PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20160706

Sedekah duit raya dari rakyat kepada rakyat.

Ini adalah suasana selepas solat Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Negeri Kuantan Pahang. Sebelum solat lagi telah ramai rakyat Malaysai dan bukan Malaysia berkumpul dihadapan masjid bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia bersedekah.
 01. Selesaikan  masalah  jangan sambil marah
hadapi semuanya dengan ringan hati.
Tak kan habis  harta karena sedekah
nanti  tuhan beri lebih banyak lagi.
sumber pantun: dyhary.wordpress.com
 02. Anak Itik Masuk Ke Rumah ,
Di Tangkap Oleh Adik Munirah ,
Allah Sayang Pemberi Sedekah,
Panjang Umur Rezeki Murah,
 03. Bunga merekah batu berbongkah
Rajin sedekah hidup pun berkah
 04. Buah kelapa selonggok ada lima
Bahagiakan jiwa rajinlah berderma
 05.Nasi basi sudah berlendir
Jangan kikir macam pak pandir
 06. Sepasang selipar hanyut dalam parit
Orang pelit hidupnya sulit
rujukan pantun: sastrawan.com
 07. Jalan kelam disangka terang
Hati kelam disangka suci
Akal pendek banyak dipandang
Janganlah hati kita dikunci
 08. Bunga mawar bunga melati
Kala dicium harum baunya
Banyak cara sembuhkan hati
Baca Quran paham maknanya
 09. Ilmu insan setitik embun
Tiada umat sepandai Nabi
Kala nyawa tinggal diubun
Turutlah ilmu insan nan mati
 10. Ke hulu membuat pagar,
Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.
 11. Tiap nafas tiadalah kekal,
Siapkan bekal menjelang wafat.
Turutlah Nabi siapkan bekal,
Dengan sebar ilmu manfaat.
 12. Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
 13. Anak ayam turun sepuluh
Mati satu tinggal sembilan
Tuntutlah ilmu dengan sungguh-sungguh
Supaya engkau tidak ketinggalan
 14. Anak ayam turun sembilan
Mati satu tinggal delapan
Ilmu boleh sedikit ketinggalan
Tapi jangan sampai putus harapan
15. Anak ayam turun delapan
Mati satu tinggal lah tujuh
Hidup harus penuh harapan
Jadikan itu jalan yang dituju
rujukan pantun: trirusdiyanti.blogspot.my

20160704

Mangku Baudin dari Kuala Pilah Negeri Sembilan

Assalamualaikum tuan admin
saya Nasuhaa dari Melaka
nak tau
adakah bapa moyang saya
dari Kuala Pilah Negeri Sembilan
bernama Mangku Baudin
ada kena mengena dengan
sejarah keluarga dari sumatera ini

on Versi Susunan Waris Pahang
by Nasuhaa Nasution
on 7/2/16

20160703

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (P)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

20160701

Orang Tua Mengalahkan Nyamuk

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

satu cerita pada masa salah seorang waris tuan@puan berkenaan dengan nyamuk... ceritanya bergini,,,

disebuah negeri dalam tanah melayu ini lah, negeri itu telah di serang oleh seekor nyamuk yang besar (besar nyamuk ni adalah sebesar bola sepak agaknya lah),. rajanya telah berusaha menghapuskan nyamuk yang tersebut. pada setiap malam diletakkan seorang manusia sebagai korban,bagi mengelak nyamuk itu menyerang dan memusnahkan seluruh negeri. semakin hari semakin sedikitlah rakyat dinegeri itu disebabkan menjadi habuan korban nyamuk untuk menyelamatkan negeri.

Pada suatu hari, seorang lelaki tua telah naik namanya untuk dijadikan habuan nyamuk,maka diapun akurlah@relakan dirinya dengan perintah itu, lagipun dia telah tua dan tidak mempunyai banyak darah.

petang itu dia pergi mengadap raja, dan mengaku untuk menjadi korban dan dia memohon dengan raja agar dia tidak diikat@ditambat. dan dia juga meminta dan dia juga meminta sebilah keris@pisau dan setokgkol jagung untuk dimakannya sebagai hidangan malamnya yang akhir.

pada malam itu dia pun pergilah ketempat yang di arah untuk dijadikan habuan korban nyamuk itu tanpa di iring oleh sesiapapun.

di sana dia menghidupkan api untuk membakar jagung yang dibawanya sebagai makanan.

lalu dicucuknya jagung itu dengan hujung keris@pisau untuk dijadikan pemegang@pemanggang dan dibakarnya jagung itu sanbil menunggu sang nyamuk datang untuk menghisab darahnya.

maka dimakan@dikunyah akan jagung sedikit demi sedikit,(sebab jagung yang dibakar tu panas dan tidak mahu bibirnya melepuh.

paginya pengawal pun datang untuk melihat akan mayat orang tua itu tetapi apa yang mereka lihat dan dapati,orang tua itu masih hidup dia cacat calarnya.

lalu diceritakan yang nyamuk itu tidak datang malam tadi dan berita itu disampaikan kepada raja dan raja sangat hairan dan juga gembira.

maka fahamlah raja setelah diceritakan apa yang terjadi malam itu.

bermula dari itu raja mengarahkan seluruh penduduk negeri itu membersihkan sampah dan semak samun dan dimalam hari di pasang unggun api bagi menghalau sang nyamuk dari datang menyerang negeri.

orang tua itu di beri kemudahan oleh raja diatas jasanya menyelamatkan negeri sebaliknya orang tua itu berterima kasih dan menolak dengan baik akan kemudahan yang di anugerah oleh rajanya kerana dia nak balik kerumah@kampung lamannya untuk hidup seperti biasa dengan aman dan bercucuk tanam dan juga membela ternakan.

warisnya masih ada dan ada diantara mereka tidak mahu dikenali dan ada diantara mereka tidak mengenali waris yang lain dan tidak kenal moyangnya ini(orang tua yang menyelamatkan negeri).

Anonymous
on 3/15/15

20160627

Pageviews by Countries on 27.6.2016

Pageviews by Countries All Time 27.6.2016

Malaysia 457,384

United States 36,809

Indonesia 15,583

Germany 11,177

India 6,606

Russia 6,249

Singapore 4,528

France 3,310

Turkey 1,180

Brunei 1,099

Pageviews by Countries This Month
Spain 56
Russia 56
China 47
United Arab Emirates 43
France 25

Pageviews by Countries This Week
Vietnam 11
Ukraine 7

Pageviews by Countries This Day
Hong Kong 4
Thailand 4

Mencari Muhammad Al-Quran.

Saya bin 
Abdullah bin 
Imam Jaafar bin 
Mat Lela bin 
Samad..
Asal Kampung Beletik 
Kuala Lipis 
Pahang.
Saya mencari individu bernama 
Muhammad Al-Quran..
kalau ada yg mengenalinya 
dan tahu lokasi beliau berada..
mohon maklumkan saya
syukran 

 on 6/20/16

20160626

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (O)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (N)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

20160624

Garuda malu Kepada Nabi Sulaiman

Salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

GARUDA:(mitos atau sejarah, jangan dikaji sangat kerana ia sebagai kilaf@kias semata-mata) mengikut mitos sejarah, garuda adalah sejenis burung yang teramat besar
(ini adalah sebahagian tugas terakhirnya di bumi sebelum dia menghilangkan diri terbang keangkasaraya. dalam buku diriwayatkan yang dia pergi mengadap raja sulaiman dan memberitahu yang dia akan menenggelamkan kapal yang membawa rombongan peminangan ke negara china [dalam riwayat merongmahawangsa), walaupun dilarang, dia tetap akan melakukannya (tanpa bertanya mengapa dia dilarang menjalankan tugas itu). sememangnya adalah menjadi tugasnya menjadikan padang jarak padang terkukur apabila diberikan tugas(tidak meninggalkan apa-apa yang hidup pun dikawasan yang dilanggarnya. tapi dalam tugas akhirnya ini, bukan menjadi tugasnya, sebaliknya dia yang minta melakukannya.(tugas itu adalah tugas orang lain). apabila dia mendapat tahu, ada yang terselamat  dari kapal yang tersebut. garuda ini menjadi tersangat malu untuk mengadap nabi sulaiman.

lalu mengambil keputusan meninggalkan bumi dan melayang keangkasaraya. dan meninggalkan tugasnya dibumi dan akibat dari terlalu lama melayang diangkasara,garuda ini sudah tidak tahu apa sebenarnya tugas dan amanah yang sepatutnya dia jalankan.

walau macam mana sekalipun, dia tetap salah satu pertugas yang terbaik dan ditakuti di muka bumi.

Anonymous
on 3/13/15

20160619

Pameran Keris Sempena Memutus Bangsal Sendeng Sanggang Mac 2016 (M)

Program:  Majlis Memutus Bangsal Sendeng
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.