-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20220817

Pendekatan 56: Yakni tidak bergerak dari apa yang didudukkan oleh Tuhan

Baiknya amal perbuatan itu, sebagai hasil dari baiknya budi dan hati, dan baiknya hati itu sebagai hasil dari kesungguhan Istiqamah pada apa yang diperintah oleh Tuhan (yakni tidak bergerak dari apa yang didudukkan oleh Tuhan). 

Amal yang haik itu hanya yang diterima oleh Tuhan, dan itu pasti karena baik dalam segi keikhlasan kepada Allah, dan tidak mungkin ikhlas kecuali jika ia mengerti benar-benar kedudukan dirinya terhadap Tuhannya. 


Abu Hamid Alghazzaly berkata : Tiap tingkat dalam kepercayaan/keyakinan itu mempunyai ilmu, dan hal (perasaan) dan amal perbuatan. 


Ilmu-yaqin (keyakinan yang didapat dari pengertian teori pelajaran). 


Ainu!-yaqin keyakinan yang didapat dari fakta kenyataan lahir setelah terungkap/terbuka). 


Haqqu!-yaqin (keyakinan yang benar-benar langsung dari Allah, dan tidak dapat diragukan sedikitpun, yaitu keyakinan yang mutlak.

4 comments:

Anonymous said...

neguai,
salam;

kesemua perkara diatas [yakin];kena berlajar;kena dapatkan manusia yang tahu dan faham dalam bab yakin tu.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


faraid dengan farakah adalah dari sebutan yang sama[faraid diambik dari kata sebutan farakah],yang membawa maksud pecahan atau dikeluarkan bahagian-bahagiannya. dan digunakan kepada maksud urusan yang berbeza oleh sebahagian orang dengan maksud yang berlainan kata kerja kepadanya sebutan.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


sebuah kenderaan mempunyai dua bahagian;pertamanya...badan kenderaan;keduanya...injin kenderaan.dan yang ketiganya pemandu kenderaan.

pada keduanya badan serta injin kenderaan ada banyak bahagian atau komponennya

badan dengan komponennya;dan injin dengan komponennya.

cantuman kedua badan dan injin itu yang di sebut atau dipanggil kenderaan.
kenderaan tidak akan bergerak tanpa adanya pemandu atau peneraju atau pengemudi[pihak ketiga,dan yang paling utama dalam keseluruhan atau penting dalam sesebuah kenderaan].

pemandu kenderaan adalah manusia atau orang;yang dibenarkan memandu atau yang pandai memandu kenderaan.[yang mempunyai tauliah atau lesen].

bila nafsu yang memandu;.....fikir sendiri.
bila iman yang memandu;.....fikir sendiri.


kias@khilaf sebuah kenderaan.
inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

sesuatu yang tidak didalami,jangan dibentangkan kepada orang awam,ia boleh merosakkan pemikiran mereka;bila salah faham menebal dalam diri mereka,bukan perkara senang untuk diperbetulkan salah faham itu.

orang tua-tua kata;jangan cakap solo bolo[kata orang temerloh].

ramai sangat yang nak jadi orang tuanya zaman ni,tapi ramai yang tak kesampaian.


inshaallah.