-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20210709

Pendekatan 34: bersandar pada kekuatan dirinya

Siapa sangka dia sampai 

kepada Allah

dengan perantaraan 

sesuatu selain Allah

pasti akan keciwa.

Sesiapa dalam ibadatnya 

bersandar pada kekuatan dirinya

maka dikembalikan 

oleh Allah kepada 

kekuatan dirinya juga.


Maka dia hanya sampai

disitu sahaja.

19 comments:

Anonymous said...

salam;


puasa pada ramadhan:[..]wajib ditunaikan.


allah telah sebutkan;puasa itu hak dia. dan dia sendiri yang akan membalasnya. jikalau manusia tunaikan dengan betul lagi ikhlas.dan tidak culas[buat kerja pedooh atau menipu diri sendiri le].

dan didalamnya diberikan solat terawih,itu hadiah allah kepada manusia umat islam[kan ke allah kata puasa hak dia dan dia sendiri yang akan membalasnya].

kalu dah puasanya malas dan solat terawihnya pun malas[dengan malas-malas melakukannya].

makanya; diberikan pulok,satu lagi hadiah kepada umat manusia islam dengan malam lailatudaqa.disebutkan;carilah malam-malam yang istimewa pada malam-malam bulan ramadhan,[sambungannya cari sendiri le].

buat le.cari le;yang buat bertelagah sesama sendiri tu,buat apa?.

belajar le,ilmunya dengan yakin,dan amalkan dengan keyakinan diri tu,dan bukan setakat jadi copy[orang tua kata pak turut le].

jangan jadi macam dialog dalam cerita musang berjangut tu;

ampun tuanku;patik dah khatam ilmu heiwan tuanku;tapi patik tak belajar atau guru patik tak ajar atau tak pernah di ajar pasal musang berjangut ni;ampun tuanku.[dialog lain;tuanpuan tengok semula le cerita tu].

selalunya;tak sempat nak mula puasa,kepala dah ingat pasal raya.

makanya; ilmu yang betul dan yakin amat peting di pelajari.jangan sampai dikata orang tua;yang di tak dapat,yang di kendong kececiran..jadinya malu sendiri,kepada diri sendiri,kepada rasulullah serta kepada allah. itu merugikan diri sendiri.

inshaallah.


Anonymous said...

salam;

rukun ketiga kepada rukun islam.


dalam ramadhan itu ada tiga hadiah yang allah berikan kepada manusia umat islam;

1]puasa

2]solat teraweh

3]malam lailatuqada


dan yang keempatnya, meraikan aidufitri.

pada aidulfitri,ada pulok hadiahnya;salah satunya;

solat aidulfitri,tasbih,tahmid,dan lagi.

khutbah aidufitri.

puasa sunnah tujuh hari dalam syawal.


termenungkanlah dalam-dalam akan hal ini.




inshaallah.

Anonymous said...

salam;



makanya;dalam ramadhan sahaja yang diwajibkan menunaikan zakat[zakat fitrah][tiada zakat pada bulan yang lain].

zakat itu adalah wajib keatas setiap manusia umat islam yang hidup sehingga penhujung ramadhan sehingga pagi syawal sebelum solat aidulfitri. itu termasuk dalam rukun ketiga dan keempat.[zakat diri;fitrah tu bermaksud apa?].

memang nampak remeh dan kecik aje,berbanding dengan zakat harta,zakat ternakan,zakat tanaman,zakat perniagaan,zakat emas. sebaliknya;

zakat fitrah itu wajib tak kira kata kaya atau miskin,melainkan orang yang papakedana[yang tidak lansung mempunyai apa-apa untuk di makan][fakir yang terdesak]. makanya; mereka itu wajib pulok di berikan dengan wajib zakat yang dikutip atau dikumpulkan sebagai hak keatas mereka.

berbanding dengan zakat lain yang tersebut itu dari zakat fitrah; ianya ada hisabnya,nisabnya,ada qaulnya atau tempohmasanya.dan jika tak cukup hisab,nisab,qaulnya[tidak menjadi wajib].zakat ini diwajibkan untuk ditunaikan atau di keluarkan,apabila hak keatas perkara atau barangan tersebut cukup keatas hak,serta menjadi lebih;dan kelebihan itu le yang diwajibkan zakat.[kerana diberikan lebihan kurnia oleh allah kepada mereka manusia berbanding dengan menusia yang miskin].

hukum zakat itu adalah diantara manusia dengan allah,kalu manusia tahu dan mahu memikirkannya.[sebagaimana mengucapduakalimah sahadah,solat wajib lima waktu,puasa sebulan ramadhan]. termasuk le tunaikan ibadah haji di mekkah.

kesemuanya adalah anugerah serta hadiah allah kepada manusia islam umat nabi muhammad saw.

wahyu akhir yang diturunkan allah: hari ini aku sempurnakan[redho] islam sebagai agama.[yang disampaikan oleh nabi muhammad saw].[ayatnya panjang lagi,cari dan baca le sendiri].maaf.

makanya; sebab itu le ianya di panggil rukun islam.[semuanya disebut ulama;tunaikan rukun yang lima.

[diberikan hadiah,sebaliknya tak dibuka hadiah yang diberi;dan kalu makanan sebagai hadiah,tapi tak dirasa,tak dimakan;disimpan....kalu hadiah atau makanan yang diberikan itu disimpan dari umur cukup umur[13 tahun]setahun satu hadiah,dan hidup 60 tahun,makanya hadiah yang disimpan sebanyak[...];dan apabila dada dah terasa sesak pada hujungnya nyawa;makan minum dah tak masuk atau tak diterima mulut,hadiah yang bersimpan banyak itu ,tak ada gunanya kepada diri sendiri.sesal yang berkunjung dalam diri tak berkesudahan].

itu yang orang katakan; buat perabih beras je.maaf.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

rukun islam[lima perkara].


tanpa sedar, setiap manusia umat islam,sebenarnya akan memasuki setiap rukun atau martabat ilmu itu; syariatnya tarikatnya,hakikatnya,makrifatnya;dan bila nya nak sampai ke bahagian seterusnya[islam] atau martabab islamnya.

dalam lima itu satu diberikan kelongaran;menunaikan haji dimekkah.[hanya atas manusia yang berkemampuan],tak mampu,tak wajib atas mereka.

martabat islam adalah yang atas sekali yang manusia boleh mendudukinya;dan martabat yang empat itu dibawah seliaan atau jagaan martabat islam.

memang betul le,mereka kata sebagai masuk islam atau memelok islam,sebaliknya nak mencapai islam ;itu kena le melalui martabat lainnya dulu.

kalu nak jadi tukang masak;kena le belajar basuh pingganmangku periuk belanga dulu,lepas tu belajar kenal perkakasan untuk memasak,belajar kenal dapur,belajar hudupkan api dan jaga serta kawal apinya,belajar kenal bahan mentahnya[iaka daging dan sayurnya],belajar potong bahan mentahnya,belajar akan ramuan rempahnya dan resepinya,belajar masak nasinya,belajar mengacau gulainya,dan macam-macam belajar lagi untuk sampai menjadi seorang tukang masak. tak gitu kaedahnya. baru le diberikan baju dan topinya. tak ada orang masuk dapur terus jadi tukang masak.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


makanya; dalam rukun haji itu pulok ada korban[sebagai hadiahnya];orang yang tak sampai kemekkah tunai haji pun di galakkan korban,sebagainya hadiah lain adalah solat aiduladha dan khubahnya,takbir,tahmid,tasbihnya.

cari dan dapatkan le kebaikan dari dalam keseluruhan martabat tu dengan daya usaha tanpa lelah didada untuk mencapai islam tanpa salah tahu dan tanpa salah faham;moga-moga dapat bertemu rasulullah dan duduk bersama dengannya. dan mendapat redho allah sebagai kurniaan kepada diri.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


bersama rukun islam disekalikan dengan rukun iman yang enam[enam perkara];yang wajib manusia umat islam percaya dengan yakin sepenuh hati,dan bukan setakat percaya pada mata aje.

jika tidak percaya dengan yakin dalam hati[...],makanya rukun islam tak dapat dilaksanakan dengan sebenar percaya,kerana setiap rukun islam diiringi dengan rukun iman akan perbuatannya.

sedangkan,pertanyaan dalam kubur adalah berkaitan rukun iman.dan rukun iman inilah yang menunjukkan,sampai atau tidaknya seseorang manusia kepada maksud sebenar islam dalam diri.

makanya;sejarahnya lah yang dipandu untuk laluan kepada rukun iman;dan al quraan sera al sunnah[al hadis] itulah pedoman sejarah kepadanya.[cari dan bacakan le dengan tertip dan teliti].dan setiap sejarah itu ada buktinya,dan semuanya terrangkum dalam kedua kitab al quraan dan al sunnah,yang menunjukkan buktinya itu dimana diatas muka bumi akan kedudukannya.

tidak ada yang boleh dijadikan bersangka-sangka kepada perasaan dan hati manusia kerana ianya ada sejarahnya tercatat dan ada buktinya yang terletakkan diatas muka bumi.

dan tidak ada yang boleh dijadikan alasan tidak tahu atau tidak diberitahu oleh manusia umat islam zaman ini,kerana islam telah disempurnakan oleh allah sebagai agama manusia,lebih 1400 dahulu,semasa nabi muhammad masih hidup.

kalu manusia yang belum cukup umur,kesalahannya tertangung kepada orang tuanya[ibubapa];sebaliknya apabila umur manusia telah sempurna,salahlakunya adalah tanggungjawabnya [ditanggung oleh dirinya sendiri],kalu dia tak belajar atau malas,itu salah dirinya sendiri,kerana akal telah di anugerahkan allah kepada dirinya manusia,maka tiada dolak dalih yang boleh dipertikaikan oleh manusia itu sendiri.

kata orang tua;yang bulat tak datang bergolek,yang lepir atau yang pipis tak datang melayang dengan sendiri.[kena le ada daya dan usaha].tak gitu kaedahnya.

berusaha le seolah kita akan hidup 1000 tahun,dan beramal le seolah-olah kita akan mati esok hari.[nak berusaha dan nak beramal,itu kena le ada ilmu,ilmu yang betul di ketahui dan betul difahami,baru le tak kena tipu dek orang lain].


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


berbudibicara le dengan teratur untuk membangun[ada tertilnya dan ada tertipnya kepada saudara,sahabat mahupun lawan].baru le orang tak kaborkan[tak cakap dan tak fikir] yang orang melayu dan orang islam tak jahil.

untuk keluar dari lingkungan jahil dan menjadi manusia yang berbudibicara,kena le belajar ilmu adab. maka baru le tahu duduk tempatnya bercakap dengan menusia lain hatta sekalipun dengan haiwan dan tumbuhan serta makhluk yang lain.

makanya; tidak le orang panggil kepada orang lain biadab;mahluk sebelum adam,yang disuruh beri adab hormat kepada adam,dan dia tidak beradab,yang menyebabkan dia biadab kepada tuhannya,lalu di beri gelaran iblis dan di buang negeri oleh tuhannya.[adab jangan di buang dan diletakkan ketepi tong sampah][akibatnya orang atau manusia atau bangsa itu akan menjadi jahil dan ego jahil itu memudaratkan diri,manusia dan bangsa itu sendiri. dan sehingga akhirnya akan di perangi dan ditakluki oleh orang manusia bangsa lain sebagai imbuhannya yang degil serta jahil.

lihat akan sejarah namrud;yang gemilang dengan ilmu,kaya dan kekuasaannya dahulu itu,yang akhirnya matinya ditangan orang lain hanya dengan ketukan kasut dan selipar sahaja.[baca le sejarah-sejarah silam tu].

makanya; kalu tak mahu lihat bangsa melayu ini terkapai-kapai dan terbelengu menjadi jahil,bangunkan le adab bangsa dengan belajar ilmu adab tu.[namanya dah disebut orang sebagai; peradaban manusia],jadi le manusia yang beradab,baru le jumpa adatnya dan fekahnya,dan baru le dapat ilmu-ilmunya dalam diri untuk menjadi manusia islam yang berguna,tak gitu kaedahnya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


adab akan menunjukkan sesuatu bangsa;ianya adalah seperti moral yang dipertunjukkan dengan displin dalam penjagaan diri.

dalam islam serta melayu,adab adalah satu perkara yang wajib dalam diri. adab le yang mengawal hati dari melakukan kesalahan dalam adat dan fekah.

tanpa ilmu adab,habis berkecai adat dan fekah dalam diri manusia.[manusia akan melanggar segala aturan-aturan hidup yang telah ditetapkan sejak azali dan melanggar aturan kehidupan dalam alam serta bumi yang mereka duduki ini].[baca le sejarah tamadun dan peradaban manusia zaman silam terutamnya kisah para nabi dan rasul;jangan setakat ambik pengajaran aje].

terlalu banyak ilmu adab yang telah di sisihkan atau di tinggal atau dilupakan oleh orang melayu sendiri,dan hanya dianggapkan sebagai kesenian tradisional orang melayu zaman lepas.

dalam islam,adab teramat le pentingnya dalam perkara menjalani amal ibadah seharian terutamanya solat.
sebagai contohnya[sebahagian dari permasalahan kepada mereka yang mengenepikan ilmu adab]; orang yang solat tanpa adabnya didalam solatnya.

yang pertamanya mereka tak berilmu
yang keduanya mereka ego dan bersifat yang memudaratkan diri sendiri
yang ketiga mereka tidak hormat kepada rasulullah saw
yang keempatnya mereka tidak takut kepada allah yang mencipta akan mereka.

makanya;adab itu juga menjadi pangawal kepada manusia dari berangan-angan atau was-was dalam hatidiri atau ibadah mereka.

tertip dan tertil itu adalah satu dari ilmunya dalam adab,tiada tertip dan tertil,maka solat berkemunkinan besar tidak terpakai[cakap kasarnya;batal le].

dalam percakapan;dalam pergaolan;dalam menuntut ilmu;termasok le dalam peperangan;semuanya ada adabnya,yang mereka sebutkan sebagai peraturan,peraturan itu le adabnya.

kalu le dah adab ditinggalkan oleh manusia,jadinya apa ada yang tinggal dalam diri manusia itu.maka,itu yang disebut kosong,atau jiwa yang kosong.[berpelajaran tinggi dengan berbagai ilmu sebaliknya jiwa mereka kosong].

dalam adab,dilarang melakukan salahlaku,makanya;jikalau seseorang manusia melakukan juga kesalahan,maka adat dan fekah akan menghukum mereka,dari sebab mereka tidak dapat mengikuti landasan peraturan yang telah ditetapkan.mereka menzalimi diri sendiri dan manusia serta makhluk lain disekeliling mereka.

makanya;zaman dahulu mereka yang tidak beradab,akan di penjarakan atau hukman setimpal dengan salah laku mereka itu[dihalau dari kawasan,negeri]. dan mereka dibenarkan bergaul dengan manusia lain[masyarakat] apabila mereka telah sedar dan insaf,dan telah kembali beradab.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


adab yang kata lainnya orang zaman ini,atau mereka yang cerdikpandai sebagai;civilision[betulke ejannya ni] atau ketamadunan manusia[tamadun@peradaban manusia].

peradaban-peradaban atau tamadun-tamadun bangsa-bangsa atas muka bumi ini mereka kaji[mereka juga kaji sebab musabab perang saudara dan penjajahan oleh bangsa lain keatas bangsa lain];dari tamadun yunaninya;tamadun incanya;tamadun barat dan tamadun timur termasuklah tamadun dinusatara sebelah sini[tamadun melayu].

puncak tamadunnya mereka dulu itu adalah semasa mereka memenuhi adab bangsa mereka[mendekati atau menjalani nilai-nilai murni dalam kehidupan sesama mereka,hormat menghormati dan mematohi segala peraturan-peraturan dalam sesama kalangan bangsa mereka,dengan memiliki,mempelajari ilmu adab[tatasusila hidup].lalu mereka hidup dengan aman dan damai tanpa digangugugat oleh permasaalahan.

makanya; kejatuhan peradaban atau tamadun mereka itu dan runtuhnya bangsa mereka dari sebab mereka meninggalkan dan mengenepikan ilmu dan nilai-nilai adab;dan menjadi tamak,iri,dengki ataupun disebut taksub yang tidak bertempat kepada sesuatu yang mereka egokan dalam kalangan mereka sendiri lalu menjadi perebutan dalam kalangan bangsa itu,dan itu yang disebutkan sebagai perang saudara[sivil war].

punca atau kebanyakan musababnya perang saudara bermula kepada perkara yang kecik dan remeh temeh.

baca dan lihat sejarah orang arab sebelum kelahiran nabi muhammad saw;

baca dan lihat sejarah dibenua besar china;

baca dan lihat sejarah di benua eropah;

baca dan lihat sejarah di nusatar melayu ini sendiri;

kekadangnya disebabkan pokok durian ditengah sempadan tanah pun menyebabkan krisis adik beradik.[sampai merajuk pokok durian tu tak nak berbuah].

apabila adab ditinggalkan maka,banyak lagi yang lain terutamanya ilmu di tinggalkan dan disisih oleh manusia dan disalah gunakan dan disalah fahamkan bagi tujuan keegoan diri.[makanya; manusia yang cerdik dan beradab meninggalkan bangsanya sendiri,dan mencari tempat atau tapak dalam bangsa lain,negara lain untuk berkehidupan atau menyelamatkan diri dari terbelegu atau dizalimi dari krisis adab].

makanya; allah telah malantik rasulullah sebagai perutusannya[rasul dan nabi terakhir dalam kalangan manusia], bagi memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada seluruh manusia dan makhluk lainnya berkenaan adab yang manusia telah tinggalkan,telah lupakan dan telah mengabaikannya.[baca le al sunnah nabi tu[al hadis].[lebih kurang ayatnya; aku diutuskan sebagai menyempurnakan adab manusia].ayat yang tepat dan sebenarnya cari dan bacakan le. jangan pakai dok dengar dan dok baca orang cakap dan orang tulis semata je.



inshaallah.

Anonymous said...

salam;

selamat menyambut aiduladha;

aduladha itu adalah hadiah allah kepada umat manusia islam;makanya; jangan disalahgunakan atau jangan menyalahi meraikan aduladha yang dianugrahkan oleh allah itu.

dibimbangi;apabila termasuk kedalam salahlaku adab meraikannya nanti;boleh mambawa kemudaratan kepada diri umat manusia islam sendiri.

dalam keadaan yang kelam kabut dengan wabak masa ini;berpada-pada le cara kaedah menyambutnya.

berkorban le atas diri[dalam hatidiri],bukan setakat berkorban atas haiwan ternakan semata.[biar le orang tak nampak;memaafkan orang lain tanpa pengetahuannya;dan muhasabah atas diri sendiri dari salahlaku yang terlepas pandang yang diri sendiri tak tahu,dengan memohon keampunan dari allah] [jangan biarkan gelojak hati menyuruh mulut membuat fitnah].

dengan itu inshaallah tali siratulrahim dapat bertaut dan bersambung semula lambat lautnya nanti,kalupun tidak dengan sertamerta.


inshaallah.


Anonymous said...

salam;


sesuatu yang selelu manusia islam terlepas pandang yang menyebabkan peangbaian pada hati diri manusia umat islam adalah;


mereka mengucapkan salam[ucapan selamat sejahtera];mengucapkan bismillah[al bismilah sebelum melakukan sesuatu urusan pekerjaan perbuatan];mengucapkan alhamdulillah[selepas dari melakukan sesuatu urusan];dan mengucapkan atau menbacakan al fatihah.

semuanya diucapkan pada setiap hari atau bilang hari siang serta malam.

makanya; apabila kesemua ucapan atau bacaan diatas di sambutkan dengan putusnya siralrahim,maka,menjadi satu penbaziran dalam diri,semuanya hanyut atau hilang berterbangan ditiup angin atau di bekukan sehingga siratul rahim disambungkan semula oleh manusia yang hidup dengan yang hidup atau kepada yang telah mati.

sebab itu menyambung siratulrahim adalah wajib dalam islam.[baca le terjemahan atau maksud yang diterjemahkan dari ucapan yang tersebut diatas itu[sebutan dan ayat].

kita meminta pada setiap masa;salam;bismillah;alhamdulillah;al fatihah;tub-tub,disebabkan ada terselit dalam hati salahlaku memutuskan siratulrahim[termasuk le,fitnah tanpa sedar dalam urusan rahmat allah] kepada manusia yang hidup dan yang telah mati atau kepada makhluk allah yang lain,dengan tidak sengaja kerana tidak tahu ilmunya,yang membawa kepada kerugian dalam diri atas pahala yang dicari manusia;makanya;pahala itu dibekukan atau laro[gugur]dari diri.[itu baru le kosong-kosong namanya]. [bukannya yang orang melayu zaman ini maksudkan apabila bersalam dan minta maaf pada hari raya aidulfitri tu,itu nak menyedapkan hati memasing je].

salah faham dan salah tahu itu yang menyebabkan kebanyakannya, sebab manusia menyalah gunakan ilmu yang sebenar kepada perkara-perkara atau urusan-urusan yang bidaah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;

solat wajib;[banyak rakaan nya, tujuh belas]

subuh dua;zuhur empat;asar empat;magrib tiga;ishak empat; lima waktu dengan tujuh belas rakaat semuanya.

versinya dulu;allah anugerahkan umat muhammad melalui nabi muhammad sebanyak lima puluh[waktu],dan dikurangkan sehingga menjadi lima waktu[ia bersamaan lima puluh waktu pahalanya jika dikerjakan].

ada orang bertanya; kalu lima waktu solat,jumlah rakaatnya tujuh belas,jadinya kalu lima puluh waktu;50 kali dengan berapa untuk mendapatkan jumlahnya.

itu menjadi tak berapa betul, apabila memikirkan seperti itu.

setiap solat hanya dua rakaat[yang orang selalu sebut solat sunnat tu].dan memang bergitu le dari zaman sebelum solat wajib dianugerahkan allah kepada umat nabi muhammad.[dua rakaat setiap solat]. dan kalu dikalikan ia menjadi satu ratus rakaat.

solat wajib itu memang tujuh belas rakaan sahaja tidak lebih dan tidak kurang,sebab itu le jumlahnya yang sebenar.

akan ada orang yang bertanya dengan tanda ?????;ya ke,betul ke, tipu le.

tak apa;itu permainan dalam kepala manusia,biarkan,biarkan.

penjelasan kepada jumlah tujuh belas rakaan itu ada ayatnya dan ada sejarahnya.yang mana sejarahnya terjadi keatas sahabat nabi,lalu rasulullah membacakan ayatnya.;ayatnya bukan yang diturunkan sebagai ayat dalam al quraan,ayatnya adalah ayat al sunnah[ayat yang jibril berikan tahu kepada rasulullah].

sejarahnya masih diingati oleh sebilangan ulama zaman ini, tapinya ayat nya yang namanya telah di tukar.dari sebab itu manusia tidak berapa perasan akan alasan atau dalilnya berkenaan kepada solat yang wajib.[dan ulama yang bercerita atau menyampaikan cerama berkenaan sejarah dan ayat itu berkemungkinan tidak perasan atau kurang perasan dengan apa yang dia telah huraikan.

kisah berkenaan sejarah dan ayat itu,yang diceritakan oleh seorang ulama sumatra. dalam ceramahnya.


inshaallah.

Unknown said...

Salam,

Sudah saya sudah dapat hubungi poksu mee jengka 21 beberapa bulan sebelum ini, dan juga sudah pun bertemu mata di kediaman beliau di jengka 3 minggu lepas. Terima kasih.

InsyaAllah.

~Aksara Misteri~

Anonymous said...

salam;


makanya; seperti juga kepada perkara rakaat solat wajib[17 rakaatuntuk lima waktu] itu,bergitu juga terjadinya kepada@ dengan perkara bab dua kalimah syahadah[rukun pertama islam];

ada uztat dalam malaysia[tanah melayu,pahang] yang memberi kuliah dalam ceramah mereka dalam kulian magrib[kepada bab yang tersebut],sebaliknya uztat dan hadirin yang ada dalam majlis ilmu itu tidak perasan pun,apa yang mereka bicarakannya adalah bab kepada urusan perkara rukun islam yang pertama.

makanya; jikalau kalangan manusia zaman ini berkata,bab atau urusan tersebut tak diajarkan[tidak dibincangkan];itu satu jawapan yang tidak munasabah.

ada kalangan mereka,membacakan ayatnya tidak berserta sejarahnya;ada kalangan mereka membacakan sejarahnya tidak berserta ayatnya. itu yang menyebabkan kefahaman katahuan atas urusan bab perkara tersebut tidak lengkap.

perkara tersebut;diceritakan sendiri oleh jemaah yang mengikuti kuliah yang tersebut.jemaah tersebut sendiri pun tidak perasan dengan ilmu yang beliau ikuti itu,adalah dalam bab rukun pertama rukun islam,kerana kuliah itu membicarakan bab kepada tajuk lain].

makanya; setiap satu-satu urusan perkara yang ada ujud nyata atau ujud ghaibnya[yang telah terjadi,sedang terjadi dan akan terjadi]tetap wajib ada ayatnya;sejarahnya melalui al quraan atau melalui al sunnah[fekahnya,adatnya,adabnya[ilmunya terutama].

hanyalah perbezaan atau pertikaian pendapat dalam kalangan manusia itu sendiri,yang berkemungkinan penyebab orang ramai terkeliru atau tersalah faham.


inshaallah.



Anonymous said...

salam;


banyak ceramah dan kuliah;sebenarnya mengceritakan hal rukun islam dan rukun iman oleh para utz,utzah,ulama zaman ini dari seluruh dunia terutamanya tanah melayu, sumtra,dan jawa;sebaliknya kesemuanya dibincangkan atas tajuk lain,hanya hal bab yang tersebut diatas terselit sebagai selingan[ilmunya dan sejarahnya],yang menyebabkan tiada sesiapa yang terperasan[itu le yang disebut kias khilaf].

menceritakan dengan nyata[ilmunya dan sejarahnya] tanpa menyedari atau disedari. seperti angin lalu. ibarat orang yang dibuai bayu layaknya.dan apa yang mereka ambik hanyalah pengajaran dan keramat bercerita,tanpa mengambik dan mendalami ilmu itu.

makanya; semak dengan teliti apabila ceramah [memberi atau menrima] [mendengar ceramah atau kuliah atau tazkirah].

akan menjadi rosak atau salah kepada seseorang manusia,apabila mengambik ilmu main kutip-kutip atau hanya dengan bacaan dari buku atau kitab semata tanpa rujuk dan mengesahkan nya kepada ulamanya[pemegang amanah ilmunya].dan memastikan tempat atau manusia yang dirujuk itu adalah benar-benar ulamanya ilmu itu.

semua orang boleh bercakap dan semua orang boleh mendengar[membincangkan];sebaliknya ilmu-ilmu allah adalah terletak ditangan manusia yang diberikan hak[dilantik atau dianugerah] oleh allah sebagai pemegang amanah. maka,berhati-hati le semasa mangambik atau menerima atau mempelajari sesuatu ilmu,jangan sampai menyalah gunakannya dan jangan sampai mengelirukan diri sendiri yang boleh membawa kemudaratan keatas diri sendiri dan sekeliling.

padahnya adalah kifaran atas diri dan manusia sekeliling.

sebagai contoh tauladannya; seorang utz telah tersebut dalam ceramahnya;[tanah melayu,pahang]

tidak ada nas dalam bab asura;dan dia telah menyemak selai-selai akan kitab,tak jumpa;katanya.

makanya; orang yang tahu,hanya mendiamkan[tidak mencelah atau tidak bertanya dihadapan halayak ramai] bagi mengelak utz itu akan mendapat malu kepada hadirin dihadapannya.[mengelak menjadi pertelagahan antara dua pihak].

dan bagi orang yang tak tahu,mereka akan mennerima bulat-bulat akan ungkapan atau cakap-cakap tesebut. itu amat merbahaya,apabila menerima bulat-bulat tanpa tahu asasnya ilmu.dan akan manjadi atau terjadi fitnah dalam ilmu yang tersebut.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


bukan bertujuan menakut-nakutkan;hanya meng......;agar berhati-hati atau berwaspada,jangan sampai tergelincir atau terjerumus kedalam gaung. berpada-pada dan mengibangi[tahu serta faham dengan jelas dan tidak bersangka-sangka] apa pun ilmu yang dituntut atau dipelajari,agar terjamin hatidiri dengan ilmu yang dibenarkan dan diredhoi allah.

terkadangnya zaman ini,ada kalangan manusia yang tanpa disedari atau menyedari,mereka tersasar dan tidak pula berpatah balik atau kembali kepada pangkal,hanya meredah dengan ego walaupun mereka tahu akan kedudukan mereka yang tersalah itu. dan penyesalannya hanya datang bersekali dengan datangnya sikeratulmaut untuk balik.[ada faedah ke,bila keadaan sudah pada tahap itu?].

tidak ada hal yang disebut hak peribadi dalam islam,hanyalah tidak diterusterangkan dengan nyata bagi mengelak manusia mencuba menyalahgunakannya.

nabi muhammad saw[rasulullah]telah memperjelaskan seluruhnya dengan terusterang,bagaimana manusia yang terkemudian boleh hilang punca dan keliru,sedangkan rasulullah telah menyatakan;"tidak akan sesat jikalau manusia mengikuti dua perkara yang dia tinggalkan;al quraan serta al sunnah].[itu yang dimaksudkan; salah tahu dan salah faham dalam diri manusia sendiri kerana tidak mengambik hal[mengperlekehkan atau sambil lewa]dalam pokok asasnya islam.[rukun islam serta rukun iman][al quran dan al sunnah].

ramai yang bercakap;kita kena kembali kepada al quraan dan al sunnah; betul tu.;tapi kalu le tak ada pengetahuan ilmu asasnya,gonna gayanya??? nak kembali kepada al quraan serta al sunnah. tak kan le nak main terus khatam je. dan dok sebut,itu urusan orang agama,bukan urusan orang ramai[adake boleh cakap macam tu].

urusannya adalah timbalbalas atau dua hala;

ulama mengegur orang ramai dan orang ramai menegur ulama.[jika antara kedua belah pihak ada tersasar atau tersilap] baru le betul kaedahnya[menggunakan budibicara adab yang sepatutnya,bukan main hentam kurmak je. sebab; sebagai manusia kita tak lari dari tersilap langkah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sebagai tauladan dan pengajarannya;


seorang utz yang hafal dan tahu bahasa arab[dalam tanah melayu];telah tersasul menyebutkan;[dia kurang jelas atau dia buat kelakar,entah le].dalam ceramahnya.

lebih baik kita menjadi insan dari menjadi annas;
[alasannya; manusia sentiasa ber.....;sedangkan maksud manusia; apa???;kalu dia tahu apa maksud "manusia",dia tidak akan tersasul sampai bergitu];sudah tentu dia akan ber istifar panjang.

sedangkan an nas membawa maksud manusia[terjemahan yang ralibnya[kebiasaan].

maksud insan membawa maksud lupa atau pelupa.

nasib baik le orang ramai yang mendengar ceramahnya itu tak faham dan tidak terperasan maksud kedua sebutan perkataan itu.[main redah dengar je tanpa memahami].

kalu le ada kalangan orang yang ramai itu terperasan,lalu menegurnya pada masa itu,apa yang akan terjadi pada majlis ceramah tersebut,tak ke kucar kacir dibuatkannya.

makanya; dia mengajak manusia atau orang ramai menjadi pelupa tegar.
bayangkan bila orang ramai yang mengikutinya bulat-bulat tanpa berfikirkan nya,berdoa meminta dengan doa untuk menjadi insan kamil,lalu dikabulkan,maka;manusia itu kekal menjadi pelupa seumur hidupnya.[manusia yang pelupa].

beringat le,sebelum menggunakan sesuatu ilmu dalam sebutan dan doa atau apa-apa kaedah beribadah atau penggunaan harian;sohihkan dulu maksud perkataan sebutan yang hendak diguna pakai, jangan sampai menjadi seperti;bangau meminta kepada nabi sulaiman;

hajatnya untuk mendapat makan tujuh kali sehari,sebaliknya yang terkeluar dari mulutnya,dimintanya tujuh hari sekali makan.
[bertutur tanpa fikir atau tanpa budibicara yang selayaknya].

orang kita melayu ni,kurang tahu bahasa arab,yang kita buat menghafal dengan bunyi yang di ajarkan tanpa memahami erti atau maksud sebutan arab. hati-hati.

diajar dalam bahasa melayu, tak pakai,diajar dalam bahasa arab,tak faham;gonagayanya.


inshaallah.



Anonymous said...

salam;


orang melayu,ada sopan santunnya;[kalu orang islam, wajib mengabaikan atau buang perangai ego hatidiri,tidak boleh tidak].

makanya;sikap-sikap yang mencerminkan,bersultan dimata, beraja dihati;kena le dikikis dari dalam diri hati bangsa melayu dan orang melaysia,jika mahu wabak dan fitnah beransur pulih.

baru le aman negara,sentosa rakyat. dan tidak bermain dengan agenda politiking[siapa kuat dia le.....;sepatutnya sudah dinyahkan, kerana kita telah merdeka enam puluh tahun dah;kalu mengaji al quraan,dah 60 kali khatam al quraan tu].sikap-sikap yang seperti itu tak membawa sebarang faedah kepada masyarakat dan negara,terutamanya kepada orang melayu].

makanya; apa yang mereka khatam kan sebenar nya???.


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


kemarin ada satu salasilah keturunan yang dibuat oleh ulama perak yang tersimpan di england,telah di keluarkan dari simpanan dan dipamirkan[sebab dah cukup tempohnya tahun].[dalam tilisan jawi].

makanya; perangai orang melayu ni memang pelik;[perangai hati dengan parangai diri tak selari atau tak selaras]

mengkaji sendiri tak mahu,

mencari sendiri tak mahu,

menyusun sendiri tak mahu,

menunggu buah yang gugur tak gugur;

berjalan le atas muka bumi ini dengan menundukkan wajah,jangan le berjalan dengan mendongakkan wajah;

orang solat disuruh menundukkan muka atau mendongakkan muka;maka,sama le apabila melangkah diatas muka bumi ni.


inshaallah.