PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20100420

Links Blog Rank

20.4.2010
http://www.blogscounter.com/
http://www.thegooglepagerank.com/index.php
http://www.counters4u.com/
http://www.mypagerankcheck.com/page3.html
http://www.mypagerankcheck.com/page5.html
http://www.gbotvisit.com/
http://www.myusersonline.com/

Kejayaan Pasti Milik Anda

KEJAYAAN PASTI MILIK ANDA adalah ayat-ayat berfikir yang dihasilkan dalam usaha menyelesaikan masalah seorang rakan. Kadang-kadang kita boleh belajar sesuatu apabila membantu orang lain. Rasa gembira dan insaf kerana berpeluang membantu setakat yang mampu. Bersyukur kerana ianya tidak terjadi pada diri kita dan keluarga kita. Inilah ayat-ayatnya;

Kejayaan pasti milik anda,
milik saya dan milik kita semua
jika kita tahu apakah itu kejayaan.

adakalanya
orang di padang pasir anggap
mereka berjaya jika
dapat minum dan makan sekali sehari

adakalanya
orang di dalam hutan anggap
mereka berjaya jika
dapat selamatkan nyawa dari ular sawa

adakalanya
orang di kampung anggap
mereka telah berjaya jika
dapat sekolahkan anak sampai u

adakalanya
orang bandar pula anggap
mereka telah berjaya jika
mereka memiliki kereta dan rumah besar

tetapi

ada orang yang tak pasti
apa itu kejayaan

ada orang yang tak pasti
kejayaan milik siapa

ada orang memiliki sesuatu
yang dia tidak pasti

ada orang ingin memiliki
sesuatu yang dia tidak pasti

Jemputan

Terima kasih blogadmin kerana telah menjemput saya (lamanpahang) menulis dalam Laman Pahang.

Kedai Makan di Ubai PEKAN

Pada 6.1.2010 saya berpeluang melawat ke daerah Pekan. Dalam perjalan pergi, sempat singgah di kedai makan yang popular di Ubai. Terserempak dengan DATO' HAJI SHAHIRUDDIN BIN AB. MOIN yang sedang menjamu selera dengan orang FAMA.
03
Tedapat papan tanda SK Ubai sebelah kiri.
02
Ada kenderaan Telekom Malaysia (TM) Pahang yang sedang merasa kelazatan makanan disini.
01
Sayangnya, saya tak tau nama kedai ini tatapi makanan pilihan memang banyak.

20100419

Bukit Gambang City Resort (Q)

Inilah gambar terakhir untuk kita kongsi bersama.
05
senyum yang cantik, manis dan menawan oleh petugas water park Bukit Gambang City Resort.
04
Menulis.
03
Mengecop
02
Ini pula adalah meter suhu untuk sauna.
01
Pintu masuk ke bilik sauna. Pintu ini tak ada kunci jadi tak ada masalah orang akan terkunci di dalam sauna.

Panorama Kuantan

Panorama Kuantan adalah tajuk pertandingan fotografi yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini diadakan dengan kerjasama WTY Foto Sdn Bhd. Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan ini bermula 15 Mac 2010 hingga 15 jun 2010.

Untuk mendapatkan Borang Penyertaan Pertandingan Fotografi Panorama Kuantan, boleh klik DISINI.

Kepada peminat fotografi ataupun ahli Persatuan Jurufoto Kuantan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Masing-masing boleh memeram idea tentang Panorama Kuantan.

Pada borang penyertaan menyatakan maksud“Panorama Kuantan” adalah apa-apa subjek yang menggambarkan Kuantan pada hari ini sama ada pemandangan, aktiviti, senibina, flora/fauna dan lain-lain. Maksudnya kita boleh ambil gambar menggunakan minat atau bidang fotografi atau lens yang ada. Tetapi mesti menggambarkan Daerah Kuantan pada hari ini. Bukan Kuantan dalam sejarah tetapi Kuantan meneroka sejarah baru.

Kalau ada lens macro bolehlah ambil gambar flora dan fauna. Yang susahnya macam mana nak kaitkan imej macro yang kita ambil tersebut dengan panorama atau kuantan?

Bagi yang ada lens wide boleh ambil gambar pemandangan sekitar Kuantan. Semasa ambil gambar tersebut perlu waspada supaya tak terambil gambar pemandangan kawasan yang berada di luar kawasan Kuantan. nanti tak jadi panorama Kuantan.

Bagi yang selalu nak zoom, boleh gunakan lens zoomnya untuk ambil gambar event yang berlangsung sekitar Kuantan. Jangan lupa kaitkan aktiviti yang berlangsung tersebut dengan panorama Kuantan.

Kalau ada sesiapa yang ada fisheye boleh cuba gunakan lens ni untuk senibina. Tentu menarik. Yang penting perlu buatkan kajian tentang seni bina yang kita nak rakamkan.

Kalau tak ada camera DSLR macam mana?. Dalam syarat menyatakan 'hanya penggunaan kamera digital sahaja akan diambilkira'. Maksudnya tak kira dari DSLR ke PnS semuanya boleh masuk. Yang penting saiz minima gambar ialah 3 Mb.

Sesiapa yang ada banyak bahan boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Tiada had penyertaan, peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar iaitu gambar warna bersaiz minima 8”x12” dan disertakan dengan CD gambar tersebut.

Semua gambar penyertaan hendaklah dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd di alamat A-121, Sri Dagangan Business Centre, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan. (No. Tel : 09-5132027) dan sila dapatkan bukti cetakan.

Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik (copyright) penganjur bukan hak milik bersama antara penganjur dan jurufoto. Penganjur berhak menggunakan gambar-gambar tersebut untuk apa juga tujuan dan tiada bayaran akan dibuat kepada jurufoto yang menyerahkan karya fotografi masing-masing. Bagi orang macam saya, saya tak kisah.

Yang paling seronok adalah 'Penggunaan model yang bersesuaian adalah dibenarkan'. Kos untuk model tersebut tentulah perlu ditanggung oleh jurufoto yang menjadi peserta. Untuk menjimatkan kos mungkin jurufoto boleh berkongsi dengan model. Tetapi model pula perlu berkongsi dengan jurumakup dan pemilik butik untuk menggunakan pakaian yang sesuai.

Atau kita boleh gunakan pengantin sebagai model, kalau menang kena la kongsi hadiah.

HADIAH-HADIAH
Hadiah Pertama : Wang Tunai RM2,000.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM1,500.00 + Sijil + Trofi
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM1,000.00 + Sijil + Trofi
10 Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM100.00 + Sijil

Hantarkan Penyertaan Kepada:
Urusetia Pertandingan Fotografi MPK 2010
Jabatan Kemasyarakatan
Majlis Perbandaran Kuantan
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur

20100418

Bukit Gambang City Resort (P)

Di depan pintu masuk Bukit Gambang City Resort ada diletakkan kereta kuda putih tetapi kuda putihnya (white horse nya) tak nampak. tak teringat pula nak bertanya tentang hal ehwal kudanya.
Kalau naik dan memakai pakaian cowboy mubgkin terasa duduk kat Texas.
06
05
04
03
02
01

20100417

Bukit Gambang City Resort (O)

Tinjauan ke Bukit Gambang City Resort hampir berakhir. Inilah gambar yang diambil ketika menaiki keratapi Bukit Gambang City Resort. Terasa masa terlalu cepat berlalu. I be Back again.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

20100416

Bukit Gambang City Resort (N)

Ini adalah rakaman gambar yang di ambil dari celah-celah tangga besi. Gayat sunggun ambil gambar dalam keadaan ini. Terasa macam buat kerja mengintai mengendap orang mandi. Tetapi niat saya cuma nak rakamkan keseronokkan pengunjung water park di Bukit Gambang City Resort ini.

Kalau ada kesempatan mungkin saya boleh bawa anak-anak dan keluarga kesini. Tapi nak main air kat sini kena bayar mahal sikit (bagi orang kampung macam saya). Tapi kalau nak free kena gai main pasir kat sungai pahang masa air surut.(kanak-kanak diingatkan supaya sentiasa berada dibawah pengawasan orang dewasa yang waras)
05
04
03
02
01

Forum Perdana Syurga Diimpi, Neraka Dijauhi

"Syurga Diimpi, Neraka Dijauhi"

Penceramah
1. Y.H. Dato' Hj. Kamaruddin b Zakaria (Bekas Imam Besar Masjid Negara)
2. A.F. Ustaz Mahmud bin Mat (Perunding Motivasi)

Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

-moh gi ramai-ramai-