84) Apabila Allah telah memberi rizki kepadamu berupa perasaan puas melakukan taat (ibadat) pada lahirmu,
dan merasa cukup kaya dengan Allah dalam hatimu,
sehingga benar-benar tidak ada sandaran bagimu kecuali Allah.
Maka ketahuilah bahwa Allah telah melimpahkan kepadamu nikmat lahir batin.
Seorang hamba dituntut dua perkara, yaitu
(1) Menurut perintah dan meninggalkan larangan pada lahirnya, dan
(2) Bersandar/berharap kepada Allah pada batinnya.
Kerana itu siapa yang diberi rizki oleh Allah demikian, berarti telah menerima kurnia nikmat Allah yang lengkap lahir batin.
8 comments:
neguai,
salam;
Apa lah yang susah sangat,sampai kena tegur banyak kali.
Jangan tegakkan benang basah,kalau dah buat salah.
Bersihkan kelakuan Dan adab dengan menyisihkan diri.
Nak gi pertahankan ego diri,buat apa.
Inshaallah.
neguai,
salam;
akal,aman,nafsu;bila disalahgunakan kejalan yang salah;itu yang menyebabkan ego menocang tegak.
tak kira ribut,tak kira kemarau,semacam aje egonya.
kalau dah berdoa minta di jauhkan dari bala,wabak dan fitnah lainnya;mana tindakannya???
minta atau berdoa wajib bersekali dengan tindakannya;kalau setakat bercakap aje dan tidak ada tindakannya;itu berangan namanya.
sudah disebutkan dalam al quraan;
tangan-tangan manusia yang merosakkan;maka tangan-tanga tu lah juga yang wajib taubat dan membaiki kerosakan nya.
rezeki secupak tak akan jadi segantang.[allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya].
ini bukan pasal makan lah;kias tu berkenaan tamadun manusia lah.
tuanpuan tak habis lagi ke dok bercerita pasal cari makan,kebulur sangat ke tuanpuan,sehingga meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar.
fardu kifayah dah jadi kerja payah. fardu ain dah jadi kerja main-main.
hang,hang punya hal;aku,aku punya hal. kubur asing-asing.[masing-masing]
betul kubur asing-asing;tapinya, bila mati,tuanpuan tak mandi sendiri,tak pakai kain putih tu sendiri[kapan],tak masuk dalam lubang lahad[kubur] tu sendiri,dan tak menambus tanah kubur dengan sendiri;wajib atas orang lain yang hidup mengerjakan.
tukang tanya[dalam kubur],hamba allah yang sama [mungkar nangkir lah juga],tak ada makhluk lain yang ganti tempat mereka tu.
buangkan lah sikap celaka dalam diri tuanpuan tu.[ego yang celaka]
inshaallah.
neguai,
salam;
ego manusia ni lebih kurang macam perangai beruk lah;
habis diratah dan di rosakkan,janji kenyang perut dia.
diberikan bunga,di cabut satu-satu di cium,dibuangnya bukan di makan.
kalau di berikan belacan,bergaru lah dia selagi tak hilang bau dan rasa belacan tu.
sebaliknya,kalau diasuh baik-baik,ditunjuk ajar dan dilatih;boleh jadi sebagai pemetik kelapa yang cekap.
inshaallah.
neguai,
salam;
Jangan jadikan cerdik pandai tuanpuan sebagai perosak masyarakat.tak senonok perangai macam tu.
Itu merosakkan adab budaya adat serta fekah dalam diri yang menyebabkab runtuh tamadun manusia.tak belajar sejarah ke???
Inshaallah.
neguai,
salam;
Betul lah cakap orang tua tua Zaman dulu tu;
Ibarat pahat dengan tukul,orang melayu ni.
Dan sebahagian lagi ibarat,masuk kanan keluar kiri.
Itu yang dinamakan tak kenal diri.
Inshaallah.
neguai,
salam;
mereka berkata;ayat sekian-sekian ditakuti atau paling ditakuti oleh jin syaitan dan iblis; ?????[betul ke].
kalau dah jin syaitan dan iblis takut sangat kepada ayat-ayat yang mereka sebutkan tu,kenapa lah pulok....ramai sangat yang berperangai lebih kurang dan lebih dri makhluk tersebut;[orang tua kata lebih sudu dari senduk]
fikir lah elok-elok;
siapa jin dari jin tu
siapa syaitan dari syaitan tu
siapa iblis dari iblis tu
yang sebenarnya???
syaitan dari kalangan jin serta manusia[ayat tu bermaksud apa?]
zaman masa jin,betul ada dahulunya[tapi dah berlalu]
sebaliknya kami tak pernah dengar zaman syaitan dan iblis.[makanya,syaitan dan iblis itu berada pada setiap zaman masa;dari permulaan penciptaan sehingga kiamat].
apa yang tuanpuan risaukan dan merepekkan berkenaan mereka?
kemaskan diri sebagai manusia beriman,bukan manusia sebagai syaitan atau bukan manusia sebagai iblis.
kedua syaitan dan iblis itu dilaknat;makanya barangsiapa yang berperangai syaitan dan iblis,mereka juga dilaknat.
inshaallah.
neguai.
salam;
tok senik mulut merah;
dia adalah perempuan,bukan lelaki seperti yang disangkakan oleh .....[cucu cicitnya zaman ini.
dia adalah mak kepada abdullah serban hijau,[nenek kepada tok montok,kadi pahang]
maka; perbetulkan lah oleh cucu cicitnya,akan salasilah berketurun kepadanya.
inshaallah.
neguai,
salam;
jkr dah siapkan jalan dengan papan tandanya sekali;janganlah buang sampah dari dalam kereta,tak senonoh perangainya.
bukan setakat perangai pengotor, malah kurang adab dan tak beradat lansung.
mana perginya fekah memasing diri.
bergitulah keadaan dalam islam zaman ini.
[sepatutnya;indah khabar,indah rupa]
[jangan setakat;indah khabar dari rupa]
melayu itu islam;[faham ke, tak faham dengan kiasnya tu].
inshaallah.
Post a Comment