salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
waris@kerabat...
seorang waris perempuan disegamat johor, meninggal dunia hari ini,dalam waktu asar tadi.[waris tok putih]
seorang waris perempuan dikampung sungai Lui maran,sakit tenat.[kawasan belakang masjid][waris tok badok semantan@sharul nizam@waris moyang 16 semantan]
seorang waris lelaki dijelebu,sedang sakit.[waris undang jelebu] apabila sampai masanya,berita dan perkhabaran waris dan kerabat akan sampai juga kepengetahuan kami.tidak kira dimana sekalipun tuan@puan dan waris yang lain bersembunyi.
Anonymous
on 3/7/15
9 comments:
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; sesungguhnya dua matamu berzina,dan zinanya adalah melihat hal-hal yang haram.
al-quraan; katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya.
al-quraan; dia mengetahui mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
kata hamba allah; meninggalkan usaha dan minta-minta dari manusia adalah siksaan dari allah bagi hamba.sulaiman as ketika kerajaannya hilang,tuhan menyiksanya dengan beberapa hal,antara lain memintakepada manusia.pada hari-hari ia menjadi raja,ia berusaha dan makan.
ketika allahmenyempitkannya,dia mengeluarkannya dari kerajaannya, dan dia sempit dari jalan-jalan rezeki sehingga ia memint kepada manusia.sebabnya adalah seorang wanita dirumahnya menyembah patung selama 40 hari.maka hukumannya sehari dengan sehari.
yang suci adalah yang halal,dan yang najis adalah yang haram. makanan dari yang halal sehingga kamu tidak sombong,tidak merasa besar dan buruk kesopanan.wahai allah kenalkanlah kami kepadamu sehingga kami mengenali mu.amin.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
renung dan fikir sebentar;(sunnah nabi muhammad saw)
nabi muhammad saw mempunyai ramai isteri;yang pertama siti khadijah dan yang paling muda siti aishah. dan kesemua isterinya adalah janda kecuali siti aishah.ramainya sembilan orang semuanya.
nabi muhammad saw berkhawin dengan siti khadijah adalah seorang janda dan jaraknya umurnya dengan nabi saw adalah lebih kurang 20 tahun.
dan mereka mendapat beberapa orang anak. dalam masa perkhawinan nabi muhammad saw dengan siti khadijah, nabi saw tidak pernah berkhawin lain sehinggalah siti khadijah mati, dan nabi saw diperintah hijrah ke madinah,barulah arahan@wahyu sampai kepada nabi saw dari allah swt supaya mengawini isterinya yang kedua,yang ketiga,yang keempat dan seterusnya sehingga kepada isterinya siti aishah.
siti khadijah dikhawini oleh nabi saw semasa di kota mekah dan isterinya yang lain dikhawininya setelah berhijrah kekota madinah,lama setelah beberapa tahun selepas kematian siti khadijah,itupun setelah diperintah oleh allah supaya berkhawin sebagai pelajaran dan tauladan kepada manusia.
dan ramai dikalangan mereka-mereka sekarang ini yang mengatakan mereka berkhawin ramai atau 2,3,atau 4, sebab mengikut sunnah nabi, betul atau tidaknya mereka itu,fikir dan renungkan sebentar.
memang benar islam membenarkan berkhawin sampai 4; maka betulke mereka itu mengikut atur-peratur mengikut seperti yang nabi saw,seperti yang diberitakan diatas itu.
adakah mereka mengikut sunnah atau mengikut kata semata?
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; bahawasanya datang kepada beliau seorang lakki-laki,lalu ia berkata kepadanya,sesungguhnya saya mencintai engkau kerana allah.maa beliau bersabda; kepadanya ambillah cubaan sebagai jilbab danambillah fakir sebagai jilbab.
kerana kamu ingin bersifat dengan sifatku maka contohlah sifatku.
kata hamba allah; kerana termasuk syarat cinta adalah menyetujui. abu bakar as siddiq ra ketika benar-benar dalam mencintai rasulullah saw,ia nafkahkan seluruh hartanya kepada rasulullah, dan dia bersifat dengan sifatnya, dan dia bersekkutu dengan rasulullah dalam kefakiran sehingga baju luarnya berlubang.ia menyetujui rasulullah lahir dan batin,secara rasia dan terang-terangan.
fakir itu selalu tetap pada nabi saw.tidak beralih dari baginda.olehkerana itu beliau bersabda;
kafakiran itu lebih cepat kepada orang yang mencintai aku daripada mengalirnya air ketempat penghabisannya.
sadangkan mereka mereka itu, mengakui cinta kepada orang-orang saleh dan kamu sembunyikan dinar-dinar dan dirhammu,padahal mereka-mereka itu mengehendaki untuk dekat dan bersahabat dengan mereka.jadilah orang yang berakal.
bencana itu banyak sedangkan rumahnya itu satu.penyakitnya itu banyak sedangkan doktornya itu seorang.
nabi sulaiman ketika kerajaannya hilang,tuhan menyiksanya dengan beberapa hal,antara lain meminta kepada manusia.pada hari-hari ia menjadi raja,ia berusaha dan makan.
ketika allah menyempitkannya,dia mengeluarkannya dari kerajaannya,dan dia sempitkan dari jalan-jalan rezeki sehingga ia meminta kepada manusia. sebabnya adalah seorang wanita dirumahnya menyembah patung selama 40 hari, maka hukumannya sehari dengan sehari.
salam sejahtera'shahihnnya;
maaf kata;
al quraan;; katakanlah allah, kemudian sesudah kamu menyampaikan alquraan kepada mereka,biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.[al an'am;91].
kata nabi ibrahim as:dalam suarh asy syuara 77;al quraan;; kerana sesungguhnya yang kamu sembah itu adalah musuhku,kecuali tuhansemesta alam.
hadisnya; sesungguhnya saya siang hari disisi tuhanku,lalu dia memberikan makanan dan minumam kepadaku.
kata hamba allah; nafsu mempunyai makanan,hati mempunyai makanan dan sirr mempunyai makanan.(sabda seperti hadis diatas).
beliaumaksudkan. allah memberimakan sirrku dengan beberapa makna, memberi makan rohku denagn rohaniah,memberi makan kepadaku dengan makanan yang khusus bagi ku.
demikian juga ahli warisnya secara hakikat iaitu orang-orang yang menghimpunkan antara ilmu,amal,ikhlas dan pengajaran kepada makhluk.
wahai;; orang yang mendakwa ilmu,tidak dihargai ilmumu yang tanpa amal,dan tidak dihargai amalmu yang tanpa keikhlasan keranahal itu seperti badan yang tanpa roh.
dari makhluk nya ada yang diuji badan mereka iaitu orang-orangsyahid yang terbunuh dengan pedang orang-orang kufur.untuk menguji badan mereka maka bagaimanakah dengan orang-orang syahid yang terbunuh dengan pedang-pedang cinta?
bangunan-bangunan itu hancur dengan kemaksiatan-kemaksiatan.tidakkah kamu lihat tempat-tempat yang hancur kerana kemaksiatan-kemaksiatan penduduknya?
keranakemaksiatan-kemaksiatan itu merobohkannegara dan membinasakan hamba.
demikian juga kamu apabila kamumaksiat maka datanglah kehancuran padamu sampai ketubuhmu. kemudian datanglah kebutaan,masa kurangnya pendengaeraan dan hilangnya kekuatan tubuh agamamu. maka datanglah berbagaimacam penyakkit kepadamu.
hati orang yang ada bid'ahnya,bagaimana dapat melihat kepada allah? janganlah kamu berbuat bid'ah dan mengada-adakan sesuatu yang tidak ada didalam agama allah.ikutilah dua petunjuk yang adil iaitu al quraan dan sunnah,kerana keduanya menyampaikan kamu kepada tuhanmu.
adapun jika kamu berbid'ah maka dua saksimu adalah akal dan hawa nafsumu maka tentu saja keduanya menyampaikan kamu keneraka.
dalam kalangan mereka-mereka itu,ada yang membuta tuli tanpa ilmu menghafal ayat al quraan dan memberikan kepada orang ramai tanpa diterangkan dengan jelas maksudnya,maka dengan sebab itu ada dikalangan orang yang ramai yang menghafal dan mengamalkan , telah mengnyongsangkan niat mereka dari yang sebenar yang mengakibatkan mereka telah dilaknat oleh al quraan sendiri. dan mereka(yang sekarang ini) yang dilaknat al quraan itu mengalami akan penyakit yang pelik lagi ganjil.ramai dalam kalangan mereka-mereka itu bertanggungjawab merosakkan dalam kalangan orang yang banyak dan ramai(orang awam).
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; penduduk neraka selamanya tidak mati,tetapi juga tidak hidup. akan tetapi,banyak dari kamu yang dimakan api neraka kerana dosa mereka,atau kesalahan mereka, lalu allah mematikan mereka,setelah menjadi arang,diberikanlah syafaat kepada mereka,lalu dibawlah mereka satu kelompok demi satu kelompok,kemudian disebarkanlah mereka kedalamsungai-sungai surga,kemudian dikatakan kepada penduduk surga,tuangkanlah air hidup kepada mereka. oleh kerana itu,tumbuhlah mereka sebagaimana biji yang bersemi ditanah endapan air banjir. seorang laki-laki berkata,'seolah-olah rasulullah saw. berrada ditempat pendalaman.
hadisnya; sesorang akan dapat merasakan nikmatnya iman jika dia menerima dengan tulus,allah sebagai tuhannya,islam sebagai agamanya, dan muhammad sebagai utusan allah.
hadisnya; demi zat yang jiwa muhammad berada dalam genggaman nya, siapa pun dari umat ini, baik yahudi maupun nasrani yang mendengar berita tentang aku,lalu dia mati sebelum beriman kepada ajaranku maka dia menjadi penghuni neraka.
dari keseluruhan penghuni neraka,sebahagian besarnya atau lebih dari separuh bahagian penghuninya adalah perempuan@wanita.(baca dan lihat al quraan dan al hadis@sunnah)
kebanyakan dari mereka menghiasi hati mereka dengan ego yang tinggi dalam urusan yang mereka ceburi. dan apabila ego di selaputi dengan nafsu maka buruklah akibatnya kepada diri mereka, dan mereka itu kebanyakannya tidak menyedari dan tidak memahaminya bila diterangkan kepada mereka dan mereka beranggapan dosa-dosa atau kesalahan mereka itu ditanggung oleh ayah atau suami.
kaedahnya tidak begitu,suami dan ayah menanggung hak diri dan tanggungannya(hak dosa subahat sahaja),itu betul,tetapi hak diri sendiri tetap ditanggung oleh diri sendiri dan tidak jatuh atau dipikul oleh orang lain atau ayah atau suami.(sebab mereka tahu dan mereka tidak mencegah dan tidak menasihati perempuan@wanita dibawah tanggungan mereka).
dan jika mereka perempuan@wanita itu kembali kepangkal jalan,maka mereka terlepas dari akibatnya, begitu juga ayah dan suami.maka mohonlah keampunan dari allah.carilah keredhaan dari nya untuk melepaskan urusan kifaran atau hukuman atas diri masing-masing dan janganlah mengangkat diri atau ego kepada allah dan rasulullah.(sebab ego dan nafsu itulah yang akan menduga tuan-tuan sekalian bagi pihak allah dan rasulullah).
salam sejahtera'shahihnya;
maafkata;
hadisnya; sesungguhnya,allah mengampuni suara hati jahat umatku selagi dia tidak mengucapkannya atau melaksanakannya.
hadisnya; ada seorang laki-laki bertanya kepada rasulullah saw,''orang islam yang bagaimanakah yang paling baik?' beliau menjawab,'orang islam yang orang-orang islam lainnya selamat dari kejahatan lisannya dan tangannya.
al quraan; sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan allah. maka janganlah kamu menyembah seseorang pun didalamnya disamping menyembah allah.[al jinn;18].
kata hambaallah; tempatmu dari syurga dan neraka tidak diduduki oleh orang lain.kamu telah dikuasai oleh kelalaian dan tertawan oleh hawa nafsu.seluruh cita-citamu adalah makan,minum,nikah,tidur,dan mencapai tujuan-tujuanmu.
tagisilah dirimu.anakmu mati terjadilah kiamat padamu,sedangkan agamamu mati,kamu tidak mengendahkan dan tidak menangis,malaikat yang diserahi kamu(menjaga),menangisi kamu kerana mereka melihat kerugianmu dalam menjual agamamu.
akal dan malu adalah modal dan kamu tidak baik dalam memperdagangkan keduanya,seandainya kamu berakal nescaya kamu menangis atas hilangnya agamamu sebagai modalmu sehinggakamu tidak dapat berdagang lagi.
umurmu lebur dan kamu tidak mempunyai khabar, sampai bila berpaling dari akhirat ini dan menghadap kepada dunia?
macammanakah hatimu? apakah yang kamu fikirkan? kepada siapkah kamu mengadu? kepada siapakah kamu minta pertolongan? dengan siapakah kamu tidur?apakah kamu terjatuh dalam kesulitan,kepada siapa kamu percaya?
salam sejahtera;shahihnya;
maaf kata;
bulan ramadhan sudah dekat dan yang ditinggalkan bulan syaban;mereka menunggu-nunggu kehadiran ramadan,dan mereka mereka mengatakan inilah masanya untuk mengutip pahala dan adakah benar seperti yang mereka katakan itu.
bagaimana mereka hendak mengutipnya sedangkan pahala itu hak mutlak allah,dan hanya diberikan nya kepada orang yang ikhlas dan redha semata-mata dari kalangan hambanya.
jangan bersangka-sangka dengan hak mutlak allah. urusan ini bukan seperti berniaga dipasar ramadhan, untungnya berlipat kali ganda dari berniaga pada bulan lain.maka tumbuhlah mereka seperti cendawan selepas hujan. urusan itu mestilah istiqamah dan bertawakal pada setiap saat walaupun sedikit dan bukannya tertuju kepada masa-masa tertentu sahaja.
pahala itu tidak boleh dituntut atau ditukar seperti jualan di pasar ramadhan,duit ditukar dengan barangan atau makanan(kuih-muih).
waspadalah tuan-tuan sekalian jangan bersalah anggapan dalam urusan islam.jangan sampai yang dikendong keciciran,yang dikejar tak dapat.
ayam yang dikejar,tahi yang lekat ditangan.
ilmu tahu dan ilmu fahaman perlu ada,dan barulah boleh beribadah,jangan beribadah dengan mengikut-ikut semata,urusan itu perlu yakin dan sah dan bukan sebagai andaian dari kata dan cakap orang lain.
diakhir nanti diri sendiri yang perlu menjawab bagi diri sendiri dan bukannya orang lain.sendiri jawab sendiri jadi saksi. orang lain tidak akan bertanggungjawab keatas diri orang lain.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; nanti,ada empat orang yang akan dikeluarkan dari api neraka,lalu mereka dihadapkan kepada allah,tetapi seorang diantaramereka menoleh lagi dan berkata,'wahai tuhanku,setelah engkau keluarkan aku dari apineraka,janganlah aku dikembalikan lagi kedalamnya.'kemudian allah menyelamatkan orang itu darinya.
hadisnya; pada suatu hari,rasulullah saw diberi daging,lalu dihadapkan kepada beliau,,digigit daging itu,kemudian beliau bersabda;'aku adalah penghulu manusia pada hari kkiamat.tahukah kamu sebabnya?
kata hamba allah; orang mukmin itu makan yang dibolehkan oleh syarak.wali diperintahkan untuk makan dan melarang daripadanya oleh hatinya,sedang badal tidak mementingkan sesuatu,bahkan ia melakukan segala sesuatu dimana ia ghaib dan fana bersama tuhannya.wali itu melaksanakan perintah sedangkan badal itu dicabut pilihannya. seluruhnya itu desertai memelihara batas-batas syarak.
al quraan; dan kami balik-balikkan mereka kekanan dan kekiri.[al kkahfi;18].
dalam kalangan mereka-mereka itu, gila dalam kegilaan dan bodoh dalam kebodohan.kamu makan sebagaimana binatang ternak makan tanpa diperiksa,tanpa diperhitungkan dan tanpa tanya.tanpaniat dan tanpa perintah.
barang halalnya dihisab sedang barang haramnya disiksa.kebanyakan dari mereka-mereka itu telah lupa kepada siksa dan hisab.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; sebahagian dari perbendaharaan arasy adalah menyembunyikan musibah-musibah.
hadisnya; takutlah kamu terhadap angan-angan,sesungguhnya angan-angan itu adalah lembah kebodohan.
al quraan; allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya[al ahzab;4].
hadisnya; barang siapa taat kepada allah maka ia telah zikir kepada nya meskipun ia sedikit solatnya,puasanya dan membaca al quraan.
kata hamba allah; baransiapa derhaka kepada nya maka ia telah lupa kepada nya,meskipun ia banyak solatnya,puasanya dan membaca al quraan.
cuba apakah yang kamu lihat di dalam hatimu dari hikmah dan cahaya? apakah tanda wali-wali allah dan tanda para pengganti nabi-nabi nya? kamu menduga bahawa setiap orang yang mengaku sesuatu maka sesuatu itu diserahkan kepadanya dan tidak dituntut untuk menyampaikan bukti?
al quraan; daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredhaan allah,tetapi ketakwaan dari pada kamulah yang dapat mencapainya.[al hajj;37]
wahai manusia,seluruh apa yang didunia dan diakhirat adalah diciptakan untukmu.dimanakah syukurmu kepada nya?
janganlah kamu berlelah-lelah dan beramal dengan amalan-amalan yang tanpa roh kerana amal itu mempunyai roh iaitu ikhlas.
setiap orang yang bodoh terhadap ilmu maka ia tidak memerlukan pendapat ilmu itu. ia menerima perkataan dirinya,hawa nafsu dan syaitannya.
wahai orang yang bodoh mengaku berilmu.sebahagian dari kebodohanmu adalah kamu menuntut dunia dari selain pemilik nya. kamu menuntut terlepas dari bencana dengan aduanmu kepada makhluk. keara apabila kamu berpagang dan bersekutu dengan mereka dalam bab allah maka mereka menempatkan kamu dalam kemurkaan nya.
anjing yang rakus dapat diajar untuk memelihara diri dari memakan binatang buruannya serta meninggalkan kerakusan dan nalurinya.
burung dengan diajar juga dapat merubahnalurinya dan tidak mahumemakan binatang burunanya maka jiwamu lebih utama untuk diberi pelajaran.ajarkanlah dan fahamkanlah jiwamu sehingga jiwa itu tidak memakan agamamu,tidak menggoyahkan kamu dan tidakmengkhianati amanat-amanat allah yang dititipkan padannya iaitu agama mukmin.
seorang laki-laki masuk kepada abu yazid al bustami,lalu ia menoleh kekiri dan kanan maka abu yazid bertanya;
mengapakah kamu?.ia menjawab.saya menghendaki tempat yang bersih untuk solat.lalu abu yazid berkata;sucikanlah hatimu,dan solatlah sekahendakmu.
Post a Comment