Bukit Kertau menyimpan sejarah
pemetaan negara pada tahun 1948. Ada dua bukit yang dijadikan rujukan
dalam Sistem Rujukan Koordinat Malayan iaitu:
1. Sistem rujukan kordinet
semenanjung iaitu Bukit Kertau pada tahun 1948.
2. sistem rujukan koordinat Borneo iaitu Bukit
Timbalai pada tahun 1968
1. gambar Bukit Kertau dari sumber: kgchenor.pi1m.my
Bermula pada tahun 1989 ianya
tidak digunakan lagi apabila kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menghasilkan sistem-sistem rujukan koordinat dengan menggunakan teknik Global Positioning
System (GPS), iaitu
1. Peninsular Malaysia
Geodetic Scientific Network (PMGSN94) pada tahun
1994
2. East Malaysia Geodetic Scientific Network(EMGSN97) pada tahun 1997.
2. East Malaysia Geodetic Scientific Network(EMGSN97) pada tahun 1997.
JUPEM telah selanjutnya melancarkan sistem rujukan baru yang seragam bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia pada 26 Ogos 2003. Ianya dikenali dengan nama Geocentric Datum of Malaysia (GDM2000). Sistem ini menggunakan merujuk kepada Geodetic Reference System 1980 (GRS80). Titik asalan bagi sistem-sistem rujukan koordinat yang berasaskan GDM2000 ini adalah di pusat jisim bumi (geosentrik). Dan tinggalah Bukit Kertau dalam lipatan sejarah pemetaan negara Malaysia.
2. gambar batu tanda Bukit Kertau dari sumber: kgchenor.pi1m.my
Berikut adalah pertikan:
GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM RUJUKAN KOORDINAT DI DALAM PENGGUNAAN GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS)BAGI TUJUAN UKUR DAN PEMETAAN.
Sistem rujukan koordinat Malayan Revised Triangulation 1948 (MRT48) dengan Bukit Kertau sebagai titik asalan (origin) telah digunakan bagi aktiviti pemetaan dan ukur kadaster sejak tahun 1948 di Semenanjung Malaysia.Datum rujukan geodetik bagi sistem ini adalah Datum Kertau yang menggunakan elipsoid Modified Everest (Kertau).
Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, aktiviti ukur dan pemetaan telah dijalankan dengan menggunakan sistem rujukan koordinat Borneo Triangulation 1968 (BT68) dengan Bukit Timbalai sebagai titik asal. Datum rujukan geodetik bagi BT68 adalah Datum Timbalai yang menggunakan elipsoid Modified Everest (Timbalai).
Berikut adalah pertikan:
GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM RUJUKAN KOORDINAT DI DALAM PENGGUNAAN GLOBAL NAVIGATION SATELLITE SYSTEM (GNSS)BAGI TUJUAN UKUR DAN PEMETAAN.
Sistem rujukan koordinat Malayan Revised Triangulation 1948 (MRT48) dengan Bukit Kertau sebagai titik asalan (origin) telah digunakan bagi aktiviti pemetaan dan ukur kadaster sejak tahun 1948 di Semenanjung Malaysia.Datum rujukan geodetik bagi sistem ini adalah Datum Kertau yang menggunakan elipsoid Modified Everest (Kertau).
Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, aktiviti ukur dan pemetaan telah dijalankan dengan menggunakan sistem rujukan koordinat Borneo Triangulation 1968 (BT68) dengan Bukit Timbalai sebagai titik asal. Datum rujukan geodetik bagi BT68 adalah Datum Timbalai yang menggunakan elipsoid Modified Everest (Timbalai).
Penggunaan teknologi GNSS bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia telah bermula sejak tahun 1989. Dalam hal ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menghasilkan sistem-sistem rujukan koordinat dengan menggunakan teknik Global Positioning System (GPS), iaitu Peninsular Malaysia Geodetic Scientific Network (PMGSN94) pada tahun 1994, diikuti dengan East Malaysia Geodetic Scientific Network(EMGSN97) pada tahun 1997.
Seterusnya dalam tahun 2003, kerangka rujukan geodetik GPS pasif tersebut telah diperkukuhkan bagi menghasilkan Malaysia Primary Geodetic Network (MPGN2000).
Antara
tahun 1998 dan
2008, JUPEM telah membangunkan rangkaian GPS/GNSS
aktif, iaitu Malaysia
Active GPS System (MASS)
antara tahun 1998
dan 2001 dan
diikuti dengan penubuhan
Malaysia Real-Time Kinematic GNSS
Network (MyRTKnet) antara
tahun 2002 dan 2008.
Bagi memenuhi tuntutan semasa yang menjurus kepada penggunaan datum rujukan global yang bersifat geosentrik, JUPEM telah selanjutnya melancarkan datum rujukan geodetik baru yang seragam bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia pada 26 Ogos 2003. Datum ini dikenali dengan nama Geocentric Datum of Malaysia (GDM2000), di mana elipsoid rujukan adalah Geodetic Reference System 1980 (GRS80). Titik asalan bagi sistem-sistem rujukan koordinat yang berasaskan GDM2000 ini adalah di pusat jisim bumi (geosentrik).
Bagi memenuhi tuntutan semasa yang menjurus kepada penggunaan datum rujukan global yang bersifat geosentrik, JUPEM telah selanjutnya melancarkan datum rujukan geodetik baru yang seragam bagi kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia pada 26 Ogos 2003. Datum ini dikenali dengan nama Geocentric Datum of Malaysia (GDM2000), di mana elipsoid rujukan adalah Geodetic Reference System 1980 (GRS80). Titik asalan bagi sistem-sistem rujukan koordinat yang berasaskan GDM2000 ini adalah di pusat jisim bumi (geosentrik).
Pada tahun 2004 dan 2005 telah berlaku gempa bumi besar, masing-masingnya bermagnitud 9.2 dan 8.7 pada skala Ritcher di Sumatra, Indonesia dan kejadian ini telah menyebabkan anjakan yang signifikan terhadap sistem koordinat GDM2000. Sehubungan itu, pemantauan anjakan keatas sistem-sistem rujukan koordinat telah dilakukan oleh JUPEM secara berterusan melalui analisis anjakan ke atas stesen-stesen MyRTKnet.
Analisis mendapati bahawa sistem-sistem rujukan koordinat yang berasaskan GDM2000 perlu disemak dan dihitung semula, terutamanya bagi kerja-kerja pengukuran yang memerlukan penggunaan sistem rujukan koordinat yang berkejituan tinggi seperti di dalam bidang geodesi dan geodinamik.
Hasil
daripada semakan dan
hitungan semula tersebut yang menggunakan produk data GPS bermula
1 Januari 2006
hingga 30 April
2009, siri set
koordinat baru yang
dikenali sebagai GDM2000 (2009) bagi rangkaian-rangkaian
GNSS/GPS aktif dan pasif telah diterbitkan oleh JUPEM.
Rujuk: https://www.jupem.gov.my/wp-includes/files/pekeliling/Pek-1-2009.pdf
Selain sejarah khusus Bukit Kertau, secara umumnya Mukim Chenor juga
mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu:
Tengku Hasani Bin Tengku Ahmad yang dilahirkan dan dibesarkan di daerah Chenor ini sejak 1965 mendapat cebisan cerita dari ibu saudara yang lahir tahun 1920an, Tengku Kecik Binti Tengku Nit Bin Tengku Ahmad Tinggi Pesagi.
Menceritakan bahawa ada seorang perempuan yang sungguh cantik, jelita dan budiman. Sesiapa yang melalui kawasan beliaudan ditimpa kesusahan atau kepayahan akan singgah di satu tebing dan akan berjumpa dengan seseorang tanpa terperasan sedang berlaku perkara yang tak dijangka seperti setelah diberi pertunjuk atau pertolongan.
Dikatakan namanya ‘Che Nor’.
Untuk penduduk di sekitar kawasan sekiranya mempunyai permasalahan (memang nyata) hanya berkata sesuatu yang diperlukan. InshaALLAH..Datanglah esoknya ditempat tersebut akan adalah barang yang dihajati disitu tetapai barang yang biasanya berkaitan kenduri-kendara seperti pinggan mangkuk, kawah atau beras.
Kepada pengguna sungai sebagai jalan utama dari Pekan atau dari Ulu Sungai apabila tiba di kawasan ini samada hari hamper gelap untuk bermalam atau dapat rapat ke tebing kerana karam perahu, akan mendapat bantuan dari seseorang yang sangat rupawan di sini yang bernama Che Nor.
Begitulah cerita di sini pada suatu waktu dahulu sehingga kawasan ini mula disebut dengan nama “CHENOR”.
Chenor juga pernah melahirkan pahlawan terkenal menentang penjajah seperti lagenda Pahlawan Bukit Segumpal. Mengikut cerita penduduk Chenor, pada masa dahulu, orang-orang Chenor juga terlibat membantu Tok Gajah dalam Perang Kelang di Selangor.
Di Chenor Lama juga terdapat sebuah masjid yang telah berusia hampir 74 tahun, dibina pada 1939. Masjid ini dikatakan dibina sejak zaman Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar. Masjid ini juga menjadi tempat persinggahan baginda ketika singgah di Chenor.
Jeti Chenor juga merupakan salah satu peninggalan sejarah yang terdapat di Chenor Lama. Jeti ini banyak mengimbau sejarah penempatan awal di Chenor. Di sinilah tempatnya Sultan Pahang singgah setiap kali baginda ke Kuala Lipis dan Pekan. Jeti ini tidak digunakan lagi apabila Jambatan Sultan Ahmad Shah mula digunakan pada tahun 2004.
Menurut cerita lisan dari penduduk kampung, di sinilah asalnya Bukit Segumpal sehingga ianya diambil sebagai mukim Bukit Segumpal. Asal Bukit Segumpal hanyalah kerana kedudukan sebuah rumah yang berada di kawasan lapang. Menurut dari perbualan dengan penduduk kampung, rumah yang tersergam di tengah-tengah kawasan lapang tersebut adalah rumah peninggalan Pendekar Bukit Segumpal. Pendekar inilah yang dikatakan membantu menentang penjajah pada masa dahulu. Difahamkan juga, bukit ini berpenunggu, pada satu ketika dahulu apabila setiap kali berlakunya banjir, rumah tersebut tidak pernah dinaiki air. Tetapi kini ia hanya tinggal sejarah. Penduduk di sini menjadikan kawasan ini sebagai tempat penanaman padi, tetapi telah diberhentikan selepas berlakunya banjir besar pada tahun 1971, 2007 dan 2014.
Rujukan: http://kgchenor.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah
Selain dari info tersebut yang telah diterbitkan dalam internet, ada lagi cerita-cerita lisan yang masih tersimpan padu dalam lubuk hati orang-orang tua di Chenor. Mungkin ada yang mahu bercerita tentang Hulubalang, Panglima atau Pendekar yang bermukim sekejap sekejap di Chenor sebelum berpindah ke Raub. Mungkin anak cucu mereka ini masih menyembunyi diri atau tidak tahu salasilah yang dirahsiakan dari mereka.
Pihak kami bimbang Chenor akan kembali meriah dan ramai yang mula menyusun salasilah masing-masing untuk dicantumkan sampai ke Chenor. Kebimbangan akan berlanjutan jika ada pihak yang akan menukar-nukar cerita. Akhirnya orang anggap yang BENAR itu TIPU dan yang TIPU itu BENAR.
Tetapi kebenaran akan muncul juga akhirnya.
3. Lokasi Bukit Kertau (bertanda merah) dari sumber: mapcarta.com
4. Lokasi Bukit Kertau (bertanda merah) dari sumber: satelliteview.co
No comments:
Post a Comment