertama.
5] indera shah bandar-dari susur tok rompin,bini ketiga,anak kedua.
6] sultan @ naib sultan- akan dipilih dan dilantik oleh mereka berlima.(dengan muafakat@budibicara mengikut fekah,adat dan adab).
lantikan selepas perang saudara pahang.
sultan-wan ahmad @ sultan ahmad.
naib bendahara-haji tahir (indera senggara),jawatan bendahara(sebagai naib) dan indera senggara dipegang oleh haji tahir bin zainal abidin. dan selepas haji tahir meletak jawatan(kedua-duanya),maka jawatan yang kedua tersebut tidak diisi lagi melainkan dipangku mengikut undang-undang semata.
indera pahlawan-di pangku oleh tok sidang purba jelai wan daud(orang kaya haji)(pemegang asal,tengku bongsu telah mati dalam perjalanan balik dari perang kelang sebab sakit)
indera shah bandar- dipangku oleh tok liku. dan selepas itu dikembalikan semula kepada tun abd razak mengikut susur jalur tok pandak(indera shah bandar semasa pemerintahan bendahara tun ali dan tun muhtahir dan mati semasa perang saudara pahang.
indera purba jelai-jawatan ini dipangku atau mengikut asal,mereka dan keluarga mereka sahaja yang boleh menjelaskan.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; setelah itu,buraq membawa kami naik ke atas langit yang ketiga,jibril minta dibuka pintu,kemudian jibril ditanya, siapakah kamu?jibril menjawab,jibril.jibril ditanya lagi,bersama siapkah kamu? jibril menjawab,bersama muhammad.jibril ditanya lagi,apakah dia sudah diutus?jibril menjawab,ya,dia sudah diutus.lalu kami dibukakan pintu,disana aku bertemu dengan nabi yusuf yang telah dianugerahi separuh rupa keindahan. dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku.(sebahagiannya).
kata hamba allah; padanya yang haram maka haramlah,yang halal maka halallah,yang makruh tetap makruh, yang mubah tetap mubah, adakalanya mubah itu berubah kepada hukum yang lain dengan alasan yang kukuh.
hendaklah kita ingat akan pertengkaran ahli neraka ketika mereka menyalahkan pemimpin yang menyebabkan mereka masuk neraka.[surah saba ayat 31 hingga ayat 33]
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
kalau nak melihat manggis,lihat pada tampuknya,baik cantik tampuknya maka baik dan cantiklah isinya.
tapai yang baik adalah disebabkan kerana raginya yang baik, maka sedaplah dimakan dan tidak malu dihidangkan kepada tamu.
ternakan yang baik bukan sahaja disebabkan oleh makanannya,yang utamanya adalah pengebalanya itu seorang yang bersifat baik,maka dia akan membela ternakannya dengan cermat dan kasih sayang.
Post a Comment