KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20200103

Di mana bumi berpijak

Di mana bumi berpijak, 
di situ langit kujunjung, 

Di mana langkahku jejak, 
di situlah aku berlindung, 

Di saat akal bersajak, 
berlagu hatiku meraung, 

Firasat yang tahu lajak, 
datangnya dari yang disanjung, 

Terkadang jiwa tersentak, 
bagai ombak yang terlambung, 

Muncul kembali sejenak, 
madah baru disinambung, 

Tinggi tempat bertapak, 
rendah langit tak berbumbung, 

Mata tak nampak, 
tangan tak kudung, 

Diluah mati mak bapak, 
ditelan 
kemudian lah aku sambung....... 

on Celaru Menghilang Awan
on 1/2/20

2 comments:

Unknown said...

As stated by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 19 KG less than we do.

(By the way, it has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING around "HOW" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", and not "what"...

TAP this link to see if this quick test can help you find out your real weight loss possibility

Melayu, Islam dan Beraja said...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara/saudari pengendali blog lamanpahang ini. Saya ingin bertanya mengenai salahsilah keluarga di sebelah ibu saya iaitu Che Wan Chantik serta Tok Gendut @ Gondat serta salahsilah keluarga di sebelah bapa iaitu Haji Uthman bin Senik. Mungkin ada beberapa info serta fakta yang saya terlepas pandang sewaktu mencari susur galur. Boleh hubungi saya di emel (qieyffuah97@gmail.com) serta whatsapp 0176411156.