-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20220803

Pendekatan 54: Persahabatan itu pengaruh mempengaruhi dan percaya mempercayai.

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu sebagai kebaikan, oleh karena persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (Iman) daripadamu. 

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi, iman itu, sangat bahaya, sebab persahabatan itu pengaruh mempengaruhi, percaya mempercayai, sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat atau mengoreksi kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kami pasti akan binasa karenanya. 


Sedang seorang tidak dapat mengoreksi diri sendiri, kecuali dengan kacamata orang lain, tetapi jika justru kacamata orang lain itu pula mengelabui kita, maka bahayalah yang pasti menimpa pada kita.

3 comments:

Anonymous said...

salam;


makanya; mereka itu dan tuanpuan,boleh melihat muka sendiri ke tanpa menggunakan cermin atau sesuatu perkakas lain. dan ada kalanya sendiri tak yakin dengan cermin yang memancarkan wajah sendiri,[cermin tipu].[lebih kurang macam cerita nujum pak belalang le].

makanya; kalu cermin tu kelabu atau rosak betulkan le atau,tukar cermin baru le.

makanya; manusia ni ada cermin dirinya sendiri;mananya cermin diri sendiri tu???.

[dah rosak ke atau dah diketepikan dalam stor simpan atau dibuang dalam longkang].

[serupa orang gila melihat cermin,dia tak kenalpun wajah dalam cermin tu adalah dirinya sendiri,apa yang dia lihat,musuh,hantu,haiwan,dan lain-lain prasangka dalam dirinya sendiri].


inshaallah.

Anonymous said...

salam;


makanya; mulanya dari tarikh hari ini; neguai akan mengambik alih atau mengantikan tempat pertugas yang mengendalikan urusan[blok].

makanya;inshaallah; harap-harap neguai boleh atau dapat memberi jawapan atau huraian kepada persoalan yang berbangkit.inshaallah.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,salam;


dalam bab imam mahdi atau imam mahadi[ikut suka mana nak eja le];

baca hadis atau sunnah nabi tu,biar reti dan faham;jangan main pakai alasan tok guru atau kitab ajar macam tu.[pakai main muat aje orang tua-tua kata].

salah mata memandang dan salah telinga mendengar;mudarat jadinya.


inshaallah.