melayu serta jawi:
jangan bertelagah dalam isu ini
[melayu serta jawi].
dalam al quraan serta al sunnah,
memang dah ada menyebutkan hal ini,
bergaduh buat apa,
carilah duduk perkaranya dalam kias apa,
cerita keduanya bukannya diceritakan lurus.
siapa dianya atau
nama gelaran batang tubuh siapa,
keturunannya,
sejarahnya,
tinggal dianya dimana,
siapa isterinya
dan anaknya berapa orang,
dan lain-lain hal berkenaan dengannya;
semuanya ada di kiaskan
dalam al quraan serta al sunnah.
buat malu aje,
kelahi dalam kesamaran.
dan kisah atau apa sebab
tanah malaysia ini dahulunya dipanggil
tanah melayu dan tanah jawi,
juga ada kiasnya
dalam al quraan.
carilah elok-elok.
tak payah pakai kajian sains-sains lah
dan tak payah sampai
nak pecah kepala lah
dok buat kajian,
dalam al quraan serta al sunnah,
dah sebut dengan tepat dah kiasnya lah.
sebab itulah disuruh
berlajar ilmu adab dan ilmu adat
dan ilmu fekah;
[dalam kata lainnya ilmu tasawuh]
atau pun
[tertip serta tertil berilmu,
atau mendapatkan ilmu
atau mengambil ilmu].
[jangan menyeleweng].
bergitu juga dengan
halnya hang tuah.
inshaallah;
moga di pertunjukkan jalan yang lurus
kepada tuanpuan.
dari izin kebenaran allah.
inshaallah.
SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html
17 comments:
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
KERIS:
serupalah dengan hal melayu dan jawi,keris juga telah dikiasnya dengan jelas sekali dalam al quraan serta al sunnah.
jumpa ke atau tak jumpa?;dan kalau jumpa apadianya ceritanya,dan kalau tak jumpa,itu disebutkan baca bodo jelah,sebab itulah disuruh menagaji atau dalam al quraan di suruh: bacalah dengan nama tuhan yang ......,[dalam surah....].
persoalan keris ini juga akan dipertanyakan oleh allah di padang masyar nanti. dan kalau maksud 'keris' itu sendiri tak tahu,guanagayanya.
mereka kata mereka orang dan bangsa melayu? [bentangkan jawapan tuanpuan],sebelum ditanyakan oleh allah sendiri nanti. tak gitu kaedahnya.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
PAHALA:
mereka sibuk dengan perkara pahala,yang mana mereka sendiri pun tak pasti dapat atau tidak;apatah lagi mengetahui maksud kepada 'pahala' itu sendiri.
mereka membacakan kepada diri mereka dan orang yang ramai;untuk dapat pahala,senang je;ia ke senang,mudoh sangat ke nak ke pahala,ateke ngape nya yang ramai sangat termasuk,diri orang yang bercakap kepada orang ramai itu sendiri mendapat penyakit yang pelik-pelik atau penyakit berangkai dan kerap keluar masuk hospital.
tak paham ke apa yang di sebutkan atau di sarankan dari dalam al quraan serta oleh al sunnah tu. dan kalau orang yang tak reti baca al quraan,mereka dipanggil buta kayu,dan kalau orang yang reti baca al quraan tapi tak reti dan tak paham apa yang di ajukan oleh allah kepada mereka,itu nak dipanggil sebagai apa?.
pandangkan atau renungkan kepada asasnya semula,tak payah tenggok yang tingi-tinggi lah, dah lengkap serta sempurna ke sebutan, dan dah lengkap serta sempurna ke perbuatan,dalam memdirikan atau mengerjakan ibadah,dan doa yang di sebutkan itu lengkap dan serpurna ke?.
perkara itu semuanya diambik kira dalam lengkap serta sempurnanya urusan,maka disebutkan; apabila telah siap satu pekerjaan atau urusan,maka kerjakan kerja atau urusan yang lain pula,sebaliknya kalau diintai atau di tengok pada zaman ini,dok buat kerja atau urusan yang sama berulang-ulang,tak siap-siap.
siang dah bertukar malam,hari bertukar minggu bertukar bulan bertukar tahun bertukar abat bertukar zaman,sebaliknya manusia masih tak bertukar kelakuannya,masih lagi ego,berulang-ulang egonya diri mereka dalam serba serbi urusan,bilanya ke nak buang ketepi,tak tahulah. sehingga ibadah pun mereka tak dapat lengkapkan serta sempurnakan. doapun tak lengkap serta tak sempurna,lagi mahukan di lambakkan pahala pada diri mereka.
mereka mengumpul dan menyimpan pahala ibarat mereka menyimpan pekasam,buat dan simpan dalam balang bertinbun-tinbun,makannya tidak,bagi keorang lainnya tidak. ada akai ke manusia yang macam tu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
PAGARRUYUNG:
ianya adalah satu dari berita yang benar dalam al quraan serta al sunnah,yang dialih bahasakan kedalam bahasa adat dan susunan adab[berita dan perkara sebenarnya berada dalam al quraan],bacalah dan carilah.
ianya dialih bahasa,agar manusia [melayu] disebelah sini tidak lupa,walaupun hal yang sebenarnya tidak diingati lagi.maka perjalanan sebutan itu telah diletakkan kepada nama tempat,sehingga di jadikan perpatah orang tua-tua;kalau tak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya.
zaman-berzaman sebutan itu di perkatakan dan dijaja oleh mulut umat melayu sehingga kehari dan zaman ini,makanya barang siapa yang dapat menghuraikan akan maksud serta faham akan kiasannya,tanpa diselewengkan kepada kemungkaran[tidak disalahguna],makanya mereka-mereka itu mendapat pertunjuk jalan yang lurus yang disebutkan dalam al quraan serta al sunnah.
sebaliknya kebanyakan dari mereka,hanya ingin mengetahui akan kepada keturunan semata,kepada ilmu kebathinan yang bengkok semata,atau ilmu yang boleh membawa kepada kaya dan mewah semata[keduniaan semata-mata].
kesedaran untuk kesyukuran,tawakal,redho,berserah diri,sedar diri,rayuan,keampunan untuk diri hanya sampai apabila nyawa sampai diantara halkom dan hidung.maka bacaan ayat surah yassin dikumandangkan di telinga,tiada sedetikpun cepat dan tiada sedetikpun lewat.
makanya; di bacakanlah surah al 'ashr[masa][103][terjemahannya[ demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali mereka-mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menepati kesabaran].
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
WAKAF & PUSAKA:
keduanya berkaitan atau berkait rapat diantara satu dengannya,dan hendaklah diketahui hak-haknya keduanya itu kepada siapa miliknya.
kiataini hanya di pinjamkan aje haka wakaf &pusaka itu oleh allah,yang dibolehkan mengguna pakai semasa diatas muka bumi atau dunia ini aje,dan lepas dari itu perlu di pulangkan kembali kepada tuannya,dengan sukarela atau dengan paksa rela,sama saja.
makanya,pilihlah mana-mana yang terbaik dalam melaksanakan urusan keduanya itu; penggunaannya,pemilikannya,pembelanjaannya,pengagihannya,penyimpanannya,dan pemulangannya.
keduanya perkara itu adalah dalam bidang urusan amanah,amanah yang dipertangungjawabkan kepada khalifah. siapa yang dimaksudkan khalifah dalam al quraan itu?,jawab lah sendiri.
dan tiada dibenarkan penyelewengan keatas kedua perkara urusan itu,dan jika berlaku juga,makanya sunaatullah akan di timpakan keatas mereka-mereka yang melakukan keingkaran serta penyelewengan dan yang bersekali bersubahat dengannya,dan yang dengan bersama dengannya,sepertimana yang telah berlaku kepada umat atau orang dahulukala itu[seperti yang di beritakan dalam al quraan].azabnya diberi dari akibat tidak menjalankan atau berdolak dalih dalam urusan amar makrof nahi mungkar.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
IMAN & EHKSAN:
akan keduanya perkara ini adalah urusan yang tertaklok dalam rukun iman serta rukun islam. dan bagi mendapatkan akan keduanya,manusia perlu melengkapkan serta menyempurnakan urusan rukun iman serta rukun islam bersekali serentak,tiada yang didaduhukan dan tiada yang dikemudiankan dalam mengerjakannya.
buat, apa yang di buat dan di ajar dan di tunjukkan oleh nabi muhammad saw,dan bukannya meniru, apa yang di buat,dia ajar,ditunjuki oleh nabi muhammad saw. yang kebanyakannya sekarang zaman ini,bercakap aje yang banyak,buat seperti yang rasul buat, tidak juga,dan hanya sedikit sekali yang di ikuti oleh manusia,dan yang lainnya serupa lalang,atau pak turut aje semata,tak kira betul salah atau faham tidak, buat juga, janji tak langgar ajaran guru. guru terjun gaung,yang pelajarpun ikut terjun.taatlah katakan,takut derhaka, wahai tuanpuan,pakai akai lah. apa yang di percakapkan oleh mereka itu sama tak dengan apa yang di beritakan dari dalam al quraaan serta al sunnah.
tanggungjawab mereka memberitakan kepada orang yang ramai,dan tanggungjawab tuanpuan adalah mendapat dan mencari yang benar dari percakapan dan pemberitaan yang disampaikan,sebab kefahaman serta pengetahuan masing-masing manusia tidak lah sama tingkatnya. adakalanya orang yang bercakap itupun tak faham apa yang dia percakapkan,dia hanya bercakap dengan apa yang di dapat dari bacaannya atau dari apa yang dia dengar dari kata-kata orang lain yang dia mengadap.
makanya ada tanda tanya dalam diri masing-masing,yakin ke tidak,dan percaya ke tidak dengan berita yang sampai kepada diri kita itu. dan kebanyakan dari manusia bila ditanyakan kepada mereka,jawapannya,tahu tu tahu, percaya tu percaya,tapi yakin tu tak berapa.dan takut nak memperjelaskan keyakinan hati diri.kami tahu dan faham,tapi tak reti atau tak tahu nak bentangkan atau nak ceritakan,dan yang akan keluar dari mulut adalah: penjelasannya samalah macam yang awok,tuan cakap tu,mereka tak boleh membentangkan apa yang didengar dan dibacakan kepada mereka,dan mereka sandarkan diri mereka kepada manusia yang mengajar kepada mereka itu.
pada sangkaan mereka,kalau mereka buat salah,makanya manusia atau orang yang mengajar mereka yang kena tanggung dosa atau kesalahan yang mereka buat,dengan alasan orang yang mengajar itu memberi tahu perpara yang tak betul atau tak mengajar habis kepada mereka. ada akai ke manusia yang macam tu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
PENYEGAN:
perkatan ini adalah istilah bahasa dalam adab orang tua-tua yang di kiaskan kepada orang yang pemalas dan pemalu tak bertempat,yang maksud sebenar lebih berat dari yang dimaksudkan kepada pemalas dan pemalu tak bertempat itu sendiri. dari sebab ianya bercampur dengan perangai ego diri.
perangai penyegan ini lah yang kebanyakannya dipegang oleh orang melayu zaman ini,makanya,kalau rasanya ada sifat,sikap atau perangai penyegan itu dalam hati diri tuanpuan,lebih baik di nyahkan ketepi atau di buang dari dalam hati diri tuanpuan.
sifat atau sikap itu tidak membawa faedah lansung kepada diri sendiri dan kepada orang ramai sekeliling.mendatangkan mudarat lagi ada.
renungkanlah dengan akal yang telah disempurnakan itu[fikirkanlah],dan bukannya suruh temenung.itu bukan berfikir,itu dinamakan berangan.
PERMURNIAN KISAH NABI ADAM
Akidah ASWJ menyatakan para Nabi Rasul terpelihara dosanya. Benarkah Nabi Adam turun ke dunia kerana makan buah larangan?jgn lah memahami ayat larangan memakan buah Itu sebagai dosa. Ada kah Nabi Adam itu tidak tahu? Ingat lah ayat Itu bukan ayat larangan, sebaliknya ayat pilihan kpd Nabi Adam sekiranya bersedia ke dunia. Nabi Adam sanggup bersusah payah dtg ke dunia demi menzahirkan zuriat mulia. Syurga bukan tempat beranak pinak dan bersusah hati.Cukup2 lah berpegang dgn kisah fitnah Nabi Adam. Rajin2 lah bertalaqi dgn guru mursyid.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
ADAM:[pembentangan 1].
kalau nak memurnikan kisah adam,seperti tuanpuan nyatakan dalam persoalan yang tersebut itu;
pertamanya perlu tanyakan pada diri kita sendiri dulu, adakah diri kita boleh menjawab akan soalan allah di padang masyhar nanti,iaitu "siapakah tuhan kamu".
2] diri kita perlu wajib mengenal diri sendiri serta mengenal allah.
3] diri kita perlu wajib mengenal rasulullah saw @ muhammad saw.
4] diri kita perlu wajib mengenal adam as. dan hawa as.
dan yang ke 5 sehingga seterusnya:
apa yang dimaksudkan dosa itu sendiri pada pandangan manusia zaman sekarang,dan apa maksud sebenar mengikut perkiraan fekah.
apa yang dimaksudkan dengan terpelihara dosanya mereka itu atau maksum.
apa yang dimaksudkan dengan buah larangan atau dalam al quraan juga menyebutkan pokok yang celaka.
dalam al quraan,menceritakan: setelah di persoalkan oleh para malaikat akan ciptaan allah yang dipanggil manusia;
allah menyatakan bagi menjawab persoalan keraguan para malaikat itu:
aku tahu apa yang kamu atau kalian tidak tahu.
makanya: yang pertamanya; jangan pertikaikan persoalan adam,dosa,ayat larangan, buah larangan,menzahirkan zuriat,syurga bukan tempat beranak pinak.
kerana allah dahpun menjawabnya persoalah-persoalan itu,dalam ayat "aku tahu apa yang kamu tak tahu".
sambungan,salam.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
ADAM:[pembentangan 2].
dalam satu riwayat;diceritakan pertemuan nabi musa dengan adam[khalifah]:
nabi musa bersoaljawab dengan adam berkenaan,apa yang di pertikaikan oleh manusia zaman ini[yang merujuk,adamlah yang menyebabkan manusia..........].
makanya: carilah akan riwayat itu,kerana jawapannya ada didalamnya,yang diberitakan oleh atau dijawab oleh adam.
dan kalau tak jumpa riwayat musa bersoaljawab dengan adam,maka,rujuklah kepada riwayat kedua, pertemuan kedua diantara nabi musa dengan khaidir[hamba allah yang dirahmati];didalam riwayat itu ada persoalan nabi musa,dan ada jawapan khaidir.
makanya,tidak perlulah diterangkan atau dihuraikan dengan panjang lebar akan fitnah kepada adam itu,fikirlah sendiri dengan maksud dari kedua riwayat yang tersebut itu.[pertemuan nabi musa dengan adam dan pertemuan nabi musa dengan khaidir].
sambungan,salam.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
FITNAH:[bab adam,pembentangan 3]
sebagai seorang islam,kita wajib mencari kebenara dalam semua hal ehwal urusan bagi diri sendiri,dan tidak menjadi sebagai pak turut semata kepada kata-kata yang didengari.
tidak kira beritanya dari fitnah,mitos,riwayat,hikayat,sejarah,khabar angin,kisah aib atau lain-lain cerita,atau kias,pantun,seloka,pepatah;kesemuanya perlu atau wajib di hurai serta dirungkai akan benarnya urusannya bersandarkan al quraan serta al sunnah.
urusan yang tersebut itu akan di persoalkan atau ditanyakan oleh allah semasa di padang masyhar kelak, dari sebab manusia pada awal kejadiannya dahulu telah dibekalkan dengan segala ilmu yang benar,dan telah di perteguhkan dalam perjanjian pada pertama kalinya diantara manusia dengan allah. dan kenapa benar itu dibengkokkan oleh...[sedangkan dalam surah al fatihah telah disebutkan, 'tunjukilah jalan yang lurus'],makanya,cakap nya mereka lain dan buatnya mereka lain,dan seperti orang ramai bercakap,' cakap tak serupa bikin'.
tiada alasan bagi menjawab;"kami tidak di beritahu atau tiada siapa memberitakan kepada kami",dan dalam al quraan,ada memberitakan,'maka bertebaranlah kamu' atau'berjalanlah diatas muka bumi dan lihatlah',makanya adakah diri kita dapat memahami dengan apa yang dilihat semasa melangkah[melancong atau mengembara] atas muka bumi allah ini,atau sekadar suka-suka ambik angin,atau menunjukkan ego diri kepada allah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
suri tauladan kepada manusia:[bab adam;pembentangan 4].
manusia perlu ingat yang mana setiap kesilapan atau salah laku yang para nabi dan rasul itu, adalah sebagai suri tauladan atau contoh yang manusia kemudian perlu lihat,yang apabila melakukan kesalahan yang sama atau yang seakan sama dengannya,makanya kaedah hukumannya,kaedah pemulihannya,kaedah taubatnya,kaedah memohon ampun doanya,akan di tunjukkan oleh nabi rasul yang telah melakukan salah laku yang tersebut,kalau tidak manusia lain tak tahu macammana nak mohon ampun, nak taubat,dan macammana nak berdoa kepada allah.manusia bukannya retipun[main ikut dan je] kalau tak diajarkan oleh allah melalui nabi dan rasul dalam kalangan manusia sendiri.
kepada contohnya:
salahlaku nabi musa as:
menumbuk mati tanpa sengaja;kaedahnya yang perlu nabi musa buat untuk taubat.
salah laku nabi sulaiman:
yang dalam hatinya terdetik meninggi diri: kaedahnya yang perlu di buat untuk taubat,dan hukuman yang dikenakan keatasnya.
salah laku nabi muhammad saw:
yang melarang atau bertekat tidak akan lagi makan madu:
itu salah laku apa,dan ditegur oleh allah dalam al quraan,dalam kes apa,bacalah al quraan tu dengan terliti.
makanya;bergitu jugalah kepada adam itu,yang bantai bertikam lidah tak tentu arah tu buat apa,dan kalau tak di tunjukkan oleh adam dan hawa,akan kaedah salah laku dahulu,tahu ke manusia yang kemudian dari mereka yang perkara maksud atau bentuk salahlaku.
apabila hendak ditunjukkan kaedah hukuman,kaedah bertaubat,dan kaedah berdoa kepada manusia,bagaimana hendak melakukan atau menunaikan, apabila telah melakukan atau akan melakukan salahlaku,kenalah ditunjukkan bentuk salahlaku itu sendiri dahulu.
tak ada sesiapa pun dalam kalangan makhluk ini dari dahulu sehingga ke kiamat yang hendak atau sanggup menjadi model atau suri tauladan kepada salah laku.
termasuklah,makhluk atau hamba allah yang diberi nama gelaran'dajjal' itu sendiri,sebaliknya itu tugas dia yang diperintah oleh allah kepadanya.
jangankan kata adam yang manusia fitnahkan,sebaliknya,dajjal itupun manusia fitnahkan,sedangkan dajjal itu adalah sebagai fitnah yang terbesar akhir zaman.
sepatutnya; dajjal yang menduga manusia,ini tidak,dah jadi terbalik,manusia
pulak yang menduga dajjal,pada zaman sekarang. ada pakai akai ke manusia macam itu?.
makanya; siapa yang lebih kuat buat fitnah,diantara manusia zaman sekarang dengan dajjal?, jawab lah sendiri.
manusia memfitnah sesama manusia,itu tak pelik,ini manusia menfitnah dajjal,nak disebut apa selain dari perkataan pelik atau hairan,garu kepala? atau terkebil-kebil. atau mulut melopong.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
lupa:[bab adam;pembentangan 5].
dari sebab itu turunnya surah ke 103:al'ashr[masa]: cuma tiga ayat sahaja. dan lalu dibacakan kepada manusia. bacalah,dan surah ke 96:al alaq. allah yang mengajar sendiri[ dengan kalamnya],melalui para pertugasnya,janganlah tanyakan tak bertempat akan soalah dan janganlah pertikaikan pulak tanpa usul periksa serta ilmu.
dah jadi macam orang meroyan aje dah jadinya.itu yang kebanyakan terjadi kepada manusia dahulukala tu,banyak sangat persoalah 'kalau'.
sampaikan soalan; kalau termakan pasir,apa hukumnya?.rasanya tak perlu ditanya akan soalan semacam tu. itu soalan nak memperbodohkan orang dan diri sendiri namnya.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
aswj:[ ]?.[bab adam pembentangan 6].
rasulullah saw telah sebutkan atau berpesan kepada seluruh manusia dalam khutbah akhirnya:
aku tinggalkan dua perkara[al quraan serta al sunnah] yang kamu tidak akan sesat .jika benar-benar mengikutinya.
makanya zaman sekarang ini manusia membacanya keduanya al quraan serta al sunnah,untuk apa?;untuk khatam dan pahala,atau untuk memahami serta mengetahui akan kebenaran berita dalamnya.
cerita atau berita penuh berkenaan adam,ada didalam keduanya al quraan serta al sunnah.[perincian dan jawapan berkenaan sejarah adam].[riwayat fekahnya,adatnya,adabnya,serta ilmunya adam;ada belaka,tak satu pun yang tertinggal],tak cari,mana nak jumpa,nak harapkan seperti perumpamaan kata: menunggu bulan jatuh keriba. tuanpuan tunggu lah,kut-kut embuh bulan tu jatuh keriba tuanpuan. dan jangan jadi seperti punggok, dok rindukan bulan. sudahlah.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
buah larangan:[bab adam;pembentangan 7].
ada ke disebutkan 'buah larangan', dalam ayat tu?, nanti kami semok terjemahan ayat yang tersebut itu dalam al quraan.
yang kami jumpa; makanlah apa yang ada dalam syurga dan jangan dekati pohon itu,atau pohon kuldi.
pahon kuldi itu pohon apa?,yang dimaksudkan oleh manusia zaman ini,dan apanya maksudkan pada fekah?,sama ke maksudnya atau berlainan?,atau bermain dalam sangkaan manusia semata akan maksudnya.
pohon itu tumbohnya dalam syurga[satu dari pohon syurga],dan selepas dari kejadian itu[mereka makn buah pohon kuldi],pohon itu di gelar pula sebagai pohon yang celaka.
makanya, pohon yang celaka: dan apanya yang dimaksudkan dengan ' celaka'kepada pohon itu?
manusia zaman ini maksudkan, 'celaka', apa dia?
dan fekah maksudkan, 'celaka', apa dia?
dan kalau tak tahu apa dimaksudkan celaka;maka,jangan bersangka-sangka makna kepadanya,itu menyebabkan timbul fitnah kepada maksud sebenar celaka.
makanya;bergitu jugalah maksud kepada adam serta hawa. kerana tuanpuan bukan setakat memfitnah makhluk hamba allah,malah telah terjebak dalam memfitnah allah,tanpa sedar,tanpa ilmu tanpa faham.
makanya,dapatkan ilmu serta fahamnya terlebih dahulu,dan lepas dari itu barulah.......terjawab apa yang terbuku dalam hati itu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
manusia:[bab adam,pembentangan 8].
"maka ni'mat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?".
dibacakan oleh tuhan semesta alam kepada manusia dalam surah ke 55;ar rahman.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
sujud:[bab adam,pembentangan 9].
tidakkah berasa malu dalam hati diri kepada mereka-mereka itu yang membacakan ayat dari surah ke 32;as sajdah, pada bilang hari jumaat subuh[setiap minggu],dan dalam pad itu hati diri mereka berbolak-balik dengan perselisihan dan pertikaian sesama mereka sendiri.
adakah mereka itu benar-benar membacakannya atau hanya setakat melagukan ayat0ayat allah itu.
salam,tuanpuan.
kiasnya kepada;[ ].
diri:
tanyakan pada diri kita sendiri,yang mengaku datangnya dari adam, atau dari keturunan adam, dan selepas dari itu mempertikaikan pulak hal ehwal urusan adam.
dimanakah letaknya berita adam dalam al quraan yang pertama kali,nama itu di letakkan pada jasad yang terbuat dari asas terbesarnya dari tanah,maka nama itu diambik dari mana asalnya.
asal diri sendiri pun tuanpuan dan mereka-mereka itu tak pasti jawapannya,macammana tuanpuan dengan berani nak mempertikaikan berita berkenaan adam,moyang tuanpuan mereka itu dan kita semua manusia ini.
dan salah satu dari terhalangnya manusia dari melepasi di padang masyhar nanti,adalah kerana memfitnah urusan diri adam. maka fitnah kepada berita adam wajib di hurai dan dirungkai akan kebenarannya oleh setiap diri manusia,dan tidak boleh tidak.
sebab duduk perkaranya adalah satu dari rukun iman,dan juga ter maktub bersama dalam rukun islam yang pertama.
Post a Comment