KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20101129

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari Temerloh

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari menyediakan tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai kaum boleh menyertai tuisyen di Pusat Tuisyen Cahaya Bistari. Pusat tuisyen ini bertempat di Taman Damai Court.

Pusat Tuisyen Cahaya Bistari ini dikendalikan oleh Cikgu Salmy bt Yanya. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Tuisyen Cahaya Bistari bolehlah hubungi Cikgu Salmy bt Yanya di no. telefon 019-933 2782. Turut diadakan adalah kelas mengaji. Guru mengaji adalah Ustaz Yahya ayah Cikgu Salmy.
04
Logo Pusat Tuisyen Cahaya Bistari
03
Pintu masuk ke tingkat atas Pusat Tuisyen Cahaya Bistari. Tingkat bawah digunakan untuk mengajar mengaji.
02
Cikgu Salmy ada juga membuka sebuah tadika. Pendaftaran untuk Tadika MRC Junior Cahaya Bistari sedang berlangsung sekarang. Tadika MRC Junior Cahaya Bistari menggunakan Keadah Perkembangan Minda 3Q. Penerangan mengenai Keadah Perkembangan Minda 3Q akan diadakan pada 4.12.2010.
01
Kalau ada sesiapa yang biasa pergi ke Damai Court Temerloh tentu pernah terlihat papan tanda Pusat Tuisyen Cahaya Bistari.

3 comments:

Unknown said...

Ada kekosongan jawatan sbgai cikgu tuisyen x disini??

Nur Fatehah said...

ada kls bhs mandarin tak kat sini?

Anonymous said...

Bole sewa tempat tuition x