-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120205

Pak Ngah Majid - 4

Ayah Pak Ngah pernah berpesan pada koi. Masa tu umur Pak Ngah 13 tahun. Kata arwah ayah, "Kita adalah keturunan pejuang, engkau pergi kemana-mana pun orang akan tau. Tapi berhati-hatilah".

Nama ayah Pak Ngah adalah Akob bin Idros. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama besar dalam perjuangan orang Melayu atau nama yang sensitif dalam perjuangan orang Melayu?. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama yang mempunyai kaitan dengan perjuangan Tok Bahaman atau Tok Gajah atau Mat Kilau. Pak Ngah tak pasti.

Dalam usia 13 tahun mungkin Pak Ngah tak mampu atau tak perlu untuk menghuraikan kaitan yang sedemikian. Semenjak mendengar pesanan ayahnda Akob bin Idros, Pak Ngah 'rasa lain'. Mungkin 'rasa lain' tersebut akan semakin jelas bila Pak Ngah dan tua. Mungkinkah 'rasa lain' tersebut adalah rasa yang sedang Pak Ngah rasa sekarang.

Bukan rasa nak berperang atau rasa nak marah. Tetapi rasa nak luahkan sesuatu. Rasa nak betulkan sesuatu.

Ditakdirkan oleh Allah SWT, Pak Ngah ni dilahirkan untuk sesuatu yang Pak Ngah tak tau nak bagi tau macam mana. Malah Pak Ngah tak tau nak bagi tau apa, kenapa, siapa, berapa, bila dan bagaimana. Dengan izin Allah SWT Pak Ngah harap Pak Ngah akan jumpa anak kuncinya dan ibu kuncinya.

Nak sangat Pak Ngah tau apakah yang terkunci selama ini.


>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.<



3 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Assalamualaikum Pak Ngah.Bile keturunan telah dibongkar pasti dicari waris tetapi kadang2 musoh pun turut serte.Sebab ter la orang dulu suroh berhati2.

. said...

Saya dah bertanyakan Pak Ngah. Tapi itulah keputusan Pak Ngah. Pak Ngah kena terima kesan dari 'Sebab dan Akibat'.

Pak Ngah tau 'mereka' bukan orang biasa.

. said...

Betul kata Nizam, 'Mereka' telah datang dan mahukan 'rundingan perahu'.

Pak Ngah tau ramai yang menjauhi Pak Ngah dalam senyap.

Pak Ngah juga tau ada yang melindungi Pak Ngah dalam senyap.