-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20131101

C12 Tiga kumpulan tiga pasukan

Tiga kumpulan itu pula ada tiga kelompok pasukan  yang setiap satu mesti ada:

1. Pemegang amanah: yang telah selesai tugas mereka. Dan amanah itu mesti diserahkan kepada pertugas.

2. Pertugas: yang mengambil alih serta menjalankan tugas dari pemegang sebelumnya. Dan menyerahkan amanah itu pula kepada pelapis. Dimana tuan-puan berada dan kenapa masih tidak mahu menerima dan menjalankan tugas amanah yang disediakan kepada tuan-puan. Dunia mana yang melalaikan dan menutup mata-telinga tuan-puan. Tuan-puan masih bermain-main dan bermimpi dengan anugerah pemberian Allah Ta’ala kepada tuan-puan dan masih mengadap negeri dunia dan bukan negeri akhirat.

3. Pelapis: yang akan menggantikan dan mengambil alih dari pertugas dimasa depan.mereka ini perlukan bimbingan dan tunjuk ajar bagi melicinkan perjalanan tugasnya.

55 comments:

Macedonia said...

bolehkah jika saya bercakap dengan kamu?

. said...

Tuan Macedonia,

Saya adalah tukang terbit sahaja. Saya baru mengambil alih tugas ini dari tukang terbit yang sebelum.

Tukang tulis adalah orang lain.
Tukang cari adalah orang lain.
Tukang melawat adalah orang lain.
Tukang sah adalah orang lain.

Sebagai tukang terbit, tak banyak yang saya tau. saya hanya terbitkan apa yang orang lain tulis atau dibenarkan untuk tulis.

Persoalan apa yang saya boleh bantu Tuan Macedonia. saya akan sampaikan kepada orang yang berkenaan.

Sekian, harap jawapan saya tidak tersalah memilih perkataan. Saya hamba yang amat kerdil.

Macedonia said...

tak, saya bukan tuan tapi anak cucu yang hendak tahu kisah moyang :). (keluarga yatim)

Tadi baru bercakap dengan ibu saya. Dia cakap betullah tu (tentang kisah:sumpah rawa)kedengaran hampir serupa, tapi ayah dia(datuk) sudah meninggal jadi sudah tak ada tempat nak bertanya. Moyang, Muhammad Din (Tok Uban/Lebai Din). Datuk saya(Muda)di kawasan Sungai Lembing, kadang-kadang meraka panggil Raja Muda (berjenaka). Itu kisah moyang, saya cuma ingin berkongsi kisah, sebab ada sesuatu yang saya musykil tentang ketuhanan, keilmuan, keturunan.

Disebabkan moyang sudah buang kisah lama, jadi anak cucu rasa cerita itu biarlah hanya jadi sejarah, jadi saya memilih untuk berdiam. (maaf)

yang lebih keinginannya untuk dekat pada Allah, yang itulah dulu akan dapat petunjuk...allahu a'lam

Cuma saya musykil tentang sesuatu, dan maaf bagi pihak kamu, saya tak boleh berkongsi secara terbuka. Saya juga hamba kerdil yang mencari, mohon sampaikan pada yang sudi membantu.

ini email saya:
humaira_adawiyah@hotmail.com

jazakumullah.

. said...

tak, saya bukan tuan tapi anak cucu yang hendak tahu kisah moyang
----------
Tuan adalah perkataan yang kami gunakan untuk mengambarkan kami menghormati orang lain.

Maaf kalau tuan merasakan pihak kami menyindir atau dengan panggilan tuan. Atau kami perlu gunakan perkataan Puan.

Kami tidak dibenarkan gunakan perkataan seperti - engkau, aku, kamu, bro, awak atau yang seumpamanya. Kalau ada pihak kami (orang sebelum saya) terguna perkataan tu dalam Laman Pahang, harap maaf.

==========
Tadi baru bercakap dengan ibu saya. Dia cakap betullah tu (tentang kisah:sumpah rawa)kedengaran hampir serupa, tapi ayah dia(datuk) sudah meninggal jadi sudah tak ada tempat nak bertanya.
----------
Bila orang baru bertanya bagai mana nak mula, biasanya memang kami akan minta mereka mulakan dengan berjumpa keluarga yang paling rapai.

Ada juga kes bila kami sebut tempat rujuknya ... berbalik kepada ayah, ayah sedara dan atok.

-Sumpah tu ada banyak, ianya untuk mengenali jalur keturunan sahaja.
==========
Disebabkan moyang sudah buang kisah lama,
----------
Beberapa tahun dahulu kami fikir BETUL moyang sudah buang kisah lama. Tetapi kisannya dibuang/disuruk/disimpan kerana bimbang anak cucu jadi ..........

==========
jadi anak cucu rasa cerita itu biarlah hanya jadi sejarah,
----------
Untuk menjadi sejarah, perlu ada orang yang diamanahkan untuk menyimpannya. Jumpa orang yang pegang amanah simpan cerita tersebut kita akan dapat ceritanya. Tukang pegang cerita hanya akan ceritakan jika kita telah bersedia ..........

==========
jadi saya memilih untuk berdiam. (maaf)
----------
Tatapi tuan jangan marah jika anak cucu tuan:
-berpegang pada cerita yang tidak tepat
-membuat andaian atau tokok tambah pada cerita yang tidak jelas yang mereka susun.
-sebarkan pada keluarga dan masyarakat apa yang mereka rasa betul. Contoh (a) cerita mereka sahaja yang betul (b) salasilah mereka betul (c) inilah keris keturunan ..... (d) inilah ilmu tok moyang mereka (e) disitulah keluarga kami meletakkan Allah

Belum sampai akan datang, sekarang dah ada yang dengan sombongnya mengaku dialah keturunan ....... yang ke ....... Orang lain tidak boleh menyebut atau mengaku keturunan .....

==========
yang lebih keinginannya untuk dekat pada Allah, yang itulah dulu akan dapat petunjuk...allahu a'lam
----------
Menyusun ketuhunan, keilmuan dan keturunan adalah untuk dekat pada Allah SWT.

Kalau tidak satukan tida perkara tersebut:
-Ketuhanan - Akulah Allah
-Keilmuan - Keturunan aku sahaja yang ada ilmu ini.
Keturunan - Akulah yang sebenarnya waris sultan ......

==========
Cuma saya musykil tentang sesuatu, dan maaf bagi pihak kamu, saya tak boleh berkongsi secara terbuka. Saya juga hamba kerdil yang mencari, mohon sampaikan pada yang sudi membantu.
----------
Kami dan dengar banyak yang dikatakan rahsia. Kadang-kadang kami dan dengar banyak kali, tapi buat-buat tak pernah dengar kerana orang bercerita mahukan kami rasa begitu.

Pihak kami bukan mengumpul cerita. Kami bukan menyusun untuk orang lain. Kami hanya gerakkan pihak yang tersentun dengar perkataan yang kami tulis disini supaya ambil tahu siapa kita. Carilah orang-orang tua dalam keluarga masing-masing. Betul kedudukannya orang tua akan bukakan apa yang sesuai untuk:
-diguna pakai
-disimpan
-disebarkan
==========
Akhir kata , saya minta sesiapa yang berminat mahu membantu bolehlah berkongsi info disini.

Maaf kalau tersalah pilih kata-kata.

Macedonia said...

^_^.

maaf,datuk dan sepupu semuanya sudah meninggal dunia, datuk anak bongsu, yang lain semuanya meninggal awal.Datuk dengan nenek(Wan Fatimah) anak yatim.
Datuk saya anak bongsu moyang.

Dulu ada diari datuk tulis dalam bahasa jawi, lepas banjir besar dekat pahang (yang lama) dah hilang :). Ibu saya cakap,

"kamu ni banyak tanya, ibu dengan adik-beradik dulu, kami tak banyak bertanya, agaknya kalau sempat kamu jumpa dengan aki, mesti penat aki nak menjawab soalan kamu."

nanti saya sambung cerita dekat email. Terima kasih. Saya baru perasan ada email dekat blog.

. said...

Puan Macedonia,

Pada ilmu saya, kita bolen mengesan (belum lagi menyusun) salasilah kita berdasarkan:

1. Orang tua dalam keluarga. Tetapi cerita tersebut perlu kita sahkan semula dengan orang yang 'lebih tua'(yang kedua) dari orang tua yang pertama. Tukang cerita dan tukang sah bukan orang yang sama.

2. Menyemak salasilah orang lain. Tetapi sering kali terjadi kita terjumpa nama yang serupa dan kita anggap itulah keturunan kita. Sebanarnya kita telah menyusup dalam salisilah orang lain. Bahaya. Orang yang telah 20-30 tahun menyusun juga boleh tersilap.

3. Mencari pasangan barang lama yang ditinggalkan olen waris masing-masing. Kebiasaannya setiap barang ada pasangan dan pelengkap. Contoh [http://lamanpahang.blogspot.com/2010/10/loket-berkalimah-allah-dan-ayat-kursi.html]

4. Mencari persamaan cerita atau mitos keluarga dalam keluarga atau persamaan sumpah atau petua atau mimpi. Mereka ini berada dalam jalur yang sama tetapi bukan mudah untuk mencantumkannya kerana banyak maklumat yang tidak lemgkap.

MASALAH:
Kebiasaannya kita akan gagal menyusun kerana ... Apabila mereka dapat mengesan mereka tidak mahu buat apa-apa kerana berpagang pada sumpah atau dendam keluarga yang 'perlu' dipanjangkan oleh mereka.

Masing-masing merasakan diri mereka menyimpan salasilah sebenar keturunan ..., cerita sebenar keturunan ..., keris sebenar keturunan ... atau ilmu sebenar keturunan ...yang orang lain tidak boleh dapat kerana bukan keturunan ...

Pihak Laman Pahang hanya meluaskan skop pencarian oleh mereka yang berminat/bertugas. Kami harap anda sesama pembaca dapat saling bantu membantu.

Biasalah...kadang2 ada sorang dua yang bahasanya amat kasar, dimana2 tempat ada orang sebegini jangan jangan marah pada mereka. Marah Allah SWT pada kita pun dah sekian banyak untuk kita tanggung, sepatutnya tak cukup masa kita nak marah pada orang lain.

Banyak perkara yang kami nak buka (setelah dapat kebenaran) pada pembaca Laman Pahang. Semuanya kami kutip dari orang2 tua, bukan internet.

Harap-harap apa yang dibuka atau dikiaskan di Laman Pahang dapat menjadikan kita berpegang pada Tali Allah. Harap2 juga kita semua meletakkan Allah di ...

. said...

Berikut adalah rahsia yang disimpan oleh salah seorang pembaca Laman Pahang.

---
Emm berdebar hati baca blog ni... Alhamdulillah mmg rezeki sya dpt baca smua komen di blog ni.

Hati sya berbelah bahagi utk berkongsi mimpi yg mungkin hanya mainan tidur ini. Secara jujurnya,jika mengikut keturunan,
Saya bukan sesiapa jika dbandingkan dgn mereka yg memberi komen d blog ini sblm sya. Kalau dberi kesempatan sya cuma mahu melihat2 kiranya mata hati ini mampu membolosi sesuatu yg tersirat.

Ringkasan dr mimpi - dari atas sebuah yg indah suami memandang ke kawasan perkampungan/bandar yg penuh dgn lampu2 mbil berkata 'seluas2 mata memandang itulah jajahan kanda'.

Dia bawa sya ke aras 2 kapal itu sambil memandang ke arah laut lepas dan berkata 'pandanglah ke hujung garisan laut tu, diseberang garisan itu masih lagi jajahan kanda'

Lalu kami naik ke aras 3 kapal tersebut. Dia tinggalkan saya d sini bersama pembantunya. Pembantunya td bawa saya menaiki kenderaan dan melawat kawasan sekitar yg di kiri kanannya hutan yg tersusun indah. Semua pemandangan itu terlalu damai dan menyenangkan. Pembantu td berkata kpd sya bahawa 'semua yg sya nampak ni baru sedikit jajahan suami sya, dan semua itu secara logiknya itu semua milik saya.

Suatu hari ditakdirkan Allah sya smpi ke pekan, pahang dan semua hampir keseluruhan mimpi itu terzahir dsitu. Tanpa sya sedar seblm ini, setiap kali sya menjejakan kaki ke pahang, ada satu suara yg mengatakan ini bahawa ini adalah hak sya.. (mungkin agak melampau bunyinya)

Saya harap tak ada siapa yg memberi tanggapan salah pd sya. Harap ada yg boleh berkongsi buah fikiran atau memberi teguran kiranya mimpi itu menyelahkan kekurangan diri sya.
---
http://lamanpahang.blogspot.com/2012/06/daeng-tok-bugis-ketua-bugis-dan-raja.html?

. said...

Lagi satu yang ingin saya tambah...

Cerita Orang Bunian.

Pihak saya tak berani nak menyebut asal usul orang bunian ini. Kita boleh anggap orang bunian ini adalah orang sembunyikan diri mereka.

Orang bunia ini ada di banyak tempat. Ada sesetengan tempat memang dinamakan Kampung Bunianseperti di .....

Ada juga kempung yang didiami oleh orang bunian tetapi tidak dinamakan kampung bunian ia dinamakan kampung ... seperti di ...

Maksudnya mereka ada kampung asal. Mereka juga ada nama.

Ada yang dah bertahun-tahun dikunjungi oleh orang bunian. Anak-anak dan tak jadi heran bila melihat ayah atau tok bercakap sorang-sorang di tangga.

Susahnya, ayan atau tok tak pernah tanya apa nama orang bunian tersebut.

Kadang-kadang setakat tahu namanya Ayah Tang Deli. Nama penuhnya tak tahu. Lebih rumit lagi, tidak pernag tahu secara jelas kaitan antara keluarga mereka dengan Ayah Tang Deli tersebut.

Akibatnya bila ayah atau tok dah meninggal ... bilan Ayah Tang Deli tersebut datang melawat anak cucu ... anak cucu tak tahu pun siapa yang datang melawat. Malah tak ada rasa apa-apa pun bila Ayah Tang Deli datang singgah.

Nak kata siapa salah ... kita tak nak cakap pasal salah siapa.

Tapi kita nak cakap pasal 'sekarang nak mula kat mana?'

Katalah ada yang berikan jawapan ... nak mula kat Laman Pahang.

Apa yang kami boleh jawab teruskan mencari, menyusun dan mengesahkan ikut rasa hati. Tetapi dalam hati MESTI ada Allah .....

Kami rasa bersyukur jika dapat membantu ala kadar. Tak perlu ceritakan kepada kami apa yang tuan puan cari dan dapat.

Kalau dah dapat mahu berkongsi, silakan. Apa yang kita cari dan dapat mungkin tidak sama.

Moga kita sentiasa diberikan ilmu yang bermanafaat.

. said...

Kalau boleh berdongeng lagi saya nak tambah,

Kadang-kadang anak cucu diberi barang atau cara untuk berhubung dengan tok bunian.

Ada ketikanya diberi keris ..... Dengan keris ..... ini kita boleh ..... Bila pegang kita rasa .....

Mungkin juga ada yang diberi binatang seperti monyet atau burung.

Monyet tersebut mungkin lain contohnya tak garang dan nak terkam semua orang.

Kalau burung (kalau sahaja) mungkin burung tersebut lain. Setiap burung ada nama dan ada kawasan bermain dan kawasan mencari makan. Periksa asal burung tersebut. Tanya orang 'burung' tentang burung tersebut. Mungkin kita akan dapat tahu kelainannya.

Untuk mencari kita perlu ada ilmu untuk mencari.

Ini adalah cerita dongeng yang saya reka. Baca boleh, pakai jangan.

. said...

Kalau boleh berdongeng lagi saya nak tambah,

Kadang-kadang anak cucu diberi barang atau cara untuk berhubung dengan tok bunian.

Ada ketikanya diberi keris ..... Dengan keris ..... ini kita boleh ..... Bila pegang kita rasa .....

Mungkin juga ada yang diberi binatang seperti monyet atau burung.

Monyet tersebut mungkin lain contohnya tak garang dan nak terkam semua orang.

Kalau burung (kalau sahaja) mungkin burung tersebut lain. Setiap burung ada nama dan ada kawasan bermain dan kawasan mencari makan. Periksa asal burung tersebut. Tanya orang 'burung' tentang burung tersebut. Mungkin kita akan dapat tahu kelainannya.

Untuk mencari kita perlu ada ilmu untuk mencari.

Ini adalah cerita dongeng yang saya reka. Baca boleh, pakai jangan.

. said...

Ramai orang menyimpan peristiwa-peristiwa pelik yang telah dilaluinya.

Kadang-kadang cerita tu telah disimpan selama berpuluh tahun. tak tahu nak sebut atau nak tanya siapa.

Ada yang telah menerima macam-macam perkara sejak berumur 12 tahun. Ada yang bermula ketika umur awal 20an. Ada juga yang bermula ketika awal 30an.

Teta ada juga yang baru bermula di awal 40ah dan 50an.

Sesiapa yang menempohnya di awal usia seperti belasan tahu ... dia menanggung beban yang berat. Beratnya beban yang di tanggung tak mampu saya tuliskan. Apa yang dapat saya tulis adalah bulu rome saya meremang ketika sampai di ayat beban.

Ada yang tidak mampu bercakap tentang apa yang dialaminya. Menyimpan dalam diri. Bagaikan nak pecah kepala dan jiwa menyimpan semua cerita-cerita yang tak mampu difahami. Semua orang tak tahu apa yang bergoncang dalam kepala dan jiwa.

Ada juga yang bercerita kepada semua orang tentang perkara-perkara pelik ni, akhirnya orang kata dia gila.

. said...

Kadang-kadang perkara dan mimpi pelik tersebut bercampur aduk antara soal ketuhanan, soal keturunan dan soal keilmuan.

untuk mengasingkan kita perlu buat ketetapan pada pemahaman kita:

Soal ketuhanan: kita perlu buat apa

Soal keturunan: kita nak susun macam mana.

Soal keilmuan: kita nak bantu masyarakat macam mana.

. said...

Ada ketikanya pihak kami hanya boleh menjadi pendengar atau pembaca.

Akhirnya tuan/puan akan terkeluar atau terlintas:
- apa bendanya semua ini.
- apa tindakan nak buat

Pihak saya tak boleh/berani nak sebut penghujungnya.

Bimbang ramai yang belum bersedia.

Cara terbaiknya adalah ...
Teruskan bercerita atau menulis. Akhirnya akan tertulis atau terlintas jawapannya. (jangan salah orang untuk dijadikan tukang dengar)

. said...

Pernah tak? Tuan /puan berhadapan dengan suatu keadaan yang memerlukan tuan/puan buat keputusan
-nak atau tak nak
-ya atau tidak

Bila dah siap doa dah dapat rasa hati apa keputusannya. Minta pula petunjuk apa keputusan nak buat. Dapat petunjuk .. apakah keputusan nya. Mintak lagi petunjuk .. dapat petunjuk .. tahu apa keputusan nak buat. Mintak lagi.

Bila sampai masanya .. buat keputusan tidak berdasarkan rasa hati dan petunjuk.

Akibatnya terjadi perkara yang mengerikan atau tidak baik.

saya segera dimaklumkan kejadian ini. Saya segera berjumpa.

Soalan pertama saya, macam mana boleh jadi, tak dapat rasa ke?

Jawapan dia, dah dapat rasa jangan. tapi tak percara pada rasa hati.

Soal kedua saya, hati belum bersih ke? Zikir lepas ke mana?

Jawapan dia, itulah .......

. said...

Macam-maca perkara pelik kita boleh jumpa.

Hari malam gelap gelita ... kita boleh... terpandang cahaya macam waktu senja atau waktu matahari terbenam

Hari malam gelap gelita ...surau
terang macam waktu siang

Hari malam gelap gelita ...surau nampak besar macam masjid

Hari malam gelap gelita ...cahaya dan gelap itu terbahagi. Sebelah hitam sebelah lagi bercahay

. said...

Cerita pelik

main dekat tepi sungai
barang yang dimain terjatuh,
jadi tak boleh nak ambil.

Tiba-tiba,
barang tu terangkat
dan ada dekat tangan.

Cerita kat nenek
nenek ingatkan supaya jangan main dekat situ.

. said...

cerita pelik

kawan-kawan pelik.
mereka nampak saya selalu cakap-cakap dengan orang bunian
orang bunian selalu datang melawat,
kadang2 waktu saya duduk dengan mereka.

mungkinkah ada yang mengalami perkara yang sama?

. said...

Cerita pelik

dapat mimpi tentang keadaan orang lain.
mimpi tentang kawan-kawan,
apa yang mereka buat.
Bila ditanya kepada mereka, memang betul.
Sebab dalam mimpi tu mereka yang bagitahu.

Adakah sesiapa yang bermimpi serupa ini?

. said...

tolong pesakit yang ada saka.
tolong tengok je dan bantu sikit2.

murid tariqat, bacakan ayat dekat mata pesakit

Dan bila pesakit dah sedar, dia cakap, dia nampak semua muka orang sekeliling nampak, hodoh muka mereka,

hanya seorang je bercahaya wajah dia.

Adakah sesiapa yang ada cerita pelik sebegini?

. said...

Satu hari ketika jalan2 dengan kakak dia,
tiba2 dia nampak kampung.
Jadi dia tanya dekat kakak dia, "kampung apa tu?" .
Tapi kakak2 dia tak nampak... "mana ada apa2 dekat situ"...

Ada sesiapa yang berpengalaman sebegini?

. said...

Betul ke ada orang yang boleh tahu asal usul, asal negeri dan asal keturunan dengan melihat muka seseorang?

Betulka ada orang yang boleh rasa mereka bersaudara sedangkan mereka tidak pernah berjumpa?

betulke ada orang yang mengubat orang dengan menyemak salasilah keturunan pesakit terlebih dahulu?

Ada orang yang boleh tahu keturunan kita dengan bersalam dengan kita?

Betulke ada saka baik dan ada saka jahat?

Betul ke saka baik adalah yang dari keturunan kita dan saka jahat adalah yang bukan dari keturunan kita?

betul ke, ada jalur keturunan kita yang disorok, tak nak orang tau dan tak nak anak cucu tahu?

betul ke ada orang boleh 'scan' orang?

. said...

Mimpi menerima buka yang kosong sahaja dan tak ada tulis apa-apa.

Mimpi menerima buku yang ada tulis Allah sahaja.

mimpi nama kita dieja terbalik dan sebelah lagi kalimah Allah dekat langit. (awan putih)

Adakah sesiapa yang bermimpi serupa ini? Harap dapat berkongsi.

. said...

ketika berzikir
tasbih yang dipegang bergerak
dan
mulut berzikir sendiri

Adakah sesiapa yang pernah mengalami sebegini?

Adiratna Jagat said...

Assalamualaikum...

Semoga waris2 semua dalam keadaan sihat hendaknya dan begitu jua kpd tuan LP...

Hamba mohon tumpang lalu..ingin jua dongeng bersama..al kisah bunian diberi nama..

Jika tuan puan pernah menjejak kaki..ke daerah Jerantut , di Kampung Baharu nama di beri...alkisah terjadi waktu dahulu..ketika nenekanda masih berdiri..

Sering terdengar bunyi gong..dipalu di atas sebuah bukit..ketika tiba temasya menanti..dikatakan itulah kampung nya bunian..seperti dicerita nenekanda hamba kepada bonda..itulah jua dicerita kepada hamba..

Malah sering pula..orang kampung bisa meminjam...pinggan mangkuk serta belanga..dari orangnya bunian yang mulia...

Tapi sayangnya manusia kita..sering alpa dan janji lupa..dipulang barang..retaknya sumbing pula...akhirnya bunian merajuk diri..tiada lagi kedengaran bunyi paluan gong juga gendang...

Tiadalah lagi sesiapa berjumpa dengan mereka bunian amatlah sukar..

Bukan hamba sengaja mereka'-reka' itulah hikayat diceritakan ke hamba..dari hikayat yang masih tersimpan...

tiada memaksa sesiapa percaya..hanya hikayat untuk dicerita..untuk sekadar seenak rasa..membuang masa sekadar cuma..

Anonymous said...

Terima kasih Adiratna Jagat.

Kerana berkongsi cerita pelik yang kita tak paksa orang percaya.

Bukan percaya kepada semua cerita2 pelik. Tetapi percaya ADA cerita2 pelik yang disimpan berdasarkan 'dongeng' lama tok moyang.

Disini ada dua logik yang boleh kita guna.

Logik akal dan logik jiwa.
atau
logik zahir dan logik batin.

contohnya adalah
Rukun Islam dan Rukun Iman.
atau
Sains dan sastera

Biarkanlah apa yang orang berni kata atau tulis.

Disini kita bukan memaksa orang percaya. Tetapi berkongsi apa yang disimpan terlalu lama dalam akal dan jiwa.

Semuanya hak Allah swt.

. said...

Terima kasih Tuan Adiratna Jagat.

Kerana berkongsi cerita pelik. Kita bukan nak orang percaya. Tetapi kita nak sesama kita berani bercerita kerana percaya bahawa ADA banyak cerita yang pelik yang masih tersembunyi.

Harap kawan-kawan dapat terus dan berani berkongsi.

Moga melalui info ini kita mendapat ilmu yang ada manafaat.

. said...

Berjumpa dengan orang2 tua atau guru2 tua adalah perkara yang amat penting dalam usaha mencari dan menyusun keturunan, ketuhanan dan keilmuan.

Kebiasaannya orang2 tua tersebut akan memberikan apa yang kita telah bersedia untuk menerima atau mendengar.

Selain mendengar kita perlu bertanya dan saling sambung menyambung cerita. Bagi menunjukkan kita telah sampai 'tahap' tertentu.

Orang2 tua ini kadang2 ada marah atau benci dan dendam. Bila kita tersebut perkara atau perkataan 'itu' dia terus tak bercerita

. said...

Apa sebenarnya yang kita akan dapat dari orang tua tersebut adalah ... dia minta kita pergi jumpa orang lain.

Kita hanya ditunjukkan orang tua yang lain setelah kita bertanya persoalan yang lebih 'tinggi' atau 'rahsia'. Hanya orang itu yang berkelayakan atau dibenarkan menjawab.

. said...

Kita juga perlu tahu bahawa orang tua tersebut adalah 'waris' kita. Kadang2 dia dah tau apabila kita mula sampai.

Kadang-kadang dia tahu apabila kita mula bercerita.

Kebiasaannya orang-orang tua ini akan menolong anak cucu dia sahaja.

. said...

Ada antara kami yang telah bergerak sendirian selama 20 ke 30 tahu. Macam orang gila. Habis serata tempat dipusing. Semuanya tak mahu bercakap atau cakap tak jelas pasal.

Kami jadi tak tau apa yang nak dicara dalam keturunan, apa yang nak dicari dalam ketuhanan dan apa yang nak dicari dalam keilmuan.

Akhirnya setelah puluhan tahun macam orang gila.

Isteri kata pelik
Suami kata tak faham
Anak2 kata susah
Mak ayah kata tak tahu
Adik beradik kata biarkan aja
Saudara mara kata putus wayar
Orang kampung kata macam2
Kita sendiri kata .......

Akhirnya berjumpa dengan orang yang boleh menjawab. Maka ditunjukkan satu demi satu orang2 tua yang perlu kita jumpa. buka dia seorang sahaja. Dia bukan simpan semua ilmu.

. said...

Untu mencari dan bertemu dengan orang2 tua ni kadang2 buka senang.

Ada yang dah bertahun kami mencari. Dia tetap menutup dirinya. Tak mahu jumpa. (Mungkin zikir belum cukup terhimpun dalam ...)

Sampai kami menyerah kalah mencari...tiba2 datang orang menunjuk, terus jumpa. Bila berjumpa orang tua tu bertanya ... senang ke cari rumah dia?

Kami jawab senang aja ayah aji, ada orang tolong tunjuk sampai depan rumah. Dia ketawa aja. Dia kata kalau gitu datangnya ini ikhlas.

Dia tanya datang ni nak apa. Kami jawab tak nak apa2...cuma nak jumpa ayah aji aja, berilah apa2 yang nak diberi. Orang tua tu ketawa sekali lagi.

. said...

Untuk bertemu dan mencari orang tua ni kadang2 memang senang.

Dia sendiri dah lama ternanti2 kedatangan kita.

Ada yang siap buka pintu rumah dari awal pagi ... menanti kedatangan kita.

Ada yang dah siap masak nak ajak makan.

Ada juga yang tak sabar nak marah kita.

Ada yang dah menunggu 30 puluh tahun, tapi tak seorang anak cucu datang. Tak seorang anak cucu dapat rasa bila tok panggil balik.

. said...

Berikut adalah dialog dengan orang tua.

[ http://lamanpahang.blogspot.com/search/label/Dialog ]

Dialog dengan Si Polan
Dialog dengan Aki Cu
Dialog dengan Mok Su
Dialog dengan Pa Cu Kelantan
Dialog dengan Aki
Dialog dengan Pa Cu

. said...

Banyak perkara pelik kita tidak boleh guna logik akal atau apa yang kita nampak.

Kadang2 kita kena guna logik batin atau apa yang kita percaya.

Inilah beza Rukun Islam dengan Rukun Iman.

. said...

Mungkin sajak2 ini boleh memberi jawapan atau menambahkan persoalan.

Sajak: Haiwan Berbaris Di Langit
Sajak: Seperti Seekor Kuda Belang
Sajak: Orang Akan Tahu Rahsia Kita
Sajak: Naga dan Bunian
Sajak: Burung Itu Bukan Dia
Sajak: Itulah Yang Aku Rasa
Sajak: Ya Allah Selamatkan Kami
Sajak: Di Sepertiga Malam
Sajak: Nasihat Syeikh Qadir Jilani
Sajak: Jika Kamu Temui Orang Ini
Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi
Sajak: Tiba-tiba Saja Aku Terbaring

[ http://lamanpahang.blogspot.com/search/label/humairaadawiyah ]

Harap kawan-kawan yang sehati sejiwa dapat memberi perkongsian.

. said...

Bila pergi berjumpa dengan orang2 tua, kami perlu guna kenderaan dan guna duit.

Sering kali kami keputusan duit untuk meneruskan kerja ini.

Ada yang mengatakan .. kerja yang tak ada wawasan.

Ini cerita kalau nak berjumpa dengan orang2 tuan.

banyak yang kami terbitkan dalam Laman Pahang. Hanya orang yang seperti tuan/puan/cik sahaja yang faham.

Bila nak cerita pasal 'faham' ... lagi susah nak cerita.

. said...

kadang2 bila datang bertiga.
Seorang belajar sampai Petani.
Seorang belajar sampai Kedah.
Seorang belajar setakat kampung.

Tapi, tok boleh terangkan satu perkara sekali gus untuk difahami oleh tiga2. Masing2 faham ikut ketinggian ilmu masing2.

Dalam perjalanan balik semua hilang kata2.

Adiratna Jagat said...

Ingin hamba menambah cerita..
Hikayat dongeng di suatu malam..
Jika tuan pernah ke sana..
Ke gunung senyum di beri nama...
Tempat mereka menguji diri..
Tahap kebatinan diri sendiri..

Di suatu malam yang sunyi..
Adinda hamba pergi bersama sahabat..
Di suatu tempat mereka bertafakur..
Sahabat adinda hamba punya anugerah..
Dapat melihat makhluk yang sudah tiada..

Dipendekkan cerita..
Sahabat adinda hamba bercerita..
Kelihatan seorang tua berjubah putih..
Merenung kepada adinda hamba...
Disuruh pulang membawa nama..
Kepada bonda minta ditanya...

Kembali adinda hamba ke tempat sana..
Bersama sahabat yang masih setia..
Rupanya lelaki tua itu...
Jelmaan nenekanda yang sudah tiada..
Berpesan beliau kepada adindaku..
Rapatkanlah persaudaraan semua keluarga..
Akan tiba suatu masa..
Bencana datang tiadalah tahu..akan bentuknya...
Nenekandaku orang pernah merantau..
Mencari Ilmu mengenal diri..
Hidup di Bumi Al-Haq ini..

Ini hanya sebuah hikayat..
Hikayat pada suatu malam..
Bacalah sekadar seketika cuma..
Usah percaya..usah yakin akannya..
Hanya sekadar hiburan mengisi masa..

. said...

Mimpi pelik.

Mimpi ada orang datang mengurut. Orangnya tak nampak. Sambil mengurut di 'membebel' marak kat koi kerana tak jaga badan. banyak urat2 dah tak betul.

Lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari mimpi ini. terasa badan sedap selepas diurut.

Perkara ni dah jadi dua kali.

Harap ada yang dapat berkongsi.

. said...

Dapat barang.

koi berjumpa dengan seorang 'mak datin'. Koi mintak nak belajar ilmu pengasih pasal koi belum dapat2 jodoh. Dia marah, katanya nak buat apa ilmu gitu.

Koi jawab, kalau gitu koi nak belajar 'ngubat' dengan pak sedara "mak datin'. Dijawab, pak sedara memang bomoh besar.

tak lama, koi jumpa keris dan pedang sebesar jari kelengking. Koi tunjuk kat cikgu sk tiram. Cikgu tu tak berani usik.

Koi cakap kat mak koi. Mak kata, ambillah, letak bawah bantal. Tunggu dapat mimpi apa. (Mungkin mimpi belajar ngubat orang)

koi tak berani ambik. letak semula. beberapa hari masih ada. Lepas tu hilang.

Sekarang, rasa kesal pulak tak ambik keris dan pedang kecil tu.

Apa pendapat tuan/puan yang lemih paham.

. said...

Pantang larang.

Satu hari ada orang jumpa mak koi menahan mak koi di Tmn Temerloh Jaya.

Dia kata kita sedara ... bugis.

Dia beri tau mak koi, keturunan kita pantang makan:
1. Rebong buluh betong
2. Ikan kacang
3. tak ingat dah...

Harap ada yang sudi berkongsi cerita sebegini.

. said...

Pantang larang.

kain hitam tak boleh di buat pakaian

Anonymous said...

mimpi pelik saya.

Baru2 ni ada mimpi.
Kami sekeluarga lalu depan rumah rakan lama. Orang ramai kat rumah dia. Saya ingat dia buat kenduri. Orang tak akaj tak patut kita singgah.Lalu je depan rumah dia.

Bila sampai kat depan. Jumpa seorang perempuan cantik. (Dia tanya atau saya tanya ... tak ingat)Perempuan cantik tu kata, "tak tau ke? Suami ... meninggal"

Kemudian saya terus terjaga.Saya cerita kat suami saya. Dia diam je.

Ada sapa2 boleh bagi pendapat atau tafsiran ke apa2. Kalau salah jangan tempat, janganla marah.

Sekian. Zu.

Anonymous said...

salam…2 tahun lepas saka harimau putih atok sy dibuang oleh seorg dukun dari melaka…bomoh tersebut mengatakan bhwa atok sy berketurunan raja dan saka tersebut turun dari raja pagarruyung…tetapi atok saya tidak memberi apa2 comment tentang perkara itu…yg atok saya ceritakan hanyalah nenek moyangnya terpaksa lari ke malaysia semasa belanda menyerang kota pagarruyung…sampai sekarang saya masih musykil dgn nama moyang saya,iatu dewa bin maharaja….atok kepada moyang saya iatu dewa saya tidak tahu apa namanya…sy juga ada ramai saudara di pagarruyung…setahun 2tahun sekali atok saya akn ke sana,dan kadang2 saudara di sana akan datang ke kg sy di rembau…pada tahun 40an dulu pn ada seorg yg kini dipanggil wali allah bernama tok jaya memanggil atok saya dengan gelaran tunku…makam wali tersebut hingga kini dijaga dan dipagari dengan kain kuning….

Anonymous said...

saya cucu kepada putera raja paguruyung..

nama atok saya yang digunakan sekarang ialah baharudin bin itam mat derus…saya nak tau sangat sangat pasal keluarga saya …

atok saya selalu termenung…sejak dia sakit… pada awalnya saya pelik macam maner seorang peniaga warung boleh pergi ke mekah berkali kali..

rupanya atok saya seorang putera raja… saya nak bawak atok saya ke istana tempat dier dibesarkan dan dilahirkan… kalau ader maklumat bolehlah hubungi saya melalui email… aisyah.syahindah@gmail.com..

saya mendapati keluarga saya ader saka dah lama berubat tapi tak berjaya….

atok saya juga cerita yang dier mengamalkan ayat untuk mengebalkan diri… tolonglah nyer saudaraku..

mungkin kita ader kaitan… salasilah keluarga juga disimpan rapi oleh adik nenek saya (adik ipar atok saya) yang tinggal di pulau pinang… tapi telah lama tidak dikemas kini mungkin hanya ader sampai nama atok saya dan adik beradiknyer…

Anonymous said...

Assalamulaikum buat semua,

saya begitu berminat sekalin ingin mengetahui lebih lanjut tentang salah silah keluarga kami yg berasal dari Istana Pagar Ruyung.

Saya berasal daripada Pulau Pinang dan skrg menetap di Kuala Lumpur.

Semasa kecil nenek saudara selalu ada menceritakan bahawa mereka 3 beradik (1 lelaki (atuk saya) dan 2 adiknya lari dr Sumatera bersama bapa mereka setelah ibu meninggal sewaktu kecil.

Nama atuk saya, Taib@Yit bin Mat Ali dan dua adik perempuannya bernama Putih Binti Mat Ali dan Chik Binti Mat Ali.

Nenek saudara selalu menceritakan tentang bagaimana mereka lari ke dlm hutan dan hingga sampai ke Pulau Pinang. Saya tak sempat mengenali atuk saya sbb beliau telah meninggal dunia sebelum saya dilahirkan. Dan kedua nenek saudara telah lama meninggal dunia.

Moyang saya bernama Mat Ali Bin Laksamana Abu@Wak.

Saya difahamkan barang kebesaran diraja masih berada bersama keluarga Haji Umar di Alor Setar.

Semenjak tahun lepas saya didatangi oleh “Panglima Selempang Kuning” secara ghaib dan muncul didlm gambar dirumah saya dan adik perempuan saya 2 minggu yg lepas dgn tidak sengaja semasa melawat rumah rakannya dan ibu rakannya terus menjerit memanggil adik saya “yg berdaulat panglima selempang kuning” dan adik saya dengan tiba2 bole bercakap dgn sendiri dlm keadaan sedar bahawa beliau mengakui bahawa beliau hadir hanya untuk menjaga anak cucu drpd keturunan diraja Pagar Ruyung” .

Saya masih kurang pasti asal drpd keturunan mana di Pagar Ruyung.

Makam keluarga atuk saya dan bersama2 yg lain diantaranya ada yg bernama “panglima” masih berada di Pulau Betong, Pulau Pinang.

Saya boleh dihubungi di emel (Aleeya) abrookes76@gmail.com.

Cuma tidak mengerti sbb kebelakangan ini byk terasa akan kehadiran “panglima selempang kuning bersama harimau”

saya
Aleeya Mansor

Anonymous said...

apa yang saya difahamkan, terdapat rambut sehelai sebatil. Datuk saya Sutan Banchi pernah menjaga rambut tersebut semasa pemerintahan Tuanku Mohammad.

Rambut tersebut dipindahkan dari Istana lama Seri Menanti ke Istana Hinggap Seremban semasa pemerintahan Tuanku Jaafar.

Ini diceritakan kepada saya oleh Pawang Diraja Dato Akil.

Rambut tersebut dan keris kuasa bagaimanapun telah hilang(ghaib?) dari Istana Hinggap.


Musa Said

Anonymous said...

mendengar cerita tentang keris panjang yang ramai orang mencuba untuk membukanya tetapi gagal dan tahun 2001 , ada salah seorang darinya telah berjaya mencabut keris tersebut di Jelebu .

Keris tersebut kepunya Engku Fatima dan sebatang tongkat berkepala naga yg di beri nama Tongkat Seri banun dan kembarnya berada di langkawi


yuss

Anonymous said...

salam tuan@puan...
kpd waris pagar ruyung,,,

mencari waris ini tidak senang dan tidak juga susah tetapi nak memberi dan menerima kefahaman tu yang bermasaalah.
yg 1. kena faham pagar ruyung tu istana pentadbir empayar seperti pejabat perdana menteri malaysia diputrajaya.
yg 2. maharaja rumbak tu,kalau sekarang ni di panggil setiausaha seperti setiusaha kerajaan amerika tu,dia yang menjalankan pentadbiran dan dia yang memerintah empayar(perdana menteri macam pm empayar inggeris).
yg 3.anak nya ada13 org(7laki-laki dan 6perempuan,,,yang 7laki-laki tu semuanya berhijrah ketanah melayu(membuka negeri dan memerintah dinegeri masing-masing ditanah melayu),yang 6 perempuan tu pula memerintah disumatera.(dinegeri masing-masing)
yg 4.maharaja empayar pula ada tiga org anak laki-laki.dan maharaja rumbak tu adik dia seibu seayah.
yg 5.selepas dari mereka ini,,, waris mereka bersemenda sesama mereka.
yg 6.waris ahli bait@nabi bersemeda kepada ahli waris nusatara pula.
yg 7. koi sambung lain kali...inshaallah...salam.

Anonymous said...

salam tuan@puan...
samb,,,kena faham utk waris keluarga pagar ruyung mencari waris,,,
yg7.waris@keluarga pagar ruyung datangnya dari 54 kota seluruh benua nusatara(dari filipina,sempadan china,sempadan india hingga ke malaysia termasuk sempadan australia.
yg8.keluarga ini menggunakan nama suku bangsa,,,contoh suku siam,suku bugis,suku minang,suku melayu,suku jawa,suku jambi termasuk suku orang asli sekarang ni.
yg9.sejarah istana pagar ruyung ni amat panjang sehingga di anggap sebagai mitos je oleh ahli sains dan ahli sejarah.
yg10.istana pagar ruyung ni sudah beberapa kali dipindahkan dan yang disumareta tu adalah yang ke 4 atau yang terakhir.(ada tiga istana lama pagar ruyung di tempat lain,semuanya telah lenyap ditelan zaman).
yg11.tuan@puan kena faham apa yang dimaksudkan pagar ruyung itu sendiri(pencarian mesti disandarkan semula kepada fekah,,klu tidak,,,tak jumpa@tak sampai pencarianya...inshaallah berjaya usaha tua@puan.salam...

Aby roGer said...

Salam tuan/puan dan selamat menyambut bulan ramadhan.
Sy salah seorng penyambut tok putih dari kerajaan alam.dan sy sngat2 berminat untuk mengkaji susul galur dari kerajaan alam pagaruyung.sekurang2nya dekat sini sy terjumpa juga blog yg berkisahkan harimau putih dari kerajaan alam pagaruyung.apa2 terima kasih atas penjelasan sedikit sebanyak,assalamualaikum

Anonymous said...

Salam...cuma mahukan comment pasal paa yang saya lalui ini.satu petang pada tahun 2013 saya berada di tepi sungai pahang.dah saya seolah2 melihat matahari timbul dari sebelah barat..

ELINA JOHNSON said...

Halo,
 Saya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.

Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah

Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com


DATA PEMOHON

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

Anonymous said...

Assalamualaikum,sy menarik dgn penulisan @said ttg cerita mimpi/dongeng. Saya mengalami sejak umur belasan tahun berperang dgn sesuatu yg xdpt diluah dgn kata2,takde org faham apa yg sy alami smpai dikatakan xbetul/gila. Dgn ketentuan ilahi,pada tahun 2018 pertama kali jejak kaki di Temerloh.Dari situ sy diasuh oleh org2 tua ttg ilmu adab,dll... Sampai skrg sy masih mencari ³ 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.' . boleh email saya bagi berhubung... tengkuhamid76@gmail.com

Anonymous said...

Sejak pertama kali sampai ke negeri Pahang 2018 sy merasakan diri saya mendapat semangat baru, dari situ mcm dibuka apa yg tersirat... Sekarang sy berada di Kelantan, kata Mok(Nenek) belah ibu ramai sepupunya di Pahang,arwah moyang sy anak tunggal perempuan dari Sayyid. Beliau berhijrah ke Kelantan dgn memakai nama Ibrahim,nama panggilan isterinya Mek Hawa. Dikatakan berhijrah pd masa Jepun memasuki Tanah Melayu,semasa di Pahang arwah menetap di Kg Teluk ira. Siapa yg patut sy berjumpa untuk rujuk bgi mendapatkan maklumat keturunan?! Ketuhanan! Keilmuan ?