-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160605

Tok Bentara Kanan Johor datang bermukim di Pahang (Kuala Bera dan Pedah)

As,salam.

Seronok membaca 'post' ini. Saya budak baru belajar.hendak bertanya mengenai sebuah artikel yang terbit pada tahun 1920 dari H.S Sircom.

Penempatan awal Pahang bermula apabila Tok Bentara Kanan datang dari Johor ke Kuala Bera.di Bera.

Tok Bentara Kanan membuat penempatan dan mendapat 3 orang
anak lelaki.yang sulung menetap di Bukit Segumpal,
anak ke dua di Temerloh dan
anak bongsu ke Jelai..

Dari anak-anak ini bercambah penempatan Melayu di Pahang.

Selepas Tok Bentara ke Pedah dan mengarahkan supaya pokok gergasi Mahang ditebangdan pokok ini tumbang menghadang sepanjang-panjang dan membuat satu garis pembahagi.

Daripada sini keturunan Tok Bentara bergerak melawan arus sungai dan mereka dikatakan keturunan Tok Raja Jelai. Sebahagian lagi bergerak mengikut arus sungai dan membuat penempatan lain.

Tuan punya kuasa sejarah ini ditulis ialah Tok Kasim, datuk kepad Che Lah Penghulu Temai..

Kelihatan legenda ini wujud berkait dengan penempatan Minagkabau di Pahang,sebahagian mungkin memulakan satu bahagian di Negri Sembilan.

Wujudnya pengaruh Melayu seawal abad ke 15..

Kalau tidak keberatan mohon laman pahang dapat berkongsi cerita ini kalau ada yang berkaitan.

Terima kasih

Anonymous (tak ada nama)
5/31/16

7 comments:

Anonymous said...

w/salam,
salam,

kami rasa jawapannya soalan tuan,sedikit sebanyak telah disiarkkan dalam laman pahang tiga,empat tahun yang lepas,sila semak tulisan yang lepas.

Anonymous said...

Tok Bentara berkawin dgn puteri buluh betong dan dpt anak seorang sebelum ke bera..tetapi tidak diketahui lelaki atau perempuan anaknya

Anonymous said...

Assalamualaikum, setakat ini kajian Dato Bentara Kanan Sempena Alam mempunyai anak.
1.Tok Berham
2.Tok Besik(Setam/Cham)Sg.Cheka/Lubuk Bintan
3.Tok ? Lelaki(Pedah)
4.Tok Sibuk/Che Buk
5.Tok Singkul
6.Tok Sungkai/Imam Syahdan Benta/Pekan
7.Tok Tepok Negeri Sembilan

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Kias,mengikut cerita2 orang terdahulu.
Terdapat 2 puak yg berperang yang mahu merebutkan puteri.Sesampai di Pedah,satu puak meminta tolong utk menebang pokok mahang itu dari 7 beradik.

Anonymous said...

7 orang itu merupakan batin asli asal disitu

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

7 orang itu bukannya orang batin asli lah. mereka gunakan gelaran aje,mereka adalah dalam kumpulan membuka melaka bersama parameswara,merah silu dan yang lain lagi. mereka membuang nama asal mereka dan menggunakan gelaran lain.

asli atau orang asli hanya diistihar pada tahun 48 lah. kumpulan melayu yang asal atau yang pertama telah lenyaplah dari masa zaman nabi nuh,yang ada selepas dari itu melayu yang kedua dan yang ketiga.[baca dan semaklah isi dalam al quraan dan al sunnah itu].


tuanpuan nak berceritakan perang atau pertelagahan yang mana sebenarnya.

perang di lubuk pelam,perang saudara pahang yg 1,yg 2,atau yg 3. atau krisis persaudaraan semasa sultan abdullah pahang.

pokok mahang dan 7 beradik itu bukan dihuraikan dengan mata kasar,ia mestilah di sandarkan kepada al quraan dahulu.termasuklah batin. dan termasuklah apa yang dimaksudkan pahang..[dalam fekah]. mahang itu kias dan mitosnya kepada pahang semata.

dan dato pentara kanan sempena alam tu siapa dia yang sebenarnya?,dan tujuh orang dalam senarai itu bukan anak dia lah.

Anonymous said...

As,salam..menurut riwayat dari org lama,itu sebenarnya merujuk kepada Perang Lubuk Pelam