-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160525

Makam Lubuk Pelang diatas bukit

Disini terdapat tiga buah kubur alam satu petak. Terdapat perselisihan mengenai siapakan mereka bertiga yang dikuburkan diatas bukit Lubuk Pelang ini. Apakah yang menyebabkan mereka bertiga dikebumikan disini juga masih menjadi persoalan. Namun begitu ada pihak yang yakin bahawa inilah Makam Sultan Ahmad bukan makan Sultan Abdul Jamal. Masing-masin mengeluarkan bukti berdasarkan cerita-cerita yang mereka baca atau dengar.

Membongkar perkara sebenar mungkin membongkar cerita-cerita lama. Masalahnya adalah masih ada orang yang amat taksub dengan cerita lama tersebut dan mahu berpegang kepada cerita yang telah mereka semai dalam minda dan jiwa mereka sesudah sekian lama.

Satu perkara yang boleh disebut adalah mereka berempat mati semasa suatu serangan di Istana Lubuk Pelang. Tiga yang dikebumikan di atas bukit Lubuk Pelang mati serentak dan satu lagi yang telah dipancung lebih awal mungkin dikebumikan di tempat lain. Tetapi peristiwa ini mempunyai kaitan dengan beberapa cerita yang terjadi di tempat lain di Pahang. Apa yang kita lihat di Makam Lubuk Pelang ini adalah kesudahan 'Suatu Episod Yang Tidak Sudah'.

Harap kami, waris-waris yang terlibat tidak mencari dan mengali kisah-kisah ini bagi tujuan untuk memutuskan pertalian antara waris-waris semenanjung.
 01. Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana dan tahta kerajaan lalu mudik ke Hulu Sungai Pahang sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri alat kebesaran diraja. baginda sampai di Lubuk Pelang, maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah. [sumber:akuanakpahang.blogspot.my]
 02. Ada yang percaya makam utama di sini adalah milik Sultan Abdul Jamil yang memerintah Pahang lebih 500 tahun lalu. Ada pula menyebut Sultan Abdul Jamil dimakamkan di Pekan. Yang pasti makam-makam ini milik kerabat diraja Pahang awal dari keturunan Raja-raja Melaka. [sumber: artmelayu.blogspot.my]
 03. Semasa Sultan Abdul Jamil memerintah Pahang ada seorang batin orang asli di Sungai Tekam, kira-kira 8 kilometer dari Lubuk Pelang telah mendapat seorang puteri yang berdarah putih dari dalam buluh betung.

Maka rombongan Sultan Abdul Jamil memudik hingga ke Sungai Tekam mencari Batin. Pengikut baginda telah berjaya menemui Puteri Buluh Betung dan membawanya ke istana seterusnya dikahwinkan dengan Sultan Abdul Jamil.
 04. Datuk Ahmad pula telah menghilir Sungai Pahang menuju ke Pekan dan seterusnya pergi ke Acheh dan menghadiahkan sehelai rambut Puteri Buluh Betung kepada Mahkota Alam Pemerintah Acheh ketika itu sempena ulang tahun keputeraan baginda. Akibatnya baginda Mahkota Alam tertarik dengan Puteri Buluh Betung dan datang ke Pahang untuk merebut tuan Puteri. Baginda telah membawa bersamanya tiga pasang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang dipahat. Baginda berpesan jika baginda tewas dalam peperangan itu, hendaklah dimakamkan di Pahang. Nisan tersebut akan menjadi tanda supaya keturunan baginda dapat dikesan. Jika Sultan Abdul Jamil yang tewas baginda akan dimakamkan dengan batu nisan yang dibawanya.
 05. Setelah peperangan tamat, Sultan Abdul Jamil telah tewas. Datuk Budiman turut terbunuh dan Puteri Buluh Betung mengambil keputusan untuk membunuh diri. Puteri Buluh Betung berpesan supaya dimakamkan di sisi Sultan dan Datok Budiman. Belum sempat membunuh diri berlaku pergelutan dan pedang Mahkota Alam dengan tidak sengaja telah menikam jantung puteri dan mengalirlah darah putih. Jenazah Sultan Abdul Jamil dan Datuk Budiman dimakamkan berhampiran, kepala mereka menghadap ke Sungai Pahang. Sultan Abdul Jamil di sebelah kanan dan Datuk Budiman di sebelah kiri baginda. Puteri Buluh Betung dimakamkan di hujung kaki mereka. Ketiga-tiga makam ini menggunakan batu nisan dari Acheh yang dibawa oleh Mahkota Alam dan kekal diabadikan sehingga kini. [sumber: pahang39.rssing.com]
 06. Adapun segala kelengkapan Pahang yang mengikut Laksamana itu pun kembalilah ke Pahang, mengadap Sultan Abdul Jamal. Maka segala perihal ehwal semuanya dipersembahkan kepada baginda Sultan Pahang. Baginda pun terlalu murka, seperti ular berbelit-belit sendirinya. Maka oleh baginda, anakanda baginda, Raja Mansur dirajakan baginda bergelar Sultan Mansur Syah akan ganti baginda.
Maka Sultan Abdul Jamal pun turunlah dari atas kerajaan maka anakanda baginda Sultan Mansur Syah kerajaan, dipangku oleh Raja Muzaffar dan Raja Ahmad, keduanya saudara Sultan Abdul Jamal.

Maka Sultan Abdul Jamal diam ke hulu. Selagi kedengaran bunyi nobat, selagi baginda mudik ke hulu, hingga datanglah ke Lubuk Pelang namanya. Tiadalah lagi kedengaran bunyi nobat, di sanalah baginda diam; maka baginda bersyaikh dirinya, itulah yang disebut orang Marhum Syaikh, makam yang di Lubuk Pelang itu.[sumber: anaksemantan.blogspot.my]
 07. Sultan Pahang (Melaka) ke 2 adalah Raja Ahmad menjadi yang ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke 2. Baginda juga disebut dengan nama Sultan Mahmud atau Sultan Muhammad. Sultan Ahmad Syah turun takhta dan kemudiannya mengasingkan diri ke Lubuk Pelang juga dikenali sebagai Marhum Shaikh (Syeikh). [sumber: kitabsejarahmalaya.blogspot.my]
 08. Tun Teja Ratna Benggala, itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.

Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.

Begitulah bunyi pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja, anak bendahara Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15. Sejarah Melayu menggambarkan dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang Dipertuan Pahang, Sultan Ahmad Syah (1474-1494)oleh Hang Tuah untuk diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).
 09. Sultan Ahmad Syah menerima penghinaan dahsyat daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda,baginda sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri ke Lubuk Pelang.Setelah mangkat beliau sebut Marhum Syeikh. [sumber: rajamuar.blogspot.my]
 10. Sejarah sebenar Lubuk Pelang belum dapat aku dengar secara jelas. Cuma kekadang tu dapat cerita dari mulut kemulut mengatakan sejarah dahulu mendapati bahawa Lubuk Pelang merupakan tempat perkampungan masyarakat awal bagi kampng sekitar kawasan tersebut.
 11. Terdapatnya sebuah makam yang dibina kemas dipuncak bukit berhampiran dengan Lubuk Pelang. Sekitar kawasan tersebut terdapat juga tanda-tanda perkuburan lama masyarakat dahulu yang telah mendiami kawasan tersebut.
12. Kini kawasan Lubuk Pelang telah dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan rapi dan hanya dikunjungi oleh pencari ikan disekitar kawasan Lubuk Sungai Pahang. Mungkin suatu hari nanti kawasan tersebut boleh dibangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan dan pusat rekreasi. [sumber: lubukpelang-halimi.blogspot.my]

No comments: