salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
tengku labuh...
dia adalah ketua pupu 40 seri menanti
yang datang dari minangkabau@pagar ruyung.
dia sepatutnya didudukkan diseri menanti.
mereka(pupu 40) diarah datang ke sini
bagi menangkap dan menghukum seorang perutusan
yang dihantar dari minangkabau
ke seri menanti yang derhaka.
penderhaka itu telah dapat di tangkap dan
dihukum oleh orang di seri menanti
semasa pupu 40 sampai.
dan yang dipertuan telah dilantik.
untuk mengelak dari terjadinya satu kapal dengan dua nahoda.
maka tengku labuh telah meninggalkan seri menanti
bersama enam pengiring(pupunya)
dan yang selebihnya bermukim rata dalam negeri sembilan.
sesampainya mereka dipahang
dua dari pupunya bermukim dipahang
(membuat dan menanda jejak pupu 40)
dan dia berlima meneruskan perjalanan mereka ke kelantan
dan dipermukimkan(berkampung@bertanah)
oleh sultan kelantan semasa itu.
tengku labuh ini meninggalkan tiga jurai jalur waris dari tiga tiga isteri.
ketiga-tiga jurai ini telahpun berada di dalam pahang
dan bergabung dengan waris pupu 40 yang berbermukim dalam pahang.
kesemua mereka ini tidak kenal
diantara satu dengan yang lain
dan hanya penanggung amanah
kepada tengku labuh sahaja
yang tahu dan kenal akan mereka ini.
(melalui susur keturunan atau mitos atau kata sumpah setiap warisnya)
tuan@puan waris kepadanya...
pemegang amanah kepada tengku labuh ini
telah tua dan sedikit uzur.
amanah tengku labuh harus di serahkan
kembali kepada warisnya
dan sebagai warisnya,
tak kesian ke kepadanya
yang menjaga amanah
tanpa dihargai langsung empunya waris.
(dijaganya sepanjang kehidupannya)
pergi dan jumpalah dia
sementara dia masih hidup ini.
sekurang-kurang nya mengucapkan salam kepadanya.
Anonymous
on 3/11/15
6 comments:
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; barang siapa yang melakukan satu dosa lalu ia dikenakan uqubah di dunia,maka ia tidak akan dikenakaniqab diakhirat.
hadisnya; tidaklah disiksa seseorang atas sesuatu dosa yang dilakukan, kecuali allahmenjadikan hukuman yang dikenakan dari kerana dosa itu sebagai penebus dosanya(kifarah).
hadisnya; demi zat yang jiwaku berada dalam gemgaman nya,tidaklah sempurna iman seorang hamba allah hingga dia mencintai tetangganya atau beliau bersabda,saudaranya,sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
kata hamba allah; wahai orang-orang yang sihat badan dan kosong dari amal. bagaimanakah kamu lewatan peribadatan kepada tuhanmu seandainya hatimu melihat hal itu nescaya kamu merintih dan menyesal.sedarlah.
kata malik bin dinar; jika kamu ingin makrifat kepada allah maka redha dengan rencana dan takdir nya,dan janganlah kamu jadikan hawa nafsumu,naluri dan kemahuanmu sebagai sekutu bagi nya.
al quraan; sesungguhnya allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.[al raad;11].
hadisnya; tidak ada sedekah dimana orang uyang masih mempunyai hubungan rahim itumemerlukan.
hadisnya; minta tolonglah atas setiap pekerjaan kepada ahlinya.
al quraan; dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,lalu kami jadikan amal itu debu yang berterbangan.[al furqan;23].
setiap amal yang dimaksudkan untuk selain allah adalah debu yang berterbangan.
jika urusanmu samar atas orang-orang awam maka tidak samar atas orang-orang khawas(khusus),orang bodoh samar terhadapnya,sedangkan orang alim tidak samar.
syaitan mempermainkan orang-orang awam sebagaimana kuda mempermainkan anak kuda.syaitan mengendalikan salah seorang antaramu pada apa yang ia kehendaki sebagaimana seseorang dari padamu mengendalikan.
al quraan; dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat nya, dan merekalah yang akan ditanyai.[al anbiya;23].
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
hadisnya; barang siapa yang mengenal allah maka lidahnya kurang petah.
al quraan; maka barang siapa yang menghendaki,tentulah ia memerhatikannya.
al quraan; maka allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya.[asy syam;8].
al quraan; dan orang-orang yang berjihad untuk kami,benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalankami.[al ankabut;69].
kata hamba allah; janganlah kamu memberi kemurahan kepadanya dan jangan kamu mentaatinya. janganlah kamu senyum terhadapnya dan latihlah nafsu itu dari setiap seribu kata dengan satu perbuatan untuk mendidik,memenangkan dan memuaskannya.
apabila nafsu itu minta sesuatu yang menyenangkan dan lazat maka tunda-tundakanlah,kemudiankanlah dan sabarkanlah nafsu atas pahitnya cegahan sehingga datang pemberian kepadanya.
maka kamu tidak melihat kecuali satu penjuru angin pada keadaan yang mana kebanyakan makhluk tidak memikirkannya,tetapi itu untuk beberapa orang saja iaitu dari satu uta orang hanya terdapat seorang saja.
diakhirat,perbuatan itu tanpa sebab. anggota-anggota badanmu dapat berkata dan bersaksi atas kemaksiatan-kemaksiatan yang kamu lakukan.pada hari kiamat,terbukalah semua tirai dan jelaslah segala yang tersembunyi,baik kamu kehendaki atau kamu enggani.
seseorang tidaklah masuk neraka kecuali dengan hati dingin kerana terbukti kesalahannya. bacalah kitab-kitabmu tentang sunnah.fikirkanlah dirimu padanya,kemudian bertaubatlah dari keburukan-keburukan dan bersyukurlah
atas kebaikan-kebaikan.
dia yang meletakkan,yang memberikan pertolongan dan dia lah yang memudahkan. seandainya tidak kerana nya nescaya kami tidak mengetahuinya.
wahai orang-orang yang takjub kepada amalnya,alangkah bodohnya kamu.seandainya bukan kerana taufik nya, nescaya kamu tidak solat,tidak puasa dan tidak sabar.
sala sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
tuan-puan sekalian,kita ini sekarang berada dalam zaman yang disebut oleh rasulullah saw sebagai akhir zaman. bukan setakat bagi umat nya bahkan bagi seluruh alam beserta makhluk-makhluknya, tidak kira yang zahirnyata seperti kita manusia atau ghaib daik seperti jin.
maka selepas dari permergian atau wafatnya rasulullah saw, terlalu ramai dari kalangan makhluk alam terutama manusia dan jin yang tidak tetap diatas seruan rasulullah saw dan mereka tergelincir,yang menyebabkan banyak perkara dan urusan yang di bina siapkan oleh rasulullah saw, telah tersangkut disebabkan kerakusan oleh manusia yang selepas darinya.
urusan banyak terbengkalai disebabkan, dari kalangan mereka-mereka yang tidak kenal diri dan dengan ego dalam hati mereka,telah membawa kepada pepecahan,peperangan dan kacaubilau dimerata pelusuk dunia.
rasulullah saw telah menyiapkan satu binaan yang kukuh pada masa hayatnya,sebaliknya mereka yang selepas darinya telah memporak perandakan dengan menentang dan menimbulkan fitnah kepada para sahabat rasulullah saw dan penentangan itu menyebabkan para sahabat terpaksa menghilangkan diri mereka, bagi melindungi apa yang telah rasulullah saw siapkan.
dari itu ramai dari mereka- itu sekarang ini yang duduk hanya bersangka-sangka dengan pengetahuan mereka,ibarat ayam;kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. dan yang lainnya terutamanya orang awam,ibarat anak burung yang baru menetas,berteriakan dalam sarang dengan mulut yang terngaga minta makan dari induknya.dan kalau bukan induknya yang sampai,maka tidak selamatlah anak-anak burung itu.
maka jangan salahkan helang atau ular kerana menyambar anak-anak burung itu.mereka hanya mencari makan semata. dan induk yang baik akan melindungi anak-anak nya walaupun mereka sendiri musnah dibaham.
adakalanya anak-anak burung itu pun tak berdisplin dan gelojoh,kepak tak berbulu pelepah lagi, dah nak terbang tinggi,maka terjadilah kemusnahan.mereka terjun dan lalu menjunam jatuh dari sarang ketanah, menjadi bangkai atau berkecai dan dimakan oleh binatang lain pula.
untuk membentuk ilmu iman aklak syariat,memerlukan masa ketabahan dan kesabaran. tiada jalan pintas.ia perlu diletak satu,satu,satu sehingga siap terbinanya binaan itu semula seperti yang rasulullah saw pernah siapkan semasa hayatnya. seperti mana rasulullah saw lakukan dan seperti itu jugalah kita perlu ikut dan buat tiada lebih dan tiada kurangnya melainkan sama yang seperti rasulullah saw buat bina itu. rasulullah saw melakukan demi allah dan kita juga kena melakukannya demi allah.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
setiap jawapan yang diberitakan dalam al quraan,telah di persediakan soalan yang hamba allah perlu rungkai dan jawab.
sebab kaedahnya disediakan jawapan dahulu baru disediakan soalan,tiada diberikan soalan terlebih dahulu dan baru jawapan di beri.
kesemua wahyu dan berita dan ayat-ayat dalam al quraan dan sunnah itu adalah ilmu jawapan,dan apabila tidak faham dan tidak tahu maksudnya, barulah soalan kepadanya timbul dan ditanya orang.
dan sebahagian besar dari jawapan yang dijawab oleh rasulullah saw adalah dalam bentuk kias,kalau ianya melibatkan perkara rahsia ghaib,maka ianya terjadilah seperti teka teki.
kita telah diberikan jawapan bagi keseluruhan perkara oleh allah sebelum adanya kita diatas muka bumi lagi.dan keseluruhan ilmu yang bagi keperluan manusia telah dilengkapkan oleh allah.begitu juga ilmu berkenaan allah. dan yang menjadi pertikaiannya adalah manusia itu sendiri lupa,terlupa atau sengaja lupa atau buat-buat lupa. jadi untuk mendapatkan semula jawapan atau ilmu yang diberikan oleh allah itu semula maka al quraan dan sunnah di turunkan kepada nabi muhammad saw sebagai nabi dan rasul akhir zaman sebagai peringatan,sebagai pelajaran yang ilmu nya disampaikan melalui al quraan dan sunnah rasulullah saw.maka barulah timbulnya soalan tanda tanya dan persoalan dan permasalahan sebagai tauladan dan sempadan bagi kegunaan manusia dan jin dan seluruh makhluk alam.
maka oleh itu disebutkan dalam ayat al quraan sebagai begini;
akal yang telah disempurnakan atau manusia telah diberikan akal yang telah disempurnakan atau kalau manusia itu berakal atau fikirkanlah dengan akal yang telah disempurnakan atau mengapakah mereka tidak memikirkan atau adakah mereka tidak berakal.
maka fikirkanlah akan kebesaran serta keagungan allah yang maha mutlak.
salam sejahtera'shahihnya;
maaf kata;
kepada mereka-mereka, tuan puan serta kami juga,kehendak kepada menyusun sanad keturunan itu amat diperlukan sebagai satu kaedah mengenal diri dan untuk mengenal allah,dan ianya cara jalan kembali kepada syariat islam untuk pulang kepangkuan allah dengan selamat sebagaimana yang dikehendaki oleh nya.
sanad keturunan ini adalah sambungan dari kita sehinggalah kepada nabi adam dan seterusnya kepada siapa kita untuk kali pertamanya dicipta oleh allah.
susunannya kesemuanya ada beberapa bahagian;
sanad adat
sanad adab
sanad fekah
sanad ilmu
kesemuanya adalah susunan sanad keturunan kita ,untuk sampai kepada allah,yang menciptakan kita. kesemuanya perlu disusun dan dicari ,dikenal dan difahamkan bagi di persatukan keseluruhannya. dan bukan untuk dibanggakan sebagaimana yang mereka-mereka dan tuan puan fikirkan.
maka oleh itu seluruhnya akan terletak di dalam solat yang kita diperintahkan mengerjakan sebagai rukun fardu.maka telah disebutkan;barang siapa yang khusuk dalam solatnya atau hendaklah solat dengan penuh khusuk serta tawaduk.sebaliknya kebanyakan dari kita,bermain-main semata dalam solat dan solat untuk mendapatkan gajaran pahala semata. dan bagaimana hendak khusuk kalau rukun islam dan rukun iman dan ilmu dan adab dan adat dan fekah tidak disertakan bersekali dalam diri semasa solat.
ulama menyatakan;semasa kita solat,kita berbicara denga allah atau kita sedang berdiri dihadapan nya,maka seluruh urusan dan hak kita sebagai hamba nya akan di soal semasa itu.dan adakah jawapan kita itu betul atau tidak,ia terletak pada empunya diri yang sedang solat.soalan yang ditanya oleh allah, adalah, siapa engkau?, dan siapa aku?.
maka kembalilah kepada urusan perkara yang sebenar yang rasulullah saw telah tunjukkan sebagaimana rasulullah saw menyebutnya;
aku tinggalkan dua perkara,kalau kamu ikut kamu tidak akan sesat;
al quraan dan sunnah, sebagai pedoman. itu adalah pusaka rasulullah saw yang di wakafkan,disedekahkan,dizakatkan kepada seluruh manusia dan jin dan seluruh alam serta isinya sekali, pemberian dari allah swt kepada rasulullah saw. amin amin amin ya robalalamin..inshallah.
Salam..
Adakah keturunan Aki Dagang?
Post a Comment