-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240927

Pendekatan 122: Antara wirid (Laksana tuntutan Allah) dengan warid (Terima kurniaan Allah)

Tidak akan perlekehkan wirid (aurad) kecuali orang bodoh yang sangat tolol. Warid (Kurnia Allah) terdapat di akhirat tetapi wirid akan habis dengan habisnya dunia. Sebaik-baik yang harus diutamakan adalah yang tidak pernah habis.

Wirid (persediaan Hati) itu sebagai perintah Allah kepadamu, sedang warid (Kurniaan Allah) itulah menerima keperluan dari Allah. Maka dimanakah letak bandingan antara perlaksanaan perintah Allah dengan pengharapan kepada Allah ?

Wirid adalah perlaksanaan perintah Allah melalui segala macam ibadat lahir batin, baik yang wajib maupun sunnat.

Sedang Warid adalah pemberian Allah dalam hati hamba yang berupa ketenangan, nur cahaya dan kesenangan berbuat ibadat, taufiq dan hidayatNYA. 

Sebaiknya seorang hamba melonjak-lonjak jalankan kewajibannya berbanding melonjak-lonjak kepada apa yang menjadi hak Allah semata-mata. Sebab wirid (melakukan kebaikan) hanya berlaku semasa hidup di dunia ini saja. Sedang warid (Kurniaan Allah) akan lanjut sampai ke akhirat. 

Rasulullah SAW. telah bersabda : Amal yang sangat disukai oleh Allah ialah yang dawam (terus menerus) meskipun sedikit.


Al-Hasan Al Basry berkata : 

Siapa yang sama hari ini dengan semalam maka dia rugi 

Siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam 

maka ia mahrum (tidak dapat rahmat)

Siapa yang tidak bertambah bererti berkurang 

Siapa yang makin berkurang amalnya 

maka mati lebih baik baginya. 

Ketika Al-Junaid ditegur orang sebab ada tasbih di tangannya : Tuan dalam kedudukan yang demikian itu masih saja guna tasbih. 

Jawab Al-Junaid :Alat yang telah sampaikan kami, maka tidak saya tinggalkan. 

Al-Junaid berkata : Orang Arif menerima semua amal (wirid) itu sebagai tugas dari Allah. Sebab itu mereka akan kembali menghadap Allah dengan kebiasaan wirid (ibadat) yang ditugaskan oleh Allah itu. Dan andaikata seribu tahun tidak akan mengurangi sedikitpun dari amal wiridku, kecuali jika ia terhalang untuk melakukannya. 

----------

KAJIAN TAMBAHAN

SUMBER RUJUKAN [https://www.angelfire.com/journal/suluk/warid5.html]


ANTARA WIRID DAN WARID


WIRID

Yang dimaksudkan dengan wirid mereka ialah apa sahaja perbuatan/pekerjaan yang ditujukan kerana Allah mengikut apa yang dituntut dan digalakkan oleh syarak. Tidaklah ianya semata-mata ditujukan kepada mereka yang mengamalkan zikir-zikir yang khususiyah dengan kadar dan bilangan yang tertentu atau dengan tertib masa dan ketikanya.  Wirid boleh ada dalam pelbagai wajah dan bentuk.

Berterusan sembahyang sunat di waktu siang atau malam

Berterusan puasa pada umpamanya setiap hari Isnin dan Khamis,

Berterusan membaca al-Qur'an

Berterusan bertasbih,  berzikir,  bertahmid dan beristigfar pada waktu-waktu yang khusus atau di mana-mana sahaja

Berterusan menuntut ilmu akhirat,

Berterusan merujuk Kitab-kitab Ilmu

Berterusan Takafur dan Muhasabah

Berterusan membuat kebaikan dan kebajikan kepada manusia lain seperti:

-suka bersihkan tandas dan kawasan surau tanpa disuruh atau upahan.

-Suka membuang sampah dan sesuatu yang membahayakan di jalan-jalan yang dilalui oleh orang ramai

-Suka hulurkan bantuan tenaga dan fikiran apabila dipinta;

-Suka banyak memberi tetapi sedikit meminta

-Suka pelbagai sifat-sifat baik perangai lain sebagaimana yang tercermin pada diri orang-orang Sholeh,  Aulia,  Ambiya dan Mursalin.


WARID

Adapan yang dikatakan Warid itu ialah sesuatu yang berupa bentuk limpah kurnia Allah Taala yang diisi ke dalam hati seorang hamba dengan berbagai-bagai perasaan seperti;

- Suka dan seronok dalam berbuat ibadat,  atau

- Rasai manis dan lazat untuk sentiasa beribadat atau

- Rasa kecut atau takut dengan Kekuasaan Allah atau

- Mudah memahami sesuatu Ilmu yang tinggi-tinggi dan yang susah bagi kebanyakan orang,  atau

- Rasa Kasih dan Cinta kepada Allah yang amat sangat.

2 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,
kepada fitnah;

ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
ada udang sebalik batu.
menegakkan benang basah.
kalau ayah kencing berdiri,anak kencing berlari.
kalau tak ada angin,tak kan pokok bergoyang.
duri dalam daging.
tumbuk rusuk.
api dalam sekam.
disangka panas sampai kepetang,rupanya hujan di tengah hari.
kerbau berkubang di hulu,dihilir yang keruh.

Anonymous said...

salamun,
kias,
kepada ego;

bukan setakat kepada ujub atau bangga diri[hidung tinggi],juga termasuk nya;
penakut.
was-was.
subahat.
merajuk.
kecik hati.
malas.
celupar.
dendam.
bersangka-sangka.