-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170224

Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan. Pahang.

24.2.2017
Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan

Khutbah 1:
Disebut tentang kejadian fitrah manusia yang memerlukan pasangan. Ianya bermula dengan Nabi Adam dan Hawa.

Tetapi dorongan syaitan, berjaya mendorong manusia supaya cenderung kepada kaum sejenis. Perkara ini telah tersebar luas di negara barat. Malah perkahwinan sejenis diluluskan. Makmum ditunjukkan juga statistik pada layar putih.

Tetapi dalam Islam perkara ini amat tidak dibenarkan. Malah ada kisahnya iaitu kisah Nabi Luth Dan Kaum Sodom. Nabi Luth adalah anak dari saudara Nabi Ibrahim. Ayah Nabi Luth yang bernama Hasan bin Tarikh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim. Nabi Luth ikut serta bersama Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir. Di sana, Nabi Luth tinggal bersama Nabi Ibrahim. Mereka mengusahakan ternak dan tanaman.

Kota Sodom pula adalah salah satu kota di Yordania. Salah satu akhlak yang sangat buruk mereka adalah homoseksual. Menyalurkan nafsu antara laki-laki dan laki-lak atau antara perempuan dan perempuan.

Perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh kaum sebelum mereka. Perbuatan itu merajalela di Kota Sodom. Apabila datang orang luar kaum perempuan, makan wanita Sodom akan mengganggunya. Apabila yang datang adalah lelaki, maka lelaki Sodom akan memperebutkannya.

Allah swt memerintahkan Nabi Luth untuk mengembalikan kaum Sodom di jalan Allah. Nabi Luth diminta mengajak kaum Sodom meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Nabi Luth memberi nasehat dan peringatan kepada kaumnya.

Nabi Luth berkata, “Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu.

Kalian adalah orang-orang yang melampaui batas”.
Mereka menjawab, “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, kami akan benar-benar mengusirmu”. Luth berkata, “Sesungguhnya aku sangat benci pada perbuatanmu”.

Khutbah 2:
Makmum diingatkan kepentingan solat berjemaah di masjid. Setiap orang lelaki boleh solat bersendirian selama seminggu tetapi dalam satu minggu mesti solat berjemaah. Ini kerana soalat jamaah ada rahsianya kenapa Allah wajibkan kita berjemaah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bukan setak gandaan pahalanya.

Pakar fizik telah membongkar rahsia solat jemaah.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Abdul Ghaffar Surip menyebut kajian oleh John Herbert (pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat) membukitkan bahawa sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif. Dapat tubuh lebih segar dan bertenaga.

Tubuh kita terdiri dari dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Aktiviti harian kita menyebabkankan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh kita.

Ini menyebabkan tubuh kita cepat letih dan tidak bermaya. Cas ini boleh diseimbangkan semula supaya memulihkan tubuh badan kita dengan cara menunaikan solat berjemaah. Ia merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

salam,

cerita ringkas ini sebagai kias semata;

kejadian ini adalah.kisah gembala biri-biri dengan orang kampung yang cuba menduga.[mempermainkannya]


suatu hari datanglah seorang dari orang kampung mendekati gembala biri-biri yang sedang duduk ditepi padang sambil memerhatikan biri-biri yang banyak dipadang.
gembala ini bukannya budak yang bodo,sebaliknya dia cuma tak bersekolah,memang dia tak pandai membaca dan menulis.ayahnya belikan dia biri-biri untuk dijaga.

orang kampung;[ok] dan gembala;[gb].

ok;awok buat apa duduk aje tak gembalakan biri-biri tu?.
gb;saya rehat kejap,letih.
ok;banyak betul biri-biri awok ni?
gb;eh eh.semua atas padang tu.
ok;gona gaya awok jaganya? banyak ni?
gb;macam ni lah.yang lari,lari.yang kena curi,kena curi.yang mati,matilah.nak buat macammana lagi.pagi saya bawak kepadang,petang saya bawak ke reban.hari,hari macam tu.
ok;awok tak kira ke,berapa ekor biri-biri awok ni?
gb;banyak macam ni! malas nak mengira.kalau awok rajin,awok kiralah sendiri.

dengan tersengih sambil berlalu dari situ.



Anonymous said...

teremba dan mitos.


pada zaman yang lepas terdapat dua kerajaan yang tengka terdirinya, diantara satu dengan yang lain itu beberapa ratus tahun.

satu letaknya di lamir atau;itu kerajaan pahang tua.dan raja nya bernama ahmad dan memanda menterinya bernama abdullah.[dua beradik]

dan satu lagi[beberapa ratus tahun kemudian],terletak di kuala pahang; itu pula kerajaan kuala pahang.dan rajanya bernama ahmad dan memanda menterinya bernama abdullah.[juga dua beradik]

maka kedua-dua kerajaan itu adalah kesenambungan kerajaan pahang yang lama,dan gelaran kepada mereka itu berlainan[tidak akan dimaklumkan,tuan puan kena cari dan selesaikan sendiri,ini adalah bab membetulkan susur dan salasilah dan juga sejarah diri dan keluarga] dan ;nama mereka memang sama yang menyebabkan orang yang ramai terkeliru dan tersalah sangka diantara keduanya sejarah kerajaan mereka itu.

maka cari dan bacakan semula,agar pembetulan dapat dibuat.