-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191213

Kajian Fidyah Puasa, Fidyah Haji dan Fidyah Sembahyang (RUMAIZI BIN AHMAD)

AMALAN FIDYAH DALAM MASYARAKAT ISLAM DI KANCHONG DARAT, BANTING, SELANGOR : SATU ANALISIS.

RUMAIZI BIN AHMAD

DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI  IJAZAH SARJANA SYARIAH (SECARA DISERTASI)

JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2010

ABSTRAK
Amalan fidyah merupakan salah satu tuntutan hukum kepada mereka yang berkenaan.

Inilah asas kajian yang cuba diketengahkan oleh penulis dengan penelitian khusus terhadap amalan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk di kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Mereka telah lama mengamalkan pembayaran fidyah dalam bentuk tertentu sehingga menimbulkan persoalan sama ada ianya menepati kehendak syarak atau tidak. Sehubungan dengan itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan kepastian hukum tentang amalan fidyah yang dilakukan khususnya terhadap amalan fidyah sembahyang dan cara-cara membayarnya.

Selain menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan temubual, penulis juga turut serta dalam upacara membayar fidyah yang diadakan. Kesemua dapatan maklumat tersebut telah dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif.

Berdasarkan kepada analisis tersebut dengan meneliti nas, dalil-dalil serta kaedah-kaedah fikah dan usul selain hujah pelbagai pihak, penulis mendapati amalan yang dilakukan oleh mereka sebahagiannya tidak menepati kehendak hukum syarak, khususnya pengamalan fidyah sembahyang dan kaedah pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

Ini disebabkan hujah yang digunakan untuk mengharuskan fidyah sembahyang tidak kuat manakala bentuk pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka tersasar daripada kehendak hukum yang sebenarnya.

1. PENGENALAN

Masyarakat melakukan amalan membayar fidyah samada fidyah puasa atau fidyah sembahyang tanpa pemahaman yang jelas berdasarkan hukum fikah yang sebenar. Mereka melakukannya sebagai ikut-ikutan atau taklid kepada amalan leluhur mereka sebelum ini dan juga hanya bersandarkan kepada amalan atau anjuran yang dilakukan oleh sebilangan ahli agama. Kuatnya pegangan dan kepercayaan mereka terhadap ahli-ahli agama ini dan juga tradisi turun-temurun menyebabkan mereka susah menerima pandangan yang dianggap baru yang dibawa oleh golongan muda walaupun ternyata ilmu mereka lebih mantap.

1.7. Kajian Literatur
TIGA KAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA TENTANG FIDYH

Norsazali Abdullah pada tahun 1993 “ Amalan Fidyah : Cara dan Pelaksanaannya Di Dalam Masyarakat Islam Kini. Tumpuan kajian di Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.”

- Secara umumnya, beliau menyimpulkan bahawa pengetahuan tentang amalan fidyah tidak menyeluruh di samping beberapa praktik fidyah yang menurut pandangan beliau tidak menepati kehendak syarak yang sebenarnya.
- beliau hanya menyatakan sandaran hujah yang digunakan oleh sebahagian ulama mazhab Hanafi berdasarkan hadis, "Hutang Allah lebih utama untuk dibayar"

Hissamuddin Iberahim pada tahun 2002
“Pengamalan Fidyah Solat : Satu Kajian Hukum di Negeri Kedah”

- Sebagai kesimpulannya, pokok perselisihan yang berlaku tentang pengamalan fidyah solat ini ialah kerana tidak kedapatan nas langsung daripada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian beliau mengambil sikap berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak justeru baginya masing-masing mempunyai hujah tersendiri di samping menyarankan semua pihak bersikap tasamuh dalam menanggapi masalah ini.
- hanya menyatakan pandangan ulama semata-mata tanpa sandaran dalil pengambilan hukumnya.

Norazlinda binti Mansur
Ahkam al-Fidyah fi al-Fiqh al-Islami mengandungi 4 bab termasuk mukaddimah. Kajian ini hanya membahaskan mengenai fidyah puasa dan haji23 sahaja tanpa menyentuh fidyah yang lain termasuk fidyah sembahyang.
- keseluruhannya kajian beliau hanya menyentuh tentang fidyah yang disepakati oleh ulama tanpa menyentuh hukum fidyah yang diperselisihkan kedudukannya oleh para ulama.

Fidyah ialah segala sesuatu yang dipergunakan untuk menebus dirinya, baik merupakan harta atau lainnya yang dilakukan kerana terjadinya kekurangan dalam salah satu amal ibadahnya.46 Walaupun dalam beberapa hal ia sama dengan kafarah47 al-Hulaymi membezakan fidyah dengan kafarah justeru kafarah tidak diwajibkan melainkan pada dosa yang telah dilakukan48 sedangkan fidyah merupakan bayaran denda untuk sesuatu amal ibadat yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah.

Surah Al-Baqarah (2) : 184.
(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Keringanan diberikan kepada orang sakit, musafir dan juga orang yang tidak berupaya. Bagi orang yang tidak berupaya dikehendaki membayar fidyah kepada orang miskin.

2.2.1.Fidyah Puasa.

Surah al-Baqarah (2) : 185
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Ibn ‘Abbās pula menyatakan ayat tersebut (al-Baqarah : 184) turun sebagai rukhsah kepada orang-orang tua dan lemah untuk berbuka lantaran tidak mampu untuk berpuasa, kemudian dinasakhkan dengan ayat selanjutnya (al-Baqarah : 185). Maka terhapuslah rukhsah tersebut melainkan untuk yang lemah daripada mereka.60 Demikian juga riwayat daripada Ibn ‘Umar yang menyatakan pemansuhan tersebut.

Dalil Hadis

Qutaybah telah menceritakan kepada kami, ‘Abthar bin al-Qasim telah menceritakan kepada kami, daripada Ash‘ath, daripada Muhammad daripada Nafi‘, daripada ibn ‘Umār r.a. , bahawasanya nabi SAW sabdanya;

”Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan , hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.”

Muhammad bin Kathir telah menceritakan kepada kami, Sufyan telah memberitahu kami daripada Abi Husayn, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada ibn ‘Abbāsr.a. katanya;

Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadan kemudian mati dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.

2.2.2.Fidyah Haji.

Surah al-Baqarah (2) : 196.
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidilharam (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.

2.2.3. Fidyah Sembahyang

Tidak kedapatan dalil yang qat‘i (jelas) daripada al-Quran tentang hukum membayar fidyah bagi mereka yang meninggalkan sembahyang justeru ia merupakan ibadat yang tidak ada keringanan.

Manakala daripada al-hadis pula,
‘Abd al-Rahman bin al-Shaykh Muhammad bin Sulayman dalam kitab syarahnya ketika menerangkan tentang dibayarkan fidyah simati yang meninggalkan sembahyang telah memetik satu hadis yang dijadikan sandaran tentang fidyah sembahyang dengan mengatakan,

sabda Nabi SAW,
Tidak berpuasa seseorang untuk seorang yang lain dan tidak bersembahyang seseorang untuk orang lain melainkan diberi makan (bagi pihaknya).

2.3. JENIS-JENIS DAN SEBAB-SEBAB FIDYAH.

a. Fidyah Puasa.
Terdapat  beberapa  sebab  puasa  wajib  yang  ditinggalkan  oleh  seseorang  yang  dikenakan  fidyah.
i.Meninggalkan puasa kerana tua.
ii.Meninggalkan puasa kerana sakit kronik.
iii.Meninggalkan puasa kerana mengandung dan menyusukan anak.
iv.Menangguhkan qada puasa.

b. Fidyah Haji.
Ia  adalah  denda  tebusan yang dilakukan dengan sebab melakukan perkara-perkara berikut

i.Mengerjakan  haji  secara  tamattu‘  dan  qirān  bagi  mereka  yang  bukan  warga   Masjidil-Haram
ii.Tidak mengerjakan wajib haji.
iii.Melanggar larangan semasa ihram
iv.Terhalang perjalanan hajinya.

2.3.2.Jenis-jenis dan Sebab-sebab Fidyah yang tidak disepakati.

Selain daripada hukum mengenai fidyah yang disepakati oleh ulama tentang kewujudannya dalam fikah, terdapat beberapa jenis fidyah yang menjadi pertikaian di kalangan para ulama iaitu fidyah sembahyang fardu, sembahyang witir dan iktikaf.

Imam Nawawi juga ada menaqalkan daripada al-Baghawi mengenai pembayaran fidyah sembahyang berasaskan kepada pendapat al-Shafi‘i tentang fidyah iktikaf.

Ada pandangan yang cuba menyandarkan amalan fidyah ini kepada pendapat Imam al-Subki. Ia dikatakan terdapat dalam I‘anah al-Talibin yang merupakan syarah kepada Fath al-Mu‘in. Sebenarnya Imam al-Subki mengqadakan sembahyang sebahagian ahli keluarganya dan bukannya membayar fidyah.

Imam Ahmad bin Hanbalketika ditanya tentang seorang yang sakit meninggalkan sembahyang lalu mati menyatakan, tidak diqadakan untuknya bahkan tidak wajib ke atasnya sesuatu92 iaitu tidak diqada atau dibayarkan fidyah baginya.

Dalam Mazhab Hanafi, terdapat beberapa buah kitab yang menyebutkan tentang fidyah sembahyang antaranya dalam Hashyiah Ibn ‘Abidin.

2.3.3. Pandangan Ulama Kontemporari Tentang Fidyah Solat.

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpendapat tiada fidyah dalam kes meninggalkan sembahyang.

Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang menyatakan pendapat yang muktamad ialah pendapat yang mengatakan sembahyang itu tidak dibayar fidyah.

Majlis Ugama Islam Singapura: ”Fidyah adalah hanya untuk membayar semula kewajipan puasa yang ditinggalkan ketika bulan Ramadan. Oleh itu, tidak terdapat fidyah bagi solat kerana apabila seorang itu meninggal dunia, tidak diwajibkan keatas ahli warisnya bersolat untuknya.

Jabatan Mufti Kedah yang membolehkan fidyah solat dan tidak menganggapnya ia suatu bid‘ah dengan syarat-syarat tertentu.

Kiyai Haji Muammal Hamidy (ulama dan penulis Indonesia) ketika diajukan soalan mengenai fidyah sembahyang menyatakan tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW.

Para ulama semasa Arab Saudi (Shaykh ‘Abd al-‘Aziz, Shaykh ‘Abd al-Raziq ‘Afifi, haykh ‘Abd Allah) mereka  berpegang kepada pendapat orang yang meninggalkan sembahyang secara sengaja tanpa uzur sebagai kafir. Bahkan  mereka  berpendapat tidak  ada  qada`  bagi  sembahyang  yang  ditinggalkan  kerana  sengaja  kecuali  sembahyang  yang  ditinggalkan  kerana  keuzuran  seperti  tertidur  atau  terlupa.  Mereka  yang  meninggalkannya  secara  sengaja  hendaklah  bertaubat  nasuha  kepada Allah serta membanyakkan amalan saleh , berdoa dan bersedekah.

Shaykh Ahmad bin Hamad al-Khalili (Mufti Kesultanan Oman)menyatakan, sembahyang tidak  boleh diganti dengan kafarah dan yang lain.

Al-Shaykh Muhammad Abu Zahrah berpendapat amalan membayar fidyah sembahyang tidak mempunyai asal-usulnya secara mutlak dan sahih pada  hukum syarak. Sembahyang   adalah   ibadat   badaniyyah yang tidak gugur kewajipannya melainkan ditunaikan oleh para mukallaf.

2.4.  KAEDAH PELAKSANAAN FIDYAH MENURUT HUKUM FIKAH.
Para  ulama  sepakat  tentang  fidyah  puasa,  iaitu  memberi  makan  kepada  fakir  miskin dengan kadar secupak makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Surah al-Baqarah (2) : 184
(Membayar) fidyah kepada orang miskin

Adalah jelas dalam ayat tersebut menyatakan fidyah puasa itu adalah untuk orang miskin.

2.4.2. Fidyah Haji.
Terdapat  berbagai  cara  bayaran  denda  yang  juga  disebut  sebagai  dam  mengikut  kesalahan  yang  dilakukan.

2.4.3. Cara Membayar Fidyah sembahyang dan iktikaf.
Jika  simati  meninggalkan  sembahyang  sebanyak  200  waktu,  maka  fidyah  yang  dikeluarkan  ialah  200  mud  makanan  asasi  negara  berkenaan.  Dalam  konteks  Malaysia  ialah beras.

2.5. FAKIR DAN MISKIN MENURUT HUKUM FIKAH.
Berdasarkan dalil al-Quran, terdapat dua keadaan manusia dari segi sosio-ekonomi yang dianggap  tidak  berkemampuan  iaitu  fakir  dan  miskin.

SurahAl-Taubah (9) : 60.
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu`allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Baqarah (2) : 273
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Beberapa  riwayat  daripada  Rasulallah  S.A.W  ada  menyatakan  tentang  golongan  fakir dan miskin ini

Dari ‘Ubayd Allah bin ‘Adi r.a.; Bahawasanya dua orang lelaki mengkhabarkan kepadanya bahawa mereka berdua telah datang kepada Rasulallah SAW semasa haji wida‘ untuk meminta bahagian daripada zakat, maka baginda melihat mereka berulang-ulang dan ternyata bahawa mereka itu adalah orang-orang gagah, maka baginda SAW bersabda : Kalau kamu mahu, aku akan memberinya, tetapi orang yang mampu, dan yang kuat yang dapat berusaha tidak ada hak menerima zakat.

Dari Abi Hurayrah r.a., Bahawasanya Nabi SAW bersabda : Bukanlah dinamakan miskin orang-orang yang berkeliling mengemis kepada manusia, yang diberinya sesuap dua makanan ; sebiji atau dua biji tamar, tetapi dinamakan miskin ialah orang-orang yang tidak mendapat kecukupan dan tidak diketahui orang pula tentang kemiskinannya itu, lalu orang memberinya sedekah dan dia tidak keluar mengemis.

Dari Qabisah bin Mukhariq Al-Hilali r.a., beliau berkata ; Rasulullah SAW bersabda ; Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali bagi salah satu dari tiga orang ini; orang yang menanggung hutang orang lain, maka hal baginya mengemis, sehingga dia dapat membayar hutang itu. Kemudian dia hendaklah berhenti dari mengemis. Dan orang yang kena bencana sehingga habis semua hartanya, maka halal baginya mengemis sehingga dia mendapat penghidupan yang tetap. Dan orang yang tertimpa kesengsaraan sehingga tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata ; Sungguh si fulan telah ditimpa kesengsaraan, maka halal baginya meminta-minta sehingga dia mendapatkan sandaran hidup yang tetap. Adapun selain daripada itu hai Qabisah, adalah haram dan orang yang makan harta itu bererti makan yang haram.

2.5.1. Fakir dan miskin menurut pandangan fuqaha`.

Imam Abu Hanifah fakir ialah yang mempunyai sebahagian keperluannya tetapi tidak mempunyai sebahagian yang lain manakala orang miskin tidak punya apa-apa. Imam Malik fakir ialah mereka yang memiliki harta sedikit daripada kecukupan umum manakala miskin ialah orang yang lebih terdesak keperluannya daripada faqir.

Imam Ahmad bin Hanbal fakir ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa ataupun tidak memiliki setengah daripada keperluannya dan miskin ialah mereka yang memiliki setengah daripada keperluannya ataupun lebih.

Imam Shafi`i fakir ialah orang yang tiada berharta dan tiada pekerjaan yang berhasil baginya pada suatu masa atau bukan pada suatu masa samada dia mengemis atau tidak suka mengemis. Orang miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau pekerjaan yang berhasil baginya dan tidak mencukupi samada ia mengemis atau tidak mengemis.

2.5.2. Fakir dan miskin menurut pandangan mazhab Shafi‘i

Al-Jaziri menukilkan pendapat al-Shafi‘i fakir ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tiada kerjaya yang halal atau mempunyai harta dan pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi kerana ianya sedikit daripada setengah keperluan dan tidak ada orang yang memberinya nafkah yang kecukupan.

Miskin pula ialah mereka yang mempunyai harta atau kerjaya halal yang hanya memenuhi setengah keperluan hidup atau lebih daripada sebahagian setengah ( tetapi masih belum memenuhi keperluan penuh ).

Status kefakiran dan kemiskinannya tidak terhapus dengan adanya rumah yang selayaknya bagi mereka, atau mempunyai pakaian yang seumpamanya.

Imam Nawawi fakir ialah mereka yang tidak kuasa bekerja untuk perbelanjaannya sehari-hari, tidak dengan harta dan tidak pula dengan usaha.126 Manakala miskin pula ialah mereka yang berupaya untuk bekerja mencari keperluan hidup sehari-hari namun tidak cukup untuk memenuhi keperluannya.

Dalam Kifayah al-Akhyar fakir itu ialah mereka yang tidak punya harta dan pekerjaan atau mempunyai harta atau pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluannya.

Dalam Fath al-Qarib fakir ‘araya (عراي) ialah orang yang sama sekali tidak mempunyai wang.
Manakala miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau penghasilan yang tidak cukup untuk memenuhi keperluannya.

Berdasarkan kepada beberapa huraian dalam kitab-kitab mazhab Shafi‘i di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa:

Bagi seorang yang dikatakan fakir ialah;
1.Tidak mempunyai apa-apa harta yang dalam Fath al-Qarib dikatakan fakir ‘araya( عراي ). 2.Tidak mampu berkerjaya.
3.Jika ada harta atau hasil kerjayanya tidak cukup setengah dari keperluan hidup

Manakala ciri-ciri miskin pula ialah;
1.Ada harta dan kerjaya
2.Harta dan kerjayanya tidak memenuhi keperluan hidup
3.Harta atau kerjayanya hanya memenuhi setengah atau lebih dari  keperluan hidup.

2.6. PEMBAYARAN FIDYAH DALAM BENTUK NILAI MAKANAN.
Dalam ayat berkenaan fidyah, perkataan (مسكينطعام) jelas menunjukkan bahawa fidyah itu hendaklah dikeluarkan dalam bentuk memberi makan kepada orang-orang miskin.

Dalam mazhab Shafi‘i yang menjadi amalan penduduk Nusantara tidak membenarkan zakat atau fidyah dibayar dengan nilaian wang, namun sesetengah pihak berkuasa agama membenarkan kita untuk bertaqlid kepada mazhab Hanafi dengan mengharuskan pembayaran melalui mata wang sebagai nilai bagi zakat atau fidyah.


SUMBER RUJUKAN
studentsrepo.um.edu.my

KALKUTOR FIDYAH PUASA
maiwp

PENGIRAAN KADAR FIDYAH PUASA
zakat

HUKUM MENGGANTIKAN PUASA BAGI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
muftiwp

12 comments:

Anonymous said...

salam;

semuanya betul,melainkan disalah fahamkan akan maksud fidyah dan kifarah.

buka dan rujuk semula akan maksud kepada tunai atau menunaikan dalam urusan solat,puasa atau haji atau zakat itu.

barulah jumpa beritanya.tak gitu.

contoh:

apabila manusia tidak ditunaikan solatnya,hukumnya terjadi bagaimana?

bergitu juga hajinya,puasanya dan zakatnya. lihat akan hukum tunainya kepada perbuatan itu jugalah.

adakah ianya bersamaan dengan ,apabila manusia tidak membayar hutang atau manusia tidak menunaikan janji atau manusia tidak menunaikan amanahnya.

renungkan dengan teliti.

inshaallah.

Anonymous said...

salam:

ini adalah maksud kepada sebutan fidyah dan kifarah,menurut fekah;


fidyah;membawa maksud: pengantian.

kifarah; membawa maksud: hukuman denda.


dan kedua sebutan itu menurut maksud eknaman undang-undang keluarga islam negeri; tidak diketahui[rujuk kepada jabatan agama negeri memasing atau mufti].

bertelitilah dalam urusan,itu lebih berguna,bagi mengelak salah faham.

inshaallah.



Anonymous said...

salam;

untuk renungan semata: seorang hamba allah menghantar kepada kami surat berantai, wasiat oleh penjaga makam nabi muhammad saw; dan minta disebarkan kepada seberapa ramai orang islam,dan jika tidak disebarkan,akan mendapat mudarat kononnya,kat oleh penghantar,siap dengan contoh lagi.

ini jawapan kami kepada hamba allah itu dan untuk seluruh orang islam terutamanya manusia melayu di malaysia.

1]cerita yang disebarkan itu ada dalam al quraan dan al sunnah.
2]al quraan dan alsunnah itu sendiri adalah wasiat oleh@dari allah dan rasulullah.
3]dalam kitab yang tok guru dan utz yang mengajar, ada mengajar dimasjid dan surau,hanya orang yang tak pergi berkitab aje yang tak tahu.

jadinya nak cetak dan edar atau sebarkan surat berantai tu buat apa?;lebih baik cetak dan edar atau sebarkan satu al quraan dan seluruh al sunnah[al hadis] kepada orang,kan lebih baik.[setakat 20.... aje, amendenya].

memang lah kalau tak buat apa yang diperintahkan oleh allah,akan dikenakan mudarat.tak payah tunggu wasiat manusia pun. amar makruf dan nahi mungkar tak di jalankan.

baca lah al quraan serta al sunnah tu.[berkitablah dengan manusia yang reti,dan jangan berkitab dengan manusia yang bebal].

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

mereka menglaong-laongkan,buat sesuatu mesti ikhlas,nak bantu orang kena ikhlas,nak sedekah dan infak duit,harta dan tenaga kena ikhlas,nak wakaf kena ikhlas.

memang betul apa yang mereka laongkan itu.

tapi sebaliknya, mereka mengharapkan balasan pahala dari perbuatan yang mereka kerjakan, pada setiap perbuatan,setiap bantuan yang di berikan,pada setiap sedekah dan infak dan tenaga,dan pada setiap wakaf yang mereka katakan mereka ikhlas itu.

dalam hati mereka masih tidak menunjukkan ikhlasnya diri mereka,apabila setiap ikhlas yang mereka berikan,mereka tuntut pahala sebagai ganjaran gantinya.

tenungkan dengan teliti dan cermat,apakah ikhlas itu perlu di bayar dengan pahala.ibarat anak kecil yang dijanjikan upah apabila anak kecil itu membantu membuat kerja rumah.

dan adakah anak kecil itu tidak di berikan makan dan kasih sayang,jikalau anak kecil itu engkar atau tidak melakukan kerja rumah yang di suruh atau di perintahkan kepadanya.

berapa lama lagi,tuan dan puan hendak menjadikan diri tuan dan puan sebagai anak kecil,dan bilanya lagi nak menjadi dewasa dan orang tua.

orang dewasa dan orang tua,apabila mereka masuk kedalam syurga,mereka akan menjadi tuan,sebaliknya anak kecil atau kanak-kanak yang masok syurga,mereka hanya akan menjadi pelayan,tidak menjadi tuan.[rujuk kepada orang yang tahu,jika ayat ini salah,dan jangan di gunakan kalau tak betul].

inshaallah.

Anonymous said...

salamum;

satu soalan dalam bentuk pantun yang dihantar,yang perlu dijawab: oleh seluruh.....;dihantar kepada kami oleh moyang dari sumatra melalui wakilnya cucunya.

pasir kurang telok belanga,
rotan tawar hanyut terapong,
hanyut terapong kelaut merah,
puteri kencana untuk menyambut.

dan telah pun kami jawab, disandarkan serta di letak ketempatnya kembali dalam al quraan, dari izin allah.inshaallah.

dan jawabkan pulak oleh tuan dan puan seluruhnya. jawapannya ada dalam al quraan serta al sunnah. inshaallah,selamat menjawab.

bukan dibalas pantun itu,hendaklah di jawab.[apa jawapannya][ ini pantun teka teki].

Anonymous said...

salam;

seorang hamba allah,telah menghantar persoalan berkenaan membuat atau mengangkat sumpah laknat.

kami tak tahu apa tujuannya serta maksudnya;mereka bertanyakan persoalan ini.

dan mereka sertakan jawapannya bersekali dengan persoalan.

bersandarkan ayat 61 dalam surah 3: dan maksud mubahala.


dan ini jawapan yang kami berikan untuk penelitian semua.

apa sebenarnya yang dimaksudkan laknat itu?[urusan ini yang perlu di buka dahulu sebelum nak menyebutnya,jangan dok pandai sebut aje.

siapa yang hendak bersumpah tu,orang biasa @ awam; atau orang yang menjadi pemimpin @ pemerintah.

kalau orang awam, yang di perintah untuk memngakat sumpah oleh pemerintah,itu betul,dari sebab pemerintah itu yang akan menjadi hakimnya,dan lalu di jalankan siasatan dengan adil,dan kalau tersalah membuat hukuman,pemerintah itu yang akan menanggung jawab diatas hukuman bersumpah itu.

dan kalau pemimpin, atau pemerintah yang hendak mengangkat sumpah itu; mereka tak layak untuk bersumpah dengan kaedah itu;

1]mereka telah pun mengangkat sumpah semasa hendak menjadi pemimpin atau pemerintah[sumpah yang sama lah tu]

2]siapa pulok yang nak menjadi hakim kepada sumpah yang mereka buat itu,mereka sendiri ke,mana boleh.

antara mereka dengan imam masjid,siapa ketua kepada siapa?. dan orang ramai menjadi hakim atau saksi,tak boleh dan tak layak.

sebabnya apabila mereka mengangkat sumpah untuk menjadi pemimpin atau pemerintah,mereka itu adalah hakim secara otomatik[atau sebagai pertugas timbangtara bagi orang awam dan orang dibawah jagaannya].

baca dan teliti semula bab sumpah.jangan memandai menghurai jika tak cukup ilmunya.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

laknat atau lahanat;[dalam fekah] bermaksud sesuatu kesalahan atau salah laku yang terlepas pandang: yang di adili atau dihakimi oleh hakim,pemerintah atau beberapa orang yang dilantik sebagai penimbang tara yang dipercayai untuk melihat semula urusan telepas pandang yang dituntut atau diadukan itu untuk keadilan atau diadili.

laknat atau lahanat: [dalam eknaman undang keluarga islam negeri;maksudnya tidak diketahui.

dan lahanat dalam sebutan atau bahasa orang negeri melaka sekarang ini: kena tanya kepada mereka orang tua-tua di negeri melaka,apa maksudnya.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


tok merah;urusannya amanah telah selesai,pulih lengkap sempurna,dari izin allah,inshaallah. dikembalikanketempatnya al quraan serta al sunnah.


pewarisan keturunan tok merah wajib menyusun mengikut susunan induk atau dibawah moyang perempuan memasing,jangan ikut sedap hati aje.

asal susur keturunan bini-bini tok merah; [kias kepadanya cucu cicit tok merah].

bini 1 nya;pattani@kelantan
bini 2 nya;trengganu@ kuala berang
bini 3 nya;pulau pinang
bini 4 nya;kedah@ gunung jerai
bini 5 nya;samudra pasai
bini 6 nya;bukit betong jelai pahang.

inshaallah

Anonymous said...

salam;


khutbah jumaat;27/12/2019;pahang;bertajuk: taubat sebelum mati.

taubat itu adalah perkara terakhir dan pertama yang wajib di lakukan oleh manusia selepas atau setelah dijalankan urusan amar makruf nahi mungkar keatas seluruh manusia,tidak mengira darjatnya. dan kalau urusan amar makruf nahi mungkar tidak berjalan dan tidak disempurnakan;nak taubat apa?,siapa yang nak kena taubat?

jalankanlah urusan amar makruf nahi mungkar tu dengan adil dan saksama,tanpa mengira bulu dan kulit terlebih dahulu,barulah boleh dok bercerita bab taubat.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

bezanya zaman dulu dengan zaman sekarang.[anak-anak kesekolah;kata mereka].

dulu; pergi sekolah,hari pertama dan seminggu atau pun [ sebulan kalau anak manja],dihantar emak ayah.

sekarang; lepas tu emak ayah menghantar anak-anaknya,dari hari pertama sehingga hujung tahun tamat.[anak yang dahulunya tidak dihantar kesekolah hari-hari,membuat kerja mengahantar anak mereka bilang hari].

sekarang; zaman ini,emak ayah tak hantar anak kesekolah,yang hantar tok neneknya menghantar cucu kesekolah dari hari pertama sehingga hari akhir persekolahan tahunan.

akan datang nanti; kalau tak berubah perangai,emak ayah tak hantar anak kesekolah;tok nenek tak hantar cucu kesekolah;dan yang hantar nanti moyang, moyang yang terpaksa menghantar cicit kesekolah.[sebab; moyang takde kerja.dan emakayah sibuk kerja,toknenek banyak kerja].

itu sebab nanti akan datang anak, cucu, cicit, tak kenal emakayah,tok nenek,dan moyang,dari sebab mereka panggil toknenek dan moyang sebagai mak ayah.

ada percaya ka,atau tade percaya;itu cakap-cakap.

macam-macam alasan mereka bentangkan untuk pelepas diri mereka.

Anonymous said...

salam;

pembentangan seorang hamba allah kepada kami,dan ini jawapannya kepadanya dan khas kepada melayu malaysia.

tak beberapa hari lagi akan masok tahun 2020.

tak terasa tahun 2019 tinggal beberapa hari lagi yang akan berakhir, tahun 2020 akan menjelang.

buat keluargaku, kamu yang terpenting dalam hidupku.

buat yang ku sayang, aku minta maaf atas sikap tindak tandokku yang menyakiti hatimu.

buat kawan-kawan ku, maafkan, aku pernah khilaf dan salah kepadamu.

buat yang tak sependapat, maafkanlah, bila selama ini saya selalu salah dimatamu.

buat yang sayang padaku, aku juga menyayangimu.

buat yang tak kenal denganku, salam kenal, semoga kita menjadi sahabat yang baik.

semua itu menjadi kenangan yang sangat bermakna bagi ku.

doa dan harapan ditahun 2020, akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya .
aminn.


jawapan kepada pembentangannya.


bukan setakat minta dan akuan semata. jalankan dan tegakkan; amar makruf nahi mungkar yang terlepas itu. baru boleh bercerita bab 2020 dan tahun yang mendatang. inshaallah.

Marsya said...

Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856