-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160509

Makam Sultan-sultan Pahang Keturunan Melaka 1470-1617

Berikut adalah senarai ringkas, suatu usaha untuk mengenal pasti Makam Sultan-sultan Pahang Keturunan Melaka berdasarkan rekod yang telah dibuat oleh RoyalArk. Yang disenaraikan hanyalah empat makam sahaja iaitu Makam Langgar, Makam Ziarat, Makam Tanjung Brunei dan Makam Chandong. Usaha perlu diteruskan bagi mengesan dokument yang menyatakan makam-makam selebihnya.

Antara persoalan yang timbul adalah PERTAMA: Makam Lubuk Pelang tidak dinyatakan dalam rekod RoyalArk. Ada  orang berpendapat bahawa ianya adalah makam Sultan Pahang Keturunan Melaka. Tetapi rekod RoyalArk menyatakan tahun 1475-1497 adalah zaman pemerintahan Sultan Ahmad dan baginda mangkat pada tahun 1512 iaitu selepas melepaskan Gelaran Sultan Pahang pada tahun 1497 (ada yang mengatakan 1495).

Persoalan DUA: siapakah nama sultan di Makam Lubuk Pelang. Ianya bukan seperti yang dinyatakan oleh RoyalArk iaitu Sultan Ahmad 1475 - 1497 tetapi Makam Sultan Abdul Jamil, Puteri Buluh Betung ( Permaisuri baginda) dan Datuk Budiman, adindanya. Kemangkatan mereka berkaitan dengan serangan Acheh dalam tahun 1617. Pada masa Sultan Abdul Jamil memerintah Pahang. [Baca].

Persoalan ini menjadi lebih luas lagi apabila ada pihak berpendapat bahawa nama sultannya BUKAN Ahmad BUKAN Jamil TETAPI Sultan Abdul Jamal [Baca]. Tetapi Unit Penyelidik Muzium Negeri Pahang menyatakan bahawa ianya BUKAN Sultan Jamal.

Seterusnya menimbulkan persoalan adalah tahun 1512 atau 1617.

Persoalan TIGA: Siapakah yang dua orang lagi yang dimakamkan bersama-sama dengan beliau.  Antara nama yang dikaitkan dengan TIGA makam tersebut adalah Sultan Ahmad, Sultam Jamil, Sultan Jamal, Puteri Buluh Betong, Puteri Berdarah Putih, Datuk Budiman, adik sultan dan Raja Muda. Kadang-kadang ada gabung-jalin antara cerita mitos dengan cerita sejarah. Sehingga penyelidik mungkin terkeliru yang mana satu mitos dan mana satu sejarah. Atau mungkin juga ceritanya memang SENGAJA diceritan begitu. Hanya Allah swt yang maha mengatahui.

EMPAT: Disebabkan ada tiga makam. Dua makam dalam susunan sebaris/sepasang dan satu lagi berseorangan. Yang mana satu makam Sultan Ahmad. Kalau terus dikaji persoalannya akan jadi LIMA, ENAM, TUJUH dan seterusnya.

Mungkinkan perbezaan nama ini disebabkan perbezaan skop cerita iaitu sudut Sejarah atau sudut Hikayat. Sama-samalah kita menghuraikan dangan pendapat atau bukti masing-masing. Berikut adalah Sultan-sultan Pahang Keturunan Melaka yang diterbitkan oleh RoyalArk.
--------------------
1470 - 1475 Sultan Muhammad Shah I ibni Sultan Mansur Shah. Mangkat pada 17 September 1475 dan dimakamkan di Makam Langgar, Dusan Pinang, Pahang.

1475 Sultan 'Abdu'l Jamil Shah ibni Sultan Muhammad Shah [al-Marhum Shaikh]. Mangkat pada tahun 1511 di Pekan Lama dan di makamkan di Makam Ziarat Raja Raden.

1475 Sultan Mansur Shah ibni Sultan 'Abdu'l Jamil Shah. Rujuk 1497)

1475 - 1497 Sultan Ahmad Shah I ibni Sultan Mansur Shah. Baginda mangkat pada tahun 1512.

1497 - 1519 (1475) Sultan Mansur Shah ibni Sultan 'Abdu'l Jamil Shah. Baginda mangkat dibunuh oleh orang sendiri pada tahun 1519.

1519 - 1530 Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Muhammad Shah. Mangkat pada tahun 1530.

1530 - 1542 Sultan Muzaffar Shah ibni Sultan Mahmud Shah. Baginda telah dibunuh pada tahun 1542 oleh Khoja Zainal pemimpin kelompok Brunei kerana dituduh bermukan dengan isteri beliau, kejadian berlaku pada tahun 1542 di Pekan.

1540 - 1555 Sultan Zainal-Abidin Shah ibni Sultan Mahmud Shah. Mangkat pada tahun 1555.

1555 - 1560 Sultan Mansur Shah II ibni Sultan Zainal-Abidin Shah [al-Marhum Shahid]. Baginda terbunuh ketika berperang dengan 'pagan southerners' pada tahun 1560. Baginda dimakamkan di Makam Tanjung Brunei, Pahang.
1560 - 1590 Sultan 'Abdu'l Jamal Shah ibni Sultan Zainal-Abidin Shah. Mangkat pada tahun  1590.

1560 - 1590 Sultan 'Abdu'l-Kadir 'Ala' ud-din Shah Sultan Zainal-Abidin Shah. Telah dibawa ke Aceh sebagai tawanan pada tahun 1617 dan mangkat pada tahun yang sama iaitu 1617.

1592 - 1614 Sultan 'Abdu'l Ghafur Muhiuddin Shah ibni Sultan 'Abdu'l-Kadir 'Ala' ud-din Shah [al-Marhum Pahang]. Baginda dan Raja Muda (anak sulung) telah diracun oleh anak bongsu (Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah) di Kuala Pahang Kuala Pahang pada 16 Ogos 1614. Makam beliau ada di Makam Chandong Pekan, Pahang.
1614 - 1615 Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah ibni Sultan 'Abdu'l Ghafur Muhiuddin Shah. Telah mengadakan perjanjian dengan Portugis pada 16 Ogos 1614 (tarikh yang sama ayah dan abangnya diracun). Akibatnya Pahang telah diserang dan dikalahkan oleh Aceh 1615. Akhirnya baginda berjaya dibunuh oleh Aceh pada tahun 1635.

1615 - 1617 Sultan 'Abdu'l Jalil Shah III ibni Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah III, Sultan of Johor, Pahang and Lingga.

1617 - 1623 Adalah dipercayai bahawa selepas Aceh mengalahkan pahang, anak kelima Sultan Aluddin (Sultan Aceh) dipercayai dijadikan Sultan Pahang.

1623 - 1853 Pahang disatukan dibawah pemerintahan Johor.

Bersambung ke Bendahara Dynasty 1853-1974.
 --------------------
Antara nama yang terlibat dalam membantu RoyalArk membuat senarai ini adalah:
1. Y.M. Tengku Eliza binti Tengku Ibrahim.
2. Y.M. Tengku Raihanah binti Tengku Ismail al-Haj.
3. Wan Norzehan Wahid.
4. Y.M Ungku Shaharudzaman Shah bin Ungku Nazaruddin.
 

Rujukan:
1. wzwh.blogspot.my
2. akuanakpahang.blogspot.my
3. pulautawar.blogspot.my
4. anaksemantan.blogspot.my


No comments: