-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230428

Pendekatan 72: Orang tamak selalu rugi

 72) Engkau bebas merdeka dari segala sesuatu yang tidak engkau perlukan, dan engkau tetap menjadi hamba kepada apa yang engkau harapkan (inginkan). 

Andaikan tidak ada keinginan-keinginan yang palsu, pasti orang akan bebas merdeka tidak akan diperbudak oleh sesuatu yang tidak berarti (berharga). 

Contohnya : Burung helang rajawali yang terbang tinggi di angkasa lepas, sukar seorang akan mendapat menangkapnya, tetapi ia melihat sepotong daging yang tergantung pada perangkap, maka ia turun oleh sifat tamaknya dari angkasa itu, maka terjebak oleh perangkap itu sehingga ia menjadi permainan anak-anak kecil. 

Fatch Al-Maushily ketika ditanya tentang contoh orang yang menurutkan syahwat hawa nafsu dan sifat tamaknya, sedang tidak iauh dari tempat itu ada dua anak yang sedang makan roti, yang satu hanya makan roti, sedang yang kedua makan roti dengan keju, lalu yang makan roti ingin keju, maka ia berkata kepada temannya : Berilah kepadaku keju. 

Jawab temannya : Jika engkau suka saya jadikan anjingku, saya beri keju. Jawab yang minta : Baiklah. Maka lalu diikat lehernya dengan tali sebagai anjing dan dituntun. Berkata Fateh kepada orang yang bertanya: Andaikata anak itu tidak tamak pada keju, niscaya tidak menjadi anjing. 

Terjadi ada seorang murid didatangi oleh gurunya, maka ia ingin menjamu gurunya, lalu ia ingin keluarkan roti tanpa lauk pauk, dan tergerak dalam hati murid sekiranya ada lauk pauknya tentu lebih sempurna. Kemudian setelah selesai dimakan oleh guru apa yang dihidangkan itu, bangunlah guru itu keluar tiba-tiba di bawa ke penjara untuk ditunjukkan berbagai macamnya orang-orang yang dihukum, baik yang dipukul atau dipotong tangan dan lain-lainnya, lalu berkata guru kepada muridnya : Semua orang-orang yang kau lihat itu, yaitu orang yang tidak sabar makan roti saja tanpa lauk pauk. 

Ada seorang yang baru dikeluarkan dari penjara, yang masih terikat kakinya dengan rantai ia minta-minta sepotong roti kepada orang, maka dikatakan oleh orang yang dimintai : Andaikan sejak dahulu engkau terima dengan sepotong roti, maka takkan terikat kakimu itu. 

Ada seorang melihat seorang hakim sedang makan dari rerontokan buah yang jatuh di sungai, maka orang itu berkata : Hai orang hakim, sekiranya engkau mau kerja pada raja tentu engkau tidak sampai' makan rerontokan buah dalam sungai, maka dijawab oleh Hakim : Andaikan engkau suka menerima makanan ini tidak usah menjadi buruhnya raja (budak raja). 

7 comments:

Anonymous said...

Neguai,
Salam;


Dahulunya disebut;during dalam daging.
Akhir Zaman ni disebut; ulat dalam daging.

Mereka bertenggek pada ulama Zaman dahulu untuk hidup Dan cari makan,tak Ada ilmu milik sendiri.[semuanya disandarkan kepada ulama lama,tak mahu bertanggungjawab dengan ilmu sendiri].

Inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kenapa perlu tunggu masuk masjid baru nak iktikaf[beriktikaf]?.

kenapa tak beriktikaf duapuluh empat jam,tanpa mengira masa dan tempat,dan kenapa tunggu masuk masjid baru nak beriktikaf?.

mereka-mereka itu kata suruh istikomah setiap masa,tapi bila iktikaf kena dalam masjid;tempat lain tak boleh ke?.

dah jadi macam orang lemas dalam sungai pulok;tenggelam timbul tenggelam timbul.


inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


beri perhatian sikit;


jangan campur aduk kan cerita @ sejarah zaman jin atau zaman dewa atau zaman dianasor dengan zaman manusia.

nampak ke bahalolnya kalau buat macam tu, terutamanya yang cerdik pandai.[sejarah atau ceritanya berasingan]
[kalau bercampur aduk,porakperanda ilmunya,sejarahnya,kisahnya]
[sebab tu solat @ sembahyang yang wajib @ fardu ada tertil serta tertip]
[lima waktu bersamaan tujuhbelas rakaat;dan kalau limapuluh waktu bersamaan ???;tujuh belas rakaan juga,tak berubah rakaatnya;sebab kisah waktu dengan rakaat,sejarahnya lain-lain,hanya di persatukan dalam solat].

ketiga-tiga zaman jin,zaman dewa dan zaman dainasor;telah pun berada pada alam barzah;yang tinggal pada alam nyata hanyalah zaman manusia[zaman terakhir bagi keseluruhan riwayat hidup makhluk allah].

ada al quraan serta al sunnah;baca lah elok-elok;jangan buat pedooh tak bertempat.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;

perhatian;

jangan taksub sangat dengan melayu tu;[atau panji dari timur][kalau tak lengkap dan tak sempurna ilmu keturunan dan ilmu sejarahnya].

melayu pernah dihukum dan dilupakan zaman dahulu kerana buat salahlaku terhadap allah,dan diangkat semula oleh allah serta rasulullah.
[jangan leka dan jangan lalai lah;orang tua-tua kata;perangai yang tak kemeroh][nanti nam tolok nam].

perkemaskan diri[berbangga dengan angan-angan,tak berguna][buat rosak diri dan masyarakat aje jadinya].

sejarah menunjukkan bangsa serta tamadunnya dan keturunannya;[mana sejarahnya yang lengkap dan sempurna].[tak kan nak merasa dihukum seperti mana kali pertama melayu dihukum oleh allah dahulu tu].

di malaysia;sebab itu lah melayu dilarang derhaka atau menderhaka.[juga disebut sebagai; melayu itu islam,islam itu melayu][kalau bukan islam,tidak disebut melayu atas diri mereka;melayu di larang keluar dari islam][ atau bila di sebut masuk islam,akan di kata masuk melayu,kalau berkhatan atau bersunat,juga disebut masuk melayu;di malaysia].

jangan dibaca di tempat atau negara lain.



inshaallah.







Anonymous said...

neguai,
salam;


dalam pengetahuan yang kami tahu;tidak ada seorang pun dari kalangan sultan melaka yang tujuh orang dahulu,memiliki hamba atau gundik,mereka mengahwini dan menjadikan bini,walaupun mereka berkhawin ramai.

mereka masih lagi tertakluk kepada hukum-hukum islam seperti masyarakat,dan mereka tetap di kenakan hukuman oleh jawatankuasa timbangtara diraja,jika melakukan salahlaku.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


keris itu tidak digunakan untuk berperang;ianya dalah satu lambang atau pertanda kepada pemegangnya.
[bukan sebagai senjata]

ia menunjukkan taraf seseorang atau orang yang memegangnya;

taraf@jawatannya/kuasa atauu amanah yang tersedia kepadanya/siapa dirinya/asal diri pemegangnya.

semuanya ditunjukkan;dari hulunya/sarongnya/matanya/loknya/temimnya/saiznya.

sebab itu lah keris taming sari,bukan milik hang tuah,dan bukan milik perajurit tua kerajaan jawa;[mereka hanya pemegang dan pembawa keris sahaja].

[keris itu sendiri dah memang namanya tamingsari dari sejak asal lagi].



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


apa yang tuanpuan nak kan; bila panas,minta hujan;dan bila hujan minta panas.

yang mana satu?[nak hujan ke atau nak panas ke,atau nak kan kestabilan].

kalau nak kestabilan;berentilah buat pedooh;buat fitnah;buat pertuduhan dan berenti buat maksiat.
[bercakap dan buat sesuatu perkara pakai akai;jangan pakai sedap]

tak payah nak menunding jari;itu kafir,ini dajjal,itu iblis,ini syaitan,atau bermacam-macam gelaran fitnah serta pertuduhan keatas manusia lain.

orang islam sepatutnya menjaga mulutnya;hatinya;tangannya;dan bila tak dijaga atau tak terjaga,itu menunjukkan aibnya diri seseorang,dan bangsanya.

maka;jangan marah le,kalau dimaki oleh makhluk lain.



inshaallah.