INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170322

Dua Naga Berperang Menjadi Asal Kejadian Pulau Tioman

pada zaman dahulu[pinjam jap ayat]:ini kisah dua naga yang berperang di laut bagi pihak dua kerajaan satu dari timur dan satu lagi dari tanah ini.

naga keduanya ini bukan berperang disebabkan mereka itu bermusuh,sebaliknya diarahkan berjuang dengan arahan perintah raja masing-masing[lebih kurang di pertandingkan lah],orang dulu-dulu tak main serbu-serbu aje,sebaliknya dihantarkan wakil ketengah gelanggang,bagi diadukan kekuatan. jadi dengan maksud itu maka tahulah diantara kedua kerajaan atau raja itu akan kekuatan masing-masing dan adakah hendak dijadikan perang atau berdamai atau mengadakan perjanjian.

maka dalam pertempuran kedua naga itu,naga dari timur telah kalah dan naga dari tanah ini walaupun menang,sebaliknya dia harus kembali mengadap rajanya sebelum terbit matahari pada hari yang berikutnya,kalau tidak dia akan mati,sebab itu adalah sumpah dan perjanjian yang diperjanjikan.naga itu mesti masuk ke kuala sebelum matahari terbit dan mengadap raja.[dengan maksud memberitahu yang dia telah menang dalam pertempuran itu].

maka dalam keletihan selepas berjuang beradu kekuatan,naga itu berusaha juga berenang dengan sederas mungkin untuk sampai kedalam kawasan kuala,sebaliknya sebelum sempat dia memasuki kuala sungai itu,matahari telah terbit dahulu,maka matilah naga itu diluar kuala di laut.dan jasad naga itu mengelapung ,ada yang tenggelam dan ada yang timbul,akhirnya; disebabkan sudah sekian lamanya berzaman-zaman jasad naga yang timbul itu menjadi pulau-pulau sehinggalah ke hari ini.

itu adalah salah satu mitos[satu dari versi] keujudan atau kejadian pulau tioman yang diperbentangkan.

inshaallah.

44 comments:

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

waris dan semenda tok demu raub.


tok teh bin tok mohammad al taryin berkhawin dengantok limah atau tok lihah.

^

tok yang // tok tak // imam jenal.[tiga beradik]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.
waris dan semenda komingxgading [jalur awa x ismail].


haji alias bin ismail.
^
aris //senan buruk//net//lebar.[empat beradik]

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.
waris dan semenda tok demu raub.

seripah anak tok tak berkhawin dengan gendut
^
yusof//aminah//mat amin//jaharah//ajar//gosti//sopiah//upit//akob//bulat.[sepuluh beradik]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

[hati-hati dengan catatan mitos ini,sabitnya kepada salah laku manusia bangsa melayu zaman itu, kepada sifat pertama,sifat kedua,sifat ketiga dan sifat kesembilan dalam sifat 20]


peribahasa yang ditinggalkan sebagai pedoman cucu cicit orang melayu menyebutkan: sudah terantuk baru tergadah; maka nasi telah menjadi bubur,hukum telah terjatuh keatas mereka dari allah, dengan sebab salahlaku mereka sendiri[sumpahan dan sihir manjadi mainan mereka seharian pada zaman mereka itu.mereka menyalahgunakan keistimewaan mereka, yang dianugerahkan kepada mereka oleh allah].

kerajaan mereka sangat besar dan luas,dan pusat tadbirnya adalah di dalam pahang ini.kiasnya dalam al quraan adalah seperti yang tuan puan dengar dan baca kepada kisah-kisah zaman nabi sulaiman,atau kisah zaman kerajaan namrud,dan kisah kaum nabi musa semasa terkepung dipadang pasir,maka bergitulah keadaan mereka.

dengan sebab kedurjanaan dan penderhakaan mereka kepada allah, maka mereka semuanya dilenyapkan keujudan mereka oleh allah. tiada terkesan dan tersisa lansung kecuali beberapa orang yang diselamatkan oleh allah sebagai ingatan kepada manusia yang terkemudian dari mereka.

mereka itu telah dihukum beberapa puluh ribu tahun lamanya[ada yang mengatakan 70 ribu tahun hukuman dan ada yang mengatakan lebih dari itu],dan kami tidak dibenarkan membuka nama kerajaan dan lokasi kotanya kerajaan purba pahang itu oleh pemegang amanah.

pembentangan ini hanya dicoretkan kepada tuan puan sebagai bayangan,bandingan,kias dan kilaf diatas sebab salah laku manusia kepada sifat 20 semata-mata.

karajaan ini adalah satu dari kota lima puluh pagarruyung diatas muka bumi yang mereka bangga-bangga kan itu. maka jika mereka tahu kisah dan sejarahnya pada setiap kota lima puluh purba itu,pastinya mereka tidak akan merasa bangga dalam diri dengan ilmu dan keistemewaan mereka yang dianugerahkan pada sisi allah kepada mereka itu dan juga pada pandangan mata manusia dan makhluk lain seluruh alam ini.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

darihal kerajaan purba terengganu;salah laku pemimpinnya kepada sifat ke empatbelas dalam sifat dua puluh pada padang saujana.

setelah dari iskandar zulkarnai mencampakkan ke terengganu itu akan sebahagian tanah negara[dipisahkan];tah beberapa lamanya[tak tahulah ribu tahun atau apa tahunnya],maka sampailah kepada puncaknya akan bala allah sampai kepada kota negara mereka itu.

dari kerana perebutan akan kedua beradik perempuan yang merebutkan tahta kerajaan padang saujana terengganu purba itu.sehinggakan ayah bonda mereka berdua itu turut melarikan diri merajuk dengan tingkahlaku kedua beradik itu.

perbalahan mereka tidak dapat dibendung lagi,dari cabar-mencabar,telah menjadi kepada perang besar[perang saudara].kiasnya lebih kurang seperti kisah puteri santubung dengan puteri sejinjang di serawak itulah.

maka keduanya di bala kan oleh allah dengan banjir lumpur yang menenggelamkan keseluruhan kota kerajaan padang saujana itu sehingakan tidak ternampak lagi akan puncak istananya. semuanya habis di tutupi dengan lumpur yang amat tebal.kiasnya adalah seperti kias dalam sejarah istana kota balkis yang dikenakan banjir lumpur itu.

hukumannya kepada kedua beradik itu ditenggelamkan bersekali dengan lumpur-lumpur. dikatakan orang empunya cerita, sekian lamanya tidak ada manusia dan makhluk yang lain menghampiri kawasan itu.tiada tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam kawasan dilanda banjir lumpur itu kecuali sebatang pokok sahaja sebagai tanda ingatan atau peringatan itulah kota padang saujana terengganu.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.
waris dan semenda tok demu raub.


tok yang binti tok teh berkhawin dengan tok santan

^

jemilah//siti rahmah//binah//hasmah [empat beradik]



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

darihal kerajaan purba negerisembilan[seri menanti atau bukit payung atau antah berantah];salah laku orang yang (tamak serta zalim)pemimpin yang merampas kuasa;salah laku kepada sifat ke lima belas dalam sifat 20.


peribahasanya disebut dalam bahasa [minang atau negeri sembilan];kami tidak reti menyebutnya. tetapi kisahnya sebahagiannya telah kami coretkan sebelum ini.

maka selepas jatuhnya kerajaan bukit payung kepada mereka yang merampas[dalam perang pertama di negeri sembilan]dan kerajaan diambik alih oleh raja yang baru.

raja yang baru ini[maaf namanya tidak akan di bentangkan],amatlah ganas dan zalimnya dia,yang menyebabkan rakyat membenci akan dia,hari-hari zalim dan zalim hari-hari,dan rakyat atas sebab itu telah merancang agar raja itu dibuangkan dari negeri dengan cara tipu daya[kerana dia adalah seorang yang berilmu tinggi,kebal dan macam-macam ilmu lah dia ada].

dipendekkan ceritanya; pada suatu hari selepas diperhatikan dan diintip akan kelakkuan dan pekerjaannya berhari-hari lamanya, maka dibuatkan perangkap ditempat mandian raja itu[sungai tempat mandian raja],dengan di pasangkan cerucuk kayu yang tajam didalam sunagi pada tempat mandi.

maka pada pagi kejadian itu,sang raja berpergian mandi pada tempatnya,dan hari itu raja telah terjun tanpa menduga dibawah @dalam air ada jerangkap samar untuk dia yang disediakan oleh rakyat dan pembesarnya.

terjunan sang raja itu menyebabkan dia tercacak pada batang katu yang tajam,lalu pingsan[tak mati dia hanya pingsan sahaja],pada masa pingsan sang raja itulah,rakyat dan pembesarnya mengikat diri sang raja yang zalim kepada rakit batang pisang yang disediakan khas.setelah di ikat raja itu lalu di hanyutkan sang raja yang zalim itu kesungai sehingga hanyut kelaut.

sang raja itu matinya bukanlah disebabkan tusukan kayu tajam itu sebaliknya mati lemas ditelan laut kerana rakit yang dibuat untuknya itu pecah dan ikatan yang kukuh yang mengikat sang raja itu tidak dapat di urai oleh sang raja. dia dan hartanya[dibuang kesemuanya] dihanyutkan beserta dengan harta-harta sekali,dan berkuburlah sang raja pada dasar selat melaka . dan anak bininya tidak lah diketahui akan nasibnya mereka.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

darihal kerajaan purba kelantan,,yang menggunakan kias peribahasa nya;jong jong inai,mak inai raja wali,dan kiasnya juga kepada sepuluh budak hitam: yang digurindamkan sebagai lagu kanak-kanak;kepada kejadianya salah laku manusia kepada sifat ke sembilanbelas dalam sifat dua puluh.

asalnya lagu ini di perdengarkan oleh nenek kepada cucunya; yang menceritakan akan kejadian sebuah kerajaan purba dikelantan yang telah binasa atas kesilapan mereka sendiri,walaupun ada ramai yang cerdik pandai,sebaliknya kepandaian mereka itu meruntuhkan negara mereka sendiri disebabkan tidak mengikut arahan dengan betul atau ingkar dengan perintah allah.

maka kota mereka dilambung dengan bala ombak yang besar,sehingga menjadi landai[macam kena thunami itu lah].nama kerajaan purba kelantan itu tidak akan dibentangkan,maaf. itu dari zaman yang terlalu lampau,maka disebut oranglah sebagai zaman purba kala.

makanya tidak melihat kah akan mereka sejarah salah laku manusia yang di perbentangkan oleh allah dalam al quraan[sebahagian dari sejarah salah laku manusia diatas muka bumi ini.dan telah disebutkan dalam al quraan, yang sebahagian lagi tidak dikisahkan].sebagai menutup aib manusia-manusia yang salahlaku mereka lebih hebat dari kisah sejarah yang di ceritakan dari dalam al quraan itu sendiri sebagai kiasannya bandingan.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

darihal kerajaan purba selagor;sebelum namanya selagor,sebelumnamanya bukit jurga,sebelumnamanya batu hampar:kepada salah laku manusia kepada sifat kesembilan dalam sifat duapuluh.nama kerajaan purba itu tidak akan dibentangkan,sebaliknya mereka sekarang ini telah mendirikan bangunan di atas kawasan berhampirannya.

kiasnya kejadian runtuh atau punahnya kota kerajaan ini kepada kejadian yang dikisahkan dalam al quraan yang menimpa kepada qorun dan kaum luth.mereka semuanya tahu sebaliknya mereka buat tidak tahu dan mereka ingkar dengan amaran dari allah[seperti orang sekarang berkata;aku aku punya pasal, engkau engkau punya pasal,kubur masing-masing].

maka bala dari allah telah mereka minta sendiri,dan akibatnya bumi yang mereka duduk itu diterbalikkan dan mereka semuanya dihempap dengan bumi yang mereka tidak pedulikan itu.tengelamlah mereka semuanya bersama-sama harta,anak pinak dan rumah tangga mereka sekalian[ dan bersekali dengan wabak atau kuman yang merbahaya pada zaman itu], ditambun tanah yang jauh kedalam perut bumi.

ketinggian ilmu kepada mereka,telah menyebabkan membawa mereka ingkar lalu mencabar allah tanpa pengetahuan yang sebenar.maka laknat dan bala allah menjadi ganjaran kepada mereka bagi kaum yang melampaui batas.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.


darihal kerajaan purba johor;ujudnya sebelum kerajaan bernama johor dan sebelum bernama kerajaan selat teberau atau temasek lagi,beberapa ribu tahun sebelumnya.dalam bab sifat dua puluh: salah laku manusia kepada sifat ke empat belas dalam sifat dua puluh.

hilangnya kerajaan purba ini dari sebab perselisihan dalam perebutan tahta kerajaan purba itu,diantara dua beradik perempuan,yang menyebabkan kerajaan menjadi lemah.

maka dengan itu kedengkian dari kerajaan jiran diatas kemakmuran yang sebelumnya pada kerajaan purba johor itu,maka telah dapat dihidu oleh mereka yang kerajaan purba johor telah lemah itu, telah diambik kesempatan oleh kerajaan jirannya itu,lalu diserang, yang menyebabkan kerajaan purba johor itu menjadi padang jarak padang terkukur,seperti di langgar garuda layaknya.

habis harta benda dan tawanan yang ditawan dibawa balik kenegeri mereka,tinggal kosonglah kota kerajaan purba johor itu.dan yang dapat diselamatkan hanyalah beberapa barang alat kebesaran kerajaan purba johor sahaja,yang disurukkan oleh pemegang amanah kerajaan purba johor itu.

maka zaman yang lama telah berlalu terlalu lama,maka manusia yang terkemudian dari mereka telah terlupa yang ada ujudnya satu kerajaan purba di johor yang terlepas pandang dari pandangan mata mereka. dan mereka yang mengetahuinya akannya hanya berangan untuk mendapatkan, yang mereka sebutkan sebagai harta karun atau harta yang ghaib itu.

sedangkan harta yang ada didepan mereka ,tidak mereka perdulikan,sedangkan harta yang depan mata itu lebih besar nilainya kepada diri mereka dan masyarakatnya. dan apa yang mereka selalu sebutkan kepada orang yang ramai ialah; kembalilah kepada al quraan dan al sunnah[al hadis],sedangkan mereka sendiri mencari harta yang selainnya dari al quraan dan al sunnah.

tidak kah mereka berasa aib,bila ditegur oleh orang yang ramai yang tidak mengerti itu. atau mereka berasa selesa mengulangi salahlaku kesalahan kepada sifat-sifat dalam sifat dua puluh itu.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20; salah laku manusia kepada sifat ke 20 dalam sifat 20.

hatta berlakunya ketidakkaruan atau menjadi kelam kabutnya,orang yang sekarang ini adalah akibat dari terjadinya perselisihan atau krisis perang dalam kalangan orang melayu sendiri. boleh dikatakan keseluruhan orang yang ulama dalam bidang fekah dan ahli-ahli nya pemegang amanah telah meninggalkan tempat yang berkelahi lalu berpindah ke kawasan lain yang lebih aman dan mendiamkan diri mereka.

maka amanah dan ilmu sifat 20 yang ada pada mereka dibawa mati bersama mereka kerana kebanyakan yang datang berlajar atau mendapatkan ilmu dari mereka dengan bertujuan lebih kepada keduniaan,jadi mereka tidak perturunkan ilmu kepada orang yang seperti itu. dan selepas dari kematian ulama-ulama ini anak murid mereka tidak lagi mempunyai ilmu yang lengkap.

pada orang yang menuntut ilmu dengan ulama pula tidak pernah menuntut dengan tertir dan tidak pernah habis,maka ilmu yang mereka perolehi menjadi tidak lengkap.dan kebanyakan dari mereka menuntut ilmu perang dan ilmu kewangan semata,dan apa yang mereka hendak perangkan pun tidak tahu.bergitu juga kepada apa yang mereka hendak kayakan atas muka bumi ini tidak dapat dipastikan.

daripada beribu-ribu ahli ilmu dalam kalangan ahli fekah,ahli sufi,ahli tasawuh,ahli terikat dan ahli makrifat,hanya segelintir dari mereka sahaja yang lengkap ilmu nya. ada yang tidak faham,ada yang tidak yakin dan ada yang tidak tahu tetapi yang paling ramai adalah yang tidak mahu ambik tahu walaupun mereka tahu. dalam kalangan mereka ada yang membisu,dan ada pula yang buat-buat bisu.

dan mereka-mereka itu perlu ingat yang orang yang ramai semakin bercelaru dan berkecamuk dalam soal agama. orang yang ramai semakin hari semakin hilang pedoman diri mereka.teka-teki dan persoalan mereka tidak pernah terjawab seperti jawapannya rasulullah saw berikan,maka jawapan mereka sentiasa tergantung-gantung.

maka terangkan dengan sebenar akan ilmu sifat 20 kepada orang yang ramai,moga-moga mereka dapat memahami dengan lebih jelas dan tidak lagi duduk dalam samar-samar.

sifat 20 itu milik allah,tidak perlu penjelasan yang berat,sebaliknya salah laku manusia mempergunakan sifat mustahil itu yang perlu amat di titik beratkan penerangan dan penjelasannya.

maka sebab itulah sifat ujud wajib kepada allah dan sifat adam diberikan sebagai nama kepada .....? dan yang lainnya manusia perlulah berfikir.apa yang dipinjamkan kepada manusia dan apa yang telah manusia rosakkan.

belajar sifat 20 ini bukan untuk menilai allah,sebaliknya untuk menilai diri kita sabagai manusia yang dicipta allah dan di beri pinjam bayangan sifat allah sebagai kemudahan kehidupan manusia diatas muka bumi ini.

maka salah laku-salah laku itu lah yang perlu manusia perbetulkan dan bukan nya diperdebatkan,dan contoh serta perumpamaan cerita dalam al quraan itu adalah sebahagian dari salahlaku kepada sifat 20 oleh manusia kepada allah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.
waris dan semenda tok demu raub.

tok ngah jangut bin tok aya.

^

tok unas//tok pudah//imam latip//tok uji//tok jamaludin.[lima beradik]

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

darihal kerajaan purba negeri sembilan: takkala sebelum terdirinya kerajaan atau kota seri menanti dan bukit payung,ribuan tahun sebelumnya yang lampau; kepada salah laku manusia kepada sifat ke 12 dalam sifat dua puluh.


kota purba negeri sembilan ini dahulunya sebuah kerajaan yang gemilang,tetapi disebabkan pada akhir-akhir atau penghujung hayatnya kerajaan itu, sifat dengki dan irihati telah membuahkan perebutan dan kacaubilau dalam kerajaannya,yang mereka menyangka tiada siapa yang melihat dengan perbuatan mereka yang zalim dan fitnah memfitnah itu.

keadaannya sama yang terjadi kepada kerajaan bikit payung[sehingga diserang dan dirampas oleh mereka yang tidak mengunakan akal fikiran dalam diri walaupun kepada waris keluarga mereka sendiri],dan juga kepada seri menanti[yang tamak dan tidak amanah dengan tugas yang di perintahkan kepada mereka,dan membuat penipuan yang menyebabkan peperangan diseri menanti]

maka kota kerajaan purba negeri sembilan itu dahulu,bergitulah juga keadaannya sama sahaja.sifat yang baik tidak digunakan, sebaliknya salah laku atau sifat buruk@sifat mustahil yang di gunapakai sebagai pakaian mereka,jadinya kemusnahan negara yang mereka cari.

dan apabila keburukan sifat manusia telah melebihi pada tahap amaran[macam amaran banjirlah,yang selalunya tidak diendahkan oleh orang,mereka mengangap itu perkara biasa saja],maka bala yang mereka pinta dari allah.dan lalu kemurkaan allah telah melenyapkan kota kerajaan itu, beserta dengan sejarah keujudan kerajaan itu.

maka seperti dalam al quraan,telah diceritakan,amaran diberikan kepada manusia[sesuatu kaum yang ingkar],sebelum di hantar bala sebagai hukuman kepada manusia yang durhaka.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
perbentangan muzakarah;[fekaf/adat/adab/ilmu]:tujuh soalan dibentang bagi kali ke 3.

allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
[dengan izin serta kebenaran allah].


1]apa yang di maksud kepada; al fatihah.

2]apa yang dimaksud kepada; alif laam miim.[ayat 1 surah al baqarah]

3]apa yang dimaksud kepada; ayat 2 hingga 5 dari surah al baqarah.

4]apa yang dimaksud kepada; ayat al kursi.

5]apa yang dimaksud kepada; al baqarah.[nama bagi surah ke 2 dalam al quraan].

6]apa yang dimaksud kepada; yasiin.[sebutan @ nama yasiin].

7]kun fayakun;dimana asalnya[mula-mula @kali pertama] sebutan kun itu difirman oleh allah.


*:banyak lagi soalan-soalan lainnya dalam al quraan;maka cukuplah setakat tujuh soalan yang di perbentangkan kepada tuan puan:

**:jawapan kepada kesemua soalan itu ada dalam al quraan;cumanya jawapan yang tepatnya hanya pada allah;yang kita muzakarahkan jawapannya adalah: jawapan dan huraian kepada yang paling tepat.[tiada jawapan yang salah, selagi tidak tergelincir ungkapan,kata-kata, ayat-ayat dan maksudnya].

[dalam urusan dan bab; mengenal diri dan mengenal allah].


inshaallah.

Anonymous said...

salam
waris dan semenda tok demu raub.


nutu anak tok meksum,suaminya imam saleh

^

mat//biah [dua beradik]


Anonymous said...

salam,

bab kepada fitnah.[oleh mereka-mereka yang ramai itu dari kalangan mereka]


mereka masih ego dengan fitnah yang mereka hebahkan walaupun mereka tahu yang mereka tak tahu dengan perkara ilmu yang mereka perkatakan.maka mereka mengambik kisah yang mereka ceritakan itu sebagai pengajaran dari kisah atau sirah..dan orang ramai yang mendengarnya akan mengangguk-anggukkan dan menggeling-gelingkan kepala mereka masing-masing tanda yang mereka atau orang yang ramai itu masih sedar dan tidak tidur mendengarkan hebahan mereka-mereka itu.[bukan tanda faham atau tahu,dan bukannya tanda tidak faham dengan cerita yang sedang didengari oleh mereka]

maka perlu diingatkan fitnah yang dihebahkan oleh mereka-mereka itu telah membawa wabak penyakit kepada orang yang ramai masa ini,terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua yang tidak tertanggung dengan fitnah. dan penyakit wabak kepada mereka yang tua dan kanak-kanak itu telah memberi isyarat yang jelas,sebaliknya mereka-mereka itu lansung tak mengerti atau tidak faham dengan kias yang allah telah beri.mereka masih khayal dengan glemor gelaran pada mereka.

apa gunanya ilmu yang melambung tinggi,kalau hanya membawa musibah kepada orang yang ramai.mereka mengajak orang yang ramai kembali kepada al quraan,sebaliknya mereka sendiri tidak kembali kepada al quraan yang mereka baca dan sebutkan sendiri itu.maka bagaimana mereka hendak menghuraikan ilmu allah kepada orang yang ramai.

dan sekarang ini mereka bercerita dengan israk mikraj.maka berceritalah dengan teliti jika tahu dan faham,[sirah ini ada adab-adabnya supaya tidak menjadi fitnah, dan kalau tidak berapa mengerti maka jangan di bentangkan]

maka telah dibentangkan salah laku-salah laku manusia kepada sifat-sifat dalam sifat dua puluh.dan bila mereka salah atau tergelincir dalam menceritakan dan menghuraikan akan berita israk mikraj,maka dengan itu mereka telah melakukan, salah laku kepada sifat-sifat dua puluh allah.[percakapan mereka itu menjadi fitnah kepada sifat dua puluh allah]

maka tiada tolak ansur dalam fitnah yang sebegini,kecuali mereka kembali bertakwa[takut kepada allah dengan memohon ampunan dan ehsan]

ada pepatah dahulu mengatakan: kalau kail panjang sejengkal,maka jangan di duga lautan yang dalam.sebab itulah disebutkan: hanya jauhari yang mengenal manikam.
[kalau tuan puan bukan ahli kepada bidang nya maka jangan...,akibatnya buruk kepada diri dan orang yang ramai],[disebabkan kita ,orang lain yang ramai menanggung bencananya].


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang silam pada zaman yang tori[zaman purba dululah],berkenaan seorang pemerintah perempuan dengan gelaran ratu, yang beranggapan yang dia adalah yang paling....diantara kesemua pemerintah di atas muka bumi ini[masa zaman itulah].

maka dia telah membuat atau melakukan salah laku kepada sifat ke dua dalam sifat 20,yang mengakibatkan dia di hukum oleh allah,walaupun telah di berikan amaran agar kembali kepada jalan yang lurus.

maka dia dan kerajaannya telah di lupuskan,lalu digantikan dengan kerajaan dan pemerintah yang lain. dan cucu cicit keturunannya menjadi terumbang ambing seperti kapal yang hanyut dilautan tanpa bertemu daratan,tiada tiupan angin yang membantu meniup layarnya.

mereka masih beranggapan yang mereka adalah yang terbaik,sedangkan mereka tidak pernah memohon keampunan dari allah dengan sebenar iklas dan ehsan.
mereka banyak bermain-main dari mengerjakan dengan bersungguh-sungguh.

yang was-was,yang bhatil,yang benar,yang salah,yang fitnah,yang betul,yang baik dan yang buruk;semuanya dibungkus bersekali,dan ditelan semuanya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.


kias,kilaf dan perumpamaan nya kepada....,[bacalah dengan nama tuhan mu yang maha kuasa][dengan izin dan kebenaran allah]


muallaf.

tepuk dada tanya selera.rezeki jodoh pertemuan ajal maut ditangan allah. keputusan pada diri sendiri.

nafsu nafsi tiga puluh empat tahun.

masjid haram aqsar nabawi israk mirakh negaraku.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


ibarat sebatang pokok yang besar yang menjulang pucuknya ke langit.dengan dahan dan cabang rantingnya yang berpaut pada batangnya,dan daun-daunnya memegang pada julai-julai ranting yang merendangkan pokok itu.

maka ianya dipanggil pohon yang merendang,dan pucuk,daun,ranting serta dahan,walaupun menjadi tempat bernaong kepada haiwan-haiwan,sebaliknya mereka tidak melupakan dan masih memberi sumbangan kepada banir serta akar di bumi.

mereka masih tetap mendakap bumi dan menjadi baja kepada banir dan akar,sebab mereka tahu,jika akar dan banir mereka tidak kukuh didalam bumi,mereka tidak akan menjadi kukuh di bahagian masing-masing sehingga dapat menjulang langit dan mengapai matahari dan bulan.

dan apabila mereka telah sampai kepada masanya,maka disebutkan orang pula patah tumbuh hilang berganti.

maka diingatkan kepada bangsa keturunannya pokok itu,setinggi mana sekalipun kamu menjulang,tolehlah kebelakang dan kekanan kiri serta sekeliling,siapa bersama kamu,siapa menjaga kamu,dan juga jangan lupa kepada bumi yang menatang kamu dan seluruh waris keturun kamu.

berfikirlah dalam fekah,siapa akan diri kita sekarang ini.
soalan dan jawapan ada dalam diri masing-masing.pandulah mengikut al quraan dan al sunnah sebagai panduannya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
waris dan semenda tok demu raub.


tok liman bin tok jamaludin
^
na///tinah//teda//kariah//dangul//mintut//mat razak//juwanan//mat jum//sidek[sepuluh beradik]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


pada keseluruhan kota-kota yang ada pernah ujudnya di tanah melayu dahulu nya zaman purbakala adalah sebanyak;

pahang=8
selangor=20
negeri sembilan=12
pattani=5
johor=3
kedah=3
terengganu=14
perak=5
kelantan=7[nama kota-kota dikelantan]

negara kota lundang @ mahabiru
negara kota merudu @ mahligai alam
negara kota budu @ mahamizi
negara kota dabung
negara kota bukit tujuh
negara kota seri kenanga @ seri buana
negara kota paloh

kesemua kota-kota yang tersebut [77] itu telah lupus dari sebab ego,jahil dan engkarnya pemerintah-pemerintah bagi kota yang tersebut kepada allah.

dan sejarah sebahagian dari kota negara itu, disebutkan@diceritakan dalam salah laku manusia kepada sifat dua puluh allah.

dan apakah manusia bangsa melayu zaman ini,hendak mengulagi akan kejadian lampau itu?.maka cukuplah ianya sebagai sejarah hitam purbakala tanah melayu yang pernah terhina lagi mengaibkan, dari sebab salah laku[ego,jahil,engkar] bangsa melayu sendiri kepada allah.

maka moyang-moyang kita dahulunya cuba mengelak akan kejadian seperti zaman purbakala itu berulang,sebaliknya orang zaman yang ada sekarang tidak mengambil endah sejarahnya sendiri,dan menyalahkan orang lain.

maka sebab itulah kias dan khilaf sandaran melalui al quraan dan al sunnah diguna pakai dalam penceritaan moyang-moyang bangsa melayu itu keatas sejarah bangsanya melayu. agar cucu cicit bangsa melayu tidak terasa terhina dan aib dengan sejarah diri sendiri.dan mengambil iktibar apabila di perdengarkan pantun,seloka,gurindam,syair melayu.dan sebaliknya orang melayu hanya sibuk dengan sakanya,dengan syiriknya,dengan mengumpul pahalanya,dan juga ego dengan keturunannya,darjat dan istiadat resamnya,tradisinya.

maka,"takkan hilang melayu didunia",melainkan manusia melayu sendiri yang menghilangkannya. bukan manusia bangsa lain. dan inilah yang disebutkan oleh orang tua sebagai: 'membuka pekong didada' kepada bangsa melayu.

maka sebab itulah telah kami katakan;tiada kebanggaan dalam mencari dan menyusun sanad keturunan kepada kami.
kami mencari dan membentangkan kisah,cerita,usul dan urusan untuk mengenal diri dan mengenal allah semata-mata. dengan izin dan kebenaran allah.


inshaallah.


Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


tuanpuan; pemegang amanah,pertugas serta perlapis-pelapis.

masa telah sampai,kepada yang dikatakan sebagai;sirih pulang ke gagang[maka di panggil oleh orang yang tua sebagai; tepak sirih] [adab dan adab],dan [rukun islam serta rukun iman][fekah dan ilmu].

maka, pantauan dan pembentangan akan di gabungkan menjadi satu,kepada yang dipanggil sebagai; timbangtara. dan maka tiada lagi dolak-dalih akan di terima melainkan berita yang sebenar sebagai lapuran dari tuanpuan sekalian[ahli ghaib dan ahli nyata].

al quraan dan al sunnah akan menjadi saksi keatas tuanpuan dalam timbangtara, dan mereka[penduga @ hamba allah itu] akan menjadi pendakwa keatas tuan puan.

maka, siapkan diri tuanpuan dengan jawapan untuk dibentangkan dalam timbangtara.

maka pemberitahuan ini; kami jalankan tanggungjawab itu dengan izin serta kebenaran dari perintah allah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.[seluruh;pemegang amanah;pertugas;pelapis]
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;[pemberitahuan]
kami diperintahkan menyampaikan khilaf kias kepada tuanpuan.[dengan izin kebenaran allah].
[disebut dalam adab,adat melayu, dimaksud dalam fekah syriat]
[jawapan ada dalam al quraan].


gelarannya sultan mahmud mulut merah, selendangnya songket putih kuning hitam, mahkotanya tanjak bulan bintang,tongkat saktinya@kerajaannya pagar ruyung melaka.

bermula 1 muharam,magrib.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


lekong gunung ledang belo montong gading lombok.

disebut dalam adat,dimaksud dalam fekah.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
disebut dalam adat dimaksud dalam fekah.
akal ada...fikir...;
[perbentangan dalam khilaf@kias ilmu allah].


hijau putih hitam merah kuning biru coklat [ungu].

pedang zulfikar sembilan bilah,babi serigala anjing enam ekor.

[dalam bahasa arab manusia tak nak faham-faham(al quraan@al sunnah),maka di bentangkan dalam bahasa melayu,kut-kut faham dan reti].
[jawapan dalam al quraan].



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;
[khilaf-khilaf ilmu allah]


satu ratus dua puluh empat ribu kali tiga @ tujuh puluh ribu kali tiga.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


baca sempurnakan juzuk 4 sehingga juzuk 8, atau[surah 5 sehingga surah 16].
[moga-moga diberikan taufik dan kefahaman oleh allah,inshaallah]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


mengalin atau alin telur adalah satu cara perubatan melayu;cara mengeluarkan atau apa yang mereka katakan membuang benda yang ghaib dalam badan.[bukan itu yang nak diperbentangkan oleh kami]

yang nak di nyatakan didalam perbentangan ini adalah;

apabila selesai dialinkan atau digolek-golekkan pada badan sisakit,maka telur yang digunaka untuk alin itu dipecahkan,dan akan terlihatlah atau akan keluarlah benda-benda yang mereka maksudkan itu[ikutlah apa yang mereka@tuanpuan nak sebut atau namakan].

dan apabila yang keluar atau yang kelihatan itu paku dari besi atau jarum dari besi,,maka mereka katakan itu adalah[.....]kata merekalah;sebaliknya jika yang keluar atau yang kelihatan itu paku atau jarum dari emas,agak-agak nya lah,apa yang mereka dan tuanpuan nak sebut atau namakannya?

paku dari besi itu;dikatakan sebagai santau atau saka atau pukau atau sihir.

dan paku dari emas itu pula; hadiah atau pemberian rezeki dari allah atau dari wali allah.

maka jaga baik-baik dan berhati-hati dengan sangkaan-sangkaan semacam ini.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.[seluruh pemegang amanah,pertugas,pelapis nusatara]
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;[permakluman]:


penyusunan telah siap lengkap sempurna[jumaat,21/7/2017@ dibaca dalam haribulan islam],
maka tuanpuan seluruhnya,diharap;dapat siapkan urusan terlepas pandang diri tuanpuan sendiri, dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti dalam al quraan. inshaallah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


satu lagi tapak kota istana negara purbakala dikesan di dalam pahang,dengan nama kota kerajaan linggi,telah lupus di telan sejarah zaman dunia,yang dibacakan hanyalah kisah tauladan kanak-kanak sebagai pengajaran sahaja.

ini adalah nama kali pertama kepada sebutan linggi di nusantara, dan selepas dari itu beberapa abat zaman,nama itu di guna pakai semula.

susunannya:

linggi
lingga
riau
linggi
minangkabau.

usul bab kota ini akan di bentangkan kemudian.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru..
akal ada...fikir...;

kota istana negara linggi purbakala:[sambungan,dan dalam bab; salah laku manusia kepada sifat 20 allah].

maka;pemerintah kepada negara kota ini telah di hukum dan dilupuskan jejak-jejaknya mereka dari muka bumi,diatas kedurhakaan dan keingkarannya mereka kepada allah zaman-berzaman dahulu.

mereka telah melakukan salahlaku kepada sifat ke 14 dalam sifat 20,mereka menyangka yang mereka lebih berkuasa dan tiada tandingan dalam kalangan manusia melayu zaman nya mereka itu dan menzalimi yang lain dan diri mereka sendiri. lalu mereka merosakkan sifat yang ke 14 dari sifat 20 allah itu.

dalam al quraan diberi gambaran kepada namrud dan firaun. sebaliknya mereka adalah lebih terok lagi dari kedua nya; namrud dan firaun yang di khilaf kan dalam al quraan itu.

sejarah mereka telah di jadikan oleh orang yang tahu tua melayu dahulu berzaman; kedalam cerita rakyat[mitos rakyat atau pengliburlara] dan kemudiannya di bawa menjadi sebagai cerita atau kisah tauladan kanak-kanak yang dibukukan.

maka sejarah memang ada didepan mata orang melayu sendiri,sebaliknya orang melayu berangapan kepada sangkaan yang terpesong dengan pertuduhan orang luar merompak khazanah mereka,apa ke bendanya perangai pun entahlah.

dalam peribahasa disebutkan: baling batu sembunyi tangan atau telunjuk berkait.

orang tua-tua dahulu yang mana tahu telah berkata: jangan buka pekung didada,sebaliknya disebabkan orang melayu zaman ini amat teringin mengetahui dan ingin mengbanggakan santun dan resam mereka,maka dibukakan apa yang mereka hajatkan itu oleh allah,dan kami ini diarahkan membentangkan urusan santun dan resamnya orang melayu yang durhaka kepada allah,pada zaman yang lampau kepada tuanpuan sekalian. dengan izin dan perintah allah,inshaallah.

dan apakah al quraan dan al sunnah yang dibacakan itu tidak memberi apa-apa pengajaran dan tauladan ke, kepada sipembacanya?


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


maka;pada dua minggu yang lepas,seorang dari pemegang amanah telah meninggal dunia.
meninggalnya dihospital temerloh dan bertanamnya di kampung ulu cheka.
susurnya dari;;satunya dari kadi ibrahim,susur yang lainnya dari bukit segumpal,dan susur lainnya dari tok rompin..dan yang lainnya kami simpan sebagai teka-teki.
maka;dia diraikan diulu cheka oleh waris-warisnya disebelah sana,sebaliknya,malang bagi dia,ditempat sendiri kelahirannya di temerloh,dia diabaikan tanpa sebab dan tanpa ilmu oleh waris-warisnya di temerloh.
dalam bidalan bahasa disebut: sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.maka jangan dilihat manusia lain dengan satu mata,sebaliknya perlu dilihat dengan kedua-dua belah biji mata,dan kalau tidak cukup, maka perlulah dilihat menggunakan cermin mata,agar jelas pada penglihatan mata dan hati.


dan dalam rukun negara malaysia:

kepercayaan kepada tuhan.
kesetiaan kepada raja dan negara.
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan.

dan dalam perlembagaan negaramalaysia:

islam adalah agama rasmi.
agong adalah ketua negara.
!!!!!!!!!!!!
undang-undang duduknya nomber keberapa dalam senarai perlembagaan negara malaysia?

faham atau tidak,apa yang dikiaskan ini. kalau tak faham,maka letihlah jadi orang melayu dan orang malaysia.buat perabih beras aje lah mereka-mereka tu.
maka bacakan semula perlembagaan malaysia kepada mereka-mereka itu semua.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;

[kias peribahasa kepada kota-kota purba ditanah negeri selangor]:

"mandilah kamu sebelum kamu dimandikan".

peribahasa lama ini telah tidak digunakan lagi oleh orang melayu,disimpan tersuruk dalam kitab tua dan tiada dibukakan lagi.

senarai sebahagian nama kota purbanya:[sebelas dari duapuluh kota purbanya]

kota sumatra
kota jugra
kota teluk bentan
kota kesuma
kota indera jaya
kota malawati
kota kelang@kelam alam
kota kesuma jaya
kota airan jaya
kota malakahira
kota inderan jaya


dan kepada nama kota purba negeri lain tanah melayu yang ingkar kepada allah.[akan di bentangkan berperingkat-peringkat].
[ini adalah senarai pemerintah@khalifah manusia melayu dan kotanya yang menyalah gunakan sifat dua puluh allah serta sembilan puluh senbilan nama allah].[sehingga mereka-mereka di balakan dan di lupuskan atau di lenyapkan dari atas muka bumi ini.

bagaimana mereka di lupuskan. maaf.kami tidak akan bentangkannya bagi pihak tuanpuan,sebaliknya tuanpuan kena rujuk dalam al quraan bagi jawapannya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


[kias peribahasa kepada kota-kota purba ditanah negeri terengganu]

" terang "

senarai nama kota purbanya; [tujuh dari empat belas kota purbanya]

kota seri mahabaru
kota alam kencana
kota seri mahabiru
kota awang gempakgepita
kota alam mahamiru
kota jertih
kota sahara sarana.


yang terang lagikan bersuluh,dan tak kenal maka tak cinta.
dan apabila yang terang tidak nampak pada penglihatan mata,dan walaupun bersuluh tetapi masih tidak kenal,dan cinta diletakkan pada tempat yang salah.maka mereka-mereka itu kebanyakannya bercinta dalam kelam walaupun matahari ada sebagai bukti kepada kebesaran allah.


inshaallah.


Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


maka ada dalam kalangan mereka-mereka itu yang hendak mencari malu diri sendiri. dari sebab terlalu hendak kan kebenaran,sebaliknya mereka bukannya mencari kebenaran tetapi sesuatu yang terbuku dalam kalbu hati mereka yang menjalar sebagai penyakit dihati.

maka jangan mencuba akan perkara urusan yang telah mereka diberi dan telah menikmati sebelum ini yang mereka kata mereka ikhlas dan terlus dan mempertikaikan pemegang amanah dan pertugas yang lain yang sebelum mereka itu.

tugas mereka yang mengganti adalah memperbetulkan urusan yang tersilap dengan budibicara dan adab dan bukannya membongkar dan memalukan orang lain dikhalayak ramai.

dalam peribahasa menyebutkan ;

kalau kail panjang sejengkal,jangan diduga lautan yang dalam. akibatnya akan terjatuh kepada diri sendiri.[ikan tak dapat,hanya terapung-apung di tengah laut samata dengan lapar dahaga].

sebaliknya kalau nak menduga,cubalah,kami tidak melarang,kami cuma diarahkan untuk memberi ingatan semata. jangan sampai sudah terantuk baru nak ..., maka sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna lagi.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


dari sebab tidak dapat dan tidak sampai menyusun susur sanad keturunan,maka ada kalangan mereka-mereka yang tinggi ilmunya dalam kalangan manusia hari ini yang bukan sahaja setakat membuat fitnah kepada moyang mereka sendiri,malah lebih lagi dari itu,mereka menjatuhkan pertuduhan salah laku yang amat-amat berat[setaraf tujuh dosa besar] keatas batang tubuh moyang sebenar mereka. tidak tahulah dari jenis apakah warisan keturunan yang membuat pertuduhan dosa besar keatas keluarga sendiri itu.

maka sepatutnyalah mereka memperbetulkan dan memperlindungkan atau menyiasat akan duduk perkara yang sebenar dan tidak menyebarkan berita yang termasuk perkhabaran angin itu. sedangkan mereka tidak kenalpun siapa orang yang mereka sendiri fitnahkan itu.

maka,dari sebab itulah penyusunan keturunan amat perlu,terutamanya dalam hubungkait fekah,adab,adat dan ilmu. dan kalau dah mereka yang pandai serta cerdik itu pun membuat fitnah atau pertuduhan keatas moyang sendiri tanpa sedar atau tanpa tahu,yang mereka tuduh itu adalah moyang darah daging sendiri,yang dari sebab moyang itulah maka lahir atau adanya kita atau mereka-mereka yang menuduh itu.akai ada ke tade? sedangkan mereka-mereka itu menatap al quraan bilang masa. dan bercakap tentang ilmu dan perkara yang baik-baik.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
akal ada...fikir...;


[di sebutkan oleh tok peramu kepada dato zainudin(pengerusi sejarah pahang) semamsa dia bertemu dengan tok peramu.ini kias@kilaf dari tok peramu,untuk cucu cicit dan orang melayu terjemahkan]


batu sawar kuala kedah.
mengeje mengaji angkat sembahyang.
batu bara kuala belah.
kerusi kayu.
kitab 18 buah keris 18 bilah.

kias ini dalam adab dan adat,maka dari cucu cicitnya melayu yang mana yang dapat membuka maksud kias yang di berikan nya itu.[ kias berkenaan fekah,keturunan dan sejarah].[ dalam ilmu kias@kilaf] atau di sebutkan[ilmu mantik @ bayan].

maka cari dan bacakaanlah sejarah@cerita di batu sawar,di kuala kedah,di batu bara, dikuala belah.[dalam sejarah]

maka cari dan bacakanlah yang dimaksudkan mengeja,mengaji angkat dan sembahyang.[[dalam al quraan]

maka cari dan bacakanlah yang di maksudkan kerusi dan kayu.[dalam al quraan]

maka cari dan bacakanlah yang dimaksudkan kitab 18 buah dan keris 18 bilah.[dalam al quraan dan sejarah]


kulit dan isi bersekali ceritanya[maka terjemahlah oleh tuanpuan dan mereka-mereka itu].



inshaallah.



Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
akal ada,fikir.
kepada urusan fitrah sunatullah.


kepada maklum tuanpuan; urusan terlepas pandang[....] di hentikan pada 20/9/2017@29 zulhijah1438.dan dijalankan kepada urusan fitrah sunatullah yang bermula pada 21/9/2017@1 muharram1439[muharram 1 malam].

maka segala urusan fitnah kepada mereka yang lepas,semasa dan kedepan[sejarah fitnah,pertuduhan,salahlaku,aib],kami simpan tidak dibukakan lagi.

maka akan saudara dari kalangan kami yang akan mengambil alih pembentangannya itu, urusan nya. inshaallah dengan izin kebenaran allah.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


gelaran dan nama cembong kepada mereka-mereka dalam sejarah.

nama cembongan dan gelaran yang mereka pakai itu adalah sebahagian dari;orang sekarang sebutkan jenamanya mereka.maka dari sebab mereka berbini ramai dari tempat yang berlainan,oleh itu penjenamaan diri atas mereka telah dibuat,dan gelaran dan cembongan itu menunjukkan siapa dan dimana mereka berada dan berkhawin dengan waris siapa.

maka pada setiap jalur warisnya yang berlainan bini,akan mengetahui akan susur mereka mengikut sebelah perempuan[sepatutnyalah]..tetapi akibat dari perkelahian dan perselisihan dan peperangan dalam kalangan ahli waris itu sendiri,maka trenmark mereka itu telah berkecamuk dan bercelaru.

makanya dari sebab itu; nama cembongan atau gelaran,dan nama tempat atau kampung menjadi petunjuk siapa diri mereka dan dari waris susur keturunan mana datangnya mereka itu melalui sejarah pelarian mereka,melalui sejarah penhijrahan mereka.atau apa-apa yang ada yang disebutkan hari ini dalam sejarah kepada mereka-mereka itu.

sejarah diri mereka tidak akan dapat menipu orang lain yang mengetahui nya walaupun berjuta nama cembongan dan gelaran yang mereka pergunakan bagi menyuruk akan siapa sebenarnya mereka-mereka itu.

sebaliknya jika sejarah yang mereka terbalikkan atau songsangkan,maka waris mereka sendiri yang mereka tipu,bukannya kepada orang ramai yang lain, dan bukannya kepada orang lain yang mengetahui akan bab diri keluarga mereka.

makakan;tidak kiralah bagaimana sekalipun mereka surukkan dan menterbalikkan atau songsangkan sejarah mereka,kepada orang yang mengetahui akannya tetap akan tersenyum melihat gelagak dan kelakuan waris keturunan mereka itu.

mereka tetap tahu.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


untuk menjadikan sesuatu perkara itu menjadi porakperanda,hanya mengambil masa tak sampai 10 saat.[maka dari sebab fitnah sebergitulah perang diantara waris terjadi atau antara manusia].

dan sebaliknya untuk mendamaikan atau perbaikan siratulrahim,akan memakan masa yang amat-amat lama,kerana bagi memahamkan atau menguraikan sesuatu yang tersimpul dan kusut atau yang terputus untuk disambung,itu bukan kerja main-main.

dari sebab sumpahan yang dipegang pun akan menjana kepada perkelahian kembali.dan dari sebab merajuk juga boleh mengakibatkan krisis yang berpanjangan yang tiada berkesudahan yang kononnya hanya kiamat yang menjadi penutup.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

apabila manusia sudah mendapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi[peribahasa].


keterlupaan manusia itu,hanya dibuat-buat oleh mereka sendiri sahaja, tiada yang mereka ingat apabila mereka telah berada di puncak,yang mana semasa mereka di bawah,pada kaki gunung,bergantang air mata telah mereka keluarkan,dan apabila mereka sampai kepada puncaknya gunung,ada dalam kalangan mereka itu yang menjadi syaitan kepada diri mereka sendiri. tiada pun syaitan lain yang menghasut diri mereka itu,sebaliknya diri sendiri lah yang menjadi dalangnya,diri sendirilah yang menjadi batu apinya,diri sendirilah yang menjadi pak turutnya. maka mereka telah menipu diri mereka sendiri dan bukannya manusia lain.

dan dari sebab mereka telah terpesong dan tidak mahu diri mereka dipersalahkan,maka mereka mahu manusia mempercayai yang mereka telah di permainkan[dirasuk] oleh makhluk lain,untuk melepaskan diri.[makhluk lain itu banyak lagi kerja lainnya nak dibuat oleh mereka,dari melayan atau merasuk manusia yang buat kerja pedooh sebergitu itu].[salah laku mereka sendiripun tidak tertanggung oleh mereka,ini pulak nak menyibuk dalam urusan manusia yang tak betul itu]. dan kalau tak percaya ,tanyalah pada mereka sendiri.[berita tentang mereka ada tercatat dalam al quraan]pada kisah nabi sulaiman. dan nabi muhammad saw sendiri pernah bertanya kepada mereka itu[yang disebut sebagai iblis].

ingkar dan ego diri manusia itu sendiri lah yang menjadi kepala alam kepada diri mereka sendiri.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

bumi mana yang tidak ditimpa hujan:dan kalau dalam filem p ramlee disebutkan bergini; dalam setandan pisang takkan semuanya busuk,jangan disebabkan seekor kerbau membawa lumpur,maka semuanya atau satu kampung terpalit,atau disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga.[maka tanggapan yang merosakkan sebegitu, sepatutnya tidak di guna pakai lagi,kerana al quraan dan rasulullah saw mengajar kepada yang baik].

maka mereka-mereka itu tahu,apa yang dimaksudkan ini.

maka mereka yang masih ada daki dendam dalam hati mereka,janganlah di wasiatkan dan dipusakakan turun kepada anak cucu cicit selepas mereka.

kalau barang yang baik,akan menjadi sanjungan,sebaliknya kalau bendanya rosak dan busuk, akibatnya boleh mendatangkan petaka kepada pewaris dan manusia kelilingnya.

macammana dimulut berkata; seperti yang rasulullah ajarkan;berbaik sangka. dan sebaliknya dalam hati; seperti api dalam sekam.

maka dimana mereka letakkan{ayat-ayat} al quraan dan al hadis sahih yang selalu mereka baca dan sebutkan itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

dalam setiap keturunan keluarga,sepatutnya ada seorang ketua keluarga atau di sebutkan sebagai bathin keluarga atau di sebutkan sebagai pawang keturunan keluarga atau disebutkan sebagai imam keluarga keturunannya,yang sepatutnya bertugas menjaga mengawal dan memulihkan keturunan-keturunan keluarganya,yang tergelincir dari landasan fekah,adat,adab dan ilmu,dan dia juga adalah pemegang dan penyimpan sanad salasilah atau teremba keturunan keluarga.

mana perginya mereka-mereka itu,sehingga tungganglanggang keturunan keluarga masing-masing. sehingga ada dalam kalangan pewaris mereka yang membawa ilmu yang sesat.

ketua keluarga@bhatin@pawang@imam keturunan itu adalah dipilih dan dilantik dengan persetujuan keluarga dalam kalangan keluarga mereka dan jawatan mereka itu ada tauliah dari segi fekah,adat dan adab yang tertulis dalam al quraan.[apakah mereka tak jumpa akan tauliah mereka-mereka itu?]. atau mereka telah selewengkan tauliah itu dengan sebab kepentingan dan keuntungan dunia. maka merugilah mereka jika mereka menolak akhirat.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

allah dengan nama yang maha pengasih lagi maha penyayang.

maka; besok adalah hari akhir zulhijjah dan masuk muharam,dan dikira hari baru ,bulan baru dan tahun baru.[kepada hijrah].

maka; bermulanya magrib 20/9/2017[hari rabu malam khamis][magrib 1 muharam].

maka; kilaf dan kias telah di sempurnakan.[ya tidak betul salah,hanya itu yang diambil kira].

maka; mereka-mereka itu tahu apa yang kami maksudkan.[pemegang amanah,pertugas,pelapis],[ada tertulis dalam al quraan dan al sunnah@al hadis][dari izin serta kebenaran allah],inshaallah.

maka; inshaallah.