salamun...tuan@puan ahli bait ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
dalam satu kisah, anak khalifah umar telah diarah pergi kesebalah negeri sham bagi mengutip@mengambil duit zakat dari gabenurnya untuk dibawa pulang ke madinah(diserah kepada khalifah). sesampainya dia disana, gabenor negeri itu terperanjat dengan keadaan anak khalifah(dengan keadaan pakaian yang tak sepatutnya@daif, sebagai anak seorang khalifah). melihat akan keadaan itu,gabenor telah mencadangkan kepada anak khalifah agar dia menggunakan@pinjam dahulu duit zakat dan diperniagakan dan bila untung,modal dari pinjaman duit zakat itu dikembalikan semula. cadangan itu diterimanya dan dia telah perniagakan duit zakat itu dan mendapat untung@laba yang banyak sekali. dengan hasil keuntungnya itu, dia telah membeli pakaian baru. maka berlalu lah dia pulang kembali ke madinah bersama wang zakat serta untung hasil perniagaannya dengan berpakaian cantik dan segak. sesampainya dia dimadinah lalu dia mengadap khalifah dan menyerahkan wang zakat yang dibawanya.
khalifah yang tadinya menyambut anaknya itu berasa hairan dengan keadaan anaknya itu yang segak.
lalu bertanya khalifah kepada anaknya" dari mana engkau mendapat pakaian yang cantik lagi indah ini, sedangkan semasa engkau bertolak dahulu, pakaian engkau amat daif dan kusut."
dijawab oleh anak nya"wahai khalifah,ceritanya bergini;dia menceritakan perkara yang terjadi dan cadangan yang diberi oleh gabenor itu sehingga habis.
lalu khalifah menjawab"wahai anakku, kamu kena serahkan kesemuanya sekali bersama-sama keuntung dan pakaianmu itu kepusat zakat@baitul maal kerana keuntung yang kamu perolehi itu adalah dari modal zakat dan kamu tidak layak menggunakan dan tidak layak mengambil keuntungan darinya."
anak khalifah mengangukkan kepalanya atas sebab faham akan perkara yang diperkatakan oleh ayahnya, lalu dia menyerahkan seluruh keuntung yang diperolehi dari perniagaannya berserta pakaian yang di pakainya dibadannya dan menyarung semula pakaian lamanya.
Anonymous
on 3/13/15
14 comments:
salamun,
neguai;
umpama katak dibawah tempurung,mari kita fikirkan kenapa katak tu duduk dibawah tempurung.maka akan banyak persoalan yang timbul dalam benak manusia dari perumpamaan ini.
dan cuba fikirkan pula sekarang ini kenapa manusia meniru seperti katak itu buat.
lihat sekeliling,kenapa pada setiap rumah dan bangunan dipasang alat penghawa dinging dan manusia kalau boleh tidak mahu keluar dari tempat atau bangunan yang berhawa dingin.
dan mereka kata cuaca diluar panas membakar kulit,sehinggakan pada setiap surau dan masjid semuanya boleh dikatakan telah dipasang alat penghawa dingin,kononnya untuk keselesaan orang ramai.
sejuk atau panasnya diri atau hati seseoranng manusia itu bukan terletaknya pada alat atau tempat hawanya dingin,sebaliknya ianya terletak pada syukur dan redha diri dan redha dari allah.
maka dibincangkan hasrat raja itu dipukul mongmong berkeliling negeri bagi mendapatkan orangyang boleh mendatangkan ubat atau hikmat beranak.
selang beberapa lamasehingga kehari sebelum empat puluh,tiada seorang pun yang menjawab walau pun akan diberikan anugerah.
maka berhimpunlah para menteri itu bermesyuarat mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan mereka itu.dan kata perdana menteri yang tua itu kepada menteri yang lain;;ada hamba dengar cerita daripada nenek hamba tatkala hamba lagi kanak-kanak,ayahanda hamba bercerita,pada suatu gunung ada seorang pertapa pada gunung ini dan bagindaitu terlalu sakti.
apabila raja itu sakit atau hendak beranak maka pergilah orang kesana meminta ubat kepada baginda itu nescaya sembuhlah penyakkitnya atau beroleh kanak-kanak.tetapi tempatnya terlalulah susah dan beberapamalalui hutan rimba belukar dan beberapa bertemu dengan binatang-binatang buas-buas,lagi pun beberapa zaman lamanya hamba dengar.
siapa akan dapatpergi kesana kerana tempatnya terlalu sukar,sahut oleh menteri-menteri yang muda,dan mereka rela mati di pancung oleh raja darimencuba pergi untuk mendapatkan ubat itu.maka perdanamenteri tunduk berdiam dirinya,syahadan dengan masyughulnya.
salamun,
neguai;
umpama dari hujung rambut hingga hujung kuku,selalunya mereka-mereka gunakan apabila memohon maaf,untuk menunjukkan pemohonan itu dari seluruh atau sepenuh hati mereka, dan yang lainnya seperti, zahir batin, dunia akhirat, sepuluh jari, dan dengan hati.
dalam satu lagu,ada satu senikata berbunyi bergini; milik siapakah diri ini(pinjam jap), siapa punya atau hak milik siapa yang dari hujung rambut hingga hujung kuku ini?,dan apabila mati manusia atau anak adam itu,kemana dia hendak balik?,jadi mengapa masih leka,ingkar dan bermain-main.sudah habis ke urusan diantara manusia dengan allah dan urusan manusia dengan rasulullah.maka semak semula dalam al quraan dan sunnah,apakah tugas kita yang wajib diselesaikan sebelum kita kembali(mati).takkan lah nak dibiarkan orang yang selepas dari kita pula yang menyelesaikan tugas kita.
pada setiap diri manusia ada tugas yang wajib dan perlu diselesaikan,dan kalu tidak diselesaikan dirinya akan di kifarahkan dan anak cucunya pulak yang akan menanggung bagi pihaknya kifarah nya itu. dan kalau anak cucunya tidak juga selesaikan tugas itu maka kifarah itu akan di simpan dan dibalas pada hari akhirat nanti. balasan tetap akan dikenakan.kalau tak banyak,sikit atau kalau hukuman tak berat,ringan.maka hukum tetap hukum.
kalau nabi adam,hawa dan azazil dikenakan hukum atas salah laku mereka kenapa pula (sekarang ini) mereka-mereka itu dan tuan puan dan kami menyamgka boleh terlepas dari hukum allah.sebab itulah mereka itu bertiga memohon ampun dari allah beratus atau beribu tahun. bagi dilepaskan dari hukuman yang dikenakan keatas diri mereka.
seperti ayah menghukum anaknya,dan itu satu pengajaran bagi anaknya.
makadilihatnya perdanamenteri dalam keadaan masyghul bersedih dan akan pekerjaan itu tertanggung atas batu kepala perdana menteri,maka berkata hatinya dia; kerana perdanamenteri itu banyaklah kasihnya padaku akan pekerjaan ini diatas batu kepala perdana menteri juga tertanggung,jikalau demikian baiklah nyawaku akan balasnya.
setelah sudah fikirnya itu,dari hatikepada akal dan keluarlah kata-kat dari dia kepada perdanamenteri; ya tuanku perdana menteri janganlah tuan hamba bercinta lagi.adapunhambalah pergi kesana kepada baginda yang sakti itu.
balas oleh perdana menteri sambil dipeluknya akan dia; sungguhkah anakku bercakap hendak pergi kepada baginda saktiitu supaya kupersembahkan kepada paduka raja.
maka disahut oleh dia;ya tuaku perdana menteri sungguhlah seperti kata hamba.
salamun,
neguai;
umpama mencurah air kedaun keladi, tuan puan nak percaya pun boleh dan kalau tak nak percaya pun boleh ,takde masalah bagi koi,
perkara ini duduknnya dalam fekah(mengikut tata cara laku fekah),dan yang lainnya terserah kepada tuan puan dan mereka-mereka itu;
dengan izin dan kehendak allah,koi nyatakan;
kepada musibah penyakit dan salah lakunya(fikirkan lah dulu,jangan tergadah)
apabila telah cukup tempoh masanya salah laku yang terkumpul ghaib itu akan dinyatakan menjadi penyakit yang nyata sebagai peringatan,pengajaran,ingatan,kifarah kepada diri manusia..agar kembali kepangkal jalan dan perbetulkan diri. dan bukan nya makanan menjadi punca utama kepada musibah itu.(kalau makan yang haram atau subahat,itu sengaja cari bala bukan mendatangkan musibah lagi)
salahlakunya adalah subahat,maka iamendatangkan penyakit dalam bentuk kanser atau barah.
salah lakunya adalah iri hati,maka iamendatangkan penyakit kencing manis.
salah lakunya adalah berungut-rungut dan tidak puas hati,maka iamendatangkan penyakkit darah tinggi.
salah lakunya adalah mengenepikan salasiah wasiah,maka iamendatangkan penyakit pada jantung.
salah lakunya adalah bertangguh-tangguh dalam urusan(syariat@fekah),maka iamendatangkan penyakit pada hati.
maka kat menteri yang muda-muda;'janganlah tuan hamba persembahkan kepada baginda raja kata kanak-kanak itu.diamankan dia sampaikesana kerana tempat itu terlalu sukarkalau tiada sungguh kalau-kalau bretambah-tambah murka yang dipertuan akan kita ini.
lalu jawab oleh perdanamenteri;,jangan kamu sekalianberkata demikian itu kalau-kalau siapa tahu mudah-mudahan ditolong oleh tuhan yang maha besar akan anak hamba ini.maka pada bicara hamba baiklah juga kita persembahkan ke pada baginda raja.
sahut oleh menteri muda-muapula;'janga didengar kata kanak-kanak itu bukan kadar dirinya itu sampai kan kesana.
mendengar demikian maka muka perdana menteri pun seperti api bernyala-nyala akan dengan marahnya.maka dia pun menyerahdiri kepada tuhan yang maha besar akan menyampaikan barang sesuatuhajat hambanya,dan lalu pulang selepas meeting itu selesai.
sebaliknya segala menteri yang muda-muda itu juga yang sakit hati.
hari yang dijanjikan itupun sampai maka mereka datang mengadap bagindaraja dan lalu ditanya oleh raja;'hai segala mentrikku,dapatkah yang seperti hasratku itu?
maka sembah oleh menteri yang tua dn menteri yang muda-muda;'yatuanku syah alam,patiksekalian memohonkan tangguh empatpulu hari,telah patik suruh orang memalukan mongmong tiada juga yang bercakap melainkan ampun juga akan patik apa sekalian ini.
mendengar akan sembah sepertinya itu maka raja naik murka hendak di bunuhnya mereka itu sambil memandang kepada perdana menteri.
sembah perdana menteri pula apabila melihatkan keadaan itu; ada seorang maha resyi pertapa pada gunung yang saktidan gunungnya terlalu jauh dari sini,yang pernah di dengari dari neneknya(telah disebutkan sebelum ini).
maka telah diceritakan kepadaseluruh rakyat,seorangpun tidak berdatang sembah(tiada yang sanggup pergi) seperti kata patik itu melainkan anak patik ini juga berdatang sembah untuk pergi.
salamun,
neguai;
umpama kalau kail sejengkal, kalau dah tahu tali kail itu pendek dan tak boleh dihulurkan kedalam air yang dalam,maka belikanlah tali yang lebih panjang,tak payahlah sampai ditegur orang.
maka bergitu jugalah kepada ilmu dan kepada keyakinan diri manusia. manusia tidak ada alasan lagi untuk mengelak,dengan mengatakan mereka tidak tahu atau tidak ada orang yang menyampaikan atau lain-lain alasan bagi pelepas diri mereka. dan bumi ini terbentang luas.
maka titah raja;'hai anakanda sungguhlah engkau bercakap akan demiian ini,maka pergilah engkau dekat pendeta sakti itu.dan sembah dia;'ya tuanku syah alam jikalau dianugerahkan oleh tuhan yang maha besar kiranya dan syah alam pun empunya daulat dapatlah patik bercakap pergi ke sana.
dalam pada itu juga menteri-menteri muda mentertawakan dia,lalu di tanyaoleh raja;'hai segala kamu mengapa maka engkau tertawa.
maka sembah segala menteri;'ya tuanku patik memohonkan pada bicarpatik,apa dimanakan sampai kanak-kanak ini kesana kerana tempat itu terlalu sukar,maka lalu dimarahi raja akan mereka itu dan bertitah;'hai bidaah beberapa engkau makan hasil didalam negeriku ini.mengapakah engkau apa tiada mahu berbuat kebaktian aku,selang kanak-kanak tiada berapa hari disini ia hendak berbuat kebaktian kepadaku.hatta dihalau segala menteri-menteri yang muda itu.
sebelum berpergian itu,dipesankan oleh perdana menteri'hai anakku tuan,ingat-ingatlah anakku berjalan itu,maka janganlah lupa barang kerjamu.ujar dia;'ya tuanku perdana menteri bahawa sekalian hamba allah lupa dan tersalah juga bahagiananya,dan patik serahkan diri patik kepada tuhan yang mahakuasa akan memeliharakan hambanya.
bergitu juga kepada nenek kebayan,ujarnya;' wahai cucuku sahaja hendak dibunuhnya,dimana akan sampai kesana kerana tempatnya itu terlalu amat sukar.lalu ujar dia;'hai nenekku serakkan hamba kepada tuhan yang mehabesar.sambil bertangisan kerana perpisahan itu.maka diapun berjalan menuju matahari mati.
salamnu,
neguai;
umpama sudah gaharu cendana pula, pada hal ilmunya mereka-mereka itu adalah tinggi-tinggi belaka sebaliknya kecenderungan mereka masih lagi kepada perkara yang bersangka-sangka atau dunia, mereka masih tidak kemeroh dalam diri.dan masih bersandarkan atau berlapik pada orang lain.(gaharu dan cendana itukan benda yang untuk perkara yang sama)(wangi dan harum).
ulama dahulu mengambil dari dalam l quraan dan sunnah,dan mereka hanya menghuraikan bagi memahamkan orang lain,dan sebab itu pendapat mereka berbeza-beza,dan kefahaman mereka(ulama-ulama dahulu)itu berserta dengan keyakinan,dan pendapat ulama yang lain itu di baca sebagai menambahkan pemahaman dan ilmu mereka semata. dan bukan dijadikan sandaran ucapan atau pendapat. sebab mereka tidak takut di cela orang dan mereka tidak dibayar upah untuknya dan tidak pula untuk mendapatkan pahala,dan apa yang mereka kata dan lakukan adalah wajib atas mereka untuk redha dari allah atas tugas-tugas yang mereka jalankan semata.(perintah dan izin allah keatas diri mereka).
maka dia pun masuk keluar hutan,padang bukit gunung,bertemu binatang yang buas,siang malam, syahadan memuji-muji nama tuhan.kalakian maka dia pun berhenti,dan berkatalah sekalian binatang liar-liar di kawasan itu;'hai segala kaumku mari kita sekalia pergi mengadap dia anak maharaja bangsa manusia dan kepada baginda itu dapatlah kita berlindungkan dirinya kita daripada seteru kita.
hatta maka segala binatang itu pun datang kepada dia dan sekalian pun menundukkan kepalanya itu kepada dia.maka ujar dia;'hai sekalian kamu binatang liar,apa kerjamu datang kepadaku ini.
maka kata segala binatang itu;'ya tuaku,kami ini sekalian datang berlindungkan diri kami daripada seteru kami itu.
maka ujar dia;'dimana seteru kamu itu?.
maka kata segala binatang;'ya tuanku digunung sana itu.
maka ujar dia;'diamlah kamusekalian disini.akulah melawan seterumu itu..setelah sudah demikian maka segala binatang itu pun minta doa pada tuhan yang mahabesar akan dia,maka berjalanlah dia dan binatang itu kegunung sana itu lalu berkata dia kepada binatang yang banyak itu;'diamlah kamu sekalian disini.digunung itu dilihatnya tulang bertimbun-timbun dan fikir dia didalam hatinya;'gunung inilah gerangan yang di katakan oleh segala binatang itu.
salamun,
neguai;
umpama layang-layang terputus talinya,adakah mereka terputus atau memutuskan atau sengaja putus akan tali layang-layang itu,sebaliknya manusia tidak mengambil pelajaran dan pengajaran dari bacaan dan cerita dari dalam al quraan dan al sunnah@al hadis,walaupun mereka lihat dan dengar dengan mata serta telinga mereka, mereka pana dengan bersukaan hidup. sehinggakan mereka leka atau alpa dari dugaan yang diberikan kepada mereka oleh allah. dan apabila bala atau petaka sampai kepada mereka ,maka mereka meraong dan merintih.insaf itu hanya sedetik sahaja pada mereka itu dan selepas itu lekanya menyelubungi mereka semula sebab mereka terlepas dari petaka.
maka tiba-tiba didengarnya bunyi sesuatu suara demikian bunyinya;'hai tuan,janganlah tuan hamba naik digunung itu,tapi tiada siapa yang disekelilingnya,maka ujar dia;'hai tengkorak tuan hambalah yang brseru-seru akan hamba tadi?.ujar tengkorak itu;'bahkan.lalu dia bertanya kepada tengkorak itu;'maka mengapa tuan hamba memanggil hamba?.
maka jawab tengkorak itu;'ampun tuankuinilah tengkorak yang taklok kepada ayah tuan hamba itu.sebermula adapun tatkal hamba daripadamenghantar uftikepada ayahanda tuankku itu,maka hamba pun sesat melarat lalu sampailah digunung,maka diceritakanlah sehingga lah dia di bunuh oleh raksaksa itu.
maka kata dia;' adapun yang kasih tuan hamba itu sebenarnyalah,tetapi tuhan juga yang memeliharakan kita.kata pula tengkorak itu;'mudah-mudahan dipelihara tuhan juga tuan hamba.
hatta dia pun naiklah keatas gunungitu dan raksaksa itu pun tercium bau manusia,maka ia merupakan dirinya seprti seorang tua dan dipanggungkan pedang ditangannya. mak bertemulan dia dengan raksaksa itu.
hai! katanya;'orang muda,ambilolehmu pedang pada tanganku ini.
maka dia pun melompat seraya bertempik merampas pedang pada tangan raksaksa itudanpedang itu dapat ketangan dia dengan pertolongan tuhan yang mahabesar,maka diparangkannya raksaksa itu menjadi penggal dua,maka ia merupakan dirinya seperti orang muda serta berkata;'pandang mukaku.
jangankan memandang,menoleh pun tidak mahulalu dia pun berjalan meninggalkan raksaksa,raksaksa itumenukar rupanya menjadi dirinya sebesar bukit lalu mati.
dia lalu sampai keatas gunung dan memasuki gua,maka dilihatnyan ada suatu penbendaharaan dan dibuka akan pintunya dan dilihatoleh dia terlalu amatindah-indah dan ajaib-ajaib.keluarlah dia dari dalam gua itu naik keatas gunung dan dilihatnya akan bermacamkeajaiban alamciptaan tuanah yang maha besar.maka dia pun mengucap syukurlah kepada allah dan terkenanglah akan ayah bondanya.
salamun,
neguai;
umpama yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran, pada setiap ibadah atau apa-apa perbuatan baik hendakklah di kerjakan atau dilakukan dengan siap dan sempurna satu persatu,apa bila telah siap satu kerja maka bertawakallah kepada allah dan kerjakanlah pekerjaan yang satu lagi atau berikutnya.
pada mereka yang berkejar melakukan ibadah atau perbuatan baik yang mereka harapkan pahala atau saham akhirat,ingatlah mereka cuba menuntut upah daripada allah dengan di berikan pahala atas ibadah yang mereka lakukan.maka dimana ikhlasnya dan redhanya mereka kepada ibadah dan perbuatan baik mereka itu,dan apa bila ikhlas dan redha tiada dalam ibadah atau perbuatan baik yang dikerjakan mereka,maka keletihan yang mereka perolehi.
mereka masih keliru,kerana ada yang mengelirukan kefahaman mereka.
mereka suruh ikhlas dalam apa juga perbuatan dan ibadah dan pada masa yang sama mereka bercerita akan gandaan pahala yang banyak diatas sesuatu perbuatan baik dan ibadah.
dan masa itu nanti ibadah dan perbuatan baik yang dikerjakan itu akan mempersoalkan dan menuntut haknya di sempurnakan. perkara ini seperti juga orang yang melukis gambar haiwan,pokok atau manusia,maka gambar itu akan mempersoalkan dan menuntut haknya supaya disempurnakan dari orang yang melukiskan dirinya.
dan apabila melakukan ibadah dan perbuatan baik atau sesuatu pekerjaan,ianya mestilah ada sebab musababnya dan sandarannya.bukannya hanya ikut-ikut dan tiru semata.
sebemula diceritakan oleh orang empunya cerita inidemikian bunyinya.setelah dia berjalan itu maka sampailah dia kedalam negeri jin. dilihatnya dari atas gunung akan keajaiban akan negeri itu,yang tak semena-mena terjadi perang diantara jin islam dengan jin kufur kerana berebutkan padang rumput untuk kuda makan.disebabkan si jin kufur itu telah tamak akan hak jirannya maka dia diperangi oleh jin islam,lalu dibantu oleh dia dan telah membunuh akan jin kufur itu.
salamun,
neguai;
umpama bangau oh bangau, dalam seloka itu dia ditanya kenapa dia kurus,dia jawab sebab dia tak dapat makan dan disuruh tanyakan pada rumput kenapa panjang sebab dia tak boleh cari makan.
dan dalam kisah lain pula dia berangan nak makan tujuh kali sehari,apabila didepan nabi sulaiman disebabkan gugupnya hati dan mulutnya serta tamaknya dia,dia tersilap minta, menjadi, tujuh hari sekali makan.
dalam islam, faham betul-betul dan yakin betul-betul dan tahu betul-betul pada hati apa yang allah perintahkan dan apa yang rasulullah sampaikan dan jangan dok haloba tak tentu pasal(itulah yang disebut ainulyakkin),jangan berikan sebab-musabab(ustat tu cakap,ulama tu cakap,buku kitab tu cakap,bomoh tu cakap,pawang tu cakap atau ustazah tu cakap) mereka hanya bercakap atau memberi akan penerangan saja dan yang sebenar mestilah rujuk pada al quraan dan sunnah@hadis.
maka kata anak raja jin islam itu;'tuan telah menghapuskanmalu hamba itu,dijadikan saudara akan diadunia akhirat.
maka ujar dia;'pujian hanya tuhansarwa sekalian alam juga,dan hamba ini sehingga jadi sebab juga.
maka tinggallah dia dinegri jinislam itu untuk beberapa lama sehingga dikhawinkan dengan adik perempuan anak raja jin itu..maka suatu hari teringatlah akan dia pekerjaan yang diperintahkan keatas diauntuk mengadap pendeta sakti itu lalu bermohonlah dia kepada raja isteri dan saudara nya itu.
ya tuaku syah alam sampailah kasih tuanku akan patik.perkerjaan patik itu belum lagi sampai.jikalau ada hayatpatik datang juga mengadap duli syah alam.ujar dia kepada raja negeri jin islam.
gajah putih dalam kota,dangkemayat lalu berlembu,jangan puteri sedihkan beta,adalah hayat kita bertemu.ujar dia kepada isterinya.
maka diiringaka diaoleh saudaranya anak raja jin islam itu,lalu berpesan;'hai saudaraku,jikalau ada barang-barang sesuatu yang sukar kepada saudaraku citalah nama hamba supaya segera hamba datang.
setelah itu maka dia pun bermohon lalu berjalan menuju matahari mati.
salamun,
neguai;
umpama yang pepeh datang melayang yang bulat datang bergolek,macammana yang pepeh nak melayang kalau tak dilayang kan oleh manusia atau angin dan kalau tak digolekkan oleh manusia atau haiwan tak bergolek yang bulat itu(maka sebab musababnya mesti lah ada), kepada ilmu, iman, yakin,insaf dan seluruh syariat fekah islam,tidak akan datang kepada kita atau mereka atau tuan puan dengan sendiri.manusia itu yang kena bergerak dan berusaha mencari serta mendapatkannya dan jangan sampai tertipu oleh orang atau diri sendiri dengan bersangka-sangka.(dalam pada itu petunjuk serta izin perlu di pohon dari allah)
kita mendapat rezeki dari allah,diatas bumi allah tetapi tidak kenal akan allah,tak patut lah macam tu. dan akan diri sendiri pun masih tidak kenal atau samar-samar.(dan kalau dah tak kenal diri sendiri siapa yang sebenar maka jadinya siapa yang beribadah,siapa yang menuntut dan siapa yang dituntut).
hatta tatkala diaberjalanmaka bertemulah dengan tasik yang luasnya seperti laut,lalu dihampirinya,dilihatnya pasir nya terbuat dari emas urai dnbatunya dari permata yang indah-indah dan bermacam ajaibnya tasek itu.dandia berjalan melihat keindahan keajaiban sekeliling dan berbunyi suatu suara memanggil dia;hai anak raja manusia,ingat-ingat tuan hamba.
makadilihat kiri kanannya terlihat mayat yang banyak lalu ditanya dia akan mayat itu;hai mayat,tuan hambakah yang berseru-serukan hamba ini.maka sahut mayat itu;'bahkan.adapun sebab hamba berserukan tuan hamba itu memberi ingat ada seorangraksaksa disini.maka apabila ia keluar maka ombaklah tasekini dan ia datang kesisi hamba.maka ditindih kepalanya hamba,maka hamba pun tidurlah,antara tidur dengan jaga,setelah itu maka tiadalah sedarkan diri,maka tiadalah boleh bangun lagi,sebab itulah hamba memberitahu kepada tuaku.
maka kata dia pada mayat itu;'serahkanlah nyawamu itu kepada tuhan yang mahakuasa.
salamun,
neguai;
demi masa,sesungguh manusia sentiasa dalam kerugian,kecuali orang-orang yang....(maksud dari surah al quraan); tidak ingatkah manusia akan berita yang lepas?.apabila masa berlalu maka ingatan mereka sudah lupa akan kisah sejarah diri mereka pada masa lalu.al quraan diturunkan bagi mengingatkan semula ingatan manusia sebaliknya mereka masih tidak dapat mengigatinya juga.adakah manusia itu pelupa?.mereka bukan pelupa sebaliknya mereka hayal dan berangan-angan dari mengigati apa yang sebelumnya terjadi atas diri mereka.
apakah mereka-mereka itu dan tuan puan ingat urusan ini hanya untuk suka-suka bagi menyusun salasialah keturunan.tidak.bahkan urusan ini adalah, diarahkan untuk membangkitkan ingatan mereka-mereka itu,tuan puan dan diri sendiri dalam berbagai-bagai cara atau kaedah yang boleh merangsang ingatan manusia supaya mengigati serta mengenali diri sendiri dan mengenali serta mengigati allah.dan selain dari itu bukan dalam pengetahuan.maka urusan selain darinya dan yang dijalankan adalah hak mutlak allah.maka kepada allah dikembalikan segala urusan yang telah dijalankan serta urusan yang lainnya. sebagai satu jalan takwa serta tawakal kepada allah.
hatta seketika lagi maka keluarlah peri daripada dalam tasik itu,maka dia pun berpura-pura tidur,peri itu datang menghapiri dia hendak ditindihnya,maka segera dia melompat seraya menangkap akan rambut peri itu.
maka berkata dia;'sekarang ini matilah engkau hai celaka.maka peri itu pun berkata;'hai orang muda lepaskanlah rambutku ini apa kehendakmu aku berikan kepadamu. maka kata dia;sungguhkah engkau hendak memberi barang kehendakku?. sahut peri itu;'sungguhlah hamba beri. kata dia;'apa yang engkau hendak berikan kepadaku ini?maka berkata peri itu;' ada suatu geliga.jika tuanku mahu kuberikan,adapun gunanya...,maka dia pun melepaskanlah rambut peri itu. ujar peri itu kepada dia;'hai orang muda,daripada hari inilah tuanku menjadi cucuku.maka tanya peri itu lagi;'hai cucuku,siapa namanya tuan ini disebut oleh orang dan siapa ayah bondanya tuan ini dan bangsa mana tuan ini dan apa kehendak tuan datang kemari ini?.maka sahut oleh dia;'hai nenekku,adapun aku ini anak maharaja dari bangsa manusia dan demikian diceritakan segala hal ehwalnya kepada peri itu.
maka ujar peri itu;'wahai cucuku hendak kemana tuan sekarang ini?
sahut oleh dia;' hamba hendak pergi kepada pendeta yang sakti itu.
jawabnya peri itu;'wahai cucuku,dimanakah boleh cucuku akan sampai kesana kerana tempat pendeta sakti itu terlalu musykil.maka sahut oleh dia;'boleh juga sampai kesana jikalau ada dengan kurnia tuhan yang maha kuasa akan menyampaikan hambanya.
maka bertanya dia;'hai nenekku tempat siapa ini?
salamun,
neguai;
kuman diseberang nampak gajah depan mata tak nampak, maka ramailah manusia yang berpusu-pusu mengeluarkan dan berbelanja kerana kalangan mereka itu berkata wakaflah atau sedekahlah bagi menambah saham akhirat(apakah mereka diberi hak(sebagai ejen) untuk menjaga dan menjual@memberi pahala bagi pihak allah ke).
hati-hati tuan puan sekalian, jangan sampai menjadi manusia yang papa diakhirat nanti atas sebab salah faham diri.(bukan korban itu yang sampai kepada allah sebaliknya takwa diri manusia yang...)
orang berhuma kita berhuma juga orang mengemping kita mengemping juga orang dapat empingnya kita dapat sekamnya(sebab tak belajar,tak ambil tahu,malu tak bertempat,tak nak bertanya,dan tidak sahkan dengan orang yang ulama.)
kerja meniru tu memang seronok,kalau tak kena tangkap,kalau kena tangkap maka denda atau hukuman tetap dijalankan dahulu,kemudian baru keampunan.
maka kata peri itu;'hai cucku inilah tempat anak raja peri bermain-main,anak kepada maharaja peri,sebermula neneklah yang menunggu akan tasik ini.
kata dia;'wahainenekku bagaimana kiranya cucu hendak melihat akan tuan puteri itu?.maka ujar peri itu;'jika cucku lihat tuan puteri itu apa kehendak cucuku kerana tuan puteri itu sudah bertunangan,,sama anak raja peri juga.maka kata dia;'hai nenekku sehingga melihat rupanya puteri itu juga.maka peri itu tersenyum mendengar kata dia itu dan ujarnya;'hai cucku ada sesuatu kepada puteri itu.ujar dia;'hikmat apa kepada tuan puteri itu?maka sahut oleh peri itu;' hai cucuku jikalau.....demikianlah kebesarannya dan ditaruh diatas kemuncak mahligainya itu.
hairanlah dia mendengar kata peri itumaka ujar dia;'hai nenekku bagaimana gerangan tipu daya hamba akan dapatmelihat tuan puteri itu?.sahut peri itu;'wahaicucuku jikalau cucuku hendak juga bertemu kepada tuanputeri itu,pada tatkala ia mandi pada tasik ini dancucuku bersembunyi jangan kelihatan olehnya dan tatkala ia mandi itu maka ia menanggalkan bajunya,ditaruhnya kebumiitu,maka segeralah cucuku ambil surukkan baik-baik,jika dipintanya jangalah diberikan dan tatkala itulah berjanjilah dengan dia.
maka kata dia;'hai nenekku berapa hari lagi tuan puteri itu datang ia kemari.sahut peri itu;'tiga hari lagi ia datang ketasik ini mandi. setelah sudah ia berkata-kata demikian maka diajaknya dia kerumahnya dalam tasek itu melihat keindahan berbagai-bagai rupa akan isi tasek itu dan tinggallah dia selamanya tiga hari dirumah nenek peri itu.
salamun,
neguai;
ayam mengais itik menyudu,kedua-duanya adalah cara mereka mencari makan.ayam mengais bertujuan mencari makanan yang ada dalam tanah atau pasir,maka dia memilih mana yang boleh dipatuknya sebagai makanannya dan itik pula menyudu bertujuan mengasingkan mana yang boleh dimakan dan mana yang sepatutnya kena buang. kedua-duanya tetap memilih makanan miliknya sahaja dan bendasing akan di ketepikan sebab mereka tiada pilihan atau itu ketetapan pada diri mereka.
dan kepada manusia pula, mereka mengais atau menguis ilmu dan mereka menyudu atau mereka menyerabutkan ilmu,mereka diberikan pilihan,sebagai haiwan yang melata atau sebagai manusia.
dan manusia itu ada perjanjian atau sumpahnya dengan allah pada masa yang lampau sebelum adam dicipta.dan perjanjian atau sumpah itu lah yang perlu manusia tunaikan.dengan sebab sumpah perjanjian itulah manusia sanggup dilantik menjadi khalifah diatas muka bumi ini.maka tidak ingat ke akan sumpah perjanjian itu. kalau ingat maka tunaikan hak itu kepada allah dan mereka yang lupa,tiada masalah,kifarah menanti diri mereka sebagai hukuman melanggar sumpah perjanjian.
hatta,kalakian datanglah kepada cerita tuan puteri peri itu duduk bersemayam dihadap oleh segala bidadari dan dayangnya..maka sembah saorang bidadari;;'ya tuakku tuan puteri mengapa dilihat muka tuan puteri pucat macam bunga delima kena panas.sambil tersenyum tuan puteri menjawab;'kita bermimpi datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku tiada lekat pada tubuhku rasanya dan kita lihat naga itu terlalu indah sekali,seketika kita berselimut bau bunga rasanya,dan bau bunga itupun datang sekarang kepada hidungnya kkita rasanya.kita cium baunya itu tidk berkeputusan adanya. hatta maka nagaitu pun melancar keatas kemuncak mahligai ini.maka ditelannya gemala yangdiatas kemuncak mahligai ini.sebab itulah mukaku pucat ini.
maka segala bidadari dan dayang itu mengusik akan tuan puteri itu sambil berpantun;
burung bayan terbangnya tinggi,terbangmelayang berpangkat-pangkat,jikalau malam termimpi-mimpi,jika siang ternanti-nanti.
dengan muka malu serta marah menahan maluujar tuan puteri;'haiinangda bilamana kitaakan pergi mandiketasik itu?
sembah inangdanya;'yatuaku tuan puteri,esoklah kita akan pergimandi.maka sekalian inang dan dayang dan bidadari bersiaplah akan perkakas persiapannya.maka apabila telah siap ,pergilah tuan puteri bersama-sama bidadari yang tujuh ke tasik itu.
salamun,
neguai;
cermin diri, ini adalah satu daripada kiasan orang dulu-dulu, memang betullah kita memang kena cermin diri kita sendiri setelah berlajar tinggi-tinggi,tak kiralah tinggi mana sekalipun ilmu kita ada,dan adakah kita telah setanding dengan mereka-mereka yang dahulu itu dari para sahabat nabi saw,atau dengan tabii atau dengan tabii-tabii atau dengan para ulama fukaha atau ulama nusantara.
sekarang ini kiasan cermin diri telah disalah gunakan kepada perkara yang kurang berfaedah.
maka mereka-mereka itu atau tuan puan kurang yakin atau kurang pecaya dengan apa yang ada dalam diri sendiri?,tak apa dan tiada masalah,sebab disuatu masa nanti bukan setakat lambatlaut lagi,tetapi tetap akan sampai masanya itu,mereka-mereka itu dan tuan puan akan tetap percaya dan tetap yakin dengan sepenuh hati dengan tidak berbelah bagi lagi malah tidak dipaksa langsung untuk percaya serta yakin. dan dikala itu tidak ada jalan berpatah balik untuk memceritakan atau memberitahu perasaan percaya serta yakin mereka-mereka itu dan tuan puan kepada anak-cucu, sahabat- handai dan juga saudara-mara.
dan apabila roh telah sampai pada kerongkong,percaya dan yakin datang dengan sendiri dan tidak boleh di tolak-tolak lagi.dan pada masa itu kesemua kesangsian diri yang berbolak-bolak hilang dengan sendiri.
maka elok-eloklah menjawab soalan dari pertugas-pertugas yang datang bertanya. dan pada masa itu kita tidak dipanggil manusia(nama kita) lagi sebaliknya dipanggil orang ramai sebagai mayat(arwah).
hai nenekku esoklah genaplah tiga hari hamba duduk di sini.berkata peri itu;'hai cucuku pergilah cucu pada tengah malam ini duduk pada tepitasik itu dan cucuku duduk bersembunyi baik-baik jangan kelihatan kepadanya.syahadan barang siapa menanggalkan bajunya dahulu itu maka ditaruhnya pada sajian perak itu,dan yang berlangir itulah tuan puteri,danbarang tipudaya pun cucuku ambil juga bajunya itu.
setelah sudah peri itu berpesan kepada dia maka dia pun pergilah kepada tasik itu..
hatta maka hari pun fajarlah dan tuan puteripun datanglah ketepi tasik itu. dan setelah melihat akan wajah tuan puteri itu maka fikkir dia;'sungguhlah seperti nenekkku itu.tiadalah bersalahan lagi seperti khabarnya itu.
maka dia berjalan hendak membuka tabak yang berisi langir dan bedak itu.maka bidadari itu pun lalu terseradang kakkinya dan tersebutlah nama dia.
maka sahut tuan puteri;'gilakah diri ini menyebut nama yang tiada diketahui. maka bidadari itu pun berkata seraya tertawa;'jahat sekali mulut yang durjana ini.
salamun,
neguai;
rambang mata,maka bergitulah keadaannya masa ini,manusia bukan setakat rambang pada matanya malah pada hatinya juga..dalam diri manusia itu ada seketul daging yang kalau baik ia maka baik pula yang lainnya dan kalau buruk ia maka buruk pula yang lainnya,jadi ia perlukan penjagaan yang baik lagi teliti.
jangan sampai disebut;'wahai hati yang bergelora'(tiada faedahnya kepada diri).'wahai hati yang tenang'(itu lah yang dikehedaki oleh hamba allah dalam hidupnya).maka sebabnya berangannya mereka itu tinggi melampau yang menyebabkan nafsu yang menjadi penasihat kepada mereka-mereka itu.(dan asalnya nafsu itu baik,sebaliknya menjadi terbalik dan buas bila ia disalah gunakan).
setelah itu maka dia berbangkit perlahan-lahan mengambil bajunya tuan puteri dan segala baju bidadari itu. dan disurukkan nya ditempat dia menyuruk tadi.
maka terkejut tuan puteri seraya berbangkit daripada mandi kerana dirasanya seperti di pagur ular,dan gemparlah semua bidadri itu mendapatkan tuan puteri.
sementara itu dia berjalan keluar dari tempat sembunyi menuju ketempat tuan puteri dan bidadari itu.,maka dilihatnya akan dia itu,menyuruklah tuan puteri kerana malu.
ujar dia bertanya;' apatah dicarinya oleh dayang berulang-ulang ini?.maka segala bidadari tersenyum sama sendiri.maka ditanya pulak oleh dia;' apakah dicari oleh adinda berulang-ulang ini?.maka segala bidadari itu pun tersenyum mendengarnya.
maka dia pun berpantun demikian bunyinya;;
apakkah dicari bayan terbang,
rajawali menyambar dia,
apakah dicari dayang berulang-ulang,
orang bestari mendapat dia.
maka bidadari itu pun tertawa seraya memandang kepada dia. dan mendapatkan tuan puteri yang menyuruk dibelakang pokok.
Post a Comment