PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20210820

Serai wangi buat sanitizer dan minyak attar

Salam, Pendekatan 26: Jangan menunda amal perbuatan baik 

Jangan menunda amal perbuatan baik kerana menantikan kesempatan yang lebih baik. Janganlah menunda sampai esok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini. waktu sangat berharga maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga. 


Pertama. Jangan bertangguh kerana ayat "Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia, padahal akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya". 


Kedua. Jangan bertangguh kerana tidak tahu apakah akan dapat kesempatan atau dilanda ajal yang sudah menanti masanya. 


Ketiga. Jangan bertangguh kerana azam, niat dan hasrat boleh menjadi lemah dan berubah. timeless.


-Wabak-


-2014 telah dikabar beritanya. 

ghaib dalam ghaib 

ghaib dalam nyata 

nyata dalam nyata 


-jadikan minyak/air dar serai wangi. 


- minyak dipakai macam minyak atar pada tubuh 

manakala air buat macam sanitizer.

insyallah wabak tak hampiri pada tubuh. 

siapa sahaja boleh buat janji ada serai wangi.. 


- paling penting jaga kebersihan diri 

dan keadaan kebersihan sekitar dan sewaktu dengannye. 


- kesahihan dan mujarab tak dapat diuji, 

hanya melalui tester sahaja yang dapat confirmation mujarabnya.

Mewakili diri saya sebagai tester, 

tinggal bersama pesakit selama sebulan,

jika saya tak dijangkiti, alhamdulillah. success. 

Jika success cari lagi 99 orang 

yang sanggup sebagai sukarelawan tester selama sebulan. 


kita ni Mr Nobody bukan siapa siapa pun, 

sekadar mahu membantu.

dok tu pakai untuk kita kita sajalah.


-para pemegang amanah membisu sahaja. 

ke duk bertapa lagi.


Harapan semoga rakyat Malaysia dan seluruh dunia pulih


-takkan melayu hilang didunia


- insyallah.



by pojiemohd 

commented on "Pendekatan 26: Jangan menunda amal perbuatan baik"

26 Mei 2021

Pendekatan 35: Kuat Tawakkal Di Masa Permulaan

Siapa yang terang makmur 

waktunya dengan taat 

di masa salik permulaannya, 

pasti akan terang pula 

di masa akhirnya sampainya

dengan cahaya nur ma'rifat. 


Siapa yang kuat tawakkalnya 

di masa bidayah permulaan,

maka akan terang terus 

hingga masa sampainya 

ke hadirat Tuhannya.

20210709

Pendekatan 34: bersandar pada kekuatan dirinya

Siapa sangka dia sampai 

kepada Allah

dengan perantaraan 

sesuatu selain Allah

pasti akan keciwa.

Sesiapa dalam ibadatnya 

bersandar pada kekuatan dirinya

maka dikembalikan 

oleh Allah kepada 

kekuatan dirinya juga.


Maka dia hanya sampai

disitu sahaja.

20210702

Pendekatan 33: Tidak mudah tercapai permintaan

Tidak akan terhenti

suatu permintaan

yang semata-mata 

engkau minta (sandarkan) 

kepada kurnia (kekuasaan) Tuhanmu

Tidak mudah tercapai 

permintaan (pengharapan) 

yang engkau sandarkan 

kepada kekuatan dan 

daya upaya serta 

kepandaian diri sendiri.

20210625

Pendekatan 32: Dunia adalah kerisauan dan dukacita

Jangan hairan atas terjadinya 

kesukaran semasa didunia

sebab itulah tujuannya.


Dunia adalah kerisauan dan dukacita

apabila diberi kesenangan

itulah laba dari pemberianNYA.


Alam ini diliputi oleh bencana

maka kita akan dihadapkan dengan

kesukaran dan kerisauan

apabila datang kesenangan

maka itulah kurnia.


Jika dapat beramal 

dengan rela dan yakin

maka lakukan.

Jika tidak dapat

maka sabalah.

Kerana sabar menghadapi kesukaran

adalah suatu keuntungan yang besar.


Jika kita sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka dapat pahala.

Jika kita tidak sabar

hukum Allah tetap berjalan

maka kita dapat dosa.


20210618

Pendekatan 31: Jangan menanti selesai

Jangan menanti selesai

semua halangan

untuk lebih dekat

kepada Allah


Sebab akan memutuskan engkau 

dari kewajipan

menunaikan hak terhadap Allah.


Allah akan menguji hambanya

dengan kejahatan

dengan kebaikan

sebagai ujian

dan kepada Allah tempat kembali.


Sentiasa bersyukur dan bersabar.

20210611

Pendekatan 30: Nafas sebagai wadah

Tiada satu nafas terlepas darimu

melainkan ada takdir Allah

yang berlaku atasmu.



Pasti terjadi

taat atau maksiat

nikmat atau bala


Nafas sebagai wadah bagi suatu kejadian.


Jangan sampai nafasmu

terpakai untuk maksiat.

20210604

Pendekatan 28: suara hakikat

Tidak perlukan semangat orang salih

untuk berhenti 

ketika terbuka baginya 

sebahagian yang ghaib

melainkan segera diperingatkan 

oleh suara hakikat.


Bukan itu tujuan

dan teruskan berjalan ke depan.


Demikian juga

tidak nampak baginya

keindahan alam

melainkan diperingatkan 

oleh hakikatnya.


Bahawa kami semata-mata ujian

maka janganlah tertipu hingga kafir.

20210528

Pendekatan 27: dua potong roti setiap hari

Jangan anda meminta kepada Allah

supaya dipindahkan

dari suatu hal

kepada hal yang lain

Sekiranya Allah mengkehendakinya 

tentu telah dipindahkan

tanpa memindah keadaan halmu yang lama.


Ada seorang salih

bekerja dan beribadat

tetapi dia meminta kepada Allah

untuk mendapat

dua potong roti setiap hari

supaya tidak susah bekerja

dan tidak melulu beribadat.


Tiba-tiba dia tertuduh

kerana itu dia masuk penjara.


Maka setiap hari

dia mendapat dua potong roti.

20210521

Pendekatan 26: Jangan menunda amal perbuatan baik

Jangan menunda amal perbuatan baik

kerana menantikan kesempatan yang lebih baik.

Janganlah menunda sampai esok

apa yang dapat engkau kerjakan hari ini.


Waktu sangan berharga

maka jangan engkau habiskan

kecuali untuk sesuatu yang berharga.


Pertama.

Jangan bertangguh kerana ayat

"Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia, 

padahal akhirat itu lebih baik 

dan kekal selamanya".


Kedua.

Jangan bertangguh kerana

tidak tahu apakah akan dapat kesempatan

atau dilanda ajal yang sudah menanti masanya.


Ketiga.

Jangan bertangguh kerana

azam, niat dan hasrat

boleh menjadi lemah dan berubah.