01 Tetawak adalah semacam gong tapi tak sama saiz. Biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Tetawak yang istimewa biasanya poteknya dibuat dari tembaga.
02 Ada juga tetawak ini digunakan untuk berhubung dengan anak-anak cucu yang ada bertaburan di seluruh negeri Pahang. Anak cucu yang tertentu akan dapat merasa jika alat ini dipalu oleh tok.
03 Ada juga orang tua yang dan malas nak palu tetawak dan gendang ini kerana anak cucu langsung tak dapat rasa dan tak datang. Mungkin disebabkan ada antara anak cucu yang tidak pegang amanah. benda yang patut diserahkan kepada pelapis tidak diserahkan. Bila dipalu tak ada kesan kerana tak 'sampai'.
04 Gendang ini pula bukan di buat dari batang nangka tetapi di buat dari batang kelapa.. Bila dimainkan gendang dan tetawak ini boleh menaikkan semangat orang yang mudah naik semangat.
05 Orang dulu-dulu pegang amanah, pegang sungguh. sampai tak diberinya kepada anak cucu yang tidak 'dipilih'.. Kadang-kadang diserahkan amanah tersebut kepada orang lain sebagai pemegang amanah. Minta diserahkan kepada anak cucunya bila sampa masanya. Tetiba pemegang amanah nak serahkan kepada anak cucu dia pulak. Dah jadi kes langgar amanah. Pas tu kena kifarah. Bila dah kena terus je tanggung. Tak nak bayar dam. Anak cucu yang patut menerima tak terima-terima. Jadilah kacau bilau kita semua.
Kadang-kadang pemegang amanah turunkan cerita sahaja kepada yang berhak. Barang tak diberi. Kadang-kadang diberinya barang dan disuruh pemegangnya cari sendiri apa tanggungjawab pemegang barang tersebut.
Kadang-kadang pemegang amanah turunkan cerita sahaja kepada yang berhak. Barang tak diberi. Kadang-kadang diberinya barang dan disuruh pemegangnya cari sendiri apa tanggungjawab pemegang barang tersebut.
12 comments:
Salam Laman Pahang,
WZWH ada dalam simpanan keluarga WZWH di Tembeling sepasang tetawak @ gong yang diberi oleh Sultan Brunei pada awal abad kepada Moyang WZWH yang bernama Wan Ahmad bin Engku Khatib kerana jasa menangkap penjenayah di Brunei. Moyang WZWH ini datang ke Brunei atas titah Sultan Pahang dan British. Setelah selesai tugas balik semula ke Tembeling dengan seorang isteri anak Menteri Besar Brunei. Ya betul tetawak Brunei ini special. Tetawak atau gong ini boleh berbunyi sendiri memberitahu ada ahli keluarga akan meninggal. Kadang-kadang basah berair semacam memberi tanda. Sepasang tetawak Brunei ini ada namanya. Dibalut dengan kain kuning. Terima kasih Laman Pahang buat posting yang buat WZWH membangkitkan nostalgia gong Brunei.
Terima kasih WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP).
Dalam Laman Pahang ada kami terbitkan cerita 'dongeng' tentang apa yang WZWH sebut. Semasa diterbitkan, kami tak nak sebut ini cerita betul. Kami katakan sahaja tak ada waris supaya tak ada orang tanya (kalau ceritanya cerita betul mana warisnya?).
Pada hari ini WZWH telah menyebut bahawa cerita ini mungkin betul. Inllah 'dongeng' kami:
Di Brunai pada masa itu telah dipermainkan oleh tiga orang pencuri yang mempunyai ilmu yang tinggi (sihirke@pukauke tak tahulah). Tiada orang atau pamglima raja brunai yang dapat menangkap mereka.
Maka diistiharkan kepada orang ramai akan perkara itu,” barang siapa dapat menangkap akan pencuri ini akan diberi hadiah dan anugerah.”
Perkhabaran yang tersebut telah dibawa sampai ke Pahang dan telah didengari oleh Si Raja dan dia telah menerima tawaran untuk menangkap pencuri di Brunai itu. Katanya,”tiada salahnya mencuba kerana ianya tidak merugikan.”
Si Raja berlayar ke Brunai bersama wakil Brunai yang sampai di Pahang dengan perkhabarannya.
Sesampainya di Brunai Si Raja menyiapkan perkakasan untuk menangkap tiga pencuri itu, (cara dia manangkap tiga pencuri itu, itu satu cerita lain dan tidak akan diceritakan, maaf).
Selepas tertangkapnya tiga pencuri itu, lalu dibawa kehadapan Sultan Brunai. Maka dihukumlah tiga orang pencuri itu oleh Sultan Brunai.
Si Raja yang telah menangkap pencuri tiga orang itu telah diberi hadiah dan diberi pilihan untuk mengkhawini antara puteri-puteri dibrunai.
Si Raja memilih anak memanda menteri untuk dijadikan isteri kerana dengan itu Si Raja tidak perlu menetap di Brunai (itu sebab dia tidak berkhawin dengan puteri sultan brunai).
Si Raja telah kembali ke Pahang bersama isterinya dan dikatakan dia dan isterinya bermukim dikawasan Hulu Tembeling@ Kuala Tahan.
Link cerita:
[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/04/9-sultan-ahmad-budu-dengan-tiga-orang.html ]
Sekian.
(kalau salah tolong betulkan)
(saya budak baru belajar)
Salam Laman Pahang,
WZWH banyak posting hal Brunei dengan Moyang WZWH iaitu Che Wan Ahmad bin Engku Khatib. Antara yang terbaik:
http://wzwh.blogspot.com/2011/12/pengaruh-seorang-isteri-pemimpin-boleh.html
'Si Raja' dalam posting Laman Pahang merujuk kepada Wan Ahmad yang memang keturunannya belah atasnya pernah claim title Raja Bendahara Pahang sebanyak 2 kali cuba.
Apa hubungan Che Wan Ahmad dengan Sultan Wan Ahmad pertama Pahang?
Cik Wan Ahmad bin Engku Khatib bin Tun Abdullah (Marhum Ketapi) bin Tun Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid.
Sultan Wan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali ibni Bendahara Tun Koris ibni Bendahara Tun Abdul Majid.
Tun Da dan anaknya Tun Abdullah pernah cuba claim title Raja Bendahara Pahang tapi gagal.
Walaubagaimanapun hubungan Keluarga hingga sekarang tetap baik dan taat setia.
Bererti Che Wan Ahmad adalah anak sedara dua pupu Sultan Wan Ahmad pertama Pahang.
Memang Che Wan Ahmad ada ilmu kebatinan tinggi. Tapi usaha menangkap bandit Brunei itu diguna cara psikologi.
Che Wan Ahmad deal dengan penjenayah Brunei itu dengan mengajak penjenayah itu bersumpah dengan Al-Quran. Oleh kerana takut dimakan sumpah Al-Quran maka penjenayah Brunei terpaksa ikut janji dan menyerah diri.
Memang Che Wan Ahmad tidak mahu berkahwin dengan puteri Sultan Brunei kerana tidak mahu tinggal di Brunei dan lagi satu telinga puteri Sultan Brunei itu panjang lanjut macam kaum Murut!
Maka Che Wan Ahmad berkahwin dengan anak Menteri Besar Brunei bernama Daing Khadija binti Muhammad.
Malangnya tiada zuriat. Daing Khadija dimakamkan di Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling namun kuburnya dialih ke makam Bukit Hangus Kampung Bantal siap dengan batu nesan Brunei yang dibawa bersama ketika Daing Khadija masih hudup.
Kerapkali rombongan Diraja Brunei datang melawat makam Daing Khadija dan mencari waris.
Sultan Brunei ada mengurnia tanah kepada Che Wan Ahmad di Brunei juga Daing Khadija punya tanah di Brunei.
Menteri Kehakiman Brunei menjelaskan oleh kerana tiada waris-waris Che Wan Ahmad dan Daing Khadija tidak menuntut tanah-tanah di Berunei selepas masa yang diperuntukkan maka tanah-tanah tersebut menjadi hak negara Brunei.
Che Wan Ahmad tidak tahu menulis dan membaca ada sekeping cek bernilai $20,000 dikurnia oleh Sultan Brunei tidak ditunaikannya hinggalah beliau meninggal dunia dan cek tersebut masih ada dipeti kayu beliau!
Selain itu 40 orang pengikut, sepasang tetawak gong Brunei, bendera, bintang kebesaran dikurnia Sultan Brunei.
Daing Khadija dan 40 pengikutnya telah membentuk dailek Ulu Tembeling yang dituturkan oleh penduduk Ulu Tembeling hingga hari ini.
Terima kasih Laman Pahang kerana sudi mendengar pengisahan lisan sejarah keluarga WZWH.
Minta pengesahan dari WZWH.
Adakah ini certia raja yang sama.
" Dibudu ada seorang raja@batin (asli atau deli) yang zalim pada masa itu. Bilang tahun dia akan merngobankan seorang anak dara sunti untuk diberikan kepada naga dihulu sungai budu,sebagai makanan sinaga agar tidak mengamuk.
Naga ini amat berbisa air liurnya (beracun), sehinggakan air sungai yang bercampur dengan air liurnya dihilir tidak boleh digunakan langsung dan boleh membawa maut jika diminum.
Berbalik kepada raja dan pengikutnya. Mereka berenti rehat dan orang suruhan tadi turun ke sungai untuk membasuh muka, tak kala disapukan air kemuka maka mengelupurlah sipengikut ditebing sungai. Apabila dilihat akan keadaan itu siraja dengan segera menawarkan (mengubati) sipengikutnya dan didapati air sungai itu beracun.(cerita dia menawarkan racun, itu satu cerita lain).
Disiasatkan @diceritakan oleh orang dikawasan itu akan peri hal yang tersebut(raja dan naga).
Maka dikumpulkanlah siraja berberapa anak muda bagi membunuh sinaga dan melawan siraja budu yang zalim itu.
Selepas sudah bersedia dengan persiapan dan pada hari menghantar korban,dengan menyamar, siraja telah menukar sidara sunti dengan budak yang diasuh dengan ilmu pendekar, semasa sinaga mengangakan mulutnya maka siraja dengan segera melancarkan budak asuhannya yang mengegam ditangannya belati yang tejam kedalam mulut sinaga. Lancaran siraja itu telah menembusi dan mengoyakkan badan sinaga yang menyebabkan sinaga itu mati. (cerita budak diasuh dengan ilmu itu, itu satu cerita lain).
Selepas matinya naga, siraja melancarkan serangan keatas batin yang zalim itu pula.
Istana batin budu ini letaknya diatas pokok yang besar dan tinggi (pokok terolang) dan dikawal oleh pahlawan-pahlawannya(bersumpit) yang ramai. Untuk naik keatas bukannya perkara mudah,inikan pula untuk menyerang, menawan dan mengalahkannya.
Sebelum serangan dibuat, siraja berpesan kepada anak buahnya, supaya jangan pandang atau berundur kebelakang walau apapun sekali yang terjadi. maka ramailah yang mati didalam serangan itu, apabila siraja dapati anak buahnya semakin sedikit maka dilancarkan (hantar) pasukan kedua iaitu kumpulan tebuan yang banyak bagi menyerang pengawal yang berada diatas pokok itu. Serangan kedua ini lah yang menyebabkan pengawal sibatin jatuh dari atas pokok dan mati dan dari itu kalahlah sibatin yang zalim itu. Batin budu itu melarikan diri lalu dikejar oleh siraja sehingga dapat dibunuhnya batin budu dan dikatakan batin budu yang zalim itu dibunuh di (sekarang ini dipanggil sri jaya) dekat kuala sentul dan kuburnya ada disana…waallahhualam."
Link:
[ http://lamanpahang.blogspot.com/2012/04/8-sultan-ahmad-budu-dengan-batin-budu.html ]
Salam Laman Pahang,
WZWH tidak dapat mengesahkan cerita Batin Budu dibunuh oleh Siraja. Terlalu folklore cerita tersebut. Tetapi di Ulu Tembeling, di sebuah tempat antara sempadan Pahang Terengganu ada seorang pemimpin bernama Wan ismail telah bertarung nyawa dengan Raja Sakai yang canibal suka membunuh orang Melayu. Raja Sakai ini bermata merah, garang lagi ganas. Wan Ismail berbadan tinggi, tegap dan sasa. pertarungan itu akhirnya dimenangi oleh Wan Ismail. Sejak itu orang Asli Ulu Tembeling berbaiah dengan pemimpin Wan Ismail.
Terima kasih WZWH.
Cerita yang dinyatakan amat menarik. Kadang-kadang orang dulu dongengkan cerita asal untuk serahkan kepada anak cucu bagi menentukan keyakinan masing-masing terhadap tok moyang masing-masing. .Rasanya WZWH telah jumpa siapa orangnya, manakala saya jumpa cerita dongengnya. . Ketika bercerita orang tua hanya menyambung-nyambung cerita jadi kita sangkakan ceritanya adalah atas orang yang sama. Rupanya orang yang lain atau orang yang sama tapi guna nama yang lain di tempat lain. Atau memang ada kaitan antara Raja Ahmad dengan Wan Ismail tak nyata?
Wan Ismail adalah dari jalur keturunan Bangsawan Terengganu. Keluarganya juga memakai gelaraan Tun. Ini keturunan dari Sultan Zainal abidin 1 Terenggganu adik kepada Sultan Abdul Jalil Johor yang mangkat dibunuh di Kuala Pahang.
Wan Ismail oleh kerana berebut kawasan dan politik di Terengganu akhirnya lari ke Kg Janing dalam negeri Pahang akhirny a menetap di Pulau Besar Ulu Tembeling.
Wan Ismail adalah utusan yang dihantar oleh Orang Kaya Maharaja Perba Jelai dan Engku Khatib ke Dungun mengambil balik Wan Ahmad untuk dijadikan Raja Bendahara Pahang.
Wan Ismail dan 7 Pendekar Janing telah berjanji setia dengan Wan Ahmad di Kg Pasir Raja Terengganu.
Di Pasir Tambang Kuala Tembeling orang Tembeling dan Jelai bersatu bersama pembesar Pahang merajakan Wan Ahmad dan revolusi Pahang dilancarkan pada 1862.
Wan Ismail berkahwin dengan sepupu Cik Wan Ahmad bin Engku Khatib. Berlaku konflik bila anak Engku Khatib yang tua iaitu Wan Hussein berperang dengan Wan Ismail selama hampir 2 tahun dan melibatkan beberapa kematian pengikut.
Sultan Wan Ahmad akhirnya masuk campur menyelesaikan konflik ini. Wan Ismail diberi kawasan Pulau Besar ke atas, Wan Hussein diberi kawasan dari Pasir Durian ke Ulu Tembeling.
Wan Ismail dan Wan Hussein didenda oleh Sultan Wan Ahmad kerana konflik itu.
WZWH adalah keturunan dari kedua-dua jalur Wan Ismail dan Wan Hussein serta Che Wan Ahmad. Mereka semua adalah moyang-moyang WZWH.
Mintak pengesahan lagi,
(1)Che Wan Ahmad Bin Engku Khatib (Lahir 1866) menjadi penghulu Ulu Tembeling adalah orang yang sama iaitu Wan Ahmad bin Engku Khatib.
(2)Wan Ismail yang diberi kawasan Pulau Besar ke atas juga dikenali sebagai Penghulu Raja Ulu Tembeling dan menjadi penghulu kawasan tersebut.(3)Wan Hussein yang diberi kawasan dari Pasir Durian ke Ulu Tembeling juga menjadi penghulu dikawasan tersebut.
Salam Laman Pahang,
Menjawab pengesahan:
1)Che Wan Ahmad bin Engku Khatib adalah orang yang sama = Wan Ahmad bin Engku Khatib
2)Wan Ismail bukan penghulu. Beliau adalah pembesar yang diberi kawasan Pulau Besar kerana jasa beliau membawa Wan Ahmad (Sultan Ahmad pertama Pahang) dari Dungun atas suruhan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai dan Engku Khatib.
Penghulu Raja adalah penghulu yang berperanan sebagai 'spy' mengawasi keluarga Clan Wan Lembah Tembeling bimbang ditakuti memberontak kepada Raja Bendahara Pahang.
Raja Bendahara Pahang memberi kuasa autonomi kepada keluarga Wan di Lembah Tembeling.
3) Wan Hussein bin Engku Khatib bukan penghulu. Beliau adalah pembesar berdasarkan hubungan darah keluarga dengan Raja Bendahara Pahang. Wan Hussein tugasnya menjaga kebajikan keluarga Wan Tembeling dan sesiapa yang mahu mengikutnya.
Terima kasih WZWH atas pengesahan ini.
Tuan WHWZ.
Boleh minta nama sebenar Aki Dato, iaitu penghulu yang pernah mendiami rumah besar di tanjung besar.
Berdasarkan cerita dan comments di links ini:
http://lamanpahang.blogspot.com/2012/09/rumah-besar-tanjung-besar-lipis-pahang.html
Terima kasih.
Asssalamualaikum admin tahu tak Sejarah tentang Haji Mat Nor , Tok saya dulu buka madarasah lama.dekat Pahang tua, asal Dari Sumatera merantau Ke Pahang.
Post a Comment